12 Okt 2011

6 Bas Bawa Indon Disyaki Diberi Taraf Warganegara

Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung

SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.

Kepung resort

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Sumber dalaman

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.

"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.

"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.

Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok. -HD

Dakwa dapat IC, 200 pendatang dikepung

Sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung mengepung mereka yang berada dalam sebuah pusat peranginan kerana mendakwa mereka akan diberi kerakyatan dan didaftar sebagai pengundi.

Mohd Adram yang berada di tempat berkenaan, memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga merupakan timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi Rakyat Pemuda PAS.

Mohd Adram mendakwa pihaknya mendapat maklumat tersebut melalui risikan jentera mereka dan mengekori enam buah bas yang membawa kumpulan tersebut sejak jam 7.30 pagi tadi.

Dakwanya lagi, semua yang majoritinya warga Indonesia itu dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun, katanya, bas-bas berkenaan telah beredar dari situ, meninggalkan kumpulan tersebut di resort berkenaan.

Mohd Adram berkata kumpulan pendatang itu berada dalam sebuah pusat peranginan dekat Kampung Bukit Dugang. Pintu pagarnya telah dikunci.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media kemudiannya.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Berikutan itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu ialah AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya. -mk


Ulasan GB

Itu yang dapat dikesan. Yang tak dapat dikesan dan dah pun memperolehi Mykad kita tak tahu berapa ribu jumlahnya.

BERSIH 3.0 nampaknya tidak dapat dielakkan. PR sudah sepatutnya bunyikan siren itu.

Kenyataan Yang Pahit: Ada YB Pakatan Rakyat Yang Sudah Lupa Diri - [Ulangsiar]

Pakatan tak upaya tolak rang undang-undang

Selain berkaitan perbekalan atau bajet, Pakatan Rakyat sebagai minoriti dalam parlimen tidak berupaya menolak undang-undang yang dibentangkan, termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.

"Selain daripada undang-undang perbekalan atau bajet, tidak wujud (keadaan) kita sebagai minoriti boleh tolak. (Kita) tidak ada jalan untuk menolak rang undang-undang itu.

"Sebab dalam peraturan parlimen, kalau malam itu dia (BN) tidak cukup bilangan (undi), (mereka) boleh masuk keesokkan hari. Kalau ditolak malam itu, keesokkan hari boleh dibentang semula dan diundi," katanya.

Ahli parlimen Pakatan gagal menyekat rang undang-undang itu apabila undian yang diminta mereka menyaksikan 72 anggota dewan menyokong manakala hanya 28 tidak bersetuju ia dibacakan kali kedua.

Kegagalan itu menimbulkan kekecewaan pelbagai pihak, antaranya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menyifatkan kehadiran kecil anggota parlimen Pakatan menjukkan "seolah-olah mereka tidak serius".

Tian berkata, isu sama ada minoriti boleh menolak rang undang-undang yang dibentangkan tidak wujud dalam mana-mana parlimen demokrasi kecuali berlaku perpecahan undi parti pemerintah.

"(Contohnya) Gerakan atau MIC berpecah dan mereka kata, kami akan undi berbeza," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan "Selamatkan Kampung Baru" malam tadi.

"Jadi tidak wujud, (sama ada) kita hadir 28 orang, 70 orang, atau 80 orang, kita tidak ada keupayaan tolak undang-undang itu."

Sebaliknya, Tian yang juga ahli parlimen Batu berkata, isu sebenar mengapa Umno tergesa-gesa pada hari pertama persidangan mengusulkan draf pindaaan tersebut.

"Itu isunya. Oleh itu jangan kita tersilap isu dan keluar daripada sasaran perbincangan kita," tegas Tian Chua-mk

KOMENTAR SIDANG PENGARANG TUKAR TIUB


sepatutnya YB PAKATAN RAKYAT
minta maaf kerana tak mengundi
bukan bersilat lidah
beri macam macam alasan


kenapa mereka tak ada di parlimen?
bukankah kerja mereka untuk:
membaca
meneliti
membahas dan mengundi perundangan

>mereka pembuat undang-undang
mereka di sana dipilih untuk KE PARLIMEN bukan untuk KE KELAB MALAM
jangan cuba lari larau
jangan cuba elakan persoalan induk
PERSOALAN INDUK IALAH KENAPA MEREKA PONTENG


jangan cuba kelintau mintau
jangan cuba guna teknik kongkang mongkang
tipu belit ialah kerja united malay national organisation

terima hakikat ramai YB PAKATAN RAKYAT PONTENG
kes KAMPONG BARU membuka mata rakyat
kini pilihanraya akan sampai
sebelum mengundi mereka
sebelum memilih mereka
tanya mereka berapa kali hadir ke parlimen?

