12 Ogo 2011

Najib PM Terakhir: Faktor Rosmah & Pola Sarawak Petanda BN The End

Saya cuma nak tegur PM, kata penulis buku ‘Najib Perdana Menteri Terakhir’

Buku “Najib Perdana Menteri Terakhir” tulisan seorang ahli Umno. — Foto Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Penulis buku “Najib Perdana Menteri Terakhir” berkata beliau menghasilkan buku setebal lebih 300 halaman hanya untuk menegur agar Datuk Seri Najib Razak membetulkan segala kelemahannya selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum keadaan menjadi parah.

Buku 25 bab ini dikeluarkan ketika kepimpinan Najib masuk tahun ketiga dan spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa.

Petang ini, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn.

Malah buku ini berada di pasaran ketika timbul desas-desus Umno berhadapan dengan masalah dalaman, yang telah pun dinafikan oleh beberapa pemimpin kanan parti itu.

Minggu lalu, Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) juga menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“Saya hanya menulis untuk menegur Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya tidak mengkritik parti.

“Apa yang saya sampaikan cuma pandangan dan suara akar umbi dan rakyat.. saya cuma menyampaikan demi kepentingan parti,” kata Shahbudin Husin (gambar) ketika ditanya mengapa menghasilkan buku yang dilihat sebagai tindakan mengkritik presiden parti sendiri.

Pemerhati melihat kritikan dalam bentuk buku ini muncul dalam tempoh singkat berbanding ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi memimpin Umno dari 2003 hingga 2009.

Shahbudin, bekas naib ketua Pemuda Umno Wangsa Maju bertanya, “apa ruang yang saya ada untuk memberikan pandangan?”

“Dulu saya pernah memegang jawatan dalam bahagian, kami boleh sampaikan fikiran. Saya fikir ini cara untuk membawa pandangan dan suara rakyat kepada kepimpinan, kepada Datuk Seri Najib... saya tidak mengkritik Datuk Seri Najib, cuma menegur beliau,” kata beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju.

Shahbudin juga mengakui bahawa beliau bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan disiplin jika parti memutuskan demikian.

“Saya cuma nak selamatkan parti. Ini penting,” katanya yang berusia awal 40-an.

Buku ini dengan tajuk penuh “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir...” dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam.

Shahbudin merupakan memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dari 2004 hingga 2008.

“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap.

“Harapan saya ialah Datuk Seri Najib akan melakukan perubahan, membawa perubahan... jika tidak berubah, rakyat akan mengubah. Kata-kata ini beliau gunakan sebelum ini, saya harap beliau akan berubah, ini yang saya cuba sampaikan dalam buku saya,” kata beliau sambil menambah, “saya lebih sayangkan parti, bukannya individu.”

Di bahagian Bingkisan Penerbit, Shahbudin yang merupakan wartawan sebelum aktif dalam Umno berkata, “sudah lebih dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri, namun Umno dan kerajaan yang dipimpinnya belum lagi menunjukkan tanda-tanda positif dari segi penerimaan rakyat.”

“Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan,” kata Shahbudin.

“Umno dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya,” kata beliau lagi sambil menggariskan alasan-alasan atas perkembangan itu.

“Dari kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dan tidak tegas, Melayu rasa dipinggirkan, barisan Kabinet yang diragui, pentadbiran dibayangi skandal dan rasuah, ekonomi yang lembab, pelabur menjauhkan diri, harga minyak, gula dan barang naik, cenderung kepada dasar kronisme dan nepotisme sehinggalah kepada isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau,” kata penulis.

Beliau menambah, “tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa,” kata Shahbudin yang turut menolak andaian bahawa beliau dipengaruhi pihak-pihak tertentu dalam Umno agar menghasilkan buku politik ini.

“Tidak, tidak. Saya jumpa orang, hanya merangkumkan pandangan orang dalam bentuk analisis, malah ada yang berkata ‘mengapa tidak beritahu awal, ada lagi input boleh diberikan’,” katanya lagi.

“Ini menunjukkan ramai hendak memberi pandangan. Saya simpan untuk buku kedua saya,” katanya lagi.

Shahbudin berkata, setelah lebih dua tahun menjadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum ke-13 pula semakin menghampiri ambang pintu, “buku ini lahir dikira tepat waktunya untuk dijadikan sedikit pedoman buat rakyat negara ini.”

