7 Mei 2011

Perkasa Buat Laporan Polis, PR Juga Patut Buat Laporan Polis Terhadap Blogger UMNO Dan Utusan

Negara Kristian: PERKASA buat laporan polis

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung laporan Utusan Malaysia yang memetik tulisan di dua blog pro-Umno yang mendakwa terdapat paderi yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Tulisan di dua blog pro-Umno juga mendakwa paderi tersebut berusaha mahukan perdana menteri dilantik dari penganut Kristian.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 3.20 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan polis dibuat, yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan Sharifuddin Abdul Hamid berkata dakwaan yang timbul itu adalah satu hasutan.

"Jika benar seperti apa yang dilaporkan, ia merupakan satu hasutan kepada masyarakat Kristian untuk mengembangkan agama itu bagi menjadikan satu hari jumlah penganut Kristian adalah majoriti dalam negara ini (dengan) pelbagai cara.

"Saya bimbang pendekatan ini akan menyemarakkan kemarahan umat Islam dalam negara ini," laporan polis itu dipetik.

Sehubungtan itu, beliau mahu polis menyiasat laporan tersebut.

Pada sidang medianya selepas itu, Sharifuddin berkata pihaknya mengetahui perkara tersebut berdasarkan laporan akhbar tersebut.

"Ia boleh memporak perandakan keselamatan (negara) sedangkan Islam adalah agama persekutuan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan PERKASA selepas ini, Sharifuddin berkata pihaknya telah mengarahkan semua ahli PERKASA di semua negeri untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

"Kita bertindak mengikut saluran undang-undang. Kita tidak akan bertindak sesuka hati. Harap polis dapat menyiasat," katanya.

Kira-kira 20 anggota PERKASA Wilayah mengiringi Sharifuddin membuat aduan polis tersebut.

Di Georgetown, Bernama melaporkan PERKASA Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari.

Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

"Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan.

Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini.

Sementara itu, Jurucakap Pertubuhan Pembelas Islam (PEMBELA) Yusri Mohamad juga menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan blog pro-Umno dan Utusan tersebut.

"Jika jelas (berlaku) maka ia bercanggah dengan undang-undang dan boleh membawa kepada hasutan.

"(Negara) kita ada undang-undang, jika degil untuk dipatuhi, undang-undang perlu dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan resolusi forum "Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita? di ibu negara hari ini. -mk

Ulasan GB

Pakatan Rakyat juga perlu buat laporan polis terhadap dua blogger UMNO tersebut dan akhbar Utusan Malaysia kerana menimbulkan isu yang sengaja direka-reka untuk menghasut rakyat.

Tindakan melampau pihak berkenaan perlu dilaporkan kepada polis, kerana apa yang berlaku pihak tertentu membuat laporan polis terhadap isu berkenaan yang berpihak kepada blogger UMNO dan Utusan Malaysia. GB yakin polis akan membuka kertas siasatan terhadap Jeff Ooi dan bukan ke atas dua blogger UMNO dan Utusan.

Sekalipun umum mengetahui sukar untuk mendapatkan keadilan daripada tindakan polis nanti tetapi jika Pakatan Rakyat tidak membuat laporan polis, maka pihak polis boleh menyalahkan Pakatan Rakyat jika mereka tidak membuka kertas siasatan terhdap dua blogger UMNO dan Utusan tersebut. Jawapan klise mereka: Tiada laporan polis dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap mereka.

Justeru itu, pemimpin PR jangan tidur!



Chegubard Dicemburui, Ada Pemuka PKR Yang Tidak Senang Dengannya

Petaling Jaya: Badrul Hisham Shaharin yang kini menjadi tumpuan dalam PKR menegaskan beliau masih ahli parti dan menjadi ketua PKR cabang Rembau.

Bagaimanapun, bekas calon AMK itu tidak menafikan beliau tidak disenangi oleh beberapa ‘pemuka’ dalam PKR.

Menurutnya, beliau dituduh pengkhianat dan menyerang parti.

“Persoalannya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat khianat?” katanya dalam blognya hari ini.

Bekas calon PKR parlimen Rembau dalam pilihan raya umum 2008 itu mendakwa ada pemuka parti yang cuba menggagalkan program Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang beliau penyelarasnya.

Katanya, program SAMM berbentuk karnival pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan supaya tidak dibantu atau dibatal lesen.

“Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung.

“Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan pilihan raya kecil sebagai NGO mendekati anak muda,

“Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK (Anak Peneroka Felda Kebangsaan).

“Apa sebenarnya yang mereka mahukan?” katanya.

Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita tempatan semalam mengenai kemungkinan beliau meninggalkan PKR dan menyertai parti komponen Pakatan Rakyat.

Beliau menyifatkan portal itu silap memetik laporan kenyataan beliau di dalam blog miliknya. -FMT


Memang ada pihak PKR tak senangi saya, akui Chegubard

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin, yang disebut-sebut akan keluar parti itu berkata, beliau masih ahli seumur PKR tetapi secara terbuka mengakui “memang tidak disenangi beberapa pemuka” dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Meskipun mengakui beliau ahli seumur hidup PKR, beliau yang turut dikenali sebagai “Chegubard” tidak menjawab sama ada akan keluar PKR untuk menyertai komponen PR iaitu PAS atau DAP.

“Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Malah tegas Badrul Hisham (gambar), ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepadanya dan mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika meninggalkan PKR.

Katanya, mereka yang pro-BN sudah tentu kecewa dan “saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita Chegubard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR.”

The Malaysian Insider dalam laporan semalam menyebut Badrul Hisham yang hujung tahun lalu tewas pemilihan jawatan ketua Angkatan Muda PKR disebut-sebut kemungkinan akan keluar PKR, dan jikapun keluar akan menyertai DAP atau PAS.

Pemimpin-pemimpin sayap muda DAP dan PAS pula menjelaskan mereka tidak tahu-menahu mengenai desas-desus itu.

Pengerusi Pemuda DAP pusat Anthony Loke ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan belum ada sebarang perbincangan mengenai isu itu.

“Belum ada permohonan atau perbincangan. Saya tidak boleh komen selagi tiada pengumuman daripada Chegubard sendiri. Dan jika ada, perkara ini akan dibincangkan di peringkat pemimpin kanan Pakatan, perlu dibincangkan bersama,” kata beliau ketika dihubungi tengah hari ini, sebelum Chegubard mengeluarkan kenyataannya.

Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kayat juga memberitahu, perkara tersebut perlu dibincangkan bersama dan menerima ‘lampu hijau’ PKR jika benar Badrul Hisham mahu menyertai PAS atau DAP.

“Kita ada konsensus bahawa komponen Pakatan Rakyat tidak boleh menerima ahli yang keluar parti komponen... kita kena menjaga keharmonian dalam Pakatan,” katanya.”Bagaimanapun jika hendak terima (Chegubard atau mana-mana ahli PKR), perlu ada persetujuan PKR, dalam kes ini, jika Chegubard mahu masuk PAS,” katanya lagi.

