Bekas Hakim Datuk Arifin Jaka Meninggal
KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Arifin Jaka meninggal dunia pada Khamis dipercayai akibat komplikasi menghidap kencing manis.
Arifin, 78, meninggal dunia kira-kira 6.05 pagi di Hospital Serdang, dekat sini.
Bahagian Komunikasi Korporat Mahkamah Persekutuan Malaysia ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Arifin meninggalkan balu Datin Maznah, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Antara kes yang didengar dan diputuskan oleh Allahyarham ketika menjawat jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ialah kes liwat pertama membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada 8 Ogos 2000, Arifin menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu keluarganya, di apartmen adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Tivoli Villa, Bangsar, pada 7.45 petang antara Januari dan Mac 1993.
Bagaimanapun Anwar, pada 5 Sept 2004, dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan selepas menang dalam rayuan terakhirnya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara itu.
Jenazah Arifin dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Presint 20, Putrajaya, selepas solat Zuhur.
Arifin dilahirkan pada 30 Sept 1933 di Rembau, Negeri Sembilan dan berkelulusan Barrister-at-Law, Lincoln's Inn, London.
Beliau memulakan tugasnya dalam badan kehakiman sebagai Presiden Mahkamah Sesyen pada tahun 1970 dan jawatan tertingginya ialah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2003 sebelum bersara setahun kemudian.
Allahyarham terkenal sebagai hakim yang banyak mengendalikan kes-kes sivil, antaranya kes melibatkan pengasas bersama Kumpulan Tan Chong, Datuk Tan Kim Hor dalam prosiding penutupan Tan Chong Consolidated Sdn Bhd.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang menziarahi jenazah Allahyarham Arifin , berkata negara kehilangan seorang tokoh yang disegani dan jasa Allahyarham yang telah banyak menzahirkan nas-nas perundangan yang akan sentiasa dihargai dan diingati.
"Kita kehilangan seorang negarawan dan bekas hakim yang telah banyak berjasa dalam bidang perundangan dan hal ehwal penentuan keadilan di negara kita," katanya.- BERNAMA
ULASAN GB
Baru-baru ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan juga Penasihat Agama kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Hamid Othman kembali ke rahmatullah.
Kini, Datuk Ariffin Jaka, bekas hakim yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar Ibrahim pada tahun 2000 di dalam kes Liwat 1.
Tan Sri Abdul Hamid Othman meninggal dunia sewaktu negara sedang kecoh membicarakan isu Menteri Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharum yang disahkan menyalahgunakan wang zakat untuk bayaran khidmat guamannya dan kedua Datuk Ariffin Jaka meninggal dunia sewaktu negara sedang menanti tarikh 9 Januari, di mana hakim Zabidin Mohd Diah akan memberikan penghakiman untuk kes Liwat 2.
Kebetulan?
Bukan! Ia terlingkung di dalam kehendak (iradat Allah s.w.t.
Setiap sesuatu peristiwa yang dijadikan Allah s.w.t. tidak ada yang sia-sia, apatah lagi soal "kematian" yang sepatutnya menjadi "guru" kepada yang masih hidup.
Justeru kepada kita yang masih hidup, apatah lagi kepada pengganti Allahyarham Abdul Hamid Othman di JPM iaitu Jamil Khir Baharum dan juga hakim yang mengadili kes Liwat yang menggantikan Allahyarham Ariffin jaka iaitu Zabidin Mohd Diah, agar belajar dari kematian tersebut - bahawa kita perlu berlaku adil dan saksama, kita perlu teguh mengikuti syariatNya, tidak melanggar batasNya dan bahawa Allah berkuasa mencabut nyawa kita pada bila-bila masa.
Kematian itu merupakan peringatan keras, bukan dari blogger bernama GB tetapi dari Pencipta kita semua, iaitu Allah s.w.t.
Jika enggan belajar dari kejadian itu, tunggu saat kematian itu tiba dan cubalah kamu-kamu berdua menolaknya, jika kamu-kamu mampu melakukannya. Ittaqullah!
Innalillahi wainna ilahi rajiun.