Umea(Sweden): Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar tahun ini kerana terpaksa berlapar lebih lama - sehingga 18 jam kerana musim panas di utara Eropah.
Presiden Liga Islam Sweden, Encik Omar Mustafa, berkata ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.
Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.
'Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.
'Islam memberikan umatnya banyak pilihan,' kata Encik Omar kepada akhbar Sweden, The Local.
Pada 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa Ramadan yang jatuh pada musim panas apabila siangnya lebih panjang daripada biasa.
Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada 9.41 malam - hampir 18 jam.
Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.
'Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan,' kata Encik Omar.
Bagaimanapun, cabaran itu sedikit pun tidak menjejas semangat umat Islam di negara itu menjalani ibadat berpuasa.
Malah, menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.
'Kami mendapati jualan buah-buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat,' kata pegawai media Coop, Cik Louise Stephan.
Dianggarkan kira-kira 200,000 daripada sembilan juta penduduk Sweden beragama Islam. -- Agensi.

Kami di UK berpuasa 20-21 jam tahun 2011. Tahun lepas 2010, 17-18jam.
BalasPadamlama tue..tak pa2..semakin tinggi iman diperlukan mesti semakin pahala kita dapat..beul tak?
BalasPadamEntri Terhangat!! :
Video Kenakan Kawan..LAWAK GILER!!
Preview - Libas
Yelah, musim panas memang siang panjang.
BalasPadamTetapi Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan negara-negara selatan pula musim salji dan siang pula pendek.
Giliran umat Islam selatan bumi pula menikmati puasa ketika siang pendek musim sejuk setelah lama menahan puasa pada waktu musim panas puasa hujung tahun.
Allah maha adil.
Ada di klangan kita baru puasa 5 jam dah mengeluh lapar...
BalasPadamJom terjah sini:
Antara Sebab Malaysia Kalah Degan Singapore