Lelaki bogel ditembak, kanak-kanak jadi tebusan bebas
KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru di sini, yang dijadikan tebusan oleh lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki rumahnya, berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.09 petang tadi.
Mangsa dapat diselamatkan setelah polis melepaskan tembakan mengenai lelaki itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis terpaksa melepaskan empat das tembakan, yang mengenai rusuk kiri lelaki berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.
"Kami terpaksa mengambil tindakan itu kerana lelaki itu bertindak agresif, mangsa selamat dan dihantar ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, polis berhadapan dengan sitiuasi sukar apabila lelaki itu berada dengan mangsa di dalam bilik serta bersenjatakan pisau.
"Lelaki berusia 34 tahun itu tidak menuntut wang tetapi mahu dadah dan jaminan dia selamat. Pakar psikiatri turut membantu dalam kejadian ini, lelaki itu tiada rekod masalah mental," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi tadi, suspek masuk ke dalam rumah mangsa lalu bertindak mengambil sebilah pisau dari bahagian dapur lalu meletakkannya di leher mangsa dan mengugut ahli keluarganya supaya tidak melawan. Rumah mangsa yang terletak di Jalan Raja Mahmud mempunyai tiga bilik.
Dia kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik utama.
Sehingga jam 3 petang tadi, pasukan keselamatan mendapatkan bantuan beberapa pakar dari HKL untuk memujuk lelaki berkenaan.
Kanak-kanak perempuan itu dijadikan tebusan oleh lelaki berkenaan yang menyerbu masuk ke rumahnya ketika dia bersama sekeluarganya sedang menonton televisyen.
Pasukan keselamatan turut membawa teman wanita lelaki berkenaan ke lokasi kejadian untuk memujuk dan membebaskan mangsa.
Menurut bapa mangsa, Syafrudin, 47, yang juga seorang OKU, ketika kejadian dia berada dalam bilik dan lima ahli keluarga lain berada di ruang tamu.
Katanya, dia terkejut apabila suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik salah seorang anaknya.
"Isteri, seorang lagi anak dan anak buah saya sempat berlari keluar.
"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan saya dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami datang dekat," katanya.
Dia bagaimanapun dibawa keluar oleh anggota polis dan suspek ketika itu sudah membawa mangsa ke dalam bilik.
Menurut polis, lelaki itu dipercayai bukan penduduk di sini, tetapi berasal dari Sabah serta mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan pernah ditangkap sebelum ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3A Akta Culik 1961. -SH
Foto ehsan NST
Polis berkejar dan berusaha selamatkan kanak-kanak perempuan 10 tahun setelah ia dijadikan tebusan di Kampung Baru.
Santi Ngdiono, ibu Fifi Ramadani,10, masih trauma selepas polis berjaya selamatkan anaknya yang ditahan sebagai tebusan selama 5 jam di Lorong Raja Muda Musa 6, Kampung Baru Kuala Lumpur.
Suspek dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur setelah cedera ditembak
Pandangan lokasi kejadian

Hostage drama: Girl rescued; man shot, dies later
KUALA LUMPUR: A 34-year-old man with a previous conviction for armed robbery, who barged into a house in Kampung Baru here and took a 10-year-old girl hostage on Monday, was shot by the police and died later in hospital.
The girl was unharmed.
Relating the ordeal, the girl's father, Shafrudin Marlis, 47, said that he, his wife and three children were watching television about 11am, when a half-naked man stormed into their home at Lorong Raja Muda Musa 6 and grabbed a knife from the kitchen.
"It was only a matter of seconds before he grabbed my daughter Fifi Ramadani and threatened to kill her if we approached him," he said, when met at the house Monday after the girl had been rescued by police and the man arrested.
Dang Wangi OCPD Asst Comm Zulkarnain Abdul Rahman said that when police arrived at the scene moments after receiving a distress call, the man had locked himself in a room in the house and taken the girl hostage.
"He demanded for drugs and water. We gave him water and also called in a psychiatric specialist from Hospital Kuala Lumpur (HKL) to talk to the man and assess his condition," he told reporters.
He said that police also brought in one of the suspect's friends to try to coax him to release the girl.
"But all our attempts failed. We then had to shoot the suspect after he became more aggressive. We fired four shots, which hit him in the rib area," ACP Zulkarnain said.
The girl was brought out safely about 4.10pm. She was unhurt but taken in an ambulance to Hospital Kuala Lumpur as she was in shock.
The man was brought out on a stretcher about 10 minutes later.
ACP Zulkarnain said the man was also taken to HKL for treatment. He succumbed to his injuries Monday evening.
As soon as the man was taken away in an ambulance, residents who had gathered at the scene cheered the police and the psychiatrist for their success in saving the girl.
He added that initial investigations showed that the man was from Sabah -thestar
Polis berkejar dan berusaha selamatkan kanak-kanak perempuan 10 tahun setelah ia dijadikan tebusan di Kampung Baru.
Santi Ngdiono, ibu Fifi Ramadani,10, masih trauma selepas polis berjaya selamatkan anaknya yang ditahan sebagai tebusan selama 5 jam di Lorong Raja Muda Musa 6, Kampung Baru Kuala Lumpur.
Suspek dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur setelah cedera ditembak
Pandangan lokasi kejadian
bravo polis...inilah tugas polis tuan tuan...
BalasPadaminilah sepatutnya tugas polis, bukan menganggu perhimpunan aman.
BalasPadamnanti besar, gi cari laki tu..pastu tikam laki tu..
BalasPadamAlhamdulillah, budak tu selamat.
BalasPadamTeringat aku beberapa tahun lalu pengacara cilik RTM dibunuh kalau tak salah oleh jirannya penagih dadah. Di Kg Baru juga klu tak salah.
Berulang nampaknya.
Ya Allah, Rahmatilah bumi Msia ni dgn semakin ramai pemimpin & rakyatnya sedar bahawa hukumanMu lah sebaik2 hukuman kerana Kau yg menciptakan kami, langit & bumi, seluruh alam, segala2nya, Kau lebih tahu mana yang terbaik buat kami. Amin.
shiren baca x habis. lelaki tu dah mati ler
BalasPadamBravo to the men in blue. Tapi kalau ada Himpunan Bersih lagi, diam tepi jalan dan jangan buat apa-apa tau. Baru best.
BalasPadamOnce again, bravo and keep your fingers of the triggers, and use it when there is the necessity. K
Tahniah kepada Pihak Polis, tapi kenapa pihak polis datang sejam selepas orang awam buat laporan lelaki tersebut buat kecoh di sekitar pasar? penduduk di kg.baru masih konfius tindakan pihak polis. adakah mereka pilih kes? Dimana mereka ketika itu yang mana jika pihak polis datang sejurus laporan kecoh di pasar, sudah tentu kes budak 10 tahun tidak terlibat untuk menjadi mangsa habuan... keterangan lanjut, boleh hubungi pihak penduduk kg. baru..
BalasPadamTerima kasih dan syabas Pak Polisi.
BalasPadamtahniah...sekalung penghargaan utk polis di raja malaysia menyelamatkan kanak 2 tersebut...
BalasPadamTiming dtg ke lokasi ambil masa 1jam tu agak musykil. Dlm masa tu mungkin beberapa nyawa melayang. Silap2 bdk tu kene rogol. Apa pun perbaiki lagi timing. Kes ni berat. Bukan kes rempit ke apa ke.
BalasPadamini baru nama nya POLIS.....
BalasPadamkenapa mesti tembak? tak ade cara lain ke?
BalasPadamramainya org indonesia kat baru.....senang pulak dapat sewa rumah ya....hmmmm anyway bravo polis sbb dpt selesaikan kes dlm 5jam.....by chance depa ni legal ke illegal....
BalasPadamRata2 kt kg baru tu 80% indon... Even 1988 aku duk kt jalan raja ali tu da ramai indon jual jagong rebus naik basikal, nie kn lak 2012... Harus la kg indon boyan... Opsssss soryyy tp tunla kenyataan... Xcaye g la beli kueh mueh kt kg baru tu, sume indon punyer... Slang nyer udah tau huhuhuuu... Pape pn syabas polis Malaysia kerana xpilih kerakyatan utk membantu! Well DONE!!
BalasPadamsyabas polis. aku benci indon, noktah.
BalasPadam