Buku ini terdiri daripada 25 bab, termasuk yang bertajuk Sarawak Pemangkin Kejatuhan BN, Jangan Bimbang Jika Umno Tumbang, Menteri-menteri Yang Gagal, 1Malaysia Jadikan Melayu Kelas Kedua?, Juara Rakyat Program Syok Sendiri, Pengundi Muda-KJ Perlu Jadi Menteri, Rosmah Punca Rakyat Tolak Umno, Tun Siti Tak Menyibuk, Melayu Hilang Kuasa Atau Umno Hilang Kuasa, dan Najib Bukan ‘Fighter’.

Shahbudin yang sedang menghasilkan buku kedua bertajuk “Kesilapan-kesilapan Najib” juga berkata, buku pertamanya bukan bertujuan memperlekeh Umno dan pemimpinnya dan bukan juga berupa pemberoan dividen percuma kepada pembangkang.

“Buku ini lahir tidak lain atas inisiatif sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pembayar cukai yang sentiasa inginkan perubahan dan kebaikan untuk rakyat dan negara ini.

“Rakyat adalah keutamaan buku ini,” katanya lagi. -TMI

Sebenarnya, Najib Lemah Zahir Dan Batin

Najib lemah zahir dan batin

Seperti mana kebanyakan rejim dihujung usia, penguasa nombor satu akan menjauhkan rakyat dengan fakta sebenar.

PETALING JAYA: Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang lemah dari segi zahir dan batin.

Beliau berkata Najib lemah zahir dan batin dalam bab pertahankan kedaulatan negara dan juga aspek pertahankan syarikat kepentingan negara.

“Terbaru pertukaran saham MAS dan Air Asia jelas menunjukkan kelemahan pengurusan syarikat negara. MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah.

“Tune Air iaitu syarikat induk AirAsia mendapat 20.5 peratus saham MAS manakala Khazanah Nasional Bhd, syarikat induk MAS pula dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS
.

“Percaya dan yakinlah jika Najib kekal berkuasa, dia yang berkiblat pengurusan ekonomi pasaran terbuka sepenuhnya pasti akan terus menggadaikan pegangan dan kawalan negara terhadap syarikat strategik,” kata Badrul Hisham yang juga dikenali dengan panggilan Chegu Bard.

Dari aspek masa depan ekonomi negara kemampuan kabinet Najib untuk memacunya juga diragui apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Ini jawapan ahli politik dangkal yang fikir politik domestik semata-mata.

Adakah Menteri ini melihat kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara?

“Kita harus ingat respon menteri ini apabila ditanya mengenai pengucupan ekonomi negara pada 2009 tetapi sebelum itu kita mensasarkan pengembangan. Menteri boleh jawab ‘tak sangka’. Adakah kabinet Malaysia diurus oleh bomoh atau ahli nujum yang hanya pakai jangkaan apa yang akan jadi seterusnya?
,” tanya CheguBard.

Itu belum diambil kira bagaimana Najib lemah mempertahankan tanah strategik negara dari ‘dirampas’ Singapura.

Najib hanya peduli imej

CheguBard berkata, seperti mana kebanyakan rejim dihujung usia. Penguasa nombor satu akan menjauhkan rakyat dengan fakta sebenar. Rakyat akan disajikan dengan pelbagai cerita putar belit media.

“Dikhabarkan Najib mempunyai 11 pegawai media. Berapa banyak peruntukan rakyat untuk bela 11 orang pemuja Najib ini. Hampir semua mereka mempunyai pejabat dan kemudahan sendiri dengan menggunakan dana rakyat. Baru-baru ini laporan media online mendedahkan Najib telah menggunakan sejumlah wang untuk membiayai laporan media luar negara agar beliau dilihat positif.

“Najib harus sedar jika sebelum dia menjadi Perdana Menteri orang sering perkatakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai kuat tidur dan menantunya Khairy Jamaluddin mengawal kerajaan. Kesempatan ini digunakan oleh orang Umno sendiri untuk menyingkirkan Abdullah.

“Kini lebih hebat lagi imej Najib dikenali sebagai seorang yang lemah zahir dan batin.

Bukan sahaja lemah mengendali negara dan pertahankan hak negara malah lemah mengawal isterinya sendiri. Bukan merupakan misteri lagi apabila setiap peringkat Umno menghebohkan cakap-cakap rahsia terbuka mengenai pelbagai perangai Rosmah Mansor.

