8 Jan 2012

'Kalau Saya Ditembak...'

Dalam satu sidang media, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengulas isu kepimpinan Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipenjara menyebut insiden beliau ditembak sebagai satu senario yang dibayangkan.

Kata Anwar, sekiranya beliau dipenjara, mengalami kemalangan atau ditembak, PR sudah bersedia dengan semua senario itu.

Sebelum ini, tindakan sabotaj terhadap Anwar pernah didakwa berlaku, seperti dakwaan perbuatan khianat terhadap sebuah kereta yang digunakan pemimpin PKR itu.

Ada pihak musuh politiknya mendakwa Anwar yang terdesak merancang insiden-insiden seperti itu untuk meraih simpati dan mencetuskan kekacauan.

Menjelang tarikh 9 Januari dan keadaan yang akan tercetus selepas itu, dakwaan perbuatan khianat terhadap Anwar, termasuk senario beliau ditembak, semakin diberi perhatian, sehingga beliau sendiri menimbulkannya.

Baru-baru ini, seorang pengawal peribadi presiden PKR, dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang didakwa hasil tindakan khianat.

Senario beliau ditembak atau cuba dibunuh dapat dibayangkan memandangkan episod terbaharu politik yang kritikal dan menjadi penentu kepada ketua pembangkang itu.

Senario itu berpotensi mencetuskan kemarahan besar terhadap pemerintah dan simpati serta sokongan untuk Anwar dan pembangkang.

Dari segi manfaat politik, Anwar boleh mendapat lebih kesan positif hasil sekiranya sebarang tindakan khianat terhadap beliau berlaku, berbanding musuh politiknya.

Sama ada benar atau tidak, sebarang insiden yang menimpa Anwar akan mudah dikaitkan kepada pihak pemerintah, yang kelihatan mahu melenyapkan tokoh PR itu daripada politik negara.

Insiden yang berlaku juga akan menarik perhatian media dan kerajaan-kerajaan asing, yang dijangka akan turut bersimpati dan menunjukkan sokongan kepada Anwar.

Apapun yang bakal diputuskan di mahkamah nanti, PR tidak wajar menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga untuk seorang pemimpin, sedangkan PR mewakili isu yang lebih besar dan rakyat yang lebih ramai.

Kes liwat Anwar ini telah lama mengheret seluruh ahli PR dalam menanganinya, menguji gabungan parti-parti pembangkang pesaing utama kepada Barisan Nasional itu. -siasahdaily

6 ulasan:

  1. AKU PUN RASA TAK SEDAP HATI

    BalasPadam
  2. Klu tngok citer2 kat tv, filem ke, semua bole belaka. Malah dulu2 para Nabi & org baik2 pun dibunuh, disiksa & dipenjarakan.

    Org yg diuji begitu ialah pilihan Allah. Memikirkan berapa lama la sangat dunia banding akhirat yg kekal, tu yg beri kekuatan pada pejuang2 semua. Sementara masih hidup, ayuh berjuang ikut taraf & mampu masing2.

    BalasPadam
  3. Aku memang tak harap pun...usahkan DSAI ,TUAN GURU IBRAHIM LIBYA di Memali pun deme bunuh.

    BalasPadam
  4. Apapun yang bakal diputuskan di mahkamah nanti, PR tidak wajar menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga untuk seorang pemimpin, sedangkan PR mewakili isu yang lebih besar dan rakyat yang lebih ramai.

    Kes liwat Anwar ini telah lama mengheret seluruh ahli PR dalam menanganinya, menguji gabungan parti-parti pembangkang pesaing utama kepada Barisan Nasional itu.

    kalau hassan ali yg ckp kompom dituduh menghina anwar ibrahi...

    BalasPadam
  5. Kalau rasa dalam bahaya, elok berjaga-jaga sepanjang masa. Penjahat ada di mana-mana saja.

    BalasPadam
  6. Kita tunggu saja besok samada ianya akan menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan oleh bangsa kita yang mahukan perubahan. Malaysia hak kita dan kita bertanggungjawab mencorakan negara kita.

    Masuk penjara atau tidak bukan persoalan pokok ... yang paling penting tukar kerajaan UMNO dan gantikan yang baru demi masa depan bangsa Malaysia...cukuplah dengan UMNO .... cukup ...cukuplah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.