3 Jan 2012

Benarkah Nur Amelina Che Bakri Pelajar 17A1 Jadi Begini? [updated]

Panas! Gambar seksi Amalina Che Bakri - Pelajar 17A1

Masihkah tuan tuan. dan puan puan ingat akan Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2005 yang telah mengejutkan ramai orang tentang kecemerlangannya mendapat 17A1.. selepas mendapat keputusan cemerlang itu, beliau telah mendapat tawaran belajar ke luar negara dengan tajaan Bank Negara Malaysia.

Amalina berangkat ke UK untuk membuat A-Level sebelum memasuki University of Edinburgh, Scotland dalam bidang perubatan.. sebenarnya gua malas nak story pasal ni, sebab gua tak tahu cerita sebenar...namun GAMBAR telah menceritakan segala-galanya,,,

Gua berharap sangat perkara ini tidak berlaku...Amalina dikatakan telah gagal di UK dan telah pulang ke Malaysia secara senyap..namun, berita ini masih belum sahih..namun, berita kegagalannya banyak berpuca daripada kejutan budaya dan hidupnya di UK yang SOSIAL...

Sila lihat gambar dibawah gambar dari facebooknya sendiri dan gua ambil dalam blog akustreegiler...ya Allah, ampunkanlah Amalina..




nauzubillah..









wartajingga : Sufiah genius Math jadi pelacur, Aarif genius pun jadi GAY, yang ni genius SPM 17A dah jadi begini... Apa laaa nak jadi... Hurm...Org genius jangan dihantar ke luar negara kan dah teruk. -wikimalay

Kisah Kejayaan Nur Amalina Che Bakri

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.

Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.



58 ulasan:

  1. serius terkejut bila tgk awal2 td..inilah terjadi kalau dah terlalu bijak..lepas2 ni, kalo ada genius melayu + islam, xperlulah nk taja2 p luar negara..membazir jer..belajar jer kat sini.mmg mana2 pun akan kene kejutan budaya.semuanya bergantung pd diri sendiri.adakah bekalan iman yg dibawa cukup?? tp, xleh nk salahkan sesiapa..die pergi keluar negara dlm umur yg muda..terlalu naif..pengaruh rakan2 amat besar..salah pilih, binasalah hidup..andai kisah ini benar,moga2 die kembali ke pangkal jalan..

    BalasPadam
  2. saudara, saya pelajar di University of Edinburgh. amalina didn't fail any of her exams. she is now in fourth year of medicine. we started together in the same year but she chose to intercalate for 1 year after her 2nd year in medicine and so now has an extra degree in pharmacology. after that, she continued with her clinical years and that's why she's one year below me. as for the rest of your claims, i don't think there is any need for you to write an article about it and post pictures of her. mengaibkan orang lain berdosa. even if what you claim is true, tiada faedah pun yg diperolehi sesiapa from such 'berita' melainkan dosa mengumpat. i suggest you remove it and stop spreading things which only taint the image of others.

    and Allah knows best.

    BalasPadam
  3. genius dalam pelajaran.tapi tak ada langsung genius dalam pendidikan agama maka inilah jadinya....mungkin mak bapak dia masih berbangga kot.Ha....mana dia Datuk Abd Azeez mamak padukang tu.Pi la ambik bawak balik si Amalina tu.Itu hang punya kerja masih lagi tak paham ka?

    BalasPadam
  4. tanjat maimon.....hensem sial omputeh tu...auuwww

    BalasPadam
  5. salam GB,
    saya merupakan antara pembaca setia laman blog GB,
    dan saya mmg menjangkakan byk artikel GB yg disiarkan ada unsur-unsur membuka keaiban saudara seaqidah kita sendiri,
    tidak kiralah daripada gelanggang politik sehinggalah kepada pentas umum spt yg dicerminkan di dalam artikel spt ini..

    buat pengetahuan GB dan teman-teman lain,
    saya merupakan pelajar tahun yg sama dgn Saudari Amalina Che Bakri di UK namun di Uni yg berbeza,
    saya mempunyai teman yg mengikuti perkembangan Amalina dgn lebih dekat di Edinburgh dan saya sudah bertanyakan pada beliau ttg Amalina sebaik membaca artikel ini..

    Amalina masih meneruskan pengajiannya di Edinburgh dlm Jurusan Perubatan,
    tidak penting apa yg berlaku pada beliau, baik atau buruk, namun tiada keperluan pun utk dihebahkan secara umum sebegini,
    Amalina masih spt biasa menuntut dan akan Grad pada pertengahan 2013 InsyaAllah..

    Saya mohon GB menarik kembali Artikel ini dan menyeru rakan-rakan Bloggers yg lain agar menghindari penulisan bernada spt ini, yang langsung tidak menyelesaikan masalah..

    sekiranya betul Amalina bergambar di dalam gambar-gambar yg disiarkan, bukan membuka aibnya di mata umum di Blog ini, tetapi sebaliknya, terus menasihati beliau,
    pun begitu, saya memahami niat murni GB utk memberikan kesedaran kepada yg lain dgn memetik contoh Amalina ini..

    Terima kasih atas perkongsian ini, dan bersamalah kita doakan, bukan Amalina sahaja, namun RIBUAN rakyat Malaysia yg Islam yg kini menuntut di UK terus berpegang teguh dgn Aqidah yg sama-sama kita junjung ini.. wallahu a'lam..

    BalasPadam
  6. sekat pelajar ke mesir sbb kata pgajian kat sana kuno, tp bila pelajar yg dihantar ke barat jadi mcm ni, xdela nak bising pulak

    BalasPadam
  7. antaq blaja dekat Mesir la biaq "celik", lagi baguih.. brenti la duk antaq bdk2 kita kat negeri omputih.. buat abih duit, rosak bdk, buang masa..
    mmg la ada baiknya juga.. tp bdk2 Melayu & Islam kita terutamanya ni, bukanya bbbbbijik memilih sesutu perkara tu..
    dan lagi satu bila dah Melayu & Islam ni, banyak la anasir2 yang cuba ganggu anak bangsa kita nie..
    kalo ketegaq sgt nk antaq jugak.. tambah2 kan lagi sesi peneguhan Iman dan Agama anak2 kita masa orentasi tu.. jgn duk pekuat jati diri ja.. tu yg jadi duk p menikah sejenih pekena Baju Melayu tu.. kuat jati diri Melayu la kononya dia.. wat malu ja.. aku taboh jugak bdk tu. kuang ajaq!
    waloapapon.. penuhkan dada anak2 kita sblm lepah depa p mengaji jauh2.. sbb tu antara "perisai" depa..

    BalasPadam
  8. nampaknya ada la beberapa kerat oeg2 yg knal amalina kat sana..dan marahkan sbab kononnya bukak aib budak ni. tolong la faham, klau setakat pandai belajar kat sana tp dr segi akhlak buruk, tk patut la nak bela sgt...kenapa??..ingat masa dia score 17A1 dulu. Mcmana dia dipromosi sebagai pelajar contoh, siap bertudung dan nampak sgt sopan. atau adakah pada waktu itu hanya sekadang hipokrit semata-mata. bg kawan2 amalina yang katanya bersama2 di sana, ingatla suasana dan budaya rakyat malaysia, tk payahla nak bela membabi buta. aku pun pnah belajar kat UK dan mmg menyampah tgk student2 malaysia yg berlagak nak jadi org barat. mmg btul ramai jd cmni termasuk kat tempat lain dan org tak kecoh, tp guna la otak (kalau ada la), org tak kecoh sebab org tu nobody..tp klau dah genius student jd camni...haprak la...

    BalasPadam
  9. Salam sdra Safuan Hariri & anon 2:55

    Terima kasih di atas penjelasan.

    Saya meerasakan sdra berdua adalah orang yang sama berdasarkan kepada pola dan nada tulisan serta sebab-sebab yang diuatarakan meminta saya menarik semula artikel yang disiarkan.

    Pertama saya ingin menyatakan bahawa pendedahan berkenaan tidak ada unsur "malafide" atau berniat jahat.

    Ia dilakukan sebagai pengajaran kepada semua umat Islam di dalam negara dan di luarnegara, bahawa anda tidak boleh bersikap sedemikian - sikap yang dilarang dalam agama.

    Jika kita tidak mahu diaibkan, kita tidak sepatutnya melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan.

    Kita tidak boleh mengumpat, apatah lagi memfitnah, TETAPI bukti bergambar yang tersebar luas seperti di atas, maka yang kita minta ialah KEBENARAN itu dijelaskan.

    Pernah GB menitipkan tentang beberapa keadaan dimana "umpat" / pendedahan keburukan seseorang ada ketikanya diperbolehkan. Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin terdapat 5 keaadan yang dibolehkan untuk mengumpat.

    Pertama, apabila seseorang itu dizalimi. Orang yang dizalimi itu boleh mengadu tentang kezaliman seseorang itu kepada pihak berkuasa.

    Kedua, bila meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran.

    Ketiga, apabila meminta fatwa, keaiban dan kelemahan orang lain boleh disebutkan.

    "Keempat,apabila cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya dan kesesatan yang berlaku di sekeliling mereka.

    Kelima, apabila maksiat dan kemungkaran berlaku terang-terangan

    Apa yang berlaku kepada Amelina, hakikatnya ialah Allah sendiri memilihnya untuk didedahkan apa yang telah dilakukannya kerana Allah masih menyayanginya.

    Pelajar-pelajar di luarnegara tidak boleh mengabaikan KEBENARAN, menyangkakan perbuatan dan tingkah laku mereka "tiada siapa terutama orang kampung yang melihat" sedangkan mereka terlupa Allah itu Maha Melihat.

    GB akan menarik balik siaran artikel berkenaan JIKA Nur Amelina telah berubah semualla, bertaubat dan kembali kepada Nur Amelina yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara yang boleh mendatang fitnah kepada umat Islam seperti gambar-gambar yang tersebar di atas.

    Di zaman digital dan di era twitter, facebook, blog yang kini bertambah rancak, kita semua perlu berwaspada. Malah jika tiada semua pun, sebagai umat Islam kita perlu meyakini bahawa Allah Maha Melihat dan Maha mengetahui apa juga yang kita lakukan dan Allah berhak dan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu - samada untuk memuliakan atau menghinakan.

    Justeru seperti yang GB utarakan tadi, sila kemukakan bukti bahawa Nur Amelina telah berubah. InsyaAllah GB akan menarik semula entri ini.

    Jika tiada, maka tulisan ini masih tetap di sini sebagai pengetahuan kepada semua dan peringat bagi yang lupa.

    Allah tidak menzalimi kita tetapi sebaliknya kitalah yang sering menzalimi diri sendiri.

    Allah s.w.t. telah memperingatkan:
    وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
    “Dan musibah saja yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (kesalahan-kesalahanmu). ”[Asy-Syura: 30]

    Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan makna ayat di atas, “Musibah apapun yang menimpa kalian wahai manusia, penyebabnya tidak lain karena dosa-dosa yang kalian kerjakan.” [Tafsir Ibnu Katsir, 7/208, cetakan Dar Thaybah 1420 H]


    Sekian wassalam.

    BalasPadam
  10. Setuju anon 2.17.