rakyat seluruh negara wajib disedarkan bahawa:
yb bukan DIMINTA DATANG PERCUMA KE PARLIMEN
yb dibayar – mereka dapat fulus
yb dapat AP PERCUMA UNTUK BELI KERETA IMPOT
yb ada elaun
yb ada klim perjalanan
yb ada duit sewa bilik hotel bila bersidang
mereka ada pelbagai keseronokan yang KITA PENGUNDI TAK ADA


tak ada gunanya kalau kita pilih mereka tetapi mereka BERCANDA CANDA
tak ada gunanya kalau kita pilih mereka tapi mereka bijak
BERSILAT LIDAH BILA PONTENG
bila ponteng berikan banyak masaalah

kalau kita buruh hendak cuti kita wajib minta pada majikan
kalau kita murid sekolah kita nak cuti - wajib minta pada guru besar
kalau kita pekerja pejabat kita kena minta dari ketua jabatan
nampaknya dalam parlimen ini tak ada badan yang mengawal
maka rakyat semua SELALU KENA TIPU

kita tak tahu apakah YB yang kita PILIH pergi parlimen atau tidak
atau mereka hanya main teloo
telah sampai masanya kita tunjukkan kemarahan
kita tak mahu ditipu hidup hidup
macam mana kita bnak tahu YB kita datang atau tidak
kita perlukan satu NGO untuk ambil kedatangan YB PAKATAN RAKYAT
jika mereka TAK DATANG kita hebohkan
kita kempen jangan pilih mereka lagi

TENTANG YB GEROMBOLAN
datang atau tak datang
nak tidoo atau nak menguap
nak korek tahi hidung atau lubang telinga
bukan hal kita

mereka ambush cara mengundi
mereka kemukakan rang undang undang tengah malam
kemudian mereka luluskan secara gelap
kita tak usah ambil pot
itu memang perangai mereka
ini memang tabiat gerombolan
semua orang tahu mereka:
menipu
mengelat
kelentong
menipu ialah akigdah perjuangan mereka
yang kita ambil hitung ialah YB PAKATAN RAKYAT

kerana mereka siang malam berkokok berjuang untuk rakyat
tetapi dalam kes rang undang undang kampong baru jelas mereka kantoi

kita jangan dibodohkan
kita sedar mereka akan kalah undi
tapi dimana mereka KETIKA MENGUNDI
kalau berhujah bahawa semua undang undang akan lulus
pukimak apa ada YB untuk bincang
pukimak apa ada bacaan cadangan rang undang undanga pertama
pukimak apa ada bacaan cadangan kedua
kemudian baru lulus untuk dijadikan hukam hakam,

kalau hujah kita akan terus kalah
apa guna ada perwakilan YB?
dengan ini jelas parlimen
dilihat sebagai lembaga menipu
lembaga kelentong yang molok lagi molek
lembaga mengolah persetujuan orang ramai
untuk membuat kejahatan merompak harta rakyat
seperti kes rembat tanah kampong baru
dan:

YB PAKATAN RAKYAT HANYA ASESORI YANG DIPERLUKAN
YAB PAKATAN RAKYAT DI PERLUKAN SEBAGI PROP
UNTUK TURUT BERBINCANG
WALHAL SUDAH TAHU UNDANG UNDANG INI AKAN DILULUSKAN

NOTA:
kalau perangai sama macam YB gerombolan
lebih baik mereka kalah
kalau tak ada perwakilan pakatan rakyat
ada pun mereka main sandiwara
ada pun mereka hanya asesori
dalam parlimen lagi baik
kalah bisul kemarahan rakyat lagi besar
ombak meletusnya lagi hebat!


NOTA:
lu pikir laaa sendiri!


Ulasan GB

Nampaknya YB-YB Pakatan Rakyat sudah mula terkena penyakit sombong dan angkuh yang menjadi-jadi.

