29 Dis 2011

Kisah "Lembu NFC" Mengamuk: Najib Tak Bertindak Kerana Takut Kena Tanduk?

Haniza: Najib Takut Shahrizat Dedah Skandal Pemimpin Lain?

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.

Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

"Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

"Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu" kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

"Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya," tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat (gambar), Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

"Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini," katanya.

"Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan," jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza (gambar) berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

"'Luah mati emak, telan mati bapak' bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, " kata beliau

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan. -tvsnews



8 ulasan:

  1. Lembu-lembu juga tapi cerita cincin jangan lupa kan ya

    BalasPadam
  2. Shahrizat Abdul Jalil dan Lembu NFC... Ancaman paling besar menjelang Pilihan Raya...

    Rujuk Entri ini:
    http://che-armad.blogspot.com/2011/12/isu-panasss-shahrizat-abdul-jalil-nfc.html

    BalasPadam
  3. Maklumlah sudah sama-sama terjerat. Hanya masing-masing nak lepaskan diri sendiri.

    BalasPadam
  4. Barangkali minah ni dah jumpa Tuanku Rosmah yang perintahkan Najib supaya jangan ambil apa-apa tindakan!

    BalasPadam
  5. Moohon kerjasama Kak Jat, letak la jawatan. Kak Jat dah mula dibenci, yang dok tunjuk kata sokong kata suka tu saja geng pengampu. Cuba tanya depa dengan hati yang suci.... Kalau letak, ada la jugak sorang dua yang simpati, kalau tak, nampaknya orang dalam sendiri akan tak puas hati, termasuk saya yang menyokong UMNO nie....

    BalasPadam
  6. peribahasa moden "Lembu mana yang tak bermasalah"

    peribahasa kuno "Babi merasa gulai"

    BalasPadam
  7. Kes Shahrizat dengan Najib ni macam jugak kes Hassan Ali dengan Stopa Ali."kamu ambil tindakan,rahsia pecah".Itu sebabnya Khalid Samad jadi mangsa dulu,Hassan Ali terlepas.

    BalasPadam
  8. Ayah, apa mau gaduh2. Hari sudah malamlah. Lembu berak sikit punya pasal pun mau gaduh kah? Itu lembu berak kasi angkat, cuci sudahlah.
    Sudahlah masuk tidur. Malulah sama negara jiran. Besok orang mau kerjalah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.