Najib gagal atasi bekalan air UMP Pekan
KUALA LUMPUR, 4 Jan: Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan.
“Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah,” kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini.
Katanya, akibat daripada itu, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.
Menurutnya, setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) di sana, pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP.
Banyak persoalan timbul berkaitan isu itu dalam kalangan mahasiswa dan barisan pentadbiran mahupun rakyat setempat.
Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air.
“Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan.
“Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah?
“Di mana duit peruntukan yang disalurkan untuk membina saluran air di UMP tersebut sedangkan dalam meluluskan sesuatu projek pastinya perkara asas seperti bekalan air ini seharusnya telah di atasi dengan baik,” katanya.
Katanya, apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera.
“Seiring dengan slogan ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ yang sering beliau laungkan, maka mahasiswa mohon untuk laungan tersebut diterjemahkan dalam bentuk tindakan segera oleh beliau,” katanya.
beliau berkata, isu bekalan air yang bermasalah itu bukan hanya membelenggu dalam kalangan mahasiswa sahaja namun di peringkat rakyat setempat juga sengsara dengan kekurangan keperluan asas tersebut. -HD
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

bangang punya PM. dok kalut sebok tempat org...tempat sendiri bekalan air pun tak cukop....low pressure lak tue. memang lembuuuuuuu NFC laa
BalasPadamItulah akibatnya kerana asyik kutuk masalah air di Kelantan. Sekarang kena batang hidung ketua puak UMNO sendiri.
BalasPadamSebab tu kawe kato sebelum ni,,,,bukannyo tok leh atar pelajar ke luar negara tapi pastikan suntikan akidah yang kuat dan segala amal ibadah budok tu mantap dulu...keno bui kursus dalam bidang tu dulu baru selamat....Alhamdulillah adik ni basic agamo dio kuat jadi insyaAllah akan dipelihara oleh Allah...
BalasPadamSaya rasa bukan setakat di Pekan SAHAJA tetapi SELURUH negeri Pahang menghadapi masalah yang sama, sampai satu tahap bagahian aduan pengguna PUSPEL dah tak larat nak terima aduan penduduk sehingga perkataan "Kami bukan nak layan masalah tempat encik sorang aje, banyak lagi tempat lain.." JBA Pahang tolong prihatin..
BalasPadam