    Aku ada buat pemerhatian sikit2 ttg budak2 yg skor banyak A ni yg gagal bila masuk u samada dalam atau luar negera. Memang mereka mengalami kejutan budaya. Tak de yang mengawas, menegur ... sendiri, sendiri le .. kalau tak salah ada kumpulan agama mengadakan usrah dll, tapi mereka tak join sebab tak minat.

    Ada yang leka dgn komputer, games, mengembara dsbnya hingga leka. Tapi tu semua atas kesedaran masing2 le.

    Dan tak dinafikan, terdapat juga masa kat oversea misalnya depa join usrah, pakai tudung labuh, tup2 bila balik Msia & dah keja, tudung nya buang ke mana. Tak tau le nak cakap.

    Sebab tu le aku fikir kita ni tak leh sendiri2, mesti keep in touch dgn geng2 jemaah masa belajar so that bole tegur menegur. Tapi kan, kalau suami sendiri tak berani nak tegur malah ada yang menggalakkan, tak dapat member nak tolong.

    Akhir sekali aku juga doakan semuga kita semua kembali ke pangkal jalan, sama2 la kita tegur menegur semata2 keranaNya.

    BalasPadam
  11. Slm

    Saya setakat ni dah 3 kali belajar di luar negara. Sungguh dangkal komen yg mengatakan tak payah hantar pelajar ke luar negara sbb kejutan budaya.

    Kejutan budaya berpunca dr diri sendiri. Sekuat mana iman dan tauhid seseorg,wallahualam. Siapa kita utk ukur iman org lain!

    Di malaysia sendiri ramai pelajar kita yg rosak. Jgn disebabkan kes terpencil anda nak generalise semua pelajar.

    Lagi satu amatlah rugi kalau kerajaan x hantar student ke luar negara. Pelajar ni la nanti yg nak menyumbang tenaga utk Malaysia.

    Kita patut cedok ilmu di luar utk kepentingan negara. Islam x larang asalkan perbuatan tidak bertentangan dgn Islam.

    Utk org yg komen blaja di Mesir lagi baik sbb anasir2 barat byk menggangu anak bangsa. Gangguan ni dtg dlm byk cara. Tak payah ke oversea pun Di Malaysia sendiri gangguan dah ada. Muzik, cara pakaian etc. internet, video lucah.
    Mcmana anda nak halang benda ni,

    Setakat saya duduk di luar negara, ramai pelajar kita masih mengekalkan cara pakaian islam yg menutup aurat, tudung labuh etc.

    Kalau ada yg sosial, kebykannya disbbkan didikan keluarga. Mereka ni dtg dr keluarga yg senang atau keluarga yg tidak menitik beratkan amalan islam dlm kehidupan seharian.

    Jadi kesimpulannya, jgn komen kalau x tau perkara sebnrnya.

    Dlm kes Amalina, jgn kecam dia. Bantu dia. Masalah org melayu ni skit2 hentam 2. Ada tak anda cari puncanya??? Cuba tanya dan bantu dia. Kalau benda ni jadi pd kaum keluarga anda atau anak sendiri, agak2nya adakah anda nak malukan anak sendiri??

    BalasPadam
  12. Bekas pelajar aku takde la pulok jadi sosial gini bila belajor di UK. Makin alim ada la kata maknya. Tu la lain kali rajin2 la ikut naqibah usrah. Tapi nak buat camno, orang dok Johor ni dah tahu belaka ttg agama sbb ada sekolah agama rakyat. Mana mungkin nak follow usrah2 ni.

    BalasPadam
  13. gb,

    tidak ada salahnya menyebar "fitnah yang benar" demi kebaikan semua. kalau da keluar kat facebook, mengumpat apa lagi? fitnah apa lagi? bukankah gambar itu bernilai sejuta perkataan? mengaji tinggi2 kalau ini pun tak faham menggambarkan seseorang itu tidak berilmu kerana orang yang berilmu akan membawanya hampir kepada Allah.

    wallahu'alam

    BalasPadam
  14. Dalam kes ini yang ditonjolkan adalah perubahan yang melampau Amalina (jika betul) sebagai Islam Melayu Malaysia. Bukan saja nak jaga tepi kain orang. Sesama Islam sesama ingat-mengingati supaya menjalani hidup jangan melampaui batas agama Islam
    Anak-anak yang bijak cuba ingatkan balik semasa kanak-kanak dan membesar di Malaysia. Ia jauh beza dari segi agama dan budaya. Jagalah air muka ibu bapa, keluarga dan agama Islam jika sayangkan kepada diri sendiri. Jangan bebas sebebasnya seperti burung yang tak ada haluan yang jelas.

    BalasPadam
  15. salam. sekadar berkongsi. saya dulu belajar di UK juga, satu batch dgn nur amalina ni. bila duduk jauh dari keluarga macam tu, it's either u'll be better or u'll be worse. setahu saya, setiap kali ada freshie masuk, senior2 rakyat Malaysia mmg akan jumpa, adekan program, housewarming, ajak pergi gathering dsb

    but surely seniors have no right at all to force the freshies to turn up. sekarang ni it's totally depends on diri sendiri. saya belajar di newcastle dulu, tak jauh dr edinburgh, dan saya kenal ramai student malaysia from edinburgh tapi selama di sana tak pernah jumpa pun amalina tu dalam mana-mana gathering ke, program untuk freshie ke.

    suasana di sana memang mencabar dan banyak godaan, tapi kita tak boleh salahkan dia 100%. tak semua yang jadi macam amalina, macam sufiah, macam ariff tu. selama saya di sana saya jumpa sangat ramai orang kita yang genius, tapi baik malah ada yang berubah jadi lebih baik bila di sana. kalau tak tahu cerita sebenar, it's better for us to shut our mouth up kan dari cakap yang bukan-bukan pasal dia. lebih elok kalau kita doakan dia ditunjukkan jalan kembali kan?