Tian Chua, listen here,

semasa kamu dipukul dan dipikul oleh polis, semasa baju kamu koyak rabak,
semasa kamu belum menjadi wakil rakyat

para blogger yang mendedahkan kesemuanya itu kepada rakyat
supaya kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan untuk kamu

para blogger juga membantu membela kamu
tatkala kamu diheret ke mahkamah kerana menggigit tangan polis

tapi kini apabila semua itu telah berlalu
dan kamu lepas dan masih menjadi ahli parlimen Batu
kamu pula membela
rakan-rakan YB kamu yang ponteng itu

kepada YB-YB yang beragama Islam pula,
GB sudah pun meminta penjelasan sebelum ini:

Ketidak-hadiran tanpa alasan itu ponteng namanya dan itu adalah "dosa" yang besar kerana mengkhianati amanah Allah, RasulNya dan pengundi anda sekalipun anda ketua parti.

Bawa bukti atau dalil sahih atau panggil mana-mana ulamak muktabar yang kamu ada untuk membuktikan pula tindakan ponteng kamu itu adalah sah di sisi agama!

Tambahan: GB rasa lepas ini, yang ponteng-ponteng itu "sakit" nak jadi wakil rakyat lagi. Itu adalah balasan terhadap "dosa" apabila amanah dikhianati, jika kamu-kamu orang yang mengerti.

GB sedia tarik balik perkataan GB jika kamu-kamu yang ponteng dapat menyediakan dalil sah bahawa kamu boleh tidak hadir tanpa alasan/uzur syarie dari menjalankan amanah.


Bagi para penyokong YB-YB yang ponteng tersebut, terima saja juga nanti hukuman daripadaNya kerana bersubahat dengan orang yang tidak amanah.

Lawan GB dengan hujjah, bukan dengan pembelaan buta atau taksub pemimpin.

Blogger seperti GB akan tetap di alam siber memperjuangkan Pakatan Rakyat, sekalipun semua YB PR sudah mahu menunjukkan lagak dan keangkuhan mereka depan kami.

Masa akan tiba dimana kebenaran akan terserlah juga, siapa yang benar dan siapa yang salah akan diketahui, Dia yang akan mendedahkannya.

GB suruh kamu semua sedar diri. Bahawa tugas Pakatan Rakyat lebih besar menanti. Tetapi tanpa akhlak dan disiplin YB-YB, maka jangan harap Putrajaya dapat ditakluki.

Kalau tak percaya boleh balik tidur lagi, tak payah datang parlimen macam tempohari.

Kami blogger bukan seperti wartawan-wartawan TVS, Keadilan Daily atau Harakah Daily, yang kamu boleh minta untuk tulis hanya yang wangi-wangi, kerana kami tak seperti mereka kerana mereka telah dibayar gaji oleh parti/kerajaan negeri.

Kalau demikian sikap YB-YB PR ini, tak mustahil BN menang lagi di PRU nanti. Episod sedih 2004 berulang kembali akibat YB yang sudah lupa diri

Kami menulis demi mempertahankan KEBENARAN & KEADILAN hakiki. Kami tidak bergaji. Ada janji sebuah kerajaan negeri untuk membantu kami sebelum ini, sampai kini tak menjadi realiti. Penipuan darjah tertinggi. Itu sebab kerajaan mereka lintang pukang diuji Ilahi sampai kini, sebab janji masih belum tertunai lagi.

Kami, terus tegak berdiri kerana kami yakin janji Ilahi bahawa kebenaran tetap menang nanti.

Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu upah, sedang mereka adalah orang yang mendapat hidayah. - Yaasiin : 21

Muka Hakim Yang Memplagiat, Hanya Undur Dengar Kes Tapi Tiada Tindakan Ke Atasnya

Hakim Abdul Malik undur diri berikutan usul 'plagiat'

Hampir seminggu selepas seorang ahli parlimen mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi merujuk seorang hakim Makamah Rayuan ke tribunal kehakiman kerana didakwa memplagiat satu keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, beliau hari ini bersemuka dengan hakim itu.

Ia adalah pertemuan yang janggal bagi ahli parlimen itu, Karpal Singh yang juga seorang peguam terpaksa berdepan dengan panel tiga anggota hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak.

Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Malik mengundurkan dirinya daripada membicarakan kes yang diwakilinya berkenaan dakwaan pengedaran dadah.

"Yang Arif, saya mohon Yang Arif Abdul Malik menarik diri daripada mendengar kes ini berikutan tindakan yang saya failkan di bawah Perkara 127 atas dakwaan salah laku kerana memplagiat penghakiman bertulis oleh hakim Singapura."

Hakim Abdul Malik, bagaimanapun berkata beliau telah menerima arahan dari Presiden Mahkamah Rayuan (Datuk Md Raus Sharif) untuk mempengerusikan panel itu.

