12 Nov 2011

Saja Cari Nahas: Malang Berganda Pelajar Tkn 3 Dirogol 2 Lelaki Di 2 Lokasi Berlainan

Sepang: Malang berganda bagi seorang pelajar tingkatan tiga apabila dirogol dua lelaki yang baru dikenali di dua lokasi berasingan selepas pertemuan pertama mereka di Dengkil, dekat sini ini. Gambar fail

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, 28 Ogos lalu, pelajar berusia 15 tahun itu mengikut rakannya berjumpa teman lelaki rakannya itu berhampiran kedai serbaneka 24 jam di Taman Putra Permai, Seri Kembangan.

Mereka kemudian dibawa ke sebuah kedai makan di Dengkil dengan menaiki dua motosikal yang ditunggangi dua lelaki untuk minum bersama 10 lelaki lain dipercayai rakan lelaki berkenaan.

Selepas minum, mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah taman yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya, sebelum seorang lagi lelaki tiba ke lokasi berkenaan dengan menaiki motosikal berwarna hitam. Menurut sumber, ketika berada di taman itu mangsa ditarik seorang daripada 13 lelaki terbabit ke tempat gelap dan merogolnya.

Sumber berkata, selepas kejadian itu, lelaki yang menaiki motosikal berwarna hitam dan teman lelaki rakannya berjanji menghantar mangsa serta rakannya pulang ke rumah, tetapi kedua-duanya dibawa ke tempat lain secara berasingan.

“Mangsa tidak terus dibawa pulang, tetapi dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit dan dirogol lelaki terbabit. “Selepas itu, mangsa dihantar pulang ke rumah, tetapi dalam perjalanan motosikal milik lelaki terbabit kehabisan minyak berhampiran sebuah kedai perabot.

“Peluang itu digunakan mangsa untuk melarikan diri dan nasib menyebelahi gadis itu apabila terdapat anggota polis di kawasan berkenaan,” katanya.

Mangsa dibawa ke Balai Polis Dengkil untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, difahamkan, mangsa sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya di sini, kelmarin.

Bertindak di atas laporan berkenaan, polis Putrajaya menahan seorang lelaki dipercayai suspek pada hari sama laporan dibuat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang daripada suspek terbabit.

Difahamkan, suspek direman enam hari sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan. -hm

Ulasan GB

Diri sendiri cari pasal dan cari nahas.

Pertama, berjumpa lelaki pukul 12.00 malam, apa ke jadahnya?
Kedua, pulak tu lelaki itu baru dikenali
Ketiga, mana tanggungjawab mak bapak budak perempuan ni?

Awal-awal Maximus Ongkili Sudah Gagal Berlaku Adil

Wakil BERSIH tak diiktiraf PSC

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini.

"Tidak, anda bercakap sebagai Datuk Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0.

Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH.

Kecewa dengan tindakan itu, Ambiga berkata helaian muka depan berkenaan boleh saja dikoyakkan sekiranya ia menimbulkan masalah.

Maximus berkeras bahawa Ambiga tidak mewakili pertubuhan tidak berdaftar BERSIH, walau dibantah oleh seorang lagi anggota PSC, Azmin Ali.

Azmin berkata, keputusan berkenaan merupakan tindakan berat sebelah memandangkan PSC semalam turut mendengar keterangan saksi daripada Human Rights Party yang juga merupakan pertubuhan tidak berdaftar.

Ongkili bagaimanapun membenarkan Ambiga meneruskan keterangannya sebagai wakil 80 NGO yang dinaungi BERSIH.

Selain Ambiga, Ongkili turut membenarkan empat lagi wakil BERSIH - PY Wong, Andrew Khoo, Wong Chin Huat, dan Maria Chin Abdullah - untuk turut memberi keterangan selama lebih dua jam. -mk

Ulasan GB

Such a bloody fool chairperson of PSC! Didn't even show the slightest tinge of fairness and justice in chairing the committee.

The rakyat are now quizzed why this animal was chosen to be the Chairperson of PSC.

Melayu Merempat Di Tempat UMNO Kuat

Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat

Bahkan, mereka sudah berani mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat.

Oleh itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyifatkan ungkapan emosi yang diucapkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama lagu lama yang cuba mendekatkan kembali orang Melayu yang duah jauh dari Umno.

"Tun Dr Mahathir masih menyayi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu. Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno.

"Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat. Mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat,"ujarnya

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Buleytinonline.

Menurutnya, orang Melayu berpecah kerana dasar 'Umno Putera' yang sudah 'mendarah daging' dalam Umno, menyebabkan Melayu tidak berdosa menjadi mangsa.

Katanya, dasar tersebut menyebabkan Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan pusat sedangkan Kelantan adalah sebuah negeri majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

"Sebanyak 118 projek Persekutuan disekat sejak Rancangan Malaysia Keenam (1991). Pengkhianatan royalti kepada Kelantan yang jelas termaktub di dalam undang-undang telah dicabul.

"Menafikan pendaratan minyak ke Kelantan yang hanya jarak 150 KM, berbanding dengan ke Songkla Thailand yang jaraknya 270 KM. Ini tidak termasuk diskriminasi oleh pimpinan Umno di peringkat akar umbi seperti menahan projek jalan kampung, bantuan kemiskinan dan lain-lain lagi,

"kesemua ini dilakukan kerana dasar Umno Putera,"jelas Ustaz Idris Ahmad.

Beliaa menegaskan, sikap yang ditunjuk melalui dasar 'Umno Putera' yang menyebabkan Melayu lemah.

"Terbukti... bukan bangsa lain yang menindas, sebaliknya Melayu ditindas dan dilemahkan oleh orang yang sebangsa, semata-mata kerana kerakusan kuasa dan tidak boleh menerima selain daripada parti Umno sahaja,"tambahnya -buletinonline

170 Bukan Islam Di Sabah Sertai Dewan Penyokong PAS

Melihat keserlahan dan keupayaan PAS memimpin negeri, telah menjadi tarikan dan dorongan kepada 170 bukan Islam di Sabah untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Naib Pengerusi DHPP Malaysia, S Suria Narayanan berkata, jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa selepas parti itu memperlihatkan keupayaan dan keseragaman pucuk kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus negeri yang dikuasainya dengan cemerlang.

“Kita akan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orang bukan Islam untuk menyertai dewan ini.

“Kita mengalu-alukan mereka. Ini hasrat mereka, dan kita akan raikan,” katanya.

Menurut pegawai media Pemuda PAS Sabah, Mohd Firdaus Muhammad Nor berkata, kesemua 170 orang itu adalah dari kawasan Pensiangan dan mereka menyerahkan borang permohonan kepada setiausaha agung PAS Malaysia, Datuk Mustafa Ali.

Turut hadir ialah pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling; timbalan pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; ketua penerangan PAS Sabah, Hishammudin Sulaiman; setiausaha PAS Sabah, Awang Laiman dan ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.

[WASPADA] Barangan KR1M Sudahlah Lebih Mahal, Kualitinya Pula Rendah

Selepas mendakwa harga barang di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal dari pasar raya besar, Pakatan Rakyat (PR) kali ini, mendedahkan sembilan produk di kedai terbabit tidak berkualiti.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, hasil ujian makmal dilakukan ke atas sampel produk mendapati, isi kandungannya tidak menepati piawaian, ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281).

Menurutnya, sembilan produk didakwa adalah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin).

“Kandungan sos tiram, hanya mengandungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).

“Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kan-dungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus,” katanya di KR1M di Bandar Tun Razak, semalam.

Beliu berkata, kerajaan harus mengkaji dan menilai semula kandungan, selain kesalahan label produk tidak mengikut akta ditetapkan.

“Sekiranya perlu, produk tersebut wajar ditarik balik daripada berada di pasaran,” katanya. -SH

Ismail Sabri Nafi Harga Produk KR1M Lebih Mahal

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan dakwaan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa harga produk 1Malaysia di kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal berbanding harga di pasar raya tempatan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan pembangkang itu merupakan sesuatu yang tidak berasas kerana mereka (pembangkang) tidak membandingkan harga produk KR1M dengan harga barangan produk berjenama sedia ada.

"Sebaliknya pihak pembangkang membandingkan harga produk KR1M dengan jenama persendirian dari pasar raya Carrefour Big Savers yang sememangnya berbeza sama sekali.

"Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah 'apple to apple' atau pun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Tony Pua pada Rabu yang mendakwa tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasar raya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.

Ismail Sabri turut menegaskan sejak dari awal lagi kementeriannya telah menetapkan harga produk KR1M 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga produk berjenama bukannya produk persendirian mana-mana pasar raya yang ada. Beliau berkata pembangkang juga cuba mengelirukan pengguna dengan membandingkan produk KR1M dengan produk yang berlainan jenisnya, berbeza dari segi isi kandungan (berat dan isipadu), maklumat khasiat, serta promosi yang dilakukan.

"Saya ambil contoh yang paling mudah, durian Musang King perlulah dibandingkan dengan durian Musang King bukannya dengan durian kampung atau jenis durian lain yang ada.