    BalasPadam
  16. Saya harap perkara ini tidak benar dan kalau ianya betul diharap Amalina berubah kembali ke jalan yang lurus. Alangkah indah bertudung seperti sebelum berangkat ke sana.

    Kepintaran yang Allah berikan sebetulnya berfikir dalam semua hal dan dalam keimanan kepada tuhan pun semestinya setanding dengan akademik.

    Kebanyakan ibubapa zaman sekarang hanya mementingkan pencapaian tinggi dalam akedemik dan ini menyebabkan mereka kekurangan dalam pendidikan agama.

    Tidak ada guna jika berpelajaran tinggi tetapi lupa asal usul siapa kita disisi Allah.

    Diharap kepada semua pelajar tidak kira dimana jua.. berlajar bersungguh, ingat Allah, perliharalah diri anda dan ingat ibubapa.

    BalasPadam
  17. Ada puak dok tatang Amelina ni dan suruh remaja Malaysia jadikan dia Idola. Maka adakah ini akhlak yang patut diikuti oleh remaja melayu yang beragama Islam? Saya musykil jika ada yang menyuruh artikel ini di'padam' sedangkan penulis telah menerangkan kenapa penyampaian artikel ini perlu dilakukan. Banyak persoalan kita terjemahkan dari gambar yang diutarakan di antaranya mengapa seorang yang dapat 17 A1 boleh terhanyut begini sekali, mengapa dia memilih cara hidup begini sedangkan dia telah berilmu dan apakah kurangnya sistem pembelajaran kita sehingga emosi melebihi akal. Semoga dia pulang kepangkal jalan.

    BalasPadam
  18. Ramai yang terkejut terhadap perubahan yang berlaku kepada pelajar cerdik Nur Amalina. Apa puncanya , sehingga jadi begitu?

    Salahnya , dasar kerajaan UMNO dan UMNO

    1. Kerajaan UMNO melalui Kementerian Pelajaran sentiasa mahu keputusan cemerlang setiap kali menteri bertukar. Apabila , keputusan diperolehi kurang memuaskan maka diturunkan markah lulus.

    Jika kurang dapat A, diturunkan markah untuk dapat A sehingga 70 markah pun dah dapat A. Sedangkan di sekolah ,markah untuk mendapat A adalah 80. Tak caya ka, tanya la cikgu2 kat sekolah

    Kesannya, ramai yang dapat A markah rendah. Ramai yang boleh masuk U, kerajaan UMNO terpaksa buka lebih banyak U. Tapi, bila terlalu ramai yang keluar U dengan ijazah, kerja tak ada. Contoh pelajar UPSI yang ada ijazah guru tapi tak diterima jadi guru.

    Kesan lain, apabila pelajar A markah rendah ni masuk U luar negara contohnya Oxford, markah lulusnya tetap tak ikut Menteri. Pelajar yang tak betul2 belajar, dok bebas bersosial akan gagal. Tak kira la pelajar tu dapat 20 A kat Malaysia pun.

    2. Kerajaan UMNO juga menetapkan pelajar yang hendak keluar negara mengikuti kursus BTN. Tahu apa yang ditanam kepada pelajar? Antaranya, bila pergi luar negara jangan ikut kumpulan-kumpulan Islam. Jangan join usrah dan aktiviti agama dianjur kumpulan Islam kat kampus.

    Kenapa? takut pelajar tu balik tak sokong UMNO sebaliknya sokong Islam, bila sokong Islam sokong PAS la.

    Habis disuruhnya join apa? Kena join Kelab UMNO la di luar negara.

    Bila , pelajar2 ni sampai diluar negara. MSD pula ambil peranan ugut pelajar jangan masuk kumpulan Islam. Jangan join IKRAM, ISMA, HALUAN, ABIM, MISG dan lain2.

    Kesannya, pelajar yang takut tak berani join kumpulan Islam walaupun sebenarnya kumpulan Islam ini bukan ajar ajaran sesat.

    Pelajar ini join Kelab UMNO. Apa aktiviti Kelab UMNO, banyak nya program bersosial . Menyanyi, menari , fesyen .Kurang sangat program agamanya. Akhirnya, pelajar ini hanyut dan ada diantaranya gagal dalam pelajaran.

    Pelajar yang join kumpulan Islam , pasti ada yang akan memberi nasihat jika mereka melakukan aktiviti maksiat. Ini menyebabkan mereka tidak hanyut sebab hidup berjemaah.

    Tak caya ka, tanya la pelajar yang pi luar negara....

    Jadi sah salah dasar UMNO dan tindakan ugut UMNO....

    Tanya juga dua orang pelajar yang gay kahwin baru2 ini. Dua2 tu join Kelab UMNO atau kumpulan Islam? Anda tahu jawapannya.........

    Dari Blog PASPB

    BalasPadam
  19. ada jugak org macam rosey yg nak membela perbuatan amelina itu walaupun dah tersebar luas gambar2 dasyat di internet.

    kata rosey "it's better for us to shut our mouth up kan dari cakap yang bukan-bukan pasal dia. lebih elok kalau kita doakan dia ditunjukkan jalan kembali kan?".

    macam mana nak doakan org sedemikian, jika perkara ini tidak didedahkan? mujur blog gb ini dah dedahkan, bolehlah kita sesama doakan. itu sebab GB kata Allah masih sygkan Nur Amelina, jika tiada pendedahan seperti ini, lansung org tak tahu dan lansung tiada siapa mendoakan dia kembali ke pangkal jalan.

    janganlah berlagak dan nak tunjuk pandai semata-mata dah pergi belajar ke luar negara jika ilmu ugama masih kosong di dada.

    lebih penting, jangan bela kemungkaran kelak kamu tergolong di dalam kalangan mereka.