Timbalan pendakwa raya Kwan Li Sa berkata pihak pendakwaan mempunyai keyakinan dengan panel tersebut.

Namun, Karpal mengingatkan akan timbul persoalan persepsi jika Hakim Abdul Malik memutuskan untuk terus mendengar kes itu.

Berikutan itu, Hakim Abdul Malik memutuskan untuk mengundurkan dirinya.

"Kes tersebut akan didengar pada 14 Nov di hadapan panel lain tanpa diri saya," katanya dengan tenang. -mk

Karpal: ‘Copycat judge should resign’

GEORGE TOWN: The DAP today called on the judge Abdul Malik Ishak, who is alleged to have plagarised a judgement , to resign immediately to save Malaysian judiciary from further embarrassment.

If he failed to do so, DAP national chairman Karpal Singh called on Prime Minister Najib to advice the King to establish a Royal Tribunal to investigate and take stern disciplinary action against the judge.

He said Najib can advice His Majesty to form the tribunal under Article 125 of the Federal Constitution, in similar way it was constituted against former Lord President Mohamed Salleh Abas in 1988.

Karpal also called on Rais Yatim to quit from the Cabinet as well for being an irresponsible law minister by adopting a ‘no action’ stance even though the government knew about the alleged breach of copyright at that time.

He said the case of judiciary plagiarism was an intellectual dishonesty affecting dignity of the whole country.

“The judge should resign because his position as a judge has become untenable due to this judicial scandal.

“It’s a source of embarrassment for our judiciary,”
Karpal, a lawyer by profession, told newsmen during his constituency visit here today.

Now Information, Communications and Culture Minister Rais, formerly a lawyer, was ticked off as well for not initiating any affirmative action on the judge

“Rais should resign immediately for being irresponsible. Being a law minister, he just sat on the case,”
said Karpal,

Citing public examination, Bukit Gelugor MP Karpal argued that a student would be ejected out of the examination hall if he was caught copying.

“But here the judge was promoted,”
he chided.

Noting that the alleged judge was currently sitting in the Court of Appeal bench, the veteran politician raised public fear on possible scenario of Abdul Malik adjudicating cases involving death sentences.

Last week, 60 Pakatan Rakyat MPs led by Karpal pushed for a motion to censure Abdul Malik for an offence he committed as a High Court Judge in early 2000.

Abdul Malik allegedly committed the offence while serving as a High Court judge in Johor in early 2000.

The judge was accused of plagiarising a judgment by then Singapore High Court judge GP Selvam and the irony of the matter was that Malik was hearing a case regarding copyright.

On Thursday, Rais admitted that the government knew about the allegedly plagiarising judge and the matter had been handed over to the Chief Justice of Federal Court then to settle it.

Last week Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz said the government could not take action against Abdul Malik as it was a matter for the current judiciary to settle.

Karpal called on the current Chief Justice of Arifin Zakaria to publicly explain what action the Chief Justice Office initiate on the issue.

Stressing that it was an important public interest issue, he said the people have every right to know about the standard and quality of the country’s judges.

This is first case of its kind in the country. Relevant authorities should have taken a strong and firm affirmative action to deal with it to save the judiciary from international embarrassment.

“The Chief Justice must tell all what happened after alleged plagiarism took place,” insisted Karpal.

A law graduate from the University of Singapore – graduating in 1974, Abdul Malik was appointed as a Judicial Commissioner on Oct 1, 1992, and subsequently, as a Judge of the High Court of Malaya on Aug 17, 1994.

He had also served as a magistrate, deputy public prosecutor, state legal adviser, senior Sessions Court judge and advisory board chairman at the Prime Minister’s Department.

The Johor-born Abdul Malik was appointed to the Court of Appeal on July 16, 2007. -FMT


Ulasan GB

GB sudah ulas hal ini di SINI. Petikan:

Ini satu jenayah serius. Bagaimana boleh seorang hakim bertindak memplagiat keputusan hakim lain dari negara lain di dalam mengadili kes yang dia sepatutnya melakukan pengadilan secara serius di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan?

Lebih memalukan ialah beliau adalah seorang hakim di Mahkamah Rayuan.

Apakah ini standard dan darjat hakim-hakim yang ada di Istana Keadilan negara?

Seorang pelajar pun jika ditangkap memplagiat hasil kerja orang lain, belaiu akan diberikan markah kosong, malah tindakan disiplin diambil menghlangnya menduduki peperiksaan / menyerah tugasan untuk beberapa tahun. Inikan pula seorang "hakim". Binatang punya manusia!