"Di sini jelas menunjukkan bagaimana pembangkang cuba memutar-belitkan sesuatu perkara dengan membuat perbandingan palsu antara produk KR1M dengan produk yang tidak sepatutnya kerana sudah tentu harganya berbeza," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian akibat banjir besar yang melanda Thailand, Ismail Sabri menegaskan pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan bagi menjamin hak dan kepentingan pengguna.

"Setakat ini, kementerian perlu menunggu maklum balas mengenai harga import barangan seperti sayur, beberapa jenis ikan dan beberapa lagi barangan keperluan harian lain dari pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana urusan itu di bawah bidang kuasa mereka," katanya. - BERNAMA


Ulasan GB

Jika Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri mendakwa bahawa produk KR1M lebih mahal kerana ia berkualiti, maka pihak PR telah membuktikan, dengan menghantar beberapa sampel produk untuk disemak di makmal, di dapati kualiti produk-produk yang dijual di KR1M juga tidak mengikut piawaian di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).

Kementerian jangan menyangka semua rakyat boleh diperbodohkan.

Zaman ini zaman dimana pengguna berhak dan bebas membuat penilaian ke atas produk-produk yang berada di pasaran.

GB mencadangkan kepada PR, dengan laporan ujikaji yang telah ada, laporan polis dibuat kerhadap kementerian dan menteri yang bertanggungjawab terhadap KR1M kerana menjual barangan yang bukan sahaja mahal tetapi kualiti yang tidak menepati piawaian di Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).


Laporan sebelum ini
sila klik untuk baca



Ahli UMNO "Mengaku Mengundi" Di Enam Lokasi Berbeza Di Parlimen Pekan Pada PRU Lalu

PPekan, 11 Nov - Seorang ahli UMNO bahagian Pekan iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tampil mengakui beliau mengundi di enam lokasi yang berlainan pada Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan mengaku ramai lagi rakan-rakannya di dalam UMNO yang juga mempunyai "keistimewaan luar biasa" hasil konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO BN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Saya merasa bersalah atas apa yang berlaku.

Bukan niat saya untuk khianat tapi mereka yang mengatur segalanya dengan teratur dan saya mendapat imbuhan daripada parti atas usaha ini. Tak silap saya antara lokasi yang menjadi tempat saya membuang undi ialah di Pahang Tua, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan), Sekolah Ahmad Pekan dan beberapa lagi lokasi lain", kata beliau ketika dihubungi. Beliau terpanggil untuk membuat pengakuan ini kerana menyedari dirinya telah "berdosa dan khianat" kepada rakyat.

"Saya juga kecewa, sejak sekian lama Datuk Najib menjadi Wakil Rakyat di Parlimen Pekan, tanah-tanah di kawasan ini sedikit demi sedikit terhakis dan diberikan kepada warga asing terutamanya dari Kemboja dan Myanmar. Malah, Najib juga memunggah begitu ramai orang Kedah dan Perlis untuk membuka kampung baru di Pekan. Mereka diberi layanan isitimewa dan berbagai lagi kemudahan. Tapi kami orang Melayu di Pekan terus dipinggirkan.

Projek-projek pembangunan semua diberikan kepada orang luar dan bukan kontraktor tempatan anak Pekan sendiri. Akhirnya kami makan habuk sebaliknya kemewahan dikecapi oleh orang lain. Dah banyak kali saya bangkitkan isu ini pada Mesyuarat UMNO, tapi jawapannya tetap sama .... apa boleh buat .. Datuk Najib Perdana Menteri kita .. dan kita kena ingat jasa-jasa arwah Ayah dia dulu", kata beliau lagi dengan nada kecewa.

Beliau turut menegaskan, kini orang-orang Melayu dalam UMNO di Pekan sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Najib. Tambahan pula bila mereka melihat proksi isteri Najib iaitu Rosmah Mansor begitu rakus menyapu projek-projek dekat Pekan hatta untuk projek kelas F sekali pun.


Patutlah SPR dan Kerajaan tidak berani laksana sistem dakwat kekal, rupanya
mereka mahu memudahkan permainan taktik kotor pada pilihanraya kita


[Dengan kenyataan ini, maka fahamlah kita kenapa SPR dan kerajaan UMNO BN begitu takut untuk melaksanakan sistem celup dakwat kekal pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Malah, jutaan ringgit duit rakyat yang dibazirkan untuk membeli dakwat kemudian dibatalkan atas alasan ada pihak yang telah membeli dakwat yang sama untuk melakukan provokasi. Akhirnya ia dibatalkan, namun hingga kini tiada sesiapa yang ditangkap atau didakwa atas kesalahan yang berkenaan. Rupa-rupanya, ini kerja mereka. Sungguh malu dan hinanya melihat sebuah badan bebas yang sepatutnya melaksanakan sebuah pilihanraya yang adil dan saksama kepada rakyat tiba-tiba sanggup menjual maruah mereka seperti ini. Patutlah, SPR juga cuba mencari berbagai helah dan jalan untuk menafikan penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 ini. Semuanya bagi memudahkan urusan penipuan pilihanraya yang dilakukan oleh BN sebenarnya. Justeru, rakyat digesa bangkit menyatakan bantahan demi masa depan negara dan generasi akan datang. Apa guna kita mempunyai sebuah kerajaan yang menang dengan taktik kotor. Walhal mereka sebenarnya telah ditolak rakyat secara total. Lakukan perubahan pada Pilihanraya Umum ini nanti]. -pahangdaily

Beranikah Najib Bertanding di Parlimen Pekan TANPA UNDI POS???



Pada tahun 1999, Najib Tun Razak cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti 241 undi. Itupun, dalam keadaan ada 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN. Ertinya, selepas 1999, Najib lebih layak dikenali sebagai "Wakil Pos" berbanding "Wakil Rakyat".

Selepas kemenangan tipis beliau, secara tiba-tiba Kem Batu 6 Jalan Gambang dipindah dari Parlimen Kuantan kepada Parlimen Pekan tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Hasilnya Najib menang gemilang selepas 1999 dengan majoriti 26464 undi (2004) dan 22922 undi(2008)bagi kerusi Parlimen Pekan (P85).

Cumanya, Allah SWT Maha Berkuasa. Dengan berpindahnya Kem Batu Enam Gambang, PR berjaya menang di Parlimen Kuantan.

Antara tuntutan BERSIH adalah "PENGHAPUSAN UNDI POS SAMA SEKALI.

Jadi, tidak hairanlah Najib Tun Razak sangat takut dengan gerakan BERSIH. Kalau dihapuskan undi pos, nescaya Najib akan kembali balik kepada zaman kegelapan 1999 di mana beliau hanya mampu menang tipis 241.

Jelasnya, tanpa undi pos, harapan Najib mengekalkan kerusi PEKAN adalah tipis. Atas sebab itu, Najib Tun Razak habis-habisan menentang BERSIH. BERSIH bakal membersihkan beliau dari kerusi Parlimen Pekan (P85)

p/s antara kerusi2 yang selamat disebabkan undi pos: Bagan Pinang (Isa Samad), Kepala Batas (Pak Lah), Jeli (Mustafa Muhammad), Setiawangsa (Raja Nongchik), DUN Paya Jaras (Bushro Mat Johor) dan banyak lagi. -Tulang Besi


Ulangtahun Keputeraan Sultan K'tan: Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung

Kota Bahru, 11 Nov: Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra selamat menyempurnakan upacara Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini semalam.

Gambar: SULTAN Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra disambut Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka dekat Kota Bharu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-42, hari ini. - Foto BERNAMA

Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad FaIz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Perayaan keputeraan bertema “Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung” itu bermula seawal 6.30 petang semalam dengan mengadakan majlis solat Hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi di sini dan di semua masjid utama jajahan.

Istiadat ‘meletak kerja’ pula diadakan di Istana Balai Besar di sini seawal 7.45 pagi tadi sebelum diadakan jamuan rakyat di Masjid Muhammadi di sini selepas solat Jumaat nanti.

Sementara Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia akan diadakan esok mulai 9.00 pagi di Istana Balai Besar di sini.

Menurut kenyataan rasmi, perayaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan itu bermula 10 hingga 12 November 2011.

Majlis Santapan Malam Persembahan Kerajaan Negeri diadakan pada malam ini di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim di sini.

Ribuan saksi ulangtahun keputeraan Sultan K’tan

KOTA BAHARU: Lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum hadir di Padang Merdeka di sini bagi menyaksikan Majlis Istiadat Meletak Kerja dan Perbarisan sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-42 yang disambut pada Jumaat.

Mereka hadir sejak awal pagi dengan membawa anggota keluarga masing-masing untuk melihat sendiri kemeriahan sambutan itu yang pertama kali buat baginda selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept tahun lepas.

Majlis perbarisan kehormat itu yang diketuai Satu Rejimen Artileri Diraja (RAD) Para Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula tepat pukul 8.40 pagi Jumaat sebaik sahaja ketibaan baginda bersama rombongan kerabat Istana Kelantan.

Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, exco-exco kerajaan negeri, pemimpin-pemimpin agensi kerajaan serta beberapa kenamaan lain.

Baginda yang segak berbaju Melayu songket berwarna krim kemudiannya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memeriksa kawalan perbarisan.

Sempena hari keputeraan baginda esok, Sultan Muhammad V akan menyampaikan pingat dan darjah kebesaran kepada penerimanya di Istana Balai Besar di sini.

Hari ini dan semalam adalah cuti umum sempena hari keputeraan baginda. -BERNAMA


Ulasan GB

ALLAHUAKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHUAKBAR!

"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan


PKR Bidas Alasan Khairy "Kondo Lembu" Untuk Pelaburan

Ketua Pemuda Umno membuat kenyataan kurang bijak apabila berkata kondominium yang dibeli oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil- yang terlibat dalam projek penternakan lembu- adalah untuk tujuan pelaburan.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata demikian mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin hari ini.

Menganggap ia sebagai mengarut, Zuraida mempersoalkan apakah kaitan pembelian kondominum berkenaan dengan industri penternakan lembu yang dijalankan Pusat Fidlot Kebangsaan.

“Jelas dia (Khairy) seorang yang kurang bijak kerana (kenyataan) langsung tidak menggambarkan dia adalah seorang (graduan) Oxford,”

“Ini bukan isu pelaburan (membeli kondo) tetapi ini soal isu amanah dan kebertangungjawaban,” kata Zuraida kepada Keadilan Daily.

Khairy dalam tulisan di blognya hari ini berkata, pembelian kondominium oleh syarikat National Meat And Livestock Corporation (NMLC) yang dimiliki keluarga Shahrizat adalah untuk tujuan pelaburan.

Beliau juga mengakui unit kondominium mewah di Bangsar dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation (NFC) mengalami kelewatan operasi.

Isu penyelewengan NFC itu sebelum ini didedahkan KEADILAN apabila kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM250 juta, namun projek itu gagal mencapai sasaran.
Semalam, KEADILAN mendedahkan NFC membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di Bangsar dari dana tersebut.

Bayaran untuk pembelian kondominium itu direkodkan sebagai ‘hutang’ NMLC kepada NFC pada Disember 2009.

Kondo untuk pelaburan: Alasan Khairy tak masuk akal – Rafizi

KUALA LUMPUR 11 Nov : Alasan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kondominium yang dibeli oleh Syarikat National Feedlot Corporatian (NFC) untuk tujuan pelaburan, adalah tidak masuk akal, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy bahawa bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

“Alasan membeli kondominum sebagai pelaburan sementara menunggu projek itu berjalan adalah tidak masuk akal,”

“Kalau kerajaan sudah tiada duit untuk bangunkan ladang satelit yang terbantut, kerajaan (sepatutnya) mengambil kembali duit tersebut tapi kenapa beri duit itu untuk membeli kondominium,” kata Rafizi pada Keadilan Daily.

Semalam KEADILAN mendedahkan NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil membeli kondominium tersebut di Bangsar yang direkodkan sebagai sebahagian hutang oleh NMLC.

Menurut Rafizi lagi jawapan yang diberikan Khairy tidak profesional dan terlalu emosi.

“Jawapan dia (Khairy) terlalu bersifat peribadi dan terdesak. Saya kesal dengan tindakan beliau yang terlalu emosi dalam kenyataannya,” katanya yang akan memberi respon lanjut pada Isnin depan.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan NMLC, yang juga dipunyai Shahrizat, berhutang sebanyak RM83 juta walaupun kegiatan NMLC hanya untuk tujuan pemasaran daging.

KEADILAN mendakwa jumlah sebesar itu sudah tentu datang dari pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Ia menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil. -KD


Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.
Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

Pembelian untuk kondominium eksklusif berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam.

Mengulas lanjut, Khairy pula berkata, NLMC telah membeli apartmen mewah itu daripada dana yang disalurkan daripada dana NFC.

"Menurut kajian saya, memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC daripada akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh kementerian kewangan dan juga kementerian pertanian dan industri asas tani.

"Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC," katanya lagi yang menjelaskan bahawa peruntukan itu bertujuan untuk menampung kos operasi NLMC – menyembelih, mengasingkan daging dan tulang, serta pembungkusan dan penghantaran kelewatan projek fidlot.

Khairy juga berkata pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang "boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi" akibat kelewatan operasi berkenaan.

"Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.

"Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC," kata Khairy lagi.

Mengulas mengenai kelewatan operasi projek lembu fidlot tersebut pula, Khairy berkata perkembangan itu bukan disebabkan pengurusan NFC tetapi memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membangunkan ladang satelit.

"Apabila ladang ini tidak dibangunkan, sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa sepertimana perjanjiannya dengan NFC," katanya lagi.

Dengan panjang lebar, Khairy turut menjelaskan bahawa wang berkenaan tetap disalurkan kepada NFC walau berlaku kelewatan operasi kerana "kerajaan telah meluluskan penggunaan pinjaman dari akaun pinjaman khas kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC."

"Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas," katanya lagi.-mk

Tragedi 11.11.11 Hampir Menyamai Tragedi 10.10.10

Slim River: Usaha seorang bapa, Zaidi Muhammad, 43, menjejak anaknya yang ‘ghaib’ sejurus tragedi bas sekolah dirempuh treler membawa lima tan pasir di sini, semalam, berakhir hiba apabila pelajar itu ditemui sudah meninggal dunia di bawah timbunan pasir setinggi dua meter kira-kira enam jam selepas nahas.

Maysarra Zaidi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, antara empat yang terkorban dalam kemalangan pada jam 4.45 pagi di Kilometer 382, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Behrang, di sini.

Tiga lagi mangsa ialah rakan sekolah Maysarra, Khairul Anwar Azhan, 15, guru mereka, Siti Hajar Mohamed, 33, dan Ketua Wanita Umno Cawangan Alor Teja, Alor Setar, Basarah Saad, 45, yang cuba membantu kumpulan pelajar berkenaan selepas bas mereka terbalik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Md Tahir Kasim, berkata Maysarra, Khairul Anwar dan Siti Hajar antara 60 pelajar dan tujuh guru yang menyertai rombongan ke ibu negara dengan menaiki dua bas, namun satu lagi bas tidak terbabit kemalangan itu.

“Basarah menaiki bas lain bersama rombongan Wanita Umno Kedah dalam perjalanan menghadiri satu program di Tanjung Karang, Selangor. “Bas itu berhenti di tempat kejadian atas permintaan Basarah yang mahu menghulurkan bantuan, namun dia yang juga ibu tunggal tiga anak menemui ajal apabila dirempuh treler terbabit,” katanya.

Sementara itu, kehilangan Maysarra bermula apabila ayah dan abangnya, Faiz Zaidi, 16, yang bergegas dari rumah mereka di Taman Angsana, Kulim, gagal mengesan pelajar itu di Hospital Slim River (HSR) Zaidi yang juga juruteknik di sebuah institut kemahiran di Kulim dan Faiz hampa serta kebingungan apabila mendapati nama Maysarra tiada dalam senarai mangsa cedera atau terkorban.

Berikutan itu, dua beranak berkenaan ke lokasi kejadian untuk mencari jawapan kehilangan anaknya. Hanya kira-kira setengah jam kemudian, baru mereka dimaklumkan mayat Maysarra ditemui di bawah timbunan pasir pada jam 10.45 pagi semalam.

Difahamkan, sebelum itu anggota penyelamat tidak menyedari ada mangsa tertimbus di bawah timbunan pasir di situ serta menyangka semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Ketika ditemui wartawan di HSR selepas itu, Zaidi yang ditemani isterinya, Mazylina Abdullah, 35, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya, sebaliknya hanya menitiskan air mata.

Namun, Faiz memberitahu adiknya harapan keluarga kerana memperoleh 8A dalam ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini. “Dia sangat rajin belajar, malah antara pelajar harapan di sekolahnya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR tahun ini,” katanya.

Faiz berkata, tiada perubahan ketara dilihat pada adiknya sebelum ini, malah arwah kelihatan tidak sabar untuk mengikuti rombongan berkenaan. “Ini rombongan kedua arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik HSR di sini, semalam.

Jenazah Maysarra dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Teja, Alor Setar, Kedah. -hm

'Rakan maut depan saya'


SLIM RIVER - Seorang mangsa kemalangan tidak dapat melupakan detik melihat sahabat baiknya terbunuh selepas terpelanting akibat disondol sebuah treler membawa muatan guni pasir ketika rakan itu hendak membantu menyelamatkan dirinya.

Nur Husna Ahmad, 15, berkata, dia tidak menyangka tindakan rakan sebayanya itu, Khairul Anwar Azhan rupa-rupanya pertolongan terakhir yang akan diingati sampai bila-bila.

Mengimbau semula kejadian itu, cerita Nur Husna, sebaik bas yang dinaiki terbabas dan terbalik, Khairul Anwar telah selamat dan berada agak jauh dari bas tersebut tetapi rakannya itu berpatah semula ke kawasan berhampiran bas itu demi membantu menyelamatkannya.

"Saya amat sedih apabila mengingati tindakan Khairul Anwar kerana dia sepatutnya tidak terkorban.

"Sebelum itu arwah sudah berjalan jauh ke tepi jalan, dia sudah selamat tetapi dia patah balik untuk tarik saya keluar dari bas terbalik. Dia suruh saya ke tepi tetapi apa yang berlaku, dia pula yang menjadi korban," katanya.

Nur Husna berkata, semua peserta rombongan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Merah, Kulim berjaya keluar dari bas yang terbalik melalui cermin depan yang dipecahkan.

"Seorang demi seorang merangkak keluar dan saya antara terakhir kerana mengalami kecederaan kaki," kata gadis itu yang menggambarkan suasana semasa itu kecoh dan cemas kerana mereka ketakutan. -kosmo


Untuk foto-foto kemalangan tersebut
sila klik


Ulasan GB

Tragedi kemalangan yang meragut 4 nyawa pada 11.11.11 seperti di atas mengingat GB tentang satu tragedi ngeri yang pernah menimpa negara pada 10.10.10 iaitu satu kemalangan yag menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas.

Kebetulan ia berlaku pada tarikh-tarikh yang unik.


TRAGEDI 10.10.10



"Politik Dubur" Ditimbulkan Untuk Alih Isu Lembu Feedlot

Siasat Anwar, PKR dakwa BN cuba alih isu lembu

PETALING JAYA, 11 Nov: PKR hari ini mendakwa siasatan terbaru terhadap Ketua Umum Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu video seks adalah cubaan kerajaan mengalikan isu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR R.Sivarasa Rasiah berkata, kerajaan sebanarnya sedang cuba mengalihkan tumpuan rakyat dari berbicara tentang isu pembaziran seperti didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara dan terbaru skandal projek Fidlot lembu yang mengaitkan ahli kelurga seorang menteri BN.

"Kita melihat Umno cuba mengalihkan isu yang telah mengaitkan barisan kepimpinan mereka berhubung dengan soal rasuah dan terbaru berkenaan dengan isu lembu dengan dakwaan terbaru polis yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang.

"Ini adalahan satu konpirasi terancang Umno dalam usaha mematikan karier Anwar selain mengalihkan isu terbesar mereka dalam skandal rasuah serta penyelewengan duit rakyat,"
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran siasatan yang dijalankan polis ke atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.

Ahli parlimen Subang itu berkata Anwar telah diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini.

Namun, PKR telah meminta supaya siasatan itu dijalankan pada Rabu di balai polis Kepong, katanya lagi.

Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.

Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu.

"Laporan tersebut dibuat oleh DSP Shanmuga Moorthy dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung dengan satu laporan polis yang dibuat oleh Anwar sebelum ini mengenai penglibatan Datuk K dengan video lucah sebelum ini.

"Untuk makluman, DSP Shanmuga adalah individu yang telah mengambil laporan Anwar sewaktu beliau membuat laporan polis berhubung isu video lucah di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebelum ini dan sekarang kita lihat pegawai polis yang sama pula membuat laporan kepada Anwar," katanya. -HD

Video lucah: Anwar diambil keterangan Rabu depan

Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim diarahkan untuk merakamkan keterangan di bawah Seksyen 128 Kanun Keseksaan pada jam 3 petang, Rabu akan datang (23 November) di Balai Polis Kepong, berikutan maklumat yang diberikannya berhubung satu video lucah yang dikaitkan terhadap dirinya.

Menurut peguam Anwar, juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah, tuduhan di bawah seksyen 128 berbunyi, "Dengan secara sengaja memberi maklumat yang palsu kepada seorang kakitangan kerajaan, dengan niat untuk mengakibatkan kesusahan, kecederaan ataupun gangguan kepada pihak lain." Hukuman penjara enam bulan atau denda RM2000 akan dikenakan jikalau tertuduh disabit bersalah.

Sivarasa Rasiah menjelaskan bahawa "memberi maklumat palsu dengan pengetahuan bahawa maklumat itu palsu" adalah elemen yang penting dalam seksyen tersebut, dan perlu dibuktikan seandainya pertuduhan dibuat. Wartawan membangkitkan apakah andaian di sebalik penyiasatan polis ini adalah "Anwar ialah pelaku video seks tersebut", Sivarasa berkata, sememangnya ia memberi gambaran sebegitu, tetapi beliau enggan membuat pengesahan kerana perlu menunggu hingga Rabu untuk maklumat yang lebih terperinci dari pihak polis.

Ahli parlimen Subang ini menambah, pegawai penyiasat kes ini, iaitu ASP Teh Boon Ang memberitahu bahawa polis memulakan siasatan ini berikutan satu aduan polis yang dibuat oleh DSP Shanmuga Moorthy. Menurut Sivarasa, DSP Shanmuga Moorthy bertanggungjawab untuk kes ini ketika Anwar membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Bagaimanapun, punca mengapa kes ini dialihkan dari IPD Dang Wangi ke Balai Polis Kepong kekal menjadi misteri, kata Sivarasa.

Turut hadir dalam sidang media pagi ini termasuklah Naib Presiden Tian Chua, N.Surendran, ahli Majlis Pimpinan Pusat Syed Husin Ali, Khalid Jaafar, Tan Yee Kiew, Pengarah Strategi Rafizi Ramli, dan Naib Ketua AMK Azmizam Huri. Malah, sebelum mengakhiri sidang media, Sivarasa Rasiah menggunakan kata yang keras, "politik dubur" untuk menyifatkan politik kotor yang berlaku pada masa ini.

Surendran: Serangan terhadap demokrasi

Naib Presiden PKR Surendran mengecam bahawa ianya satu penganiayaan politik terhadap Anwar, dan menuntut agar segala penyiasatan kes ini dihentikan serta-merta. "Apa yang kita lihat sekarang adalah permulaan satu perbicaraan politik, a new political trial against federal opposition leader Anwar Ibrahim," katanya.

Surendran (gambar kiri) menambah, "Kami tidak meragu-ragu dalam menyatakan bahawa UMNO-Barisan Nasional adalah bertanggungjawab untuk tindakan jahat yang terbaru ini." Beliau menjelaskan, Ketua Pembangkang Parlimen diiktiraf kedudukannya, dan ditugaskan rakyat untuk meneliti dan menyoal kerajaan. Justeru itu, ianya bukan sahaja serangan terhadap Anwar secara peribadi, malah juga serangan terhadap demokrasi.

Beliau menuntut kepada tiga pihak, iaitu kerajaan UMNO-BN, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara agar penyiasatan terhadap kes ini dihentikan serta-merta, memandangkan institusi polis dan peguam negara telah terbukti berat sebelah ketika mengendalikan kes terhadap pembangkang. Lebih-lebih lagi, Peguam Negara yang terlibat dalam kes ini, iaitu Gani Patail masih belum membersihkan nama dirinya daripada tuduhan pemalsuan bukti oleh Mat Zain Ibrahim, dalam kes Anwar pada tahun 1998.

Alihkan pandangan dari "lembu duduk dalam Kondo"

Sementara itu, Pengarah Strategi Rafizi Ramli berkata tindakan politik ini jelas bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari penyelewengan dan rasuah yang didedahkan beberapa pimpinan pembangkang baru-baru ini, misalnya "lembu duduk dalam Kondo". Daripada maklumat yang diperolehi Sivarasa, aduan polis ini dibuat pada 8 September, tetapi Anwar hanya dipanggil dua hari yang lalu, untuk dirakam keterangan.

Rafizi (gambar kanan) menambah, pimpinan PKR sudah biasa dengan permainan politik ini, yang berlaku sejak 13 tahun yang lalu. Mereka akan memastikan cubaan ini tidak akan berjaya, dan akan terus mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.

Latar belakang kes

Pada pagi 21 Mac 2011, satu video seks telah ditayangkan kepada editor dan wartawan media di Hotel Carcosa Seri Negara oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah. Malah, dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, tuduhan dilemparkan bahawa Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks tersebut.

Anwar Ibrahim, bagaimanapun memanggil sidang media pada petang itu, menafikan tuduhan tersebut. Beliau membuat laporan polis berhubung penayangan video tersebut di Balai Polis Dang Wangi pada 22 Mac 2011. Pada 23 Mac, tiga orang yang menggelar diri mereka sebagai "Datuk-T", iaitu Shazryl, Abdul Rahim Thamby Chik (bekas ketua menteri Melaka) dan Shuib Lazim (bekas bendahari PERKASA) mengaku bertanggungjawab kepada penayangan video tersebut.

Isu ini terus hangat dipermainkan menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak pada April 2011, sungguhpun isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Ismail menafikan bahawa pelaku dalam video itu suaminya. Terdapat cadangan untuk menayangkan video tersebut dalam parlimen, malah ada yang mendesak agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat video tersebut. Lebih-lebih lagi, "Datuk T" mencabar Anwar untuk bersumpah agar membuktikan dirinya tidak bersalah.

Bagaimanapun, Datuk T akhirnya dihadap ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video lucah secara terbuka, dan ketiga-tiga orang didenda RM3,000, RM1,000 dan RM1,500 masing-masing setelah mengaku bersalah pada 24 Jun 2011. Namun, peguam bela Rahim, iaitu Shafie Abdullah cuba merayu dengan alasan bahawa Datuk T telah melakukan sesuatu kebaikan untuk orang awam. Malah, Shafie membacakan laporan analisis pengecaman muka oleh pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, bahawa pelaku dalam video adalah 99.9% sama dengan gambar Anwar. -MR