    BalasPadam
  20. Apa la sumbangan student oversea kpd kerajaan? Tempat aku kijo loni, student local lagi hebat drp student oversea dari segi buat kijo. student oversea ni hebat dlm bercakap jah.. speaking la konon..

    mak kato student oversea wak balik teknologi baru? hampeh.. wak balik kereta ado la..

    BalasPadam
  21. Bongkar segala kemungkaran dan maksiat! Ayuh amar makruf nahi mungkar..knapa manusia suka pada maksiat pada Allah?

    BalasPadam
  22. FROM JAHAR

    BASO BODO,KECIK2 CIDIK BESAR2 BEGONG.NI LA ORANG KATO CHA.BT MALU ORE TUA...

    BalasPadam
  23. Salam,

    Aku pernah belajaq kat jepun. Ada batch aku kat UM sebelum gi pakai tudung, sampai sana jumpa final year, pakai skirt time interview.
    Ada kat sana bersekedudukan, tp sapa nak pergi tegur? walaupun yg perempuan bertudung. Bertudung tidak menjamin seseorang itu drpd tidak melakukan maksiat.Kat local Univ pun sama, berapa ramai yang ditangkap bersekedudukan,hatta ada yg jadi pelacur sebab nak hidup mewah... pada aku ilmu agama yg teguh merupakan pendinding bagi semua....

    BalasPadam
  24. Askm. Phehhkkh! Ramai betul komen, menarik memang manarik. Gua setuju bila GB buat pendedahan, GB ada alasan / dalil pulak tu, tu yang aku suka blog ni, tahniah, jelas bahawa GB bertanggungjawab.

    BalasPadam
  25. Pasal dulu dia ni fames, jadi tiap2 perkembangan nya samada ok atau tak ok, akan fames la juga.

    Dia sebenarnya keliru & nak merasa apa yg dulu2 tak rasa sbb dulu tu tak de peluang.

    Kira dia beruntung sbb fames, wlu ramai yg kutuk, tapi ramai yg berdoa untuknya termasuk aku.
    Sbb aku dulu pun cam tu lebihkurang, mostly member sekelas cam tu, aku terikut2. Tapi sbb masa tu tak de fb, tak de le photo aku tersiar merata2.
    Tapi tak de le sampai aku blond kan rambut, mungkin masa tu lum trend.

    Alhamdulillah, aku berubah bila kerja, pelan2 aku sedar sendiri, sbb masa keja kawan baik aku selalu belikan majalah agama.. & tak mustahil dia tolong doakan utk ku tanpa pengetahuanku. Sekarang dia dah meninggal. Al Fatihah.

    Boleh, manusia boleh berubah, insyaAllah selagi nyawa masih ada.Malah akan jadi lebih, lebih, lebih baik.
    Cuma perlu berkawan & persekitaran yg baik, yang nasihatkan.Jgn putus dgn prog2 agama, wlu sibuk cam mana pun. Setan akan amik peluang.

    Jangan segan & takut utk menegur, mmg le org biasanya tak suka ditegur, bila dah tua baru dia appriatiate org yg menegurnya. Tegur le ikut kaedah masing2.

    Macam kita le, masa kecik2 mak kita selalu paksa utk solat, masa tu kita lum boleh fikir sngat, kita geram juga, apa lagi tengah sedap2 tidur dikejutkan, bila mak dah tak de, teringat2 dia & syukur punya mak yg perhatin.

    Jadi, tegur, jgn tak tegur.. UMNO ni lagi le kena tegur sbb banyak anjur prog tak pekdah di sisi Allah. Yang marah2 tu, sebenarnya dia suka sedara se agamanya berlarutan dlm kesesatan.

    BalasPadam
  26. saya pernah tengok gambar nur amalina dalam brosur bank negara malaysia..biasiswa BNM..gambar dia dalam tu memang dah tak bertudung..terkejut sangat..

    BalasPadam
  27. SEBAHAGIANNYA BETUL YG DITULIS TU, DI MSIA DIA PAKAI TUDUNG DAN SOPAN, BILA CUTI BALIK MSIA PUN GITU, TAPI BILA BALIK SANA DAH TECABUT LA TUDUNG DAN SOPANNYA DGN ALASAN SBB PERIBADI..TENTANG PELAJARANNYA MEMANG AMALINA CEMERLANG...KALAU FAIL TENTU PENAJA DAH POTONG SCHOLARSHIPNYA..APAPUN DIA REMAJA YG CARI IDENTITI....MAAF KAN SALAHNYA...PADA AMALINA BERINGAT LA...KAMU GUNA DUIT RAKYAT...KAMU BAWA IMEJ ISLAM DAN NEGARA...JADILAH YG SEPATUTNYA,, IAITU IKON REMAJA YG MURNI, CEMERLANG...SAYA TAK FIKIR KALAU JADI SOPAN TAK DPT KEJE SAMA DRP RAKAN SEKELAS ATAU PENTADBIR U DI SANA....PENGALAMAN SAYA DI SANA ORG SCOTLAND SOPAN DAN MALAHAN BANYAK BUDAYA ISLAM DI AMALKAN DI SANA BERBANDING DINEGARA KITA....APAPUN AMALINA BERUBAHLAH...CARA HIDUP ISLAM LAH YANG SELAMATKAN KITA IDUP DIDUNIA DAN AKHIRAT NANTI...BERAPA LAMA SGT LAAA...IUDUP KAT DUNIA NI KAN AMALINA....PADA IBU AMALINA NASIHATI LAH ANAK MU...

    BalasPadam
  28. saya agak terkejut dengan apa yang berlaku pada Amalina. tp saya juga tahu, bukan dia seorang yang mengalaminya. malah, ramai lagi sepertinya di luar sana..tak dinafikan, saya memang sangat kecewa dengan perubahan yang berlaku pada diri Amalina..tapi dari jauh, saya mohon pada rakan2 seagama(ISLAM)...doakan dia agar kembali diberikan hidayah, kembali ke pangkal jalan...jangan kita kutuk dia sebab tak mustahil andai satu hari nanti kita @ ahli keluarga kita @ insan2 di sekeliling kita jadi macam dia andai Allah berkehendakkan begitu...n x mustahil jika satu hari nanti Amalina jadi jauh lebih baik daripada kita dengan kehendak Allah...

    sama2 lah kita doakan sahabat kita ini...

    BalasPadam
  29. Salam semua.
    Situasi cultural shock mcm ni memang biasa sahaja untuk pelajar yng pertama kali ke luar negara. Semasa di negara sendiri kalau tidak saudara mara, kita mungkin akan segan dengan masyarakat sekeliling jika kita bertindak sedikit keterlaluan, cara berpakaian-pakai/buka tudung contohnya.
    Bila dah duduk di luar negara dan kita pula menjadi golongan super minoriti (islam VS nonIslam), tiada sesiapa yang menegur (Ibu bapa) kemungkinan seperti ini boleh saja berlaku.
    Secara peribadi sya berpendapat nuramalina belum cukup kuat imannya semasa dia berhijrah ke UK dulu. Bekalan dari segi kecemerlangan akademik mungkin sudah cukup, tapi bekalan dari segi iman hanya sekadar di permukaan sahaja.
    Sama-sama kita doakan agar saudara seagama kita nuramalina bertaubat. Semoga dia insaf bahawa Allah boleh saja menarik semua kelebihan yang dia ada dalam sekelip mata jika Dia menghendakinya.
    Saya yakin Nuramalina sedang menghadapi ujian dari Allah sebenarnya melalui situasi ini. Kita sebagai saudara seagama pula sedang diuji sejaumana perihatin kita kepada dia sama ada mengambil tindakan dengan kuasa, menegur dengan mulut atau membantah dengan lidah. jangan pula menyokong jika melihat kemungkaran berlaku dihadapan mata.

    wallaualam.

    BalasPadam
  30. pendedahan yang baik sebagai pengajaran.

    BalasPadam
  31. siswi-siswa macam tu yang umnongok suka .... sekular, modern, open-minded, seksi, western, dll ... balik nanti boleh jadi ahli puteri umnongok .... banayk sangat ilmu agama (Islam) .... umnongok susah hati pula .... nanti condong ke pas .....!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  32. Salam.Saya bukan berniat mahu menyalahkan sesiapa tetapi dalam soal menyebarkan aib ini bagi tujuan memberikan pengajaran kepada orang lain itu diharuskan.Bukannya sengaja mereka post artikel seperti ini.Ini untuk pengajaran buat bakal2 ibu dan bapa sekalian.Memang tidak dinafikan ada betulnya apa yang dikomen yang lain.Cuma pada pandangan saya,kerajaan boleh bertindak membawa pulang mana-mana genius negara yang didapati sudah tidak mengamalkan cara hidup seorang muslim yang baik.Yang mana masih tidak berubah,kita tidak perlu ganggu hidup mereka.Kita risaukan perkara yang ada kaitnya dengan aqidah seorang muslim.Tanggungjawab seorang muslim terhadap muslim yang lain adalah menjaga aqidah.apa-apa pun,kita bersama doakan agar aqidah kita terpelihara ~ daripada hantar ke UK baik hantar ke Timur Tengah.Jimat ckit duit rakyat ~

    BalasPadam
  33. Taja ke luar negara tu sebenarnya boleh tapi dengan syarat...tengok la negara mana? Bidang apa? dan wajib melalui fasa pengukuhan aqidah serta melalui kursus-kursus pemantapan ibadah terlebih dahulu....jangan dihantar semberono sahaja...sebelum ni penekanan tak diberi kepada ilmu Al-Quran sebelum menghantar pelajar ke luar negara terutama eropah hanya aspek bahasa dan budaya sahaja didedahkan...maka jadilah sebagaimana yang jadi sekarang...Wallahua'lam..

    BalasPadam
  34. kehidupan nih cermin.....

    mungkin dulu dia pernah terbaca cerita sufiyah.... dan dia fikir... dia tak kan jadi macam tu.... lastly.. dia pun terperangkap...

    serupa dengan kita.. hari nih kita baca pasal cerita mamelina... dan jangan terkejut plak.. suatu hari nanti ada sedara mara kita plak terkene macam nih....

    ianye macam cermin.... cermin tu fungsinye untuk kita lihat apa yg kurang pada diri kita.... kita perbaiki.... jangan mencemuh.. kerena apa yg kita cemuh itu... adalah diri kita sendiri...

    kita gunalah mukjizat al-quran... kita doa kan mereka2 ini.... dibukakan pintu hati mereka akan kembali kejalan yang diredhai ALLAH.... dan juga doa moga ianye tidak akan berlaku lagi pada orang lain... terutama suadara mara terdekat dgn kita... dgn jg saudara seislam....

    sebenarnye... kita yang lemah... bukan musuh ( yahudi ) yang kuat.....

    kita selalu sangat pencari alasan.. bukan penyelesaian...

    ntah la....

    BalasPadam
  35. Menda macam ni banyak berlaku pada student muda lepasan SPM yang dihantar buat A level di sana..

    Mereka yang pergi untuk further studies, OK lagi..

    Mungkin tahap maturity memainkan peranan...

    Pemerhatian saya pada 2 grup ni, mereka yang buat A level di UK ni lebih sosial dan amat mudah untuk gel dengan budaya sana dan bercampur dengan Mat Salleh manakala grup further studies pula lebih suka gel dengan org Mesia...(senang nak makan belacan)

    Grup A level ni, bab English & pelajaran memng superb tapi bab Agama dan Sosial...sad to say..hancuss..

    Grup further studies pulak, sad to say bab English and pelajaran macam belacan tapi bab Agama dan Sosial..Alhamdulillah, terjaga..

    So, menda ni bukan jadi kat Amalina je..tapi jadik kat semua yang pi sana,

    So,utk Ibubapa, tanamkan asas keimanan dan keagamaan yang kukuh pada anak anak terutamanya yang nak ke sana..
    (sana mana lagi penting? sana Akhirat or sana UK?)

    BalasPadam
  36. Hantar la kena pun pelajar kita adalah sesuatu yang baik tetapi jika "nawaitu" asal tersasar maka sesatlah seseorang itu.didikan agama perlu ada dalam jiwa dan hati seseorang.yang baik akan dikenang dalam keadaan baik,jadikan ia teladan yang jahat jadikan sempadan dalam apa jua bidang yang diceburi.untuk pengetahuan umum belajar dalam negara ada bagus kerana ibubapa setidak tidaknya dapat memantau perkembangan seseorang pelajar tesebut tetapi sekiranya keluar negara yang memantau hanyalah KEMENTERIAN maka segala tingkah laku pelajar amat lambat sampai kepengetahuan ibubapa. Ambil lah iktibar dari apa yang telah berlaku keatas pelajar pelajar malaysia yang menuntut di luar sana.Ingatlah setiap perlakuan kita diperhatikan oleh "ALLAH S.W T"

    BalasPadam
  37. Salam...
    back to islam, dengan mengamalkan sepenuhnya seperti pendidkan secara islam, pentabbiran islam, berpolitik pon berpolitik secara islam...

    BalasPadam
  38. Manusia yg genius itu atau pintar bkn manusia yg pakar dlm bidng2 keduniaan atau brjya dlm SPM dn ijazah2 yg lain. manusia yg pintar dn genius itu adalah manusia yg brjaya slps kematiannya mndpt redha allah dan syurganya.

    manusia yg pintar adalah manusia yg sentiasa brusaha mncari bekalan dn bersedia utuk hari akhiratnya.

    BalasPadam
  39. salam..hendaklah kemungkaran itu diambil tindakan nya dgn 3 cara....pertama,dengan perbuatan...kedua,dengan mulut....dan ketiga,dengan hati....so,kepada yg dok sibuk nak tolong cover yg empunye diri suruh tarik blk artikel nih...x payah lah dan simpan niat murni tu..ade baiknye anda jaga n tolong cover sedara mara and diri anda sendiri....to tuan punye blog..keep up the good work...amal maaruf nahi mungkar....wasalam...

    BalasPadam
  40. saya harap ini hanya rekaan, jika betul amalina berubahlah, jangan ingat fail dekat dunia bermaksud fail diakhirat skali, jadi masa , pintu taubat dan peluang masih terbuka, saya sangat hormat amalina yang dulu, skarang saya form 4, saya juga nak ikut jejak langkah amalina yang dulu, tap tolong jangan buat saya kecewa dan menganggap amalina ini hanya berlakun baik, i hope from Allah

    BalasPadam
  41. Salam..Saya rasa GB telah menyedarkan ramai ibu bapa selepas ini tentang betapa perlunya didikan agama yang sempurna. Saya juga merupakan pelajar lepasan ijazah luar negara dan sekarang dan menjawat jawatan tinggi di firma swasta. Saya juga sering ke luarnegara dan amat mengagumi Amalina sebelum ini. I always motivate my daughter and want her to be like Amalina one day but I do not think she is my idol now. She is having a cultural shock right now and hope she will change. No point blamin her mum coz when you are there..you are on your own...

    BalasPadam
  42. Salam, apa yg penting adalah JATIDIRI dalam diri pelajar itu sendiri... Kes Amalina ini sebagai satu contoh, apabila JATIDIRI tiada, maka maruah & agama akan TERGADAI... Orang pandai yg tiada JATIDIRI jadi begini, apatah lagi mereka yg kurang dari segi ilmu pengetahuan....yang lebih banyak kita dapat lihat di sekolah2 sekarang, seawal sekolah rendah lagi....

    Ya Allah, selamatkanlah umat Islam dan bangsa seagamaku... Amin...

    BalasPadam
  43. tidak tahu hendak kata apa. tapi cuba nak kongsi rasa. sebenarnya masyarakat kita ni dah tenat. bukan tenat dari segi fizikal tapi tenat dari segi rohani. bila nak tegur tentang kemungkaran kita diherdik, tapi bila tak tegur kita di caci tak mengambil peduli. ini yang dikatakan ditegur salah tak tegur salah jadi semua serba salah. jemput undangan ke majlis forum yg datangnya warga berusia 45 ke atas. klu ade yg bawah 45, itu pun di paksa. tapi kalau jemputan undangan ke majlis hiburan yg datang xkira usia, tak suruh datang pun nak datang juga. ini lah terjadinya pada masyarakat melayu. akhirnya bangsa jiwa musnah. perkara pertama yang kita kene sedar bila berlaku kemungkaran kita kene tegur dan individu yang ditegur pulak jangan lah melenting sebab memang ko salah. ko tahu ke ko salah? ko takan tahu kalau ko salah yang tahu ko salah ialah orang sekeliling yang memandang ko. yang kedua yang menegur tu kene lihat diri sendiri. ko tegur orang tapi ko sendiri pun tak betul...

    BalasPadam
  44. Dunia ini dah tua dan akan khaimat. Maka perkara yang tidak masuk akal akan berlaku, ia lagi dashat dari zaman JAHILIAH dulu kala!
    Maka jaga lah diri, anak, isteri dan keluarga sebaik baiknya!
    Agama Islam adalah untuk semua yang percaya dan nak ikut.
    Kalau manusia pilih yang salah dia lah yang rugi dan akan jawab sendiri.
    Kita semua harus berterima kasih dan bersyukur dilahirkan didalam ISLAM.
    Ikuti lah ajarannya supaya selamat dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  45. setuju.. dunia dan akhirat perlu di seimbangkan... x gune genius kat dunia sahaja...

    BalasPadam
  46. amalina berubahla....yg duk bela umpama menegakkan benang yg basah pun berubah la...sdh d katakan gmbr tu dr fb amalina sendiri..dia sendiri tak jaga aid dia...it jus for other people tuk jdkn pngajaran...dont be n do or copy amalina action...agama ni slalu kna blaja..kalu kita rs kita tahu semua...sbnrmye kita xtahu sgt...sbb ilmu ni kn umpama laut yg luas...selalu la merendah diri...apa yg kita rs betul2 kdg2 xbetul...hukum Allah ttp hukum Allah..no doubt..=)

    BalasPadam
  47. Ala... Kalau hantar blaja g mesir pun blum tentu jd bagus. Biada jd sand nigger. Ckp melayu pun slang arab. Menyampah. Blum lg dgn pemikiran jumud dia. Tah mana2 ajaran dia ikut pun xtau. Hntr oversea, kalau xde prinsip diri yg kukuh, jd tah apa2 la. X kira hntr ke edinburgh ke al azhar ke sama ja

    BalasPadam
  48. pelajaran tinggi tidak sama dengan akal yang tinggi.
    Beruk pun boleh diajar dan belajar...tapi akal tetap xda...

    BalasPadam
  49. kalu kita MELAYU mukin bole jadi camtu.....kalu kita ISLAM tak mungkin begitu.

    BalasPadam
  50. dalam gmbar pegang dari luar..kalau luar gmbar tentu pegang yg di dalam tu agaknya..hiiii..anak Melayu..anak Melayu..kejutan budaya..

    BalasPadam
  51. Pernah tengok her side of story dalam Nona dulu. Memang dia bijak pandai tapi ya lah, faham-faham sendiri ajelah. Rasa nya tarbiyah islami dalam diri pelajar belum cukup kuat dan sistem kita terlalu mengagungkan kepandaian seseorang. Cuma mintak, besok kalau ada anak janganlah jadi macam ini. Biarlah kepandaian membawa kita ke syurga.

    BalasPadam
  52. orang melayu tak payahla nk salah kan budak ni. renung baik baik siapa yang pilih untuk duduk di dalam sistem keduniaan melampau ciptaan pihak barat untuk memayungi negara ini? jawapannya ialah orang melayu jugak! jadi nak tak nak terima jelah hasilnya ni...

    BalasPadam
  53. Komen saya:
    Melayu cepat nak mengutuk sesama sendiri.

    Constructive criticism? Jarang sekali.

    Sehinggakan rakan-rakan seperjuangan di Kolej NUR AMALINA,atau se negara dengannya, terpaksa menulis untuk memaklumkan KEBENARAN.

    Typical lah ruangan blog GREENBOG.You lose credibility just like HARAKAH loses credibility as a "Muslim" newsprint- full of lies and malice.
    Full of lies, misconceptions and malice.

    YOu never fail to amaze me.

    Tak Malu ke orang bukan- Islam membaca..hampir tiada artikel yang membangunkan ummah langsung.

    BalasPadam
  54. Khas untuk "kawan2" dan "kenalan2" Amalina...KEPALA OTAK ABAH KAU..all of you seems very on her side dont you?? why?? coz KAMU PUN SAMA! thats why you felt guilty, jealous, and greedy when people "judge" you in the way of ISLAM. Where did all of you left your IMAN? Biasa la..dah pegi belajar oversea so otak pun dah jadi sangat2 Liberal..human wright KONON. We lived to die, our breath belongs to GOD..and the only GOD that hates this is ALLAH..unless you have another GOD there?

    BalasPadam
  55. Kepada pengkritik liberal...ceteknya ilmu aqidah kamu..dalam Islam MEMBOLEHKAN kita membuka aib, mengutuk, memaki, jika kita berkemampuan...jikalau tidak cukup sekadar menegur di dalam hati itupun sudah dpt pahala. So, GB ada kemampuan..iaitu blognya di baca oleh segenap rakyat Malaysia..inilah saluran beliau utk menyuarakan kekufuran yg melanda anak2 melayu islam..kenapa otak anda semua sangat sangat LIBERAL??? lembu barat...

    BalasPadam
  56. Dunia adalah tempat ujian..setiap kita diuji dengan bahagian masing2 marilah sama2 kita saling mendoakan..."Berpesan2 kepada KEBENARAN...berpesan2 kepada KESABARAN....Allahu aklam,,,

    BalasPadam
  57. Assalammualaikum...kdg2 ni agenda yahudi...BILA TGK DTG DPD ASIA SI GENIUS, MAKA MEREKA AKAN GELABAH, diorg takut genuis byk disini...Sbb tu kena tgk balik dpd dulu hingga sekarang tentera salib yg berkembang biak x pernah jemu mengatur perancangan demi perancangan melumpuhkn genius asia atau lebih tepat lg dpd negara islam... PADA SY X PERLU ANTAR BELAJAR KE LUAR NEGARA HINGGALAH ANK2 NI 'KUAT'..

    BalasPadam
  58. Jom kita bertaubat dan mohon hidayah dan redaNya. Jom doakan saudara seIslam kita diberi hidayah. Jom kita ubah akhlak kita yang sayang dan kasih pada ummat seperti baginda Nabi Muhammad saw.

    Hari ini dia yang menjadi subjek mungkin sebegini, dengan izin Allah dia boleh berubah. Hidayah itu milik Allah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.