Dahulu pernah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Lingam, seorang hakim bernama Mokhtar Sidin yang bersikap durjana menggunakan sepenuhnya apa yang ditulis oleh peguam VK Lingam dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan
.




Klon Osama Di Sepanyol Mahu Saman FBI

Klon Osama saman FBI

Gambar: Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden

MADRID: Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan lalu.

Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan.

Walaupun FBI memohon maaf, media Sepanyol melaporkan, agensi keselamatan Amerika itu menyiarkan semula imej Osama yang direka dengan gambar Llamazares, Jumaat lalu, dan hanya memadamkannya daripada laman web agensi berkenaan, semalam.

“Saya akan saman FBI kerana agensi itu tidak membetulkan semula imej yang digunakan. Mereka hanya memohon maaf, itu pun tidak ikhlas,” kata beliau kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Ser.

Llamazares yang juga anggota parlimen parti pakatan United Left, berkata sebahagian daripada imej wajahnya digunakan untuk menghasilkan gambar digital menjadi dua individu.

“Kedua-dua individu yang dicipta menggunakan gambar saya digunakan sudah mati dibunuh,” katanya.

Media Sepanyol menyatakan, Llamazares merujuk kepada Osama dan pemimpin nombor dua al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman yang terbunuh di Pakistan Ogos lalu.

Ketika skandal dan pertelagahan membabitkan gambar Osama terbongkar Januari tahun lalu, duta Amerika Syarikat ke Sepanyol Alan Solomont memberitahu kerajaan Sepanyol bahawa beliau berasa ‘kesal dan kecewa’ dalam isu berkenaan.

Pada masa sama, jurucakap FBI berkata, seorang jurutekniknya sudah memadamkan imej Llamazares daripada internet, sebaliknya hanya menggunakan imej rambut dan dahi beliau untuk menghasilkan semula gambar Osama.

Komando tentera Amerika membuang mayat Osama di laut selepas operasi di bandar Abbottabad, 2 Mei lalu. – AFP

WASPADA: JPJ Pantau Kereta Pasang Lampu Putih (HID)

Dungun: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu akan mempertingkatkan pemantauan terhadap pemasangan lampu putih (HID) pada kereta yang setakat ini mengesan 30 kes penggunaan lampu itu.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata pihaknya memandang serius penggunaan lampu ini kerana ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan lampu ini pada kenderaan dan notis akan dikenakan terhadap mereka, jika ingkar notis boleh dikenakan kompaun.

"Kami melihat pemilik yang memasang lampu putih ini mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat kepada orang lain sedangkan ia boleh menyebabkan silau dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Ops Bersepadu di hadapan Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi di sini malam Selasa. Menurut Abdul Rahman, pihaknya percaya penggunaan lampu ini juga merupakan salah satu faktor kepada punca kemalangan.

Dalam operasi itu sebanyak 137 saman dan notis arah periksa dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir tengah malam itu disertai 130 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). -BERNAMA

Khalwat - Jenayah Syariah Paling Popular Di Terengganu

Dungun - Kes tangkapan khalwat antara kesalahan jenayah syariah paling popular menghadapi pendakwaan di mahkamah yang secara tidak langsung menggambarkan keruntuhan moral sedang melanda masyarakat kita.

Pendakwa syarie, Azmi Tengah berkata, ketika bertugas sebagai pendakwa raya mahkamah, kes tangkapan khalwat paling banyak dikendalikannya berbanding lebih 30 kesalahan lain yang terkandung dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Menurutnya, pengalaman mengendalikan kes terbabit mendapati, masalah kurang didikan agama dan pengaruh gejala sosial serta fikiran dikuasai nafsu didapati menjadi penyebab pasangan bukan muhrim sanggup melakukan perbuatan itu, biarpun ada yang tahu bahawa ia merupakan kesalahan serius dari segi agama dan undang-undang.

“Kebanyakan kes melibatkan tangkapan khalwat di hotel atau rumah, dengan remaja lebih banyak mendominasi kes selain wanita berstatus janda serta mereka yang telah berkeluarga. Walaupun banyak enakmen dalam undang-undang syariah, namun kesalahan ini adalah yang paling popular.

“Peningkatan dalam kes jenayah syariah begini menggambarkan status akhlak masyarakat kita kini membimbangkan. Jadi usaha pencegahan harus dipertingkatkan selain penguatkuasaan undang-undang untuk mendidik masyarakat kesan melakukan kesalahan ini,” katanya.

Azmi (gambar) yang juga Pegawai Agama Daerah Besut berkata demikian ketika menyampaikan ceramah kepada sekumpulan remaja di Pejabat Agama Daerah Dungun, pagi semalam.

Lebih 150 remaja berusia antara 18 hingga 25 tahun terdiri daripada penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, hadir sebagai pendedahan awal kepada kumpulan sasaran berhubung isu kesalahan moral, anjuran Unit Dakwah dan Penguat Kuasa Syarie di sini, pagi semalam.

Menyentuh persoalan berkaitan tangkapan khalwat ke atas penuntut institut pengajian tinggi awam di sini pula, Azmi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal berkenaan, malah akan mengambil tindakan sama mengikut peruntukan undang-undang ada tanpa mengira individu berkenaan berstatus pelajar atau tidak.

“Semasa menjadi penuntut IPTA, jagalah tingkah laku, nama baik institusi dan jangan hampakan harapan ibu bapa yang banyak berkorban wang ringgit untuk menghantar kita agar menjadi orang berguna.

“Jika anda terlibat dengan perkara sebegini, masa depan akan musnah selain ibu bapa juga akan turut menanggung malu atas kesalahan yang kita lakukan,” katanya. -SH

Ulasan GB

Ada pihak yang kurang senang apabila GB mendedahkan kes khalwat, rogol, zina dan sebagainya di blog ini terutama kejadian-kejadian yang banyak berlaku dewasa ini di Dungun dan di negeri Terengganu.

Akhirnya kebenaran terserlah. Berita di atas membuktikan pendedahan GB bukan sengaja untuk publisiti. Tetapi ia masalah jenayah syariah yang tegar yang perlu dibasmi.

Jika tidak maka hukuman Allah pun berjalanlah...... apabila maksiat bermaharaja-lela, tunggu saja balaNya...

p/s Banyak keruntuhan berlaku di Terengganu. Baru-baru ini negeri Terengganu dilanda ribut pula. Tak bacakah ayat-ayat manzurah itu?

Mohd Sabu: UMNO Berpaut Isu Agama & Perkauman Untuk kekal Kuasa

Gelang Patah - UMNO-BARISAN NASIONAL mendapati setelah tumbangnya beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat maka satu usaha dicari bagaimana ingin mengembalikan semula sokongan kepada mereka.

Hj. Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS berkata isu agama dan perkauman merupakan agenda yang boleh dieksploitasi dengan harapan boleh menarik pengundi daripada kalangan orang Melayu.

Menurutnya lagi, UMNO sudahpun mengenalpasti bahawa mereka masih mempunyai 'simpanan tetap' bagi merealisaikan aspirasi itu kerana kuasa yang tinggal hanyalah daripada kalangan pengundi Melayu di luar bandar, para peneroka, kaum bumiputra Sabah-Sarawak dan undi Pos.

''Kita kena lihat UMNO nak lawan Pakatan Rakyat, dengan main isu pembangunan tak boleh. Rakyat dah faham bahawa tanggung jawab pemerintah buat pembangunan.

''Kalau dulu boleh lah. Sekarang kalau kempen macam itu (isu pembangunan) dah tak boleh.''
ujarnya lagi.

Beliau menambah lagi dengan katanya, UMNO mengharapkan dengan dua pendekatan yang diambilnya itu dapat memberi gambaran bahawa PAS tidak boleh lagi menjaga agama sebagai agenda perjuangan parti Islam itu.

''UMNO mengharap PAS tidak boleh jaga Islam. Contohnya di Pulau Pinang. Peringkat awal dituduh Lim Guan Eng haramkan perarakan Maulidur Rasul. Akhirnya didapati tidak betul. Tapi dua minggu kita sakit telinga (isu dimainkan) sedangkan Guan Eng tidak pernah arah sebegitu.'' terangnya lagi.

Disamping itu katanya isu berkenaan agama dan perkauman tidak berakhir disitu. Hal ini seolah-olah sudah dirancang supaya ia mempunyai kesinambungan antara satu sama lain bagi melancarkan serangan ke atas Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu UMNO telah menggunakan Isu Komunis untuk menyerang beliau namun dakwanya percubaan itu menemui kegagalan.

''Percubaan (isu Mat Indera) ini gagal. Ini bukan perkara baru. Dr. Burhanuddin al-helmy turut dituduh ajen Komunis hingga ditangkap ISA. Ulamak pun kena tuduh (Komunis). Apalah aku ini, insan yang kerdil'' katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, di sini, malam tadi.

