8 Jan 2012

Fayyadh, Pengawal Peribadi Wan Azizah Disuntik Racun

Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun.

Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.

“Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital,” tulis Zainulfaqar di twitter.

Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.

Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.

Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.

“Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun,” katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian. -keadilandaily

5 ulasan:

  1. Peringatan buat puakx UMNOYAHUDI!!
    Jangan sekalix cuba bermain dengan
    API!!!!Malaysia akan mencipta
    SEJARAH tersendiri apabila berlaku
    pertempuran sesama bangsa kelak.
    INGAT!!!!!!KESABARAN ADA HADNYA!!!
    Ingat peristiwa MEMALI?Mamak celaka
    tu berada di luar negara.Kuasa diserahkan kepada TPM.Sekarang NAJIS
    berada diluar negara dan tugas diserahkan kepada TPM.So,jangan cuba
    mencipta SEJARAH.

    BalasPadam
  2. Ingat tak kes DSAI diracun di penjara? Dalang yang meracun masih belum ditangkap dan dipercayai masih bebas. Jadi tak heran jika Wan Azizah pula cuba diracun. Ini kerana Wan Azizah akanmengambil tempat DSAI bila DSAI dipenjara kelak.

    Kaedah meracum bukan guna jarum penyuntik le doktor umno bangang! Macam2 cara meracum dengan guna tembakan boleh dilakukan. Mangsa takkan sedar dia kena tembak sehingga terasa kebas dan kemudian pengsan. Mangsa mungkin disangka kena serangan sakit jantung. Golongan yang korap dan zalim sangat takut PR berkuasa. Mereka takut hukuman dunia. Bukan takut Allah.

    BalasPadam
  3. YA ALLAH AKU SERAHKAN SEGALA KEPADA MU YA ALLAH........SELAMATKAN HAMBA MU YANG SEDANG DAN TERUS DIZALIMI......

    BalasPadam
  4. kenapalah manusia hari ini semakin jahat mengatasi jahatnya binatang.Ya Allah, Engkau yang Maha mengetahui dan Maha berkuasa atas segalanya.Engkau pulangkanlah segala kejahatan yang telah dilakukan itu kepada pelakunya.

    BalasPadam
  5. Ya Allah Ya Rabbi KAU selamatkanlah DSAI dan DSWA dan sekelian kami agar dapat kami menegakkan agamamu dan perintahmu Ya ALLAH....AMINNNNNNN.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.