Butterworth – Dua beradik malang yang dikurung dan dirantai kaki oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini diserahkan untuk dijaga oleh bapa saudara mereka semalam.
Gambar: TERSENYUM...Munawar bersama dua anak saudaranya selepas menerima hak penjagaan sementara di Mahkamah Majistret Butterworth semalam.
Hak penjagaan sementara itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zamir Suhaimee selepas mendapat permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU).
Timbalan Pegawai JKM SPU, Syed Mohd. Abdul Ghani Syed Ali berkata, permohonan dikemukakan selepas bapa saudara kanak-kanak itu, Munawar Tan Abdullah, 48, menyatakan kesediaan menjaga dua beradik itu.
“Mahkamah bersetuju memberikan perintah hak jagaan sementara selama sebulan kepada Munawar bermula hari ini (semalam),” kata beliau ketika ditemui di mahkamah semalam.
Sementara itu, Munawar Tan ketika ditemui berkata, dia bersedia untuk menjaga anak saudaranya sementara menunggu keputusan mahkamah sama ada adiknya yang juga bapa kepada dua beradik itu akan dibebaskan atau didakwa di mahkamah.
Beliau juga percaya adiknya tidak sengaja melakukan perkara itu (merantai kedua-dua anaknya) kerana dia merupakan seorang bapa yang penyayang. -kosmo
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada mereka.
BalasPadamIngatlah...anak2 adalah anugerah daripada ALLAH swt kepada ibu bapa didunia ini.
BalasPadam