Beliau berkata lagi apabila isu Komunis gagal ditangani oleh UMNO maka isu Hudud pula ditonjolkan namun ia turut menerima nasib yang sama setelah UMNO terjerat dengan perangkap yang dipasangnya.

''Bila saya berceramah di Labis. Mereka edarkan gambar Tok Guru memegang kepala Guan Eng. Ini tindakan yang primitif.'' bidasnya.

Beliau mengulas tindakan pihak tertentu melancarlan gerakan saraf mengedar risalah provokasi berkaitan Hudud di sekitar Pekan Labis sempena kedatangannya ke negeri Johor jumaat lepas.

Sementara itu beliau menjelaskan bahawa serangan yang disasarkan kepada beliau ternyata dapat diimbangi dengan fenomena kuasa baru 'media alternatif' yang dipelopori anak-anak muda.

Menurutnya kajian mendapati sehingga kini lebih 80 % generasi muda yantg terdedah dengan dunia blog dan facebook telah menyokong Pakatan Rakyat.

''Sekarang kalau pergi minum di JB (Johor Bahru), mana-mana tempat budak main komputer. Budak-budak panggil. Abang Mat mai sini ambil gambar.

''Golongan ini 80 % bersama Pakatan Rakyat. Golongan ini akan menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang. Golongan ini besar (pengaruh).''

''Najib nak tarik sokongan balik dengan naik bas. Ini semua drama minggu ini.'' ujarnya dengan nada sinis.

Terdahulu beliau berkenan melancarkan Kelab Protes BN (Barang Naik) dengan membuka 'riben bunting' sebagai gimik pelancaran kelab tersebut.

Hadir sama Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Hj. Zulkifli Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Suhaizai Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor./Selatanonline

Benarkah Malaysia Tangga Ke-19 Terbaik Cegah Jenayah? Mana Bukti?

Langkawi: Malaysia berada pada kedudukan ke-19 daripada 156 negara di dunia yang mempunyai tahap pencegahan jenayah terbaik, kata Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Datuk Kamarudin Md Ali.

Beliau berkata, untuk menambah baik kedudukan itu, yayasan akan meningkatkan program kesedaran secara berterusan kepada orang ramai dalam usaha mencegah jenayah di negara ini.

“Polis dapat menangani kes jenayah, manakala yayasan pula boleh membantu memberi kesedaran kepada orang ramai melalui pelbagai program yang diadakan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, program pencegahan seperti ‘Sekata’ yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diadakan di seluruh negara bagi memastikan mesejnya sampai ke peringkat akar umbi. – BERNAMA

Ulasan GB

Benarkah dakwaan Datuk Kamarudin Md Ali bahawa Malaysia tangga ke-19 terbaik cegah jenayah?

Dari mana statistik itu diperolehi atau ia cuma rekaan semata-mata untuk menyedapkan hati dan menipu rakyat di negara ini?

Yang nyata jenayah menjadi-jadi, laporan jenayah di media massa tak pernah henti.

Kenyataan-kenyataan seumpama dakwaan polis berkenaan menyebabkan lebih ramai rakyat akan merasa sangsi terhadap kenyataan-kenyataan polis selepas ini.

Masuklah bakul angkat sendiri, tetapi jangan sampai menipu rakyat di negara ini. Tunjukkan bukti dari mana angka itu diperolehi.


Tak Perlu Lapor Polis Lagi Jika Hilang Sijil Lahir, Pasport, Geran & Lesen Memandu

Laporan polis hilang sijil lahir, pasport, geran dan lesen memandu dimansuh

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September lalu.

Dipetik Bernama Online, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (gambar) berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lepas kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori ‘Rujuk Lain-Lain Agensi’.

“Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

“Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

“Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM,” katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM. -TMI

WASPADA: Lagi Kebakaran Disebabkan Tong Gas, Sebuah Kedai Hangus

Angkara hos dapur gas tercabut

KOTA BHARU: Akibat saluran getah dapur gas tercabut, sebuah kedai makan hangus dalam kebakaran di Kampung Baung, dekat Pengkalan Chepa, petang semalam. - Gambar fail

Kejadian disedari pemilik kedai, Siti Nor Mohd Zain, 30, bersama dua pekerja dan beberapa pelanggan pada jam 3.45 petang.

Menurut Siti Nor, ketika kejadian, dia berehat bersama beberapa pelanggan dan pada masa sama melihat api dan kepulan asap dari dapur.

“Saya bersama pekerja dan pelanggan melarikan diri sebelum menghubungi bomba.

“Sebelum melihat api itu, saya terdengar seperti benda bocor dan rupa-rupanya saluran getah dapur gas tercabut sehingga mengeluarkan api,” katanya. Siti Nor berkata, dia bersyukur kerana ketika kejadian, tiada pekerjanya berada di dapur.

Sementara itu, sepasukan 17 anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Kota Bharu, ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.51 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Sabri Zakaria berkata, sebaik tiba di tempat kejadian keseluruhan kedai makan itu sudah musnah.

Katanya, anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak. -hm

Kes Saman Fitnah Mat Sabu Ke Atas Utusan - 3 Nov

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 Nov ini untuk pengurusan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad Sabu sementara Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu yang dinamakan defendan pertama dan kedua diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, di dalam kamarnya.

Firoz ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan memasukkan pembelaan terhadap penyataan tuntutan yang difailkan sebelum atau pada tarikh tersebut.

Mohamad Sabu, 57, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 Sept lalu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi sistem e-filing di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi.

Menurut penyataan tuntutan yang diperolehi media hari ini, Timbalan Presiden PAS itu mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah.

Penerbitan ketiga-tiga artikel adalah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.

Beliau mendakwa penyiaran bahan-bahan tersebut telah secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar dari ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis.

Akibat daripada itu, Mohamad Sabu mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta kesengsaraan dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya. Beliau juga mendakwa telah menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu, beliau turut mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.

Mohamad Sabu turut mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kesemua artikel terbabit bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno.

Oleh itu, plaintif menuntut satu jumlah ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar semua defendan memohon maaf serta menarik balik tuduhan fitnah ke atas dirinya.

Plaintif turut memohon penarikan tuduhan fitnah itu dibuat selamat tiga hari di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia selain kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -Bernama

PAS Mahu Kerajaan Beri Penjelasan Mengenai Projek "Taek Jho Low"

Najib perlu jelas keraguan projek tapak TUDM Sg Besi - Salahuddin Ayub

Sikap kerajaan yang enggan menjelaskan pelbagai keraguan tentang Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi akan mengakibatkan rakyat menanggung beban, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

“Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dilihat umum sebagai ‘projek Taek Jho Low’ menjadi keutamaan Belanjawan 2012 dan dimasukkan dalam pelaksanaan ‘Rolling Plan’ Kedua yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

“Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Bukan sahaja pindah milik tersebut amat meragukan dan menghapuskan kepentingan strategik dari segi pertahanan serta nilai sejarah pangkalan udara tersebut, malah berlaku pula keraguan demi keraguan lain, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

“Sampai hari ini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur secara tunai sebanyak RM3.5 bilion dalam PetroSaudi International Limited yang kemudiannya melabur pula lebih RM1.5 bilion UBG Berhad di mana Jho Low menjadi ahli lembaga pengarahnya.

“Rakyat juga mempersoalkan apa perlunya penglibatan syarikat-syarikat luar seperti Mubadala Development Company dan Qatar Investment Authority sebagai pihak yang memajukan projek yang digelar ‘projek Taek Jho Low’ itu sedangkan syarikat-syarikat tempatan lebih berkemampuan?”
kata Salahuddin.

Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang begitu dipertikaikan itu.

Salahuddin juga melihat belanjawan itu lebih mementingkan projek-projek besar-besaran daripada menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat.

Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak memberi keutamaan kepada masalah dan penderitaan rakyat yang perlu diutamakan.

Kata beliau, bangunan-bangunan di ibu negara masih mempunyai terlalu banyak ruang kosong yang belum digunakan, oleh itu perlunya projek pangkalan TUDM Sungai Besi.

"Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur mempunyai terlalu banyak ruang kosong yang belum digunakan, apa perlunya 'projek Taek Jho Low' di Sungai Besi itu?

"Nampak sangat bangunan pencakar langit yang berlebihan melalui 'projek Taek Jho Low' itu yang diutamakan.

"Agaknya sebab itulah isteri Perdana Menteri berminat sangat dengan belanjawan ini," kata beliau.

Baru-baru ini, perjumpaan tertutup berprofil tinggi antara Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dengan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dengan penyediaan belanjawan itu turut dihadiri oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Bernama, antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menjadi pengetahuan umum bahawa Rosmah mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low.

Baru-baru ini, jutawan muda penuh kontroversi itu mengakui beliau adalah kawan baik kepada Rosmah.

"Rosmah bukan emak angkat saya. Dia adalah kawan baik saya," kata Jho Low kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri.