10 Jan 2012

GB Turut Titis Airmata Membaca: W. Azizah - Allah Mendengar & Memakbulkan Munajat Kami

Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kami

SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?


"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?


Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."


"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."


Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.


"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami." -SH

36 ulasan:

  1. Begitulah perjalanan yg telah Allah tentukan buat DSAI dan family.apa yg irasakan oleh keluarga ini juga dirasai sama oleh rakyat yg dahagakan pembelaan dan keadilan hakiki.Allahuakhbar!

    BalasPadam
  2. Ya Allah aku tumpang gembira dan bersyukur alhamdulillah dengan kebahagiaan baru yang dapat mereka kecapi, namun walau bagaimana susah dan sedih mereka sekalipun tapi aku... wallahi, wabillahi, watallahi tidak ade duit nak makan!

    BalasPadam
  3. Linangan air mata bila mendengar
    DSAI dibebaskan semalam.Seterusnya
    perjuangan menumpaskan BN!!!Takbir!!

    BalasPadam
  4. mak aiiii meleleh air mata beb.... hmmm moga Allah selamatkan kita semua dari bahaya fitnah...

    BalasPadam
  5. salam. Tahun lalu saya baru selesai menunaikan haji. terdetik hati saya untuk mendoakan DSAI. minta pertunjuk. hati saya lebih merasakan segalanya satu konspirasi. tapi saya tetap beserah kepada Allah SWT. semoga pilihan saya benar, hanya Allah SWT yg mengetahui. Wallah hu Alam...

    BalasPadam
  6. Sesungguhnya slps je solat subuh, aku terus sahaja mencapai BB aku untuk menyaksikan updates df FB. Aku memang dah set dlm fikiran awal2 lg bahawa DSAI akan dipenjarakan supaya tidak kecewa sangat apabila keputusan hakim diumumkan.

    Namun apabila melihat rakan2 FB berkata DSAI bebas, aku macam x percaya. Aku khuatir maklumat itu palsu, lalu aku tunggu updates dr kwn2 lain. Apabila disahkan benar, aku bingkas bangun memberitahu isteriku. Hati terasa sebak dan ada setitis dua air mata mengalir. Allah Maha Besar.

    Kini hatiku penuh gembira dan tenang sekali. Syukur kepada Allah. Aku x peduli langsung apabila rakan2 ku yang pro ameno masih lagi menghina, mengutuk dan mencerca DSAI dlm FB. Lantak diorang lah

    BalasPadam
  7. Sungguh sayu setelah keluarga ini diaibkan sudah begitu lama.

    Anwar Ibrahim telah menjadi sejarah seorang pemimpin yang telah menghadapi ranjau sukar dalam perjuangannya membina Malaysia baru seperti juga Nelson Mandela...Omar Mokhtar ... Aungsan Suki dan semua penjuang tempatan dimasa lalu. Bukan senang

    Semoga berjaya dan akan menutup semua kerosakan yang telah dilakukan oleh UMNO sejak merdeka

    BalasPadam
  8. aku baca berulang-kali... berderai airmataku..

    Ya Allah, jgnlah kami diuji sedemikian rupa.... kami lemah Ya Allah ya Tuhanku...

    BalasPadam
  9. Assalam... saya bukannya tidak bersimpati pada keluarga anwar. Jika perkara yg sama berlaku ke atas diri saya dan keluarga, belum tentu saya dapat menghadapinya sepertimana anwar.

    Masalahnya sekarang ialah apa yg dilihat ialah sikap degil tak bertempat. Dari satu sudut sifat ini perlu dan adakalanya ia boleh membunuh diri kita sendiri. Kebanyakan masalah yg dihadapinya seolah-olah ditempah oleh dirinya sendiri.

    Sebagai seorang public figure serta seorang yg ramai musuh, anwar perlu bijak memilih kawan. Jangan bila ada saja pujian maka mereka dianggap kawan padahal ianya musuh yg menyamar.

    Paling penting sekarang ialah hindari dari mendekati lelaki cute serta wanita gedik kerana ia boleh mengundang fitnah III. Selagi anwar hidup dan selagi umno brrnafas, episod ini masih belum berakhir.

    Kita tahu umno itu jahat mengalahkan iblis. Maka kita perlu berhati-hati.

    BalasPadam
  10. wa ikut perkembangan anwar dari 98 masa darjah 4..semalam...adalah hari yg mengembirakan semua rakyat malaysia...keadilan bukan hanya untuk DSAI malah untuk rakyat malaysia.. pru13 KIAMAT UNTUK UMNO!

    BalasPadam
  11. Buat semua penyokong PAS...Jangan terlalu bergembira dengan pembebasan DSAI...Kembalilah ke rumah kita "PAS" marilah bermuhasabah..Apakah kita mempunyai kekuatan yang cukup mengharungi badai perjuangan yang hebat nanti...atau sekadar sekali petik terbarai rumah tangga...Tunjukkan keberanian PAS jika mahu dihormati...Aku sama sekali tak setuju pemecatan HA dibuat setelah ada gesaan dari PKR...Aku setuju jika HA dipecat lama dahulu semasa melanggar disiplin parti...bertindak biar kena pada tempat...Biar PAS lebih menonjol dlm PR....Buat semua penyokong PAS,,,,Gandakan usaha...Menangkan semua kerusi parlimen yang ditandingi PAS...baru kita tahu siapa "TAOKO" nanti....

    BalasPadam
  12. UMNO bebaskan anwar atas nasihat APCO supaya rakyat kata kehakiman bebas

    BalasPadam
  13. terima kasih GB kerana siarkan artikel ini.

    terasa gementar hati ini jika terpaksa melalui ujian seberat keluarga dsai.

    BalasPadam
  14. aldulillah syukur pada allah yang telah membebaskan datuk seri anwar yang mana selama ini di aibkan sedemikian rupa tapi allah itu maha perangcana dan sebaik perancang itu hakikatnya . masih terbayang dari 1998 hingga sekarang masih lagi tetap bersama DSAI perjuangan tetap di teruskan BERUBAH DEMI RAKYAT

    BalasPadam
  15. Disebalik kepiluan sebuah keluarga yang tersembunyi dalam perjuangan, masih ada manusia yang lebih teruk daripada haiwan, dan mempercayai segalah fitnah walaupun bukti-bukti cukup nyata menafikan penglibatan DS Anwar.

    BalasPadam
  16. Dia menitiskan air mata kerana amat sedih atas perbuatan musuh politiknya dengan tuduhan yang mengaibkan, menderita menanggung fitnah dan kejahatan manusia berhati syaitan.

    Ingatlah akan ada pembalasan cuma masa sahaja yang menentukan. Tunggulah dividen dan bonusnya nanti wahai manusia jahat dan busuk hati.

    BalasPadam
  17. As salam.. sebak dada membaca nya. Kamu tidak ada pertalian darah dgn kami tapi kamu ada lah saudara se Islam kami. Sakit kamu sakit kami, sedih kamu sedih kami, susah kamu susah kami.. kami tidak akan biar kan kamu.. setidak2 nya kami akan mendoakan kamu sekeluarga.. Bersabar lah.. Allah mendengar.. perjuangan amal makruf nahi mungkar kena diteruskan..

    BalasPadam
  18. Berlinangan air mata ku. berlinangan air mata isteriku. Berlinangan air mata anak2 ku bila ku bacakan tulisan GB di atas
    Begitulah yg ku dapat rasakan penderitaan seorang pejuang masa kini..

    Ditahun 1970 an, kita juga telah kehilangan Tun Abdul Razak, Ibubapaku juga berlinangan air mata bila mendengar tentang kematian Tun. Aku yang ketika itu baru berumur 7 tahun juga berlinangan air mata bila melihat ibubapaku menangis. Tun adalah seorang pejuang diketika itu.

    Tapi....
    Apakan daya...
    Anaknya (Si Najib) membuatkan aku dan keluarga berasa benci pada mereka (pemimpin BN kini).

    Salam utk DSAI dan keluarga.
    Semoga Allah kuatkan semangat dlm perjuangan.

    BalasPadam
  19. hasan ali ada baca ka

    BalasPadam
  20. "Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

    "Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

    selesai jer ayat di atas, berderai air mata...

    Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

    BalasPadam
  21. apa yg telah berlaku atas datuk seri nizar, tidak berulang keatas datuk seri anuar...

    abu....

    BalasPadam
  22. Takkanla PAS pecat HA atas desakan. HA tu tergedik nak masuk Umno. Sepatutnya dari awal lagi HA dikenakan tindakan. Asyik warning je. Padanla muka Hasan Ali. Mulut lembik. Sikit2 bagi statement kat media. Statement dia yang sebenarnya peribadi.

    BalasPadam
  23. SALAM..
    i'll cant stop reading this article..and reading it for couple of time ..
    subhanallah...
    masyaAllah

    BalasPadam
  24. Ya Allah , Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala-galanya. Dugaan dan ujian yg dipikul oleh keluarga YAB Wan Azizah ini amat berat, yg aku sendiri tidak berdaya untuk memikirnya.

    Bagi mereka yg menimbulkan fitnah ini, tidakkah kamu sekelian berasa takut akan azab Allah kelak. Insaflah dan bertaubatlah.

    BalasPadam
  25. jatuh airmata bila membaca tulisan GB ni..
    "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim

    BalasPadam
  26. sedih saya baca artikel greenboc ni ................. kuatnya azizah dan anwar ..... rasanya ramai kah orang diluar sana yang sekuat mereka ..... huk..huk ..

    BalasPadam
  27. Family DSAI & Azizah mmg tabah. Kalau org lain mesti menyerah pada syaitan dikenali, yg penting dapat habuan... atau meninggalkan Malaysia yang malang dapat PM mcm Najib. Terima kasih kerana bertahan.

    BalasPadam
  28. Allahuakbar berikanlah kekuatan kepada DSAI dan keluarga berjuang untuk menyelamatkan Malaysia dari tangan perasuah dan zalim - amin

    BalasPadam
  29. mlm ni aku terlewat solat isyak,1.50 pg aku solat,iaitu awal pagi yg akan menjadi sejarah Malaysi (PRU 13)....slps itu ku terus mmbaca atikel ini...MULA2 COOL LAGI...tiba aku rasa macam terus masuk pada babak mereka sekeluarga makan pagi bersama...dan setelah habis babak ini ,,,aku tak sedar air mata ku jatuh berderai....sbb aku ni agak susah nak nangis....tetapi pasal perjuangan DSAI aku tetap follow....huh!!! kuatnya aura ini....ape2 pun aku nak tunggu keputusan mlm hari ini dan sampai pagi.....apabila bertkbirnya seluruh pejuang2 ISLAM di Malaysia ini bergemar ...ALLAHUKBAR...

    BalasPadam
  30. Sungguh berat ujian yang ditanggung oleh DSAI, Wan Azizah sekeluarga apabila difitnah tahap tertinggi. Namun, keputusan PRU 13 menunjukkan majoriti rakyat menolak fitnah Firaun ini. Walaupun majoriti anggap keputusan PRU sangat-sangat meragukan. Kalau tak majoriti lagi besar. Nak tengok apalagi mereka nak buat kat DSAI lepas ni sebab sekarang lagi la mereka terdesak

    BalasPadam
  31. Aku baru terbaca artikel ini. Sungguh sedih dan mengalir air mata ini...lagi sedih apabila DSAI masih belum diizinkan untuk menjadi PM kita. Mudah-mudahan Allah panjangkan usia beliau untuk menjadi PM Malaysia akan-akan datang. Amin.

    BalasPadam
  32. Allah itu pengasih lg pngampun,renungkanlah dlm diri kita,siapalah kita tanpa kasih sygNya,takutlh kita akn azab diakhirat kelak,redha dn pasrah...bersama2lh brmunajat pd Ilahi,tabahknlh hati dgn ujian n dugaan ALLAH didunia ini,hakikat disbliknya pnuh dgn hikmah,islam itu brsaudara dn kasih diantra umat manusia...berdoalah agr kita trus dirahmati Allah tnpa garis smpadan fahaman..

    BalasPadam
  33. And now, March 2014, DSAI was imprisonment for 5 years. any comments from you all,,,

    BalasPadam
  34. Alhamdulilah,betullah tu, Solat Syukur atau Sujud Syukur. Jangan lupa mengamalkan Al-Maktsurat ,ada banyak amalan menjaga dan melindungi diri kita termasuk gangguan ilmu sihir.
    Semoga PR berjaya merubah PUTRAJAYA
    Aa miin

    BalasPadam
  35. Sejak mula artikel dipost 10 Jan 2012, 2013 2014 hingga kini Jan 2015, orang masih membacanya dan masih care, pd saudara Anwar Ibrahim dan keluarga, semoga kalian sentiasa dilindungi Allah dan jangan pernah putus berdoa dan berharap, sesungguhnya Allah adalah hakim teratas, bukannya tangan2 kotor yg penuh dusta n nista.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.