“Seorang anak muda Cina mendahului senarai kroni ciptaan Rosmah. Ramai yang cakap kalau Najib lulus (sesuatu projek atau peruntukan) belum tentu dapat tapi kalau Rosmah lulus tentu dapat kerana Najib pasti akur,” ujar CheguBard lagi.

CheguBard berkata Najib meminta rakyat berjimat dan dalam pada masa yang sama imej mewah Rosmah terus menghantui negara. Rosmah bukan sahaja akan jadi faktor kejatuhan Najib tetapi dia mampu memainkan peranan Imelda Marcos yang menjadi antara punca utama kejatuhan rejim Presiden Ferdinand Marcos di Filipina dahulu. -FMT


Najib, Rosmah muncul di mahkamah tapi untuk bagi tahu tak mahu ditemubual dan jadi saksi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya hadir ke mahkamah tetapi enggan memberikan kerjasama untuk ditemubual peguam Anwar.

Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela utama Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedua-duanya yang ditemui secara berasingan menyatakan mereka tidak mahu ditemuramah mahu pun menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II.

“Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi.

“Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi),” kata Karpal.

Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini.

Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini.

“Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri.

“Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual,” kata Sankara Nair.

Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal.

Mereka kini masih mempunyai baki enam orang saksi untuk ditemubual, kata Karpal.

Mereka termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Hamid dan isterinya, serta kakak ipar beliau, dan dua orang bekas pembantu rumahnya yang kini berada di Indonesia.

Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil peguam bela memandangkan Najib dan Rosmah enggan ditemubual, Karpal memberitahu perkara itu hanya akan diputuskan selepas semua saksi selesai ditemubual.

Namun, perbicaraan tidak dapat diteruskan Isnin ini kerana baki enam saksi itu.

“Kita akan minta hakim tangguh kes ke beberapa hari kemudian,” kata Karpal. -TMI


Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Kebenaran tetap kebenaran. Bahawa kemenangan UMNO BN di masa lalu adalah kemenangan yang penuh kepalsuan dan penipuan - bermula di Pekan - dan setiap sesuatu yang bertunjangkan dengan kerapuhan akan tumbang tersembam ke bumi.

UMNO BN akan berputih tulang beputih mata, rakyat tidak selamanya boleh diperbodohkan lagi. Tumbangnya UMNO BN bakal menjadi realiti - akibat kroni dan korupsi.

BSKL Menjunam : Persatuan Pengguna Saran Najib Ambil Ikhtibar

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disarankan agar mengkaji semula kelemahan diri hingga menyebabkan kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur (BSKL) sejak Jumaat lalu.

Malah menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George, kerugian yang dialami pelabur itu juga didakwa berpunca daripada keengganan dari pelabur terus melabur di Malaysia berikutan bimbang dengan agenda politik yang dimainkan Umno-BN.

Sehubungan itu, Dr Jacob berkata, antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang luar ke dalam negara adalah dari segi ‘Foreign Direct Investment’ (FDI) sekaligus mengakibatkan kerugian besar kepada semua sektor dalam indusrtri pada waktu ini.

Walaupun (negara) stabil politiknya, kewangannya, pemerintah dan sebagainya tetapi apa yang dibaca di dalam surat khabar tentang politik-politik fitnah, caci, mengugut menjadi satu masalah yang begitu besar,” katanya memberitahu Tv Selangor.

Menurut Dr Jacob lagi, melalui kajian yang dilakukan oleh pihaknya beliau mendapati pelabur mengikuti perkembangan semasa negara, terutamanya terhadap media aris perdana yang lantang mengutarakan berita yang langsung tidak memberi manfaat kepada Malaysia.

“Ini daripada sisatan kita sendiri, bila kita jumpa pelabur-pelabur mereka selalunya membaca surat khabar berhubung analisis ekonomi kedalaman dan daripada itulah mereka nak cuba untuk melabur tetapi kita mendapati sejak tahun 2008 politik negara kita menjadi seperti ‘kanak-kanak di tadika’,”
jelasnya.

“Ini adalah gambaran yang telah diberi kepada pelabur-pelabur.”katanya.

Justeru itu, beliau memberi contoh negara serantau yang berdekatan dengan Malaysia iaitu Singapura yang telah mengambil pendekatan mengubah dasar mereka dengan begitu drastik atas kehendak rakyat yang inginkan dasar yang lebih mesra rakyat dan lebih terbuka.

Jelasnya, begitu juga di Indonesia yang kini mengamalkan konsep yang lebih matang dan tidak dikuasai oleh pemerintah sahaja.

“Contohnya Indonesia, hari ini kedudukan kewangan Indonesia akan naik dengan begitu tinggi sebab negara mereka nampak sebagai satu negara yang kuat,walaupun dulu mempunyai masalah bom dan sebagainya.

Mereka telah pulihkan ekonomi dan politik mereka serta menunjukkan politik yang matang di mana instituisi kerajaan dan sebagainya tidak dikongkong,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak peranan media prokerajaan dalam memainkan peranan dalam memfitnah negara sendiri.

Katanya, ini kerana disebabkan retorik politik untuk orang-orang kampung yang tidak boleh menerima kenyataan itulah politik di negara kita kini semakin tercemar.

Ujar Dr Jacob lagi, tindakan pentadbiran Najib memberikan taraf kewarganegaraan penuh kepada rakyat asing untuk dijadikan pengundi hantu jelas menunjukkan bahawa Malaysia kini lebih senang mengamalkan ‘politik sarkas’ dan mengakibatkan pelabur asing keluar melabur ke negara-negara serantau seperti Filipina, Vietnam, Kemboja dan Indonesia.

Tegas Dr Jacob lagi, antara isu-isu yang menjadi ikutan pelabur asing adalah dasar kerajaan yang sering kali berubah, apatah lagi dasar itu dibuat demi kepentingan politik semata.

“Ini akan membawa begitu banyak masalah di masa akan datang sebab polisi-polisi dan dasar-dasar yang kita nak buat adalah ‘short-term’ dan mempunyai kaitan dengan agenda politik. Pemimpin kita perlu tahu semua itu kerana mereka bukan budak kecil kerana dasar-dasar yang hendak dicapainya juga bukan untuk politik dan untuk satu-satu parti tetapi untuk negara.”
tegasnya.

Malah katanya, jika keadaan seperti itu akan berterusan ia boleh mengakibatkan rakyat hidup dalam keadaan sengsara serta hilang pekerjaan berikutan terlalu banyak syarikat akan ditutup.

“Bila FDI dan pelabur kita keluar ke Vietnam, Thailand akan menyebabkan banyak syarikat-syarikat akan ditutup dan keluar dari negara kita dan akan mewujudkan masalah pengganguran.”katanya.

Ujarnya lagi, kegawatan ekonomi akan berlaku jika tiada pemulihan yang dibuat oleh kerajaan, seperti yang berlaku pada tahun 1998.

Malah, kerajaan juga tidak wajar menyembunyikan kenyataan sebenar terhadap apa yang berlaku terhadap kedudukan ekonomi negara.

Tambahnya, beliau turut memuji pendekatan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor dalam mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan strategi serta dasar yang lebih prihatin serta mendatangkan keuntungan kepada rakyat ekali gus menarik minat dan keyakinan para pelabur.



"Abang Pegang-pegang Manja Saja...."

Georgetown - Baru bertunang, tetapi si lelaki sudah pandai melepaskan penat lelahnya dengan melelapkan mata apabila tidur di atas bahu pasangannya.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh gadis berkenaan ketika sedang diperiksa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) di Jalan Bayan Mutiara berhampiran Jeti Pantai Jerejak.

Pemeriksaan pada kira-kira jam 12 tengah malam itu mendapati kereta pasangan berkenaan diletakkan berhampiran dengan deretan kedai makan, namun agak tersorok di tempat gelap.

Ketika melalui jalan berkenaan, penguat kuasa Jaipp mendapati kedua-duanya yang belum berkahwin berada dalam keadaan mencurigakan dengan berdua-duaan di dalam kereta.

Selepas diminta keluar daripada kereta, kedua-duanya masih berpakaian lengkap, namun berada dalam keadaan seolah-olah selepas bangun tidur.

Gadis berkenaan yang baru sahaja berusia 22 tahun mengaku tunangnya tidur di atas bahunya sahaja, namun tidak melakukan perbuatan lain.

Penguat kuasa Jaipp kemudiannya bertanya lagi supaya dia tidak bercakap bohong dan menyebabkan kenyataannya berbeza dengan si lelaki.

“Dia tidur saja atas bahu saya sebab dia penat, kalau pegang pun, pegang-pegang manja sajalah, tidak lebih daripada itu cik,”
katanya membuat pengakuan.

Seorang penguat kuasa bertanya sama ada keluarganya tahu dia keluar sehingga lewat malam bersama tunangnya, namun kata gadis itu, ibunya tahu.

Dalam pada itu ditanya adakah ibunya tahu dia tidur di situ hingga lewat malam, gadis yang memakai baju T berwarna merah dan seluar jean itu kemudiannya menggelengkan kepala tanda ibunya tidak tahu yang dia keluar dari rumah sehingga tidur di dalam kereta.

Penguat kuasa Jaipp juga memeriksa keadaan dalam kereta dan tidak menjumpai sebarang barang mencurigakan melainkan hanya kerusi pemandu dan juga penumpang di bahagian depan yang diturunkan ke belakang.

Ketua Operasi dan Penguatkuasa Jaipp, Khairul Azman Azizan berkata, pasangan berkenaan kemudiannya diberikan notis mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi Ops Santai itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaipp, Jaafar Ismail termasuk 14 penguat kuasa. -SH

Harga Emas Dunia Meningkat. Langkah Kelantan Perkenal Dinar & Dirham Bijak & Tepat.

Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini kelmarin.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,”
ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.

Muslim Sweden Berpuasa Hingga 18 jam

Umea(Sweden): Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar tahun ini kerana terpaksa berlapar lebih lama - sehingga 18 jam kerana musim panas di utara Eropah.

Presiden Liga Islam Sweden, Encik Omar Mustafa, berkata ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.

Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.

'Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.

'Islam memberikan umatnya banyak pilihan,' kata Encik Omar kepada akhbar Sweden, The Local.

Pada 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa Ramadan yang jatuh pada musim panas apabila siangnya lebih panjang daripada biasa.

Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada 9.41 malam - hampir 18 jam.

Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.

'Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan,' kata Encik Omar.

Bagaimanapun, cabaran itu sedikit pun tidak menjejas semangat umat Islam di negara itu menjalani ibadat berpuasa.

Malah, menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.

'Kami mendapati jualan buah-buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat,' kata pegawai media Coop, Cik Louise Stephan.

Dianggarkan kira-kira 200,000 daripada sembilan juta penduduk Sweden beragama Islam. -- Agensi.

Aura Seks Negara Meningkat: Warga Emas Pun Merogol Juga

Warga emas rogol jiran

KUALA TERENGGANU- Apabila nafsu menguasai diri, seorang warga emas bergelar datuk sanggup menjadikan janda yang sudah ‘berusia senja’ sebagai pemuas nafsu serakahnya.

Lebih menyedihkan, suspek, 67, dari Kampung Beladau Selat, di sini, sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas mangsa, 52, yang difahamkan banyak berjasa menjaga kebajikan ibu kandungnya yang sudah uzur kerana faktor usia dan kesihatan.

Mangsa yang tinggal berjiran dengan rumah ibu suspek itu boleh dikatakan hampir setiap hari akan datang menjenguk orang tua itu untuk memberi makan serta menjaga kebajikannya memandangkan ibu suspek yang berusia 80-an itu yang tinggal bersendirian bukan sahaja sudah uzur, malah turut mengalami masalah pendengaran dan penglihatan.

Dalam kejadian yang berlaku pertengahan Julai lalu kira-kira jam 10 pagi, suspek yang datang ke rumah ibunya telah memanggil mangsa masuk ke dalam rumah kononnya untuk sama-sama menjenguk ibunya itu.

Bagaimanapun, mangsa difahamkan seorang yang agak ‘lurus bendul’ itu enggan kerana tidak selesa dengan situasi berkenaan lebih-lebih lagi suspek datang bersendirian.

Namun, suspek memaksa mangsa dengan menarik tangannya masuk ke dalam rumah lalu dibawa ke bilik tidur ibunya.

Mungkin mengetahui ibunya itu mengalami masalah pendengaran dan penglihatan, suspek bertindak berani merogol mangsa tanpa langsung tidak menghiraukan kewuju-dan ibunya yang ketika kejadian masih berada di bilik tidur berkenaan.

Geram dengan tindakan tidak perikemanusiaan suspek, mangsa yang tidak mempunyai anak itu melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada 7 Ogos lalu.

Rentetan laporan dibuat, suspek ditahan malam kelmarin dan kini direman sehingga 15 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan laporan dan menjelaskan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH


‘Insaflah pak cik’

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang mengalami masalah kesihatan, termasuk darah tinggi, bernasib baik tidak menghabiskan bulan Ramadan ini di penjara apabila dibenarkan diikat jamin selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, 27 Julai lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal L Saleh, membenarkan tertuduh, Mat Amin Hussin yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan, diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selepas mengambil kira faktor usia tertuduh.

Dalam prosiding semalam, Zainal berkata, tertuduh dan ahli keluarga serta rakannya tidak dibenarkan menghampiri atau mengganggu mangsa.

“Dalam kebanyakan kes rogol, saya jarang membenarkan orang yang kena tuduh dikenakan jaminan, namun mengambil kira kepada fakta usia, saya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 15 September depan.

“(Bagaimanapun), jika ada sebarang gangguan terhadap mangsa yang tinggal sekampung dengan tertuduh, jaminan itu akan dibatalkan serta-merta dan tertuduh akan ditempatkan di penjara sehingga kes ini selesai,” katanya.

Zainal berkata, sepatutnya dalam usia lanjut, tertuduh perlu sentiasa menginsafi diri dengan banyak melakukan kerja amal, bukan masih terbabit kesalahan seperti itu.

“Sepatutnya pada peringkat usia pak cik, harus sentiasa berada di surau atau di masjid, tidak sesuai berada dalam kandang orang salah seperti hari ini (semalam),” katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada kira-kira jam 2 petang 22 Julai lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan. - hm


Ulasan GB

Panas sangat aura seks di negara ini. Bukan sahaja kes seks pelajar sekolah yang menjadi-jadi, warga emas pun meronta-ronta tak tidur malam akibat gelojak keinginan seks yang tak pernah mengenal puas.

Ia sebenarnya persekitaran yang dibentuk oleh kerajaan yang memerintah.

Hadith Nabi menyatakan: Rakyat mengikut agama orang yang memimpin.

Nak buat macamana jika menteri pun disyaki seorang perogol. Maka panaslah bumi negara dengan kes-kes yang sedemikian di kalangan rakyat jelatanya, dari muda sampai ke tua.

Najwa Ditemui Di Batu Pahat Johor, Ikut Lelaki Sehingga 400 Km

Kampar: Misteri kehilangan gadis berusia 17 tahun sejak seminggu lalu akhirnya terjawab selepas mangsa ditemui dalam keadaan ‘bingung’ di satu lokasi kira-kira 400 kilometer (km) dari rumahnya, kelmarin.

Seri Najwa Ferda Hasan yang didakwa diculik seorang lelaki menaiki skuter merah ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 4 Ogos lalu, ditemui bersama seorang lelaki berusia 19 tahun kira-kira jam 9 malam kelmarin di Air Hitam, Batu Pahat, Johor.

Lebih pelik, mangsa difahamkan ditemui ketika sedang membeli makanan ringan bersama dengan ‘penculiknya’ di kawasan pekan berkenaan.

Mangsa kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini, untuk dipertemukan kembali dengan ahli keluarganya kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Ibu mangsa, Seri Wangi Mokhtar, 42, bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan anaknya itu ditemui semula dalam keadaan selamat.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan media dalam usaha mencari anak saya sehingga berjaya ditemui. Saya anggap kejadian ini satu dugaan daripada Tuhan pada bulan Ramadan.

“Saya reda menghadapinya kerana dugaan ini tidak akan diberikan kepada insan yang lemah. Ia mengajar kami sekeluarga supaya lebih tabah dan mempunyai hikmah di sebaliknya,” katanya.

Difahamkan Najwa dipujuk lelaki berkenaan untuk melarikan diri dari rumah sebelum dibawa ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

Ditanya sama ada dia ingin mengambil tindakan terhadap teman lelaki anaknya, Seri Wangi menyerahkan siasatan dan tindakan selanjutnya kepada pihak polis.

“Saya enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu dan minta diberikan masa kepada kami untuk berbincang. “Perkara paling penting Najwa ditemui selamat. Insya-Allah kami akan mengadakan kenduri doa selamat dan berharap ia adalah dugaan pertama dan terakhirnya seumpamanya dihadapi keluarga kami,” kata Seri Wangi yang juga ibu tunggal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan mendapati kes kehilangan mangsa bukan disebabkan diculik.

“Mangsa ditemui di Air Hitam, Batu Pahat, Johor malam semalam (kelmarin) dalam keadaan selamat dan siasatan mendapati, mangsa bukan diculik tapi mengikut rakan lelakinya. Seorang suspek lelaki kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya. -hm

Ulasan GB

Tengok tu, gara-gara penangan facebook, seorang gadis remaja sanggup tinggalkan keluarga di Ipoh Perak naik motor ikut jantan sampai Batu Pahat.

Hebat. BEWARE & BECAREFUL!

Menteri Ini Perlu Nafi Beliau Adalah Gay Yang Dituduh Oleh Wikileaks

Wikileak tuduh menteri dan pegawai Najib homoseks Oleh Chegu Bard

Semua pasti tidak lupa dengan keghairahan Utusan Malaysia yang memanipulasi maklumat yang didedah wikileak yang kononnya mendedahkan kabel sulit US yang mengaitkan Anwar dengan sesuatu yang negatif. Maklumat tersebut yang sejengkal sudah jadi sedepa dipusing Utusan Malaysia.

Namun terbaru laman yang sama wikileak juga telah mendedahkan nota sulit US yang berbunyi :

Mengikut pendedahan WIKILEAKS yang terbaru, bekas Duta Amerika ke Malaysia melaporkan:

Anwar's prosecution is not part of a morals campaign. The GOM does not aggressively target non-heterosexual behavior; if it did so, a recent cabinet minister, senior staff associated with PM Najib and other prominent citizens linked to the government also would find themselves under investigation.

TERJEMAHAN: Pendakwaan Anwar (untuk kes liwat II) bukanlah kempen untuk memperjuangkan moral. Kerajaan Malaysia tidak agresif di dalam membasmi amalan homoseks; jikalau tidak nescaya seorang ahli kabinet yang baru dilantik, pegawai kerajaan yang berkaitan dengan Najib serta beberapa tokoh penting yang berkait rapat dengan kerajaan akan turut sama disiasat (atas tuduhan homoseks)

Namun Utusan Malaysia terus senyap dengan tuduhan ini. Sememangnya majoriti rakyat Malaysia maklum. Pendakwaan Liwat 2 ke atas Anwar bukanlah tujuannya untuk memperjuangkan Islam ataupun nilai-nilai moral. Ianya bertujuan untuk memusnahkan apa-apa harapan bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

che'GuBard ingin mencabar kepimpinan UMNO atau mana - mana NGO 'tanggungan' regim untuk mendesak pihak berwajib memulakan siasatan serta mendedahkan nama-nama orang yang disebut dalam laporan bekas duta Amerika ke Malaysia ini.

Mungkin sahaja US tahu siapa mereka dan mereka ini duduk dikedudukan strategik negara berpotensi untuk diugut apabila tiba masa US atau sekutunya memerlukan sesuatu dari negara.

Ulasan GB

Seperti biasa sebelum membongkar sesuatu, GB pun memulakan dengan membaca doa ini:


اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ
وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ


1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba’ah,
wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa

Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan.

Nilaikan apa yang ditemui:


KERETA MEWAH BUAT ARTIS LELAKI, SIAPA MENTERI KANAN

Ribut dan kalut! Tabloid Suara Keadilan mendedahkan ada Menteri Kanan yang telah menghadiahkan kereta mewah kepada seorang artis lelaki. Menteri Kanan juga seorang lelaki dikatakan memberi kereta mewah tersebut dan ini menimbulkan banyak spekulasi. www.selamatkanumno.blogspot.com turut bertanya kepada kawan-kawan media siapa Menteri Kanan itu dan siapa artis terbabit.


TERKEJUT – menurut rakan media – Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain kata rakan media. Alamat – kita tidak mahu meneruskan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin sebelum PKR meneruskan spekulasi tersebut. Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi itu tidak merosakkan Umno tambahan ini melibatkan Menteri Kanan – saudara Perdana Menteri – dah la Perdana Menteri penuh dengan spekulasi dan tuduhan penglibatan dengan kes Altantuya, SU Politiknya dengan rasuah, rakan baiknya Razak baru terbebas dari tuduhan membunuh, ini saudaranya pula dikatakan terlibat dengan skandal bagi Anuar Zain kereta mewah.



* perhatikan gelang oren yang dipakai Anuar Zain..dan Hishamuddin..aik..????

Sumber