Justeru kata beliau, setakat Dewan Pemuda PAS belum ada sebarang perbincangan mengenainya.

“Kalau peringkat atas (pusat) saya tidak pasti,” kata Suhaizan.

Dalam penjelasannya hari ini, Badrul Hisham menambah, ketika ramai meninggalkan parti semasa tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih satu dekad lalu, “saya melihat suasana kosong yang mendesak, maka saya telah melangkah sepenuh masa bersama perjuangan ini.”

“Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat?” kata beliau lagi.

Badrul Hisham juga berkata, beliau tidak menafikan beliau berdepan dengan pelbagai masalah pascapemilihan selepas mendesak keadilan dan ketelusan.

“Tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan diselesaikan dengan langsung saya tak dipanggil menghadap mana-mana jawatankuasa,” katanya.

Namun katanya, beliau tetap bersabar kerana ada agenda besar menumbangkan BN dan mendesak perubahan dalam negara.

Badrul Hisham juga berkata, pergerakannya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki, termasuk program Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berbentuk karnival yang diadakan Febuari lalu mahu dibatal oleh sesetengah pihak dalam PKR dengan menemui Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan “kami tak dibantu atau dibatal lesen.”

“Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung.

“Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PKR sebagai NGO mendekati anak muda,” katanya yang juga pengerusi SAMM.

Kata Badrul, jika beliau mahukan jawatan banyak cara yang boleh digunakan untuk memperolehinya, malah “saya pernah menolak tawaran pun.”

Badrul Hisham menolak pelantikannya sebagai penolong setiausaha agung selepas tewas pemilihan pusat tahun lalu.

“Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu,” katanya lagi. -TMI


Kristian Agama Rasmi, Utusan Penyebar Fitnah Blogger UMNO

Blog Anwar: Utusan Melampau, pendirian Pakatan Islam tetap agama rasmi

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Pakatan Rakyat (PR) tetap berpendirian Islam akan kekal sebagai agama rasmi negara ini dan oleh itu tidak timbul soal perikatan tersebut akan mengambil langkah mengubah statusnya jika menawan Putrajaya, kata blog Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pandangan itu juga mendakwa laporan Utusan Malaysia bersifat melampau dan mengelirukan rakyat memandangkan status Islam sebagai agama rasmi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini di bawah tajuk “Kristian agama rasmi?”

Laporan itu juga memetik Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu.

Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog.

Nota pentadbir dalam blog rasmi Anwar (gambar), Ketua Umum PR itu berkata, Utusan Malaysia sekali lagi bertindak melampaui batas dan kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa.

“Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan,” katanya.

Tulisan itu menambah, isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru “aparat pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat.”

“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan,” katanya.

Entri itu turut menyiarkan kenyataan rasmi tiga pemimpin kanan PR yang ditandatangani bersama pada 8 September 2008.

Kenyataan tiga tahun lalu itu, antara lain menyebut, “kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.”

“Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan,” katanya lagi.

Ia juga menggariskan, berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini “kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar Umno-BN.” “Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini,” kata kenyataan tersebut.

Entri blog Anwar hari ini menambah, jelaslah bahawa Utusan Malaysia tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, sbealiknya ia hanya layak menyandang gelaran ‘tabloid Umno’ sesuai dengan kenyataan bahawa parti tersebut merupakan pemegang saham sekali gus merupakan majikan mereka.

“Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanah air dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini,” katanya lagi. -TMI


M'sia negara Kristian? Utusan bakar 1Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?'

Katanya, dengan hanya berdasarkan pendedahan dua blog blog pro-Umno, Utusan sanggup “membakar 1Malaysia” dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

"Utusan mahu membakar 1Malaysia... ini amat jahat dan elemen bahaya ini sedang berlaku di negara kita sekarang,” kata Lim pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

"Saya telah minta pemimpin parti saya membuat laporan polis mengenai perkara itu. Bagaimana finah dan penipuan boleh dijadikan tajuk utama sebuah akhbar?”

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP mengulas laporan di dua blog dan dipetik oleh Utusan yang mendakwa pemimpin parti itu bekerjasama dengan paderi-paderi seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan.

Selain itu, penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu

Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Utusan Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan “selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.”

Penulis blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi."

Manakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri.

Menurut Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Tambahnya lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu ataupun mana-mana agama lain.

“Ini permainan politik orang yang terdesak,” kata Lim sambil menambah, “dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja”.

Sementara itu, penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, juga menafikan dakwaan berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, pertubuhan itu menganggap tulisan tersebut sebagai “tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.”

Mereka juga menganggap tulisan berkenaan berbaur fitnah.

Menurut kumpulan itu, mesyuarat dan seminar yang diadakan itu bagi membincangkan isu rasuah dan sumbangan masyarakat Kristian bagi memeranginya.

"Ia tidak ada kena mengena dengan politik atau menukar agama rasmi negara,” kata mereka. -mk



Malaysia negara Kristian?

PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka,"
katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.

Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.

Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.-um




Ulasan GB

Apabila isu video seks dan gagasan 1Melayu, 1Bumi yang diwarwarkan oleh Utusan Malaysia gagal untuk mendapat sokongan pemimpin dan ahli UMNO sendiri, kini Utusan tampil dengan fitnah baru: Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Seperti biasa, fitnah dan kenyataan-kenyataan hasutan ini dibiarkan saja oleh pihak Keselamatan Dalam Negeri dimana sudah sepatutnya blogger berkenaan, wartawan dan editor Utusan tersebut diISAkan.

Justeru itu, kita desak supaya 2 blogger berkenaan dan wartawan serta editorny perlu ditahan dan disiasat setidak-tidaknya di bawah Akta Hasutan.

Dia Dihalau Keluar Dari Rumah Oleh Anaknya Sendiri

Ipoh: Anak derhaka! Mungkin itu perkataan tepat diberikan kepada seorang anak berkelulusan universiti yang tergamak menghalau bapanya yang berusia 64 tahun semata-mata kerana menegur isterinya yang tidak menutup tingkap ketika senja.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam di Manjung pada 5 April lalu, bapa malang yang mahu dikenali sebagai Ismail itu hanya mampu menjerit dan merayu selepas anaknya mengunci pintu pagar rumah dan menutup pintu bagi mengelak ayahnya memasuki semula ke dalam rumah.

Berikutan itu, bapa malang itu yang bersara sebagai penyelia sebuah ladang di Tapah, terpaksa berkeliaran dan hidup bergelandangan tanpa arah tuju.

Ismail berkata, dia terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjual barang terpakai kira-kira tiga minggu sekitar Manjung sebelum membuat keputusan menaiki bas ke bandar raya ini sebelum ditahan dalam operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kini tinggal di sebuah rumah kebajikan di sini.

Beliau berkata, sejak kematian isteri akibat radang paru-paru pada 2005, kehidupannya mula berubah menjadi tidak terurus tambahan anak lelakinya sudah berumahtangga dan tinggal di Manjung.

Katanya, perasaan sunyi dalam hidupnya terubat apabila anak lelakinya bersama isteri serta tiga anak mereka mengunjungi rumahnya pada penghujung 2007 dan mempelawa beliau tinggal bersama mereka.

Bagaimanapun, kegembiraan tinggal bersama anak dan menantunya itu tidak lama apabila kehadirannya seolah-olah tidak diterima. Beliau juga mendakwa diberi pelbagai peraturan oleh menantu, termasuk soal remeh-temeh seperti mencuci kaki sebelum masuk rumah dan dilayan seperti orang tua nyanyuk yang tidak tahu mengurus diri sedangkan dirinya masih aktif dan sihat.

“Walaupun dilayan begitu, saya tetap sabar dan menurut segala peraturan serta kehendak anak lelaki dan isterinya itu. Ketika itu saya baru sedar pelawaan mereka tidak ikhlas dan mereka rimas kehadiran saya di rumah.

“Bagaimanapun, sebagai bapa, tidak pernah terlintas di fikiran saya akan dihalau anak kandung sendiri dan diperlakukan seperti saya tiada maruah dan nilai hidup.

“Hancur luluh hati saya kerana ia hanya berpunca daripada tindakan saya menegur menantu supaya menutup tingkap berikutan sudah Maghrib,” katanya sambil berlinangan air mata ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan di sini, semalam.

Ismail berkata, hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, mereka dikurniakan dua cahaya mata, namun anak sulungnya meninggal dunia ketika masih kecil kerana demam panas. -BH

Guru Yoga Culik Semula Mangsa Rogolnya Sebaik Saja Dibebaskan

Guru yoga culik mangsa rogol selepas keluar penjara

KUALA LUMPUR: Seorang guru yoga yang kini dibicarakan di mahkamah atas tuduhan merogol dua gadis yang juga bekas pelajarnya sanggup menculik dua gadis itu sebaik dibebaskan sebelum membuat satu rakaman video dengan memaksa mereka membuat pengakuan kononnya dia tidak bersalah.

Difahamkan, guru yoga berusia 55 tahun bertindak menculik dua remaja itu berikutan takut menerima hukuman yang bakal dijatuhkan ke atasnya.

Sumber polis berkata, guru yoga itu baru dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh selepas tiga bulan meringkuk dalam penjara sebelum bertindak mencari semula bekas pelajarnya itu.

“Sebaik dibebaskan, suspek memandu kereta dan menunggu mangsa di kawasan berhampiran sekolah mangsa di Batang Kali.

“Sebaik melihat mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun berjalan pulang ke rumah, suspek dengan segera bertindak memaksa mereka masuk ke dalam keretanya dan mengugut akan mencederakan keluarga mangsa jika enggan mengikut arahannya,” katanya.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke rumah suspek di Batu Caves. Sebelum ini, mangsa pernah dikurung di rumah sama.-hm

Ketua Pengarah JKR Dianiaya Kerana Pertahankan Integriti Pegawai Awam

Judin teraniaya: Rekod hitam 120 tahun JKR

PAS menuntut Kementerian Kerja Raya memberikan alasan munasabah kepada umum berhubung perpindahan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir Dr Judin Abd Karim, ke satu jawatan yang lebih rendah, baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata penjelasan itu diperlukan memandangkan rekod perkhidmatan Judin dikatakan bersih, amanah dan bertanggungjawab selama menjalankan tugas beliau di JKR.

Beliau yang melahirkan rasa kesal dengan perpindahan tersebut, berkata kementerian sewajarnya berasa bangga memiliki pegawai yang bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan tugas, bukan bertindak sebaliknya dengan memindahkan beliau ke jabatan yang lebih kecil.

Mulai 1 Mei lalu, Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Meskipun mendapat bantahan awam dan protes senyap kakitangan JKR, kerajaan tetap berkeras "menghukum" Judin yang dikenali sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi.

"Saya difahamkan, Judin bersikap tegas memastikan setiap prosedur berkaitan tender kerajaan dipatuhi oleh kontraktor. Dalam kes kontroversi pembinaan Istana Negara (yang menelan belanja di luar jangka), beberapa keputusan Judin, termasuk untuk menamatkan khidmat kontraktor utama yang mempunyai prestasi buruk, menjadi punca beliau disingkirkan," dakwa beliau.

Tambah Mahfuz, tindakan kementerian itu turut bertentangan dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 2004 bagi meningkatkan integriti penjawat awam apabila berlaku peminggiran terhadap pegawai yang berintegriti seperti Judin.

Katanya, perpindahan itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kemungkinan berlaku pertembungan penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian untuk meminggirkan sesiapa pegawai yang tidak sealiran dengan 'pihak tertentu'.

Selain kesal dengan tindakan kementerian tersebut, kekesalan Mahfuz turut dilemparkan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila tidak mempertahankan Judin, sedangkan beliau bertanggungjawab penuh ke atas pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

"Adakah KSN turut terlibat dalam konspirasi ini, hingga mendiamkan sahaja perkara tersebut? Sedangkan pegawai seperti Judin inilah yang sebaik-baiknya untuk kebaikan dan pembangunan negara," kata Mahfuz.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan yang dikenakan terhadap Judin itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak komited dalam mengembalikan dan meningkatkan integriti sistem pentadbiran negara.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan benar-benar komited dalam soal integriti ini, badan-badan seperti kehakiman dan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan-badan lain perlu diberi isyarat yang baik sekiranya pegawai mereka bertindak dengan penuh tanggungjawab.

"Tindakan ini seolah-olah menunjukkan kerajaan pimpinan Najib Tun Razak ini 'bermusuh' dengan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas mereka dengan amanah dan bertanggungjawab. Persoalannya, apakah isyarat yang ingin diberikan kepada kakitangan kerajaan ini? Tindakan terhadap Judin ini hanya menunjukkan pertentangan amalan dengan PIN yang dilancarkan sebelum ini," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata pegawai-pegawai awam ini sepatutnya diberikan kepercayaan atas keupayaan mereka menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, bukan 'dihukum' kerana bertanggungjawab.

Tambahnya, situasi ini akhirnya akan menyebabkan pegawai kerajaan akan dilihat menjadi penakut, tidak bebas dan sentiasa dilihat terkongkong, yang kemudiannya menyebabkan sistem pentadbiran negara tidak akan dapat dipertingkatkan.

Dalam pada itu, beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku dan berusaha untuk mengembalikan dan memulihkan integriti badan-badan kehakiman dan penguatkuasaan yang selama ini mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang mula mendedahkan pertukaran mendadak Judin itu awal April lalu, turut mendesak Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberikan penjelasan segera.

"Shaziman seorang yang berpengalaman sebagai jurutera awam sepatutnya mempertahankan Judin daripada tekanan politik elit penguasa dan kontraktor bermasalah. Pertukaran Judin adalah satu pengkhianatan terbuka kerajaan terhadap kakitangan awam yang berintegriti tinggi dan beretika cemerlang," tegas Lutfi.

"Kes Judin tidak boleh dipandang remeh. Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Najib Razak amat dikesali. Dia mesti memberi jawapan di atas pertukaran jelas yang mahu mengaibkan Ketua Pengarah Kerja Raya itu," tambah Lutfi.

Beliau menegaskan: "Ini merupakan rakaman hitam sepanjang sejarah JKR yang sudah berusia 120 tahun. Tidak pernah seorang Ketua Pengarah Kerja Raya ditukarkan ke jawatan lebih rendah walhal Judin dikenali ramai, khususnya warga JKR sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi dan teguh memegang prinsip kerja." -HD


Judin, media dan sokongan Melayu
Ahmad Lutfi Othman

Meskipun mendapat bantahan, Ketua Pengarah Kerja Raya, Prof Ir Dr Judin Abd Karim (gambar) tetap ditukar, mulai 1 Mei depan ke jawatan barunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan), iaitu satu jawatan yang lebih rendah, yang meletakkannya seolah-olah diturun pangkat.

Kes Judin ini cukup mengejutkan kerana inilah kali pertama dalam sejarah Jabatan Kerja Raya, ketua pengarahnya, yang dikenali ramai sebagai berintegriti tinggi, ditukarkan ke agensi lain.

Ramai warga JKR kecewa dengan langkah drastik itu. Rata-rata mereka beranggapan ia satu tindakan bermotif politik bagi memencilkan seorang pegawai awam berpersonaliti mulia, yang dilihat sepanjang kerjaya terakhirnya di JKR boleh menyusahkan pihak yang "tamak dan rakus". Namun begitu, Judin pasrah. Mulai minggu lalu, beliau telah mengadakan lawatan perpisahan ke semua cawangan JKR di seluruh negara.

Desas-desus menyebut pertukaran Judin dikaitkan dengan projek kontroversi, pembinaan Istana Negara yang baru, selain ketegasan Judin berdepan karenah kontraktor kroni yang hanya mahu mengaut keuntungan sebanyak mungkin daripada dana awam. Projek ini diberikan secara runding terus (reka dan bina) kepada Maya Maju (M) Sdn Bhd, dengan cadangan kos oleh kontraktor kepada kerajaan sebanyak RM1.1 bilion.

Hanya selepas kos berkenaan didedahkan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar di Dewan Rakyat dan turut dibangkitkan Harakah, baharulah perkara ini disemak dan dirunding semula dengan kontraktor. Akhirnya, projek ini telah dianugerahkan dengan kos RM650 juta.

Cadangan pembinaan di peringkat awal di bawah kos RM400 juta. Bagaimanapun, kos projek Istana Negara kini telah meningkat hampir RM900 juta dengan pelbagai kerja tambahan (VO) dan skop tambahan yang dikatakan tiada dalam skop asal atau telah dikeluarkan semasa di peringkat awal.

Semua maklum dan bukanlah menjadi rahsia mengenai stail Maya Maju (dikatakan ala-samseng) apabila berkomunikasi dengan pegawai-pegawai kanan JKR yang terlibat dengan projek Istana Negara.

Kontraktor berkenaan dikaitkan dengan "orang kuat" Umno Kedah. Ketika diberikan tender projek istana pada Oktober 2007, syarikat tersebut disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat.

Menurut sumber, bukanlah mudah untuk Judin memastikan projek Istana Negara disiapkan mengikut jadual. Beliau dikatakan telah mengadakan mesyuarat koordinasi projek hampir setiap minggu di tapak istana dengan mewajibkan semua pengarah kanan hadir.

Usaha beliau membuahkan hasil. Istana dijangka disiapkan pada pertengahan tahun ini. Inilah pendekatan yang pertama kali dibuat seorang Ketua Pengarah Kerja Raya dalam melaksanakan projek berprofil tinggi seperti ini.

Kontraktor dikatakan tidak menghormati JKR dan cuba melibatkan raja (Raja Perlis sebagai wakil Majlis Raja-Raja Melayu) dalam membuat keputusan meletakkan Judin dalam keadaan yang sukar. Bagaimanapun beliau menghadapinya dengan tenang demi memastikan projek berjalan lancar.

Memang sensitif menangani isu berkaitan pihak istana, apatah lagi apabila ada pihak tertentu yang memperalatkan nama raja untuk kepentingan mereka. Misalnya, apabila Lim Kit Siang mula membangkitkan hal berkaitan projek ini, timbul dakwaan bahawa beliau telah "menderhaka" kepada istana.

Malah, saya dapat menjangkakan, selepas Harakah dilihat mempertahankan Judin, tentunya beliau akan dilabelkan sebagai propembangkang atau penyokong Pakatan Rakyat. Ia hanya bagi mengalihkan isu sebenar daripada dibincangkan. Tuduhan liar terhadapnya sudahpun tersebar dalam blog-blog Umno. Walhal isunya jelas: Umno akan bermusuh dengan pegawai awam yang baik dan berwibawa sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak politik dan nafsu serakah mereka bagi membolot kekayaan berlipat ganda dengan cara mudah.

Umno selama ini memang bergantung dengan dana awam melalui komisyen (terutama melalui projek rundingan terus apabila nilai kos dapat dinaikkan dengan mudah) bagi memenuhi tabung politik mereka, seterusnya "membeli undi" semasa pilihan raya. Judin bukan pegawai kerajaan pertama dan terakhir yang menjadi mangsa.

Mungkin ramai lagi yang bersedia mengikuti telunjuk elit penguasa dan meraikan apa jua kehendak orang-orang politik di sekeliling, namun Judin akan dikenang sebagai kakitangan awam yang berusaha mempertahankan integriti sehingga terpelanting jawatan strategiknya.

II.

Saya diundang sebagai ahli panel Bicara Media, anjuran pelajar Sarjana Sains Komunikasi Kewartawanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) lebih kurang 15 jam sebelum program bermula. Memang masih agak uzur dan sukar berjalan jauh, tetapi apabila mengetahui Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut memeriahkan forum bertajuk Menyingkap Peranan Media dalam Menghadapi Arus Globalisasi, saya berusaha hadir.

Seorang lagi penalis ialah Ibrahim Yahaya, bekas Ketua Pengarah Penyiaran, manakala pengacaranya, Sayed Munawar Syed Mustar. Forum itu dirakamkan di Studio Penyiaran Video, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.

Ternyata Saifuddin beridealisme tinggi apabila membicarakan isu-isu berkaitan kebebasan media, seperti juga apabila beliau melontarkan idea tentang autonomi universiti dan keperluan mahasiswa untuk bergerak aktif dalam politik. Saya tidak nampak hujahannya bercanggah dengan pendapat saya, malah beliau berjaya mengungkapnya dengan lebih mantap.

Saya tidak lari daripada terus menekankan bahawa media di Malaysia masih terkongkong dan dikawal ketat walaupun dalam era globalisasi. Menurut sarjana media, misalnya Fred S Siebert, teori media bebas tidak selari dengan suasana di negara ini apabila sebarang penerbitan memerlukan permit dan melalui proses penapisan.

Saya turut merakamkan pengalaman beberapa penerbitan saya, seperti majalah Detik, yang diharamkan KDN, tanpa alasan yang jelas. Begitu juga dengan syarat-syarat penerbitan dan pengedaran Harakah yang menekan.

Ibrahim melihat daripada sisi agak berbeda. Kebebasan dalam online dan juga akhbar-akhbar berbahasa Cina menjadi sandaran. Sedangkan bagi saya, dalam dua situasi itu, sebenarnya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekatnya dan bukan disebabkan penguasa berjiwa besar membenarkan media berkembang secara bebas di Malaysia. Ini turut dipersetujui Saifuddin. Bagi saya, peraturan karut seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan mesti dimansuhkan tanpa daleh lagi.

Saifuddin mengakui keperluan Malaysia seharusnya mempunyai kebebasan akhbar yang lebih luas berbanding dahulu. Beliau turut membangkitkan langkah-langkah pendemokrasian yang lebih segar, seperti mencadangkan umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun, di samping menegur perlantikan jawatan-jawatan penting di universiti, yang ada kalanya melibatkan "tukang ampu" berbanding ilmuan yang lebih layak.

Dua minggu sebelum itu, saya bersama Dinsman dan Pengarang Harakah, Taufek Yahya menghadiri majlis bedah buku Catatan Hujung di Kompleks PKNS, Bangi. Agak janggal juga untuk saya membicarakan proses penulisan di sebuah kompleks membeli-belah yang agak sibuk itu.

Dalam majlis itu saya turut diaju dengan cadangan (sebenarnya dicabar) untuk menghasilkan buku khas bagi menyanggah memoir Dr Mahathir Mohamad. Seorang daripada hadirin, Dr Tajul Arifin Noordin, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi mahu saya mengemukakan sanggahan terhadap pelbagai "pembohongan" dan "manipulasi" Dr Mahathir.

Sememangnya minat peribadi saya lebih tertarik kepada penerbitan buku, berbanding menjadi editor akhbar sekarang mahupun sebelum ini majalah. Dalam konteks kebebasan berkarya di Malaysia, menulis buku mungkin lebih selesa dan tidak terikat dengan peraturan "karut-marut" KDN. Banyak isu memerlukan penjelasan lebih terperinci dan mendalam.

Namun, seperti disokong Dinsman, yang juga pengulas buku Catatan Hujung, cabaran terbesar saya adalah faktor kesihatan. Menulis buku khususnya mengupas isu-isu politik -- berdepan saingan media baru -- memerlukan stamina luar biasa. Ada juga permintaan agar saya membuat "ramalan politik" seperti buku-buku yang dihasilkan dalam tahun-tahun 1990-an berkaitan Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir.

III.

Sehingga kini saya belum sempat menganalisis pilihan raya Sarawak. Semua maklum tentang gelombang perubahan yang dicetuskan oleh pengundi Cina di bandar-bandar. Namun, saya lebih terkesan dengan kebimbangan terhadap keupayaan pengundi Melayu untuk sama-sama berubah dalam PRU13. Dr Jeneri Amir menjangkakan, jika trend mengundi di Sarawak berterusan, sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat dapat menguasai tujuh kerusi Parlimen di negeri itu nanti.

Slogan PAS Ganti Umno tidak hanya memerlukan seminar dan diskusi. Pengundi Melayu harus diyakinkan bahawa mereka mesti bersama Pakatan Rakyat, terutama dengan menyokong PAS, bagi membentuk sebuah kerajaan yang adil, baik peringkat negeri mahupun persekutuan. Peralihan lapan peratus undi di Sarawak jika diterjemahkan di peringkat nasional mungkin boleh membawa Pakatan ke Putrajaya, tetapi jika masyarakat Melayu tidak bersedia berubah, situasi politik mungkin "tidak seimbang".

Berbanding rakan-rakannya dalam Pakatan, cabaran terbesar lebih menimpa PAS. Berusaha mempengaruhi majoriti pengundi Melayu supaya menolak Umno dalam sentimen perkauman yang makin marak ini bukan tugas mudah. Ketrampilan kepemimpinan Parti Islam khususnya untuk memenangi hati orang Melayu -- dan mengekalkan sokongan masyarakat Cina dan India -- cukup teruji.

Kepada PAS, masa cukup singkat sebelum Najib Razak membubarkan Parlimen. Saya tidak mengharapkan keajaiban, namun ramai tidak berpuas hati dengan usaha yang telah dibuat ... -HD


Nyatakan sokongan anda kepada Dato' Seri Ir Dr Judin Abdul Karim dalam facebook Sokongan Judin Karim

Siapa Bagi Idea Sumpah Mubahalah?

Sumpah mubahalah bukan bagi kes jenayah syariah'

Timbalan Presiden Persatuan Syarie Malaysia (PPSM) Musa Awang berkata sumpah mubahalah hanya membabitkan isu yang berkaitan dengan akidah.

Tegasnya, sumpah tersebut tidak terdapat dalam kes dalam jenayah syariah yang antaranya berkaitan dengan kes liwat atau zina.

"Tidak ada sumpah dalam kes jenayah syariah kecuali sumpah 'qasamah' dalam jenayah membunuh.

"Maksudnya, dalam satu kes pembunuhan, tidak ada orang yang melihat (insiden itu) sedangkan keluarga yang dibunuh berkata si 'A' yang membunuh.

"Maka keluarga ini boleh sumpah 'qasamah' kata si A ini yang bunuh. Itu sahaja (sumpah) yang saya jumpa dalam kitab-kitab dan buku-buku... sumpah lain tak ada. Sumpah mubahalah lagi lah tak ada," katanya.

Menurutnya, sumpah mubahalah yang dimaksudkan itu berlaku ketika Nabi Muhammad SAW yang berdialog dengan orang Yahudi dan Nasrani mengenai keesaan Allah SWT.

Katanya, kedua-dua kumpulan itu tidak mempercayainya maka Nabi Muhammad mencabar mereka untuk bersumpah laknat (mubahalah) walaupun akhirnya mereka tidak menyahut cabaran baginda.

Musa berkata demikian pada diskusi 'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah' di Dewan Pembangunan Belia Islam Taman Cemerlang Gombak.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dihadiri kira-kira 70 orang.

Turut dijemput sebagai panel diskusi itu tiga tokoh agama dan ahli akademik iaitu Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Dr Abdul Halim El-Muhammady, pensyarah Prof Dr Ashraf Md Hashim dan wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Fauzi Zakaria.

Siapa beri idea?

Mengulas lanjut, Musa yang juga seorang pengamal undang-undang berkata beliau mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab "memberi idea" untuk melakukan sumpah mubahalah dalam beberapa peristiwa sebelum ini.

"Siapa yang beri idea buat (sumpah mubahalah) ini... Saya tengok (ia bermula) dalam kes (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan) dahulu.

"(Dalam) kes liwat atau zina, tidak ada sumpah (mubahalah). (Sumpah) yang lain adalah (yang) berkaitan dengan kes mal (harta).

"Ada banyak jenis sumpah, tetapi semuanya dalam kes mal (harta), (tetapi) bukan kes jenayah (syariah),"
katanya sambil membaca jenis-jenis sumpah yang disyariatkan dalam Islam.

Mengulas mengenai isu qazaf (melempar tuduhan zina), Musa berkata orang yang dituduh berzina mestilah seorang muhsan iaitu orang yang baik dan bukannya seorang pelacur.

Kata lagi, pihak yang membuat tuduhan itu terhadap seseorang dikatakan mempunyai niat jahat sekiranya penuduh itu tidak mengemukakan empat orang saksi.

"Maka kita boleh kata dia membuat tuduhan dengan niat jahat," katanya.

Menurutnya lagi, mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan memperuntukkan orang menuduh seseorang yang melakukan zina perlu membawa membawa empat orang saksi.

Pada 29 April lalu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang tokoh pemimpin pembangkang.

Dua lagi anggota iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim turut hadir dalam majlis tersebut.

Trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -mk

Ulasan GB

Yang nyata, yang bertempik sorak dengan SUMPAH MUBAHALAH ini ialah UMNO. Samada di dalam kes Liwat Saiful atau Zina Eskay, pihak yang berlebih-lebihan memberi dan mencari publisiti daripadanya.

Lihat gelagat media massa yang dikuasai UMNO samada eletronik (radio & TV) atau bercetak (akhbar & majalah), malah media siber juga melalui blog pencacai UMNO, setiap hari kesemuanya memukul gendang bak pesta besar mengenainya.

Dari dulu GB kata, juak UMNO ini golongan jahil dalam agama. Quran tak pernah nak baca, jauh sekali kitab hadith. Kalau ada pula yang tahu maka mereka berdiam diri, membisu seribu bahasa kerana takut kedudukan tergugat. Takut jawatan melayang, takut habuan ditarik balik.

Kalau setakat blogger pencacai UMNO, bak kata seorang sahabat, blog mereka sudah dijadikan seperti pintu tandas awam yang diconteng juvana, penuh dengan lukisan lucah dan kata-kata mencarut. Itu tahap blog mereka yang cuba disebarkan pula ke blog-blog PR di ruang-ruang komen dan di kotak-kotak sembang.

Ia sebenarnya satu petanda - petanda apa? Petanda kehancuran UMNO itu sendiri. Hanya menunggu masanya.

Najib Bakal Jadi Ketua Pembangkang

Anwar nasihat Najib: Jangan bongkak, anda akan jadi ketua pembangkang

MARANG, 7 Mei — Sehari selepas kenyataan Datuk Seri Najib Razak mahu merampas Selangor dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden Umno itu jangan terlalu yakin untuk menawan balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Sebaliknya Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak mengamalkan “politik rampas” semata-mata untuk memerintah negara.

“Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini.

“Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu, Anwar menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen, di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi... Pulau Pinang tambah lagi satu... Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor kita boleh tambah dua kerusi lagi.

“Di Wilayah Persekutuan kita menang 11 kerusi, kalah satu kerusi di (Parlimen) Setiawangsa itu pun sebab undi pos... 14,000 undi pos paling banyak dalam sejarah.

“Di Sarawak, melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak yang lalu, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh.

Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja ‘senjata’ yang dimiliki mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS.

Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.

“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.

Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenangi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN.

“Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.

“Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan,” katanya.

Bercakap soal Buku Jingga yang dilancarkan Pakatan Rakyat, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti perikatan akan dilaksanakan jika berjaya menawan Putrajaya.

“Apa yang kita buat dalam Buku Jingga ini adalah buku program kita yang akan kita laksanakan jika kita berjaya tawan Putrajaya, yang penting kita perlu tawan Putarajaya.

“Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam, saya akan buat pengumuman, minyak akan turun... dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.

“Jangan main-main, ini bukan janji-janji politik... saya bukan main-main.

“Apa yang kita nak buat akan kita lakukan, minyak kita akan turunkan, royalti kita akan pulang dan banyak lagi kita akan lakukan,” katanya.

Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu. -TMI

[Video] Khalid Samad Sokong Tubuh S'jaya Siasat Peguam Negara

Sokong Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Dan Musa - Khalid Samad

SHAH ALAM 6 MEI : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersetuju dengan cadangan bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Khalid berkata, meskipun Gani Patail disabitkan dengan pelbagai dakwaan yang menjejaskan kreadibilitinya sebagai peguam negara, beliau masih dibenarkan betugas seperti biasa tanpa sebarang siasatan keatasnya.

"Saya sokong saranan beliau (Datuk Mat Zain Ibrahim) kerana amat pelik bagaimana peguam negara yang jelas telah terlibat dalam kes itu untuk menutup kebenaran dan fakta berhubung dengan kes itu dan masih boleh bertugas sebagai peguam negara dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan."

Semalam, Mat Zain melalui surat terbukanya menyarankan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Gani Patail dan Musa Hassan kerana menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan Malaysia.

Mat Zain dipetik sebagai berkata kesalahan keadilan awam, yang didakwa ke atas Gani Patail dan Musa Hassan “adalah terlalu besar untuk dimaafkan.”

Justeru Khalid ketika dihubungi TV Selangor berkata, penubuhan suruhanjaya ini penting agar kerajaan persekutuan dapat membersihkan imej instituisi ini dimata rakyat.

"Penubuhan RCI itu untuk menyiasat kes itu dan latarbelakang kes itu adalah amat perlu sekiranya kerajaan ingin mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pendakwaan di negara."

Khalid turut menyifatkan pemilihan jawatan peguam negara tidak boleh diambil sambil lewa dan paling penting individu itu perlu bebas serta tidak terikat dengan mana- mana parti politik yang akan mempengaruhi pendakwaan yang dibuat.

"Jawatan peguam negara adalah begitu penting, dan perlu bebas daripada pengaruh politik dan kesetiaan politik yang menebal," katanya.

Sekiranya pendakwaraya didapati bersalah seperti mana yang didakwa oleh Datuk Mat Zain, di mana telah berusaha menutup maklumat sebenar yang berlaku, maka dia mesti dipecat dan didakwa," katanya lagi.

Sebelum ini Mat Zain mendedahkan Gani Patail berperanan dalam insiden mata lebam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 12 tahun lalu.



[Video] Protes Lebih Besar Jika Tuntutan Qazaf Tidak Diindahkan

80 NGO Gesa JAWI Laksana Hukum Qazaf, Tolak Fitnah

Ratusan umat mewakili 80 badan bukan kerajaan berkumpul secara aman di Masjd Negara bagi membantah budaya fitnah yang semakin ghairah disebarkan dan tindakan pihak berkuasa Islam membelakangkan hukum Qazaf terhadap gandingan Datuk T kerana menayangkan video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kemudian berarak ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menghantar memorandum bantahan terhadap tindakan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mengambil sumpah laknat kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman itu Jumaat lalu.

80 NGO itu yang bergabung sebagai SAF Anti Fitnah turut menuntut supaya JAWI mengambil mengenakan pertuduhan qazaf terhadap Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video itu pada 21 Mac lalu untuk memaksa Anwar berundur dari politik.

Kira-kira seratus anggota polis mengawal ketat perkarangan Masjid Negara dan merampas segala sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan serta melarang mereka daripada menggunakan pembesar suara.

Sepanduk itu antara lain berbunyi "Kami tolak politik fitnah" dan "Mahasiswa tolak politik jijik."

Selain mengecam penyebaran fitnah, penunjuk perasaan juga meluahkan kemarahan terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menghebahkan fitnah itu termasuk menyiarkan rakaman video seks berkenaan berulang kali.

Penyokong-penyokong yang hadir mengoyakkan akhbar Utusan Malaysia di hadapan masjid bagi menandakan Himpunan Amarah Rakyat Malaysia. Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis.

Gabungan NGO itu kemudian berarak ke JAWI untuk menuntu supaya badan itu menguatkuasakan Jenayah Syariah Qazaf bagi menangani fitnah tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar.

Pengerusi Saf Anti Fitnah Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perbuatan fitnah bukan lagi berkisarkan politik negara semata-mata tetapi melibatkan prinsip agama Islam.

Justeru pihaknya bercadang menyampaikan memorandum kepada Raja-Raja Melayu di setiap negeri untuk menzahirkan keresahan rakyat Islam terhadap penyebaran fitnah seks yang semakin berleluasa tanpa penguatkuasaan undang-undang syariah.

"Kami akan berterusan berjumpa dengan Majlis Raja-raja Melayu bermula di negeri Kedah," kata Mohd Azmi pada Hari Amarah Rakyat hari ini.

Seterusnya SAF memberikan JAWI sebulan untuk mengangkat perundangan Qazaf bagi menangani dakwaan-dakwaan Datuk T. Jika JAWI gagal berbuat demikian, SAF akan meneruskan siri bantahan demi mempertahankan kewibawaan undang-undang syariah di Malaysia.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah Jawi(Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab oleh liwa wakil NGO berkenaan.

Selain membantah penyebaran fitnah menerusi media kawalan Umno, penunjuk perasaan juga senada dengan beberapa mufti negeri dalam mengutuk tindakan Eskay mengambil sumpah laknat yang bertentangan dengan syariat Islam.

Sehingga hari ini, Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali belum menjelaskan kenapa beliau merestui sumpah laknat Eskay itu yang diambil Masjid Amru Al-As Sentul, walaupun ia jelas di luar peruntukan hukum Syariah Islam. -tvsnews


Laksana 10 perkara atau Hari Amarah lebih besar

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf) menuntut pelbagai pihak melaksanakan 10 perkara sempena perhimpunan aman Hari Amarah Rakyat yang diadakan di Dataran Masjid Negara dan di hadapan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), di sini, hari ini.

Pengerusinya, Azmi Abdul Hamid menegaskan, pihaknya memberikan tempoh sebulan kepada pihak-pihak terbabit untuk mengambil tindakan terhadap tuntutan-tuntutan itu dan sekiranya tidak, perhimpunan kemarahan mereka akan dilanjutkan dengan perhimpunan lebih besar dari yang diadakan hari ini.

Tuntutan pertama dari pihaknya berupa tuntutan ke atas Majlis Raja-Raja Melayu agar campur tangan untuk menghentikan gejala menabur fitnah dan menghina undang-undang Islam berkaitan sumpah laknat yang dilakukan secara bertentangan dengan hukum syarak, di samping diperalatkan untuk mempertahankan tuduhan zina yang mengaibkan keperibadian seseorang.

Menurut beliau, manakala Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dituntut melaksanakan peruntukan undang-undang terhadap pelanggaran Jenayah Syariah Qazaf dalam kes tuduhan zina dan liwat yang kini sedang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, selain itu, Saf turut menuntut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan lucah yang membawa kepada penyebaran fitnah dan mencetuskan kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat.

"Pihak kami juga menuntut pihak mufti-mufti di negeri-negeri di seluruh negara menyuarakan ketegasan mereka terhadap fitnah zina dan penguatkuasaan hukum qazaf serta menegur dengan keras mereka yang terbabit dalam penyebaran dan menyemarakkan fitnah zina.

"Sementara sidang Parlimen akan datang dituntut membentangkan keperluan untuk mengkaji ketelusan dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dimandatkan untuk menjalankan pilihanraya secara bebas dan profesional," katanya.

Di samping itu, Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Operasi dan Pengurusan Polis yang ditubuh pada tahun 2008 untuk mengkaji tingkah laku badan kepolisan di negara kita yang telah menghasilkan 125 cadangan bagi pembaikan polis pula, dituntut dilaksanakan sepenuhnya melalui penubuhan sebuah suruhanjaya bebas, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (ASP/IPCMC).

"Kami juga menuntut agar imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dipulihkan segera akibat beberapa insiden yang telah mencemarkan wibawa agensi tersebut dalam melaksanakan fungsinya secara bebas, berintegriti dan profesional," tegasnya yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

Perkara-perkara lain yang turut dituntut termasuk menuntut Majlis Raja-Raja Melayu bertindak untuk mempertahankan kedudukan Islam di negara ini mengikut peruntukan perlembagaan persekutuan, bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama terjamin.

"Menerusi perhimpunan ini, kami menuntut agar agensi yang berkaitan dengan undang-undang iaitu polis, Peguam Negara, Ketua Hakim Mahkamah Sivil dan Ketua Hakim Mahkamah Syariah melaksanakan tugas merek dengan telus, berintegriti dan profesional," tegasnya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura) menegaskan, pihaknya juga turut menuntut menteri kabinet memberikan perhatian serius kepada semua suara kemarahan yang dilafazkan pada hari ini dan meneliti setiap isu yang dibangkitkan secara khusus mahupun secara umum dan mengambil tindakan sewajarnya.

Kesemua tuntutan itu dikeluarkan dengan persetujuan bersama kesemua pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut yang melibatkan parti-parti politik dan lebih 80 NGO termasuk Teras, Shura, Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama’iy), Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Menurut Azmi, memorandum yang mengandungi 10 tuntutan itu akan dihantar oleh pihak Saf dalam masa terdekat kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, Perdana Menteri, Ahli Jamaah Menteri Kabinet Malaysia, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti-Mufti Negeri.

Selain itu, memorandum itu juga akan turut dihantar kepada Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia, Semua Ahli Parlimen, Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Semua Pengerusi Ahli Lembaga dan Ketua Pengarang Akhbar Harian, Semua CEO Stesyen TV awam dan Swasta.

Perhimpunan yang turut mendapat kerjasama Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah) bagi membantah gejala politik fitnah dan lucah di tanah air itu diadakan selepas solat Jumaat, dengan disertai lebih 1,000 orang dari seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain di seluruh negara.

Selesai tuntutan itu dibacakan, beliau dengan diiringi Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Rozan, Exco Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, beberapa pemimpin lain dari PAS, PKR dan beberapa NGO, bergerak beramai-ramai menuju ke Pejabat Jawi untuk penyerahan memorandum.

Disebabkan halangan pihak polis, hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan mengiringinya untuk penyerahan memorandum yang mengandungi tuntutan itu yang diterima oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jawi, Abdul Murad Wahab bagi pihak Pengarah Jawi.

Terdahulu dari itu, beberapa orang pemimpin politik dan NGO turut berucap. Masing-masing mengutuk keras budaya politik kotor, hina, lucah dan fitnah yang sedang berleluasa di negara kita. -HD



Jururawat Rentung Selepas Selamatkan 3 Anaknya

Wanita rentung selepas selamatkan tiga anak

KUALA KRAI: Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam.

Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu.

Mayat mangsa yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui dekat pintu utama rumah berkenaan.

Namun bagi bapa mangsa, Ismail Husin, 63, yang masih terkejut dengan kejadian itu, jeritan meminta tolong anak sulungnya akan menghantuinya sepanjang hayat.

“Masih terngiang-ngiang suaranya meminta tolong ketika api marak tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya sebak.

Suami mangsa, Zamri Hamat, 38, tentera di Kem Sri Banding Grik, Perak, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapa mentuanya, kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat.

“Bapa mentua minta saya bertenang ketika memberitahu rumah saya terbakar dan isteri terperangkap di dalam rumah,” katanya yang tiba di Kuala Krai jam 5.45 petang.

Katanya, kejadian itu memberi tamparan hebat baginya sekeluarga terutama anak sulung mereka Rashidah Ilyana yang masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa ibunya.

“Anak sulung saya hanya mendiamkan diri bila ditanya kerana benar-benar terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya,” katanya. -BH


Jeritan sayu ibu sebelum rentung

KUALA KRAI - Sambutan Hari Ibu pada Ahad ini tidak bermakna buat tiga beradik apabila ibu yang disayangi rentung selepas rumah teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai di sini terbakar semalam.

Kejadian menyayat hati pukul 1.30 petang itu menyebabkan seorang jururawat, Rafidah Ismail, 36, menemui ajal dalam keadaan tragis apabila ditemui rentung dekat pintu utama rumahnya selepas gagal menyelamatkan diri sebaik dapat mengeluarkan tiga anaknya melalui tingkap.

Tiga anaknya yang terselamat ialah Rashidah Illyana Zamri, 7; Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal, 2. Mereka dapat dikeluarkan selepas Rafidah bertindak nekad memecahkan cermin sebelum membengkokkan besi tingkap lalu menyerahkan kanak-kanak itu kepada jiran yang datang membantu.

Difahamkan, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu. Mereka panik apabila api besar tiba-tiba menyambar dari arah dapur menyebabkan Rafidah gagal mencari kunci pintu jeriji.

Rafidah kemudian menjerit meminta tolong dalam keadaan api marak dan asap tebal sebelum jeritannya didengari oleh jiran.

Suami Rafidah, Zamri Ahmad, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah semasa kejadian kerana bertugas menghantar bekalan makanan di Perak. Rafidah pula bekerja di Hospital Kuala Krai di sini.

Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa memberitahu, dia terkilan kerana hanya sempat mendengar teriakan sayu anaknya meminta tolong tanpa dapat membantu.

Katanya, dia cuba berjalan laju tetapi gagal ekoran masalah kesihatan yang dialaminya dan dalam keadaan termengah-mengah dan semput, dia gagahkan juga ke rumah anaknya.

"Ketika saya sampai, saya lihat api sudah marak dan jeritan anak saya sudah tiada lagi. Namun, tiga cucu saya dapat diselamatkan.

"Memang sedih apabila mengenangkan keadaan itu apatah lagi teriakan sayu Rafidah masih terngiang-ngiang di telinga saya," ceritanya sambil menangis semalam.

Bapa saudara mangsa, Abdullah Mohamed, 58, pula berkata, daripada cerita jiran yang didengarinya, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu manakala pintu jeriji berkenaan berkunci.

"Api itu datang dari arah dapur dan terus menyambar ruang tamu. Rafidah yang panik gagal mencari kunci menyebabkan dia memecahkan cermin dan membengkok besi tingkap untuk mengeluarkan anak-anaknya," ceritanya yang tidak mengetahui bagaimana mangsa membengkokkan besi tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azhar Abdul Rahman memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 20 minit kemudian namun gagal menyelamatkan mangsa kerana api marak.

Selepas memadamkan api dan memotong besi jeriji, pasukannya menemui mayat Rafidah dalam keadaan rentung lebih 50 peratus dekat pintu tersebut.

"Pada tingkap itu terdapat kesan dipecah manakala besinya pula telah dibengkokkan dipercayai dilakukan oleh mangsa untuk mengeluarkan anak-anaknya," katanya yang memberitahu pihaknya masih menyiasat jumlah kerugian dan punca kejadian. -kosmo


Datuk T Kecut Kerana Takut Dirotan, Sebab Itu Eskay Buat Penafian Pernah Tuduh Anwar

Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Oleh Wira Arjuna

"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."


Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim.

Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong:

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,”
kata Eskay.

Sebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan.

Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada para pemberita.

Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul.

Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan bahasa Melayunya lemah?

Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri?

Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu?

Namun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat.

Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah.

Paling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam.

Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan “kerendahan moral” Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim - melakukannya juga.

Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al-Quran.

Mungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah?

Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah.


Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali.

Adakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut “dirotan” oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu?

Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina?

Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum.

Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas.

Apa yang dinantikan khalayak umum di negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah?

Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini?

Bagi pemerhati politik, apakah kegagalan Umno melaksanakan perintah Allah ini tidak akan menjejaskan lamarannya kepada PAS untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini?