3 Mei 2011

Bekas Canselor Jerman Kecam Amerika Bunuh Osama

Mantan Cancelor Jerman Helmut Schmidt di Berlin, hari ini mengecam pembunuhan pemimpin Al Qaeda oleh komando Amerika Syarikat dan mengatakan bahawa tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa.

Berbicara dengan televisyen Jerman, Schmidt–kini 93 tahun dan menjadi Canselor Jerman 1974-1982 – menyatakan, pembunuhan terhadap Osama bin Laden jelas melanggar hukum antarabangsa yang ada.

Dia memperingatkan, operasi komando AS itu boleh memberi impak global yang tak dapat diramalkan, terutama di dunia Arab yang kini sedang dilanda rusuhan besar.

Sementara itu, dari Kairo, pemimpin pusat pengajaran Muslim Sunni Mesir, Al Azhar, mengecam ”pembuangan” jenazah Osama bin Laden di laut oleh tentara Amerika Syarikat, semalam, sebagai satu penghinaan terhadap nilai-nilai agama dan kemanusiaan.

Umat Islam sangat menghormati pengkuburan di darat dan menerima pemakaman di laut hanya di dalam kes di mana mayat tidak dapat dipertahankan di atas kapal hingga kapal itu mencapai pantai.

”Imam Besar, Dr Ahmaed El-Tayeb, sheikh Al Azhar, mengecam laporan, jika benar, mengenai pembuangan jenazah Osama bin Laden ke laut itu," kata pernyataan yang dikeluarkan Al Azhar, yang dihormati di sekeliling dunia oleh banyak Muslim Sunni sebagai pusat pengajaran agama.

”Prosedur (pemakaman Bin Laden oleh AS) itu bertentangan semua nilai agama dan norma-norma kemanusiaan,” kata pernyataan tersebut.

”Imam Besar menegaskan, dilarang dalam Islam merosakkan mayat, apa pun keyakinannya. Orang menghormati mayat dengan mengkuburkannya.”

Seorang pengacara Islam terkenal Mesir juga mengecam tindakan AS itu dan menyatakan bahawa jenazah Osama bin Laden sebaiknya dimakamkan di negara asalnya, Arab Saudi, salah satu sekutu AS.

Sementara sebahagian orang senang dengan kematian Osama, terutama warga AS, beberapa pemimpin dan pengamat mengingatkan bahwa perjuangan Al Qaeda belum berakhir. -kompas


Dunia Lebih Selamat Dengan Kematian Osama - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad pada Isnin.

Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

"Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya.

Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam. "Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam." katanya.

Perdana Menteri berkata serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.

Katanya ketidakadilan tidak boleh diperjuangkan menerusi penggunaan kekerasan atau melalui perbuatan membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Katanya rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan berdasarkan pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan.

Mengulas tindakan pihak Amerika Syarikat itu, Najib berkata walaupun mengambil masa 10 tahun, pihak yang menjadi mangsa akan tetap tuntut pembalasan terhadap keganasan yang dilakukan ke atas orang awam yang menjadi mangsa pembunuhan.

Menyentuh tindakan rangkaian Al-Qaeda ke atas ancaman keselamatan negara, Najib berkata pada masa ini, tiada ada tanda-tanda yang anggota kumpulan itu berada di dalam negara.

Bagaimanapun, katanya polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengesan mana-mana kumpulan yang mahu mengancam keselamatan negara kerana simpati dengan kematian pengasas kumpulan A-Qaeda itu.

"Ini satu tamparan yang hebat kepada Al-Qaeda, ini bukan bererti mereka akan terkubur sama sekali, kita tidak boleh anggap bahawa segala-galanya sudah pun tamat.

"Tetapi jelas bahawa kumpulan itu hilang kekuatan dengan kehilangan Osama bin Laden yang merupakan sumber inspirasi kepada pergerakan itu," katanya. -BERNAMA



Nik Aziz: Pandangan dunia selamat tanpa Osama ‘kata tak cermat’

Kenyataan kononnya dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama bin Laden di tangan pasukan elit Amerika Syarikat (AS) adalah pandangan tidak cermat, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Selain itu tegas beliau, kenyataan seperti itu menampakkan diri pihak yang mengeluarkan pandangan berkenaan sebagai penyokong AS.

“Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?”
kata Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Nik Aziz tidak menyebut nama pihak berkenaan yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan AS di Pakistan dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.

“Saya harap ia (kematian Osama) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berharap kematian pengasas Al-Qaeda itu akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Beliau juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas Al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

“Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak Al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.

“Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,’’ katanya. -TMI


Ulasan GB

Sungguh memalukan apabila PM Malaysia berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden yang dibunuh oleh Amerika sedangkan pemimpin bukan Islam sendiri iaitu mantan Cancelor Jerman Helmut Schmidt di Berlin, mengecam pembunuhan pemimpin Al Qaeda oleh komando Amerika Syarikat dan mengatakan bahwa tindakan itu melanggar hukum antarabangsa.


"Pembunuh" Teoh Beng Hock Sedang Tersenyum Lebar!

Animasi saintifik tunjuk Teoh mati kerana terjun: Saksi

Seorang pensyarah hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa berdasarkan animasi saintifik yang dilakukannya, ada kemungkinan Teoh mati kerana terjun dari tempat tinggi.

Profesor Sallehuddin Muhamad dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau diminta oleh penyiasat pensendirian suruhanjaya itu, Michael Leslie Squires, untuk membuat analisis terhadap kematian Teoh dengan menggunakan animasi saintifik berkaitan pergerakan Teoh jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam.

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.

Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap
" katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.

Beliau yang juga pakar penyiasat dalam kemalangan yang membabitkan pesawat udara, berkata keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Teoh jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.

Pendapat Sallehuddin itu sama dengan empat pakar forensik patalogi yang sebelum ini memberi keterangan iaitu, Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Mohamed Noor, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim, Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Pakar Forensik Britain, Profesor Dr Peter Vanezis.

Sebelum ini idea untuk menggunakan kaedah animasi ini tercetus selepas Dr Prashant mengemukakan teori bahawa Teoh berkemungkinan mencangkung di tepi tingkap sebelum jatuh.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka".

Suruhanjaya Siasatan itu dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk TS Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh; dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom. - BERNAMA


'Tak mungkin Teoh mencangkung dan lompat'

Adalah tidak mungkin bagi Teoh Beng Hock mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar, kata laporan seorang pakar pada keterangannya kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

Dalam laporannya, Profesor Sallehuddin Muhamad, dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata kesimpulan itu adalah berdasarkan beberapa rumusannya yang melakonkan semula cara-cara kemungkinan Teoh jatuh.

Katanya, terdapat sembilan kemungkinan.

"Mencangkung di birai tingkap dan melompat keluar tidak mungkin kerana saiz tingkap yang terbuka itu. Kepala mangsa akan terhantuk panel tingkap jika beliau melompat dari kedudukan itu,” kata Sallehuddin dalam laporannya.

Sallehuddin, yang mengkhusus dalam siasatan kemalangan kapalterbang dibawa oleh penyisat persendirian yang dilantik RCI, iaitu Michael Leslie Squires selepas suruhanjaya berkenaan mengarahkan lakonan semula kemungkinan kejatuhan itu melalui animasi komputer pada Februari lalu.

Katanya, suruhanjaya tersebut melawat lokasi kejadian pada Mac lalu dengan diiringi oleh beberapa anggota Jabatan Kimia dan pegawai polis.

Tolakan ke bawah

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.

Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap" katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.

Beliau yang juga pakar penyiasat dalam kemalangan yang membabitkan pesawat udara, berkata keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Teoh jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.

Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Tingi, Tan Sri James Foong, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka. -mk


Ulasan GB

Buat masa ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja masih cuba untuk mengenalpasti cara Teoh jatuh dari bangunan tersebut.

Kedua-dua teori, samada Teoh mencangkung di birai tingkap lalu terjun, atau ditolak melintang - menurut Profesor Sallehuddin Muhamad di atas - adalah tidak mungkin.

Yang menghairankan sekalipun Prof Sallehuddin menyatakan kedua-duanya tidak mungkin berlaku, tetapi BERNAMA cepat untuk merumuskan:

Pendapat Sallehuddin itu sama dengan empat pakar forensik patalogi yang sebelum ini memberi keterangan iaitu, Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Mohamed Noor, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim, Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Pakar Forensik Britain, Profesor Dr Peter Vanezis.

Satu rumusan yang tidak tepat, dimana Prof tersebut menyatakan bahawa:

Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap"


Yang pasti, jik abenar Teoh dibunuh, maka pembunuhnya sekarang sedang tersenyum lebar mengikut perkembangan siasatan yang dilaporkan oleh Bernama ini!

Dia Dibunuh Kerana Tolak Lamaran

Wanita dibunuh kerana enggan terima lamaran

Gambar: Ratna Sufizzah Riyanti Omar,23 ditemui pada jam 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan akibat enggan berkahwin dengan teman lelakinya yang berusia 50-an di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.

ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.

Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada jam 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata kejadian dikatakan berpunca wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.

"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lalu menyerah diri di balai polis di sini kira-kira jam 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lalu.

Adzaman berkata, lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan.
Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual. - BERNAMA

225 Ahli PAS Kedah Masuk UMNO? Karut!

Pas Nafi Anggota Bahagian Kuala Kedah Keluar Parti

Gambar: Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah Nasir Mustafa (dua kanan) ketika menafikan sekumpulan 225 orang menyerahkan borang menyertai Umno bahagian Kuala Kedah semalam pada sidang akhbar di sini hari ini.

ALOR SETAR: PAS Kedah pada Isnin menafikan sekumpulan 225 orang yang menyerahkan borang menyertai Umno bahagian Kuala Kedah semalam, adalah anggota parti itu.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah Nasir Mustafa berkata PAS bercadang mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat pihak tertentu daripada mengaku sebagai anggota parti itu apabila mengisytiharkan keluar parti.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, Nasir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kubang Rotan, berkata laporan mengenai 225 anggota PAS Kuala Kedah menyerahkan borang untuk menyertai Umno bahagian Kuala Kedah itu adalah kurang tepat.

Sementara itu, Naib Ketua Umno bahagian Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Haron, ketika dihubungi Bernama berkata kumpulan tersebut adalah penyokong PAS dan sebahagian daripadanya merupakan anggota PAS berdaftar.

"Kita turut menyelidik mereka yang memohon menyertai Umno, bukan menerima dan membuat kenyataan tanpa usul periksa," katanya.

Pada Ahad, 225 anggota PAS Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Umno.

Ahmad Marzuki, Ketua PAS cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Datuk Latt Shariman Abdullah. -Bernama

Seorang Terbunuh Motorsikal Bertembung Motorsikal

Khabar duka di tanah kubur

KOTA BHARU: Belum sempat meratap kematian bapa saudaranya, seorang bapa menghadapi dugaan kedua apabila terpaksa menerima hakikat kematian anak ketiganya yang maut dalam kemalangan dekat Pintu Geng di sini, petang semalam.

Gambar: ORANG ramai membantu menutup mayat mangsa, Mohd Fairu Haziman Abd Aziz, 26, yang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain ketika kedua-dua mangsa cuba memotong sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu. Foto: Syamsi Suhaimi

Abdul Aziz Che Ahmad, 53, yang kehilangan bapa saudaranya pagi semalam, dikejutkan dengan berita buruk kemalangan motosikal membabitkan anaknya, Mohd Fairu Haziman Abd Aziz, 26, kira-kira jam 3.50 petang.

Katanya, ketika kejadian, dia masih berada di Tanah Perkuburan Pintu Geng bagi menguruskan jenazah bapa saudaranya.

“Saya tidak sedar pun dia keluar rumah kerana sibuk menguruskan kematian bapa saudara pagi tadi (semalam). Tiba-tiba seorang adiknya, Mohd Fairul Anuar, 25, yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak abangnya terbabit kemalangan.

“Dia segera menghubungi saya sebelum bergegas ke tempat kejadian. Namun, sebaik sampai saya terkilan dia sudah meninggal dunia
,” katanya.

Menurutnya, anak ketiga daripada enam beradik itu yang bekerja sebagai pembantu gerai di Pasar Borong Wakaf Che Yeh adalah seorang yang pendiam. -hm

Timbalan Presiden PAS: Nasharuddin Lawan Mat Sabu

Mat Sabu dahului pencalonan no 2 PAS'

Penyokong Mohamad Sabu mendakwa bekas naib presiden PAS itu setakat kelmarin mendapat 60 pencalonan kawasan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok pula setakat ini memperolehi 33 pencalonan.

Menurut sumber, keputusan itu diperolehi dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah mengadakan mesyuarat bagi memilih calon berkenaan.

Sumber turut memberitahu tiga lagi pemimpin PAS turut mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua itu.

Mereka adalah naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meraih 13 pencalonan dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendapat tiga pencalonan.

Seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - memperolehi satu pencalonan.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

Bagaimanapun usaha Malaysiakini untuk mendapat jumlah pencalonan yang pemimpin PAS yang lain itu masih belum berhasil.

Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharuddin menawarkan diri untuk bersaing merebut jawatan timbalan presiden.

Pada pemilihan 2009, kedua-dua tokoh itu bertembung dalam persaingan tiga penjuru yang menyaksikan Nasharuddin terus mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat 480 undi.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 281 undi, manakala Mohamad sekadar meraih 261 undi.

Ibu pejabat parti menetapkan pemilihan dan muktamar PAS akan berlangsung pada selama tiga hari bermula 3 Jun ini di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Sebelum itu, muktamar bagi sayap-sayap parti - Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama - turut akan mengadakan pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan mereka masing-masing dua hari sebelum itu. -mk


Nasharudin mahu pertahan kerusi timbalan presiden PAS

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini.

Nasharudin berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.

“Insya-Allah saya akan pertahankan kerusi timbalan presiden kerana PAS kawasan mencalonkan saya untuk kerusi berkenaan.

“Tambahan pula mereka telah mencalonkan saya, lagipun kita mengamalkan demokrasi dalam parti, malah perlembagaan parti menyebut seseorang itu layak untuk dicalonkan dan mencalonkan seseorang itu bertanding,” katanya yang menyandang jawatan itu sejak dua penggal lalu.

Dipetik Harakah edisi terbaru, Ahli Parlimen Bachok ini menambah beliau mahu mempertahankan jawatan itu bagi meneruskan agenda persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Saya mempertahankannya atas semangat untuk meneruskan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan juga seluruh pimpinan serta seluruh ahli PAS,” katanya.

Menegaskan PAS bukan milik individu, beliau berkata, matlamat untuk menggerakan parti bukan milik individu sebaliknya ia perlu bergerak secara kolektif untuk membuat perubahan.

“Jika tidak matlamat yang hendak dicapai akan gagal, atas semangat itu parti boleh membuat perubahan dalam negara dan menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang releven dalam konteks politik di Malaysia,” katanya.

Tambah Nasharudin, beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan itu walaupun berhadapan dengan pertandingan satu lawan satu dengan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu.

Mohamad sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti.

“Saya memang terbuka untuk dilawan, malah pada kali pertama dan kedua berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Dalam PAS ini apabila ada pertandingan, Alhamdulillah kerana kita bukannya berlawan dengan Umno, setiap kali pertandingan ada lawannya, masa pertandingan kali pertama Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama) dan Allahyarham Hassan Shukri dan kali kedua Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa,” kata Nasharudin.

Kata beliau, sekiranya terpilih sekali lagi bagi jawatan itu beliau akan meneruskan agenda parti bersama Hadi.

“Fokus paling utama ialah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

“Semua ahli perlu memberikan tumpuan kepada perkara ini,” katanya. -TMI


Ulasan GB

Sikap GB terbuka.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, sesiapa juga boleh menawarkan diri untuk bertanding.

Tetapi apa yang GB harapkan selepas menang, laksanakan amanah yang diberikan "sehabis baik" untuk parti.

Jangan jadi seperti muktamar yang lalu, ramai tawar diri untuk Timbalan Presiden, tetapi bila menang, termagu-magu, tak tahu nak tunaikan amanah. Kosong dari awal hingga akhir. Tiada sebarang kemajuan yang dilakukan untuk parti malah menghancurkan. PAS tewas di dalam hampir semua pilihanraya kecil "selepas" muktamar tersebut kecuali Manek Urai, itupun dengan majoriti yang menurun.

Sebab apa? Semua sudah tahu. Tak payah GB nak ungkit di sini. Tapi yang nyata gagasan UG itu menghancurkan parti.

Maaf jika ada pihak yang terasa, sekalipun sebenarnya sikap apologetik tidak diperlukan.


Logi Gebeng: Kesihatan Rakyat Malaysia Diperjudikan Dengan Nilai RM50 Juta

EELB: Lynas ‘didenda’ RM50 juta bagi setiap bencana radiasi

Sementara panel antarabangsa sedang meneliti aspek kesihatan dan keselamatan, Lynas Corporation akan dipertanggungjawabkan dengan syarat ‘denda’ sehingga RM50 juta bagi setiap bencana jika loji pemprosesan nadir bumi mereka di Gebeng menyebabkan kebocoran radiasi.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berkata syarikat Australia itu juga perlu menamakan individu yang perlu bertanggungjawab bagi sebarang kejadian tidak diingini sebelum ia boleh dibenar beroperasi di zon industri Gebeng dekat Kuantan, dijangka akhir tahun ini.

“Dalam undang-undang, entiti yang diberi lesen perlu menamakan seseorang yang bertanggungjawab bagi lesen dan ia akan bertanggungjawab sehingga RM50 juta bagi setiap insiden,” kata Ketua Pengarahnya Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider.

Katanya, ia selaras dengan Seksyen 59(1) Akta Pelesenan Tenaga Atom.

Pada 22 April lalu, Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang nadir bumi di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif.

Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu, yang ditubuhkan susulan maklum balas daripada orang ramai.

Mustapa berkata sehingga kajian itu selesai, dan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh AELB.

Syarikat itu juga tidak dibenarkan untuk mengimport bahan mentah dari Australia sementara kerajaan membuat keputusan terhadap hasil kajian itu.

“Mereka membuat keputusan (untuk melabur RM700 juta) sebab mereka percaya bahawa mereka boleh memenuhi syarat-syarat yang ketat,” kata Raja Aziz.

Kata beliau, syarikat itu perlu membuat pradeklarasi dan mematuhi paras torium . — elemen radioaktif yang ditemui di kesemua simpanan nadir bumi dan uranium di kedua-dua bahan mentah dan sisa buangan.

Raja Aziz menambah, Lynas belum memenuhi keperluan permohonan bagi mendapatkan lesen praoperasi yang akan menyediakan tempoh selama tiga tahun bagi AELB untuk memantau dan mengesahkan sama ada keseluruhan proses pemprosesan adalah selari dengan perancangan pradeklarasi.

“Lynas ada menghantar kepada saya permohonan. Tetapi jika anda menghantar satu surat tanpa dokumentasi, ia bukan permohonan. Kami sudah melihatnya dan ia tidak lengkap,” kata beliau. -TMI


Lynas@Gebeng : Dedahkan segala maklumat loji Lynas, kata bekas pakar geologi

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Kedua-dua kerajaan Australia dan Lynas Corporation digesa tampil menjawab banyak soalan yang masih belum dijawab berhubung loji pemprosesan nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng dekat Kuantan, kata seorang bekas pakar geologi kanan kerajaan.

Bekas pegawai Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia (GSM) itu juga berkata, ketiadaan ketelusan bermakna sukar bagi pihak ketiga dengan kepakaran teknikal untuk menawarkan pandangan mengenai kemungkinan bahaya alam sekitar ekoran kerja-kerja pemprosesan itu.

“Ada banyak soalan tanpa jawapan,” kata Wong Yew Choong kepada The Malaysian Insider semalam.

Wong berkata beliau telah menjalankan siasatan mengenai radiasi kepada GSM, yang kini sebahagian daripada Jabatan Mineral dan Geosains lewat 1980-an bagi loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.

Loji itu kemudian ditutup pada 1992 ekoran protes awam.

Hampir dua dekad kemudian loji itu yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia di kalangan penduduk tempatan masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan yang menelan kos RM303 juta.

Lynas berharap untuk memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini, untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran nadir bumi.

Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.

Bagaimanapun di sebalik krisis nuklear di Jepun ekoran bencana berganda baru-baru ini, laporan New York Times mengenai operasi itu awal bulan ini menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan polemik baru mengenai isu tersebut.

Sehubungan itu, Wong berkata, seolah-olah kelihatan sebagai “rahsia kerajaan tidak membolehkan rakyat mengetahui butiran projek yang sedang dibangunkan itu.”

“Rakyat seharusnya boleh memperoleh pandangan pihak ketiga, bukan daripada kerajaan ataupun Lynas, mengenai kesemua aspek,” kata beliau.

Lynas berulang kali menegaskan, logam nadir bumi yang akan diproses di Gebeng hanya mempunyai dua peratus elemen radioaktif, torium yang wujud dalam bahan mentah digunakan di Bukit Merah.

Bagaimanapun, Wong berkata menurut tulisan akhbar Amerika Syarikat itu loji tersebut akan memproses 10 kali ganda nadir bumi dan boleh menyebabkan jumlah sisa pembuangan radioaktif dalam jumlah yang banyak.

“Sementara saya ragu-ragu dengan respons bahawa bahan mentah hanya akan mempunyai 0.16 peratus kandungan torium, ia masih satu kadar yang besar jika mereka hendak memproses beratus tan bahan mentah,” katanya lagi.

Malah kata beliau, bahaya radiasi akan terus mengalami pertumbuhan daripada himpunan sisa buangan dan juga debu yang dilepaskan ketika pemprosesan.
Pakar alam sekitar dan penduduk di Kuantan menuntut butiran operasi loji itu daripada Lynas dan pihak berkuasa tempatan.


Ulasan GB

Demikianlah, RM50 juta sahaja "nilai" seluruh rakyat negara ini apabila itulah denda yang dikenakan bagi setiap bencana jika loji pemprosesan nadir bumi mereka di Gebeng menyebabkan kebocoran radiasi sedangkan syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.

Ia seperti sesuatu syarat mudah yang sengaja dikenakan ke atas Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk diberikan lesen sebelum ia boleh dibenar beroperasi di zon industri Gebeng dekat Kuantan, dijangka akhir tahun ini.

Ia amat bertentangan dengan apa yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia sendiri bahawa tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh AELB sebelum kajian oleh panel lima hingga tujuh pakar antarabangsa selesai.

Penipuan ke atas rakyat Malaysia dilakukan terang-terangan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan rakyat Malaysia bakal menanggung risiko terhadap sebarang salah-tindakan oleh AELB.



Kes Pengawal Istana Kelantan Ditembak: Inkues Buang Masa, Pembunuhnya Terlepas.

Inkues gagal cari penembak Ramli

TUMPAT - Mahkamah Koroner di sini semalam memutuskan kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad pada 1 Mei 2010 sebagai penghakiman terbuka kerana tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.

Semasa membaca keputusan itu, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat berkata, keterangan yang diperolehi sepanjang inkues bermula pada 10 Januari lepas tidak dapat menentukan siapa pelaku sehingga menyebabkan kematian mangsa.

"Sepanjang inkues dijalankan, tidak ada keterangan daripada saksi-saksi yang melihat kejadian tembak berlaku dan tidak ada bukti yang menunjukkan siapa pelakunya sehingga menyebabkan kematian mangsa.

"Berdasarkan keterangan saksi dan pemerhatian, saya mendapati kes inkues ini adalah satu kes penghakiman terbuka di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan," kata beliau. -kosmo


Keluarga pengawal istana terkilan keputusan inkues

TUMPAT: “Kami sekeluarga sedikit terkilan dengan keputusan ini. Selepas hampir setahun penantian, keputusan masih tidak memihak kepada keluarga kami. Harapan kami semoga ada saksi tampil selain kes dapat diteruskan,” kata Muhammad Faris Ramli, 20.

Muhammad Faris berkata demikian sejurus dia bersama ibunya, Maznah Mustapa, 51, dan kakaknya, Nurain Balkis Ramli, 24, selesai mendengar keputusan kematian bapanya, Ramli Mohd, yang ditembak dalam kejadian di Palekbang, dekat sini, pada awal pagi 1 Mei tahun lalu.

Koroner Raja Norshuziana Shakila Raja Mamat dalam keputusannya semalam, memutuskan inkues kematian pengawal istana terbabit sebagai ‘open verdict’ atau keputusan terbuka berikutan keterangan yang ada tidak mencukupi untuk merekodkan keputusan lain.

“Sepanjang inkues, tiada keterangan daripada saksi yang melihat kejadian tembak berlaku dan tiada saksi yang boleh menentukan siapa pelakunya sehingga menyebabkan kematian mangsa.

“Dengan ini saya dapati kes inkues ini adalah ‘open verdict’ yang berlaku apabila keterangan tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap dikehendaki untuk merekodkan keputusan lain,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan saksi inkues dan pemerhatiannya, Allahyarham Ramli Mohd meninggal dunia pada jam 3.25 pagi di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), 19 Mei tahun lalu. -hm



Ulasan GB

Rakyat menjadi hairan sudah tiga inkues membuat keputusan yang hampir serupa - tidak menemui "pembunuh sebenar" kepada mangsa.

1) Inkues kematian Gunasegaran di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan "keputusan terbuka" berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.

2) Inkues kematian Teoh Beng Hock di mana koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan bahawa kes inkues itu juga adalah satu kes “keputusan terbuka” dengan beralasan yang serupa di atas: keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.

3) Kini, inkues kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat juga memberikan "keputusan terbuka" kerana dikatakan tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.

Apa cerita ni? Buang masa, buang wang negara dengan pewujudan inkues.

Hakim-hakim seperti "takut" untuk menetapkan hukuman dan seperti mahu melindungi pihak tertentu kerana ketiga-tiga kes di atas melibatkan pihak polis.

Jika demikianlah keadaannya, rakyat wajar persoalkan peranan Istana Keadilan (Palace of Justice), peranan hakim-hakim dan peranan institusi kehakiman negara yang sepatunya menjadi payung kebenaran dan keadilan tetapi kini musnah akibat dari sikap para hakim yang tidak bertaggungjawab.

Jenazah "Osama" Dicampak Ke Laut, Tidak Ikut Peraturan Islam

Kaherah: Islam menentang keras mayat Osama disemadikan di laut, demikian kenyataan seorang jurucakap Universiti Al-Azhar, di sini semalam selepas pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama.

“Jika benar jenazah itu dicampakkan ke laut, maka Islam menentangnya sama sekali,” kata Mahmud Azab, penasihat kepada Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb, memberitahu AFP.

“Jenazah siapa pun, jika ia dimilik oleh seseornag yang terbunuh atau mati kerana benncana alam, hendaklah dihormati. Batang tubuh orang beriman atau tidak beriman, Islam atau Kristian, mesti dihormati,” tambahnya.

Universiti Al-Azhar adalah pusat pembelajran yang amat berprstitij di kalangan dunia Islam Sunnah.

Seorang pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama telah disemadikan di laut tanpa mengulas lanjut.

“Kami ingin mengelakkan situasi di mana makam itu akan dijadikan seperti keramat,” kata seorang pegawai AS kepada AFP, dan menambah sekarang tiada masa untuk berunding dengan lain-lain negara untuk mengaturkan pengkebumian yang wajar.

Sebelum itu, seorang pegawai pentadbiran AS berkata, jenazah ketua Al-Qaeda berusia 54 tahun itu dikebumikan menurut syariat Islam.

"Kami memastikan bahawa ia (jenazah Osama) dikendalikan menurut amalan dan tradisi agama Islam," kata pegawai berkenaan.

Ulasan GB

Meskipun Amerika berjanji untuk mengkebumikan jenzah Osama mengikut amalan dan tradisi Islam, ternyata mereka penipu.

Mereka mengambil keputusan untuk mencampakkan jenazah ke laut, yang menurut ulamak Universiti Al-Azhar bukan merupakan peraturan dan amalan Islam.

Masyarakat semakin mempertikaikan benarkah Osama dibunuh? Apakah mencampakkan mayatnya ke laut adalah usaha untuk menutup terus cerita Osama supaya dia tidak lagi boleh dicari dan dikaji untuk menentukan kesahihan dan kebenaran bahawa itu adalah Osama?

Sedangkan gambar yang dikatakan Osama ditembak itu adalah sebenarnya sekeping gambar palsu?



-AFP

Isterinya Dilarikan Mat Indon?

Suami terima SMS minta lupakan Roslina

Kuala Lumpur: Suami seorang kakitangan bank, Roslina Awang Kechik yang dilaporkan hilang dipercayai diculik sejak 22 April lalu menerima empat khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan nombor telefon talian dari Indonesia.

SMS itu dihantar seorang lelaki menggunakan nama Adi Satano pada jam 4.04 petang, 4.16 petang, 4.27 petang dan 4.33 petang semalam.

Dalam salah satu SMS itu, Adi meminta Sabri Man supaya melupakan isterinya kerana wanita itu dikatakan sudah tidak mahu bersamanya lagi dan mereka juga sudah berkahwin.

Kiriman ringkas lain yang dihantar juga mengatakan Roslina berada di Medan, Indonesia dan meminta Sabri untuk ke sana sekiranya ingin menemuinya.

“Saya cukup kenal dengan dia (Roslina), sudah 10 tahun kami bersama, dia seorang isteri yang baik dan taat. Mustahil dia akan buat begitu kepada saya dan anak-anak.

“Saya menganggap ini bukan keinginan isteri saya, dia mungkin telah diugut oleh seseorang yang mempunyai perancangan tersendiri,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Dalam SMS lain yang diterima, Roslinda juga meminta Sabri mengirimkannya sedikit wang untuk menghubungi anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kehilangan Roslina.

“Polis masih menyiasat mangsa mengikut siasatan kes orang hilang, di samping turut melihat kejadian dari sudut jenayah.

“Bukti yang diberikan kepada polis tidak cukup untuk diklasifikasikan sebagai kes penculikan,” katanya.


Gambar Osama Yang Terkorban Adalah Palsu

Wajah Osama bin Laden yang terbunuh berlumuran darah tersiar luas di internet dan diterbitkan oleh Agence France-Presse. Televisyen Pakistan menyebutkan, foto tersebut belum disahkan secara rasmi kebenarannya.

Agence France-Presse (AFP) menyebutkan, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar paling mungkin merupakan pengklonan dan ditampalkan pada gambar tubuh yang bukan milik Bin Laden. Kesimpulan sementara, kemungkinan besar foto Bin Laden yang terkorban (kiri) adalah palsu.

Bandingkan dengan foto Bin Laden (kanan) semasa hidup yang bahagian janggut dan bibirnya sangat sama.



Bin Laden terkorban dalam operasi perisikan di pinggiran bandar Abbottabad, 50 km (30 batu) di barat laut ibu kota Pakistan, Islamabad, Isnin (2/5/2011). Kematian Bin Laden rasmi diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam sebuah pidato yang dilukiskan dramatik.

Berkaitan operasi ketenteraan yang menewaskan Bin Laden itu, sumber tentera AS mendedahkan, Bin Laden terkejut oleh serangan pasukan kecil Navy SEAL yang mendarat di halaman kompleks tempat ia bersembunyi. Dikatakan, Bin Laden sempat ditawarkan untuk menyerah, tetapi ia menolak dan kemudian terjadi serangan tembak. Tiga penyokong Bin Laden, termasuk anak lelakinya sendiri, ikut terkorban bersama seorang wanita yang cuba bertindak sebagai perisai manusia dalam serangan tembak tersebut.

Rakyat AS bersukacita

Rakyat AS melimpah ruah ke jalan dan bersukacita atas kematian Bin Laden. Beribu-ribu orang berkumpul di depan Rumah Putih di Washington DC dan di Times Square. Bendera AS berkibar di tengah jeritan kemenangan dan lagu kebangsaan.

Rakyat AS juga berkerumun dan bersorak-sorai di Ground Zero, lokasi menara kembar World Trade Center pernah berdiri. Seorang bekas pegawai pemadam kebakaran New York, yang terpaksa bersara kerana menderita penyakit paru-paru akibat pendedahan debu di Ground Zero ketika serangan yang meruntuhkan menara kembar itu berlaku, berkata, dia hadir di Ground Zero to 343 petugas pemadam kebakaran yang meninggal dalam serangan itu tahu bahawa "mereka tidak mati sia-sia".

"Ini sebuah perang dan saya merasa kami menang," katanya. "Saya ke sini untuk memberi tahu mereka bahawa keadilan telah ditegakkan."

Namun, kematian Bin Laden akan menempatkan Timur Tengah dalam siap sedia tinggi atas kemungkinan serangan balasan. AS pun telah mengeluarkan amaran perjalanan global bagi warganya untuk berhati-hati dan waspada. -kompas


Gambar mayat Osama didakwa palsu

WAJAH mayat Osama bin Laden yang tersiar di Internet dan digunakan oleh beberapa akhbar dan stesen televisyen dikhuatiri palsu.

JAKARTA – Wajah mayat ketua kumpulan Al-Qaeda yang berlumuran darah yang tersebar meluas di Internet dan dan disiarkan oleh agensi berita Associated French Press (AFP), lapor akhbar Kompas semalam.

Stesen televisyen Pakistan menyatakan, kesahihan foto berkenaan masih belum dapat disahkan secara rasmi.

AFP memberitahu, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar berkemungkinan besar tidak asli dan dibuat dengan menggunakan teknik pertindihan gambar.

Menurut AFP, terdapat kemungkinan foto mayat Osama (kanan) itu adalah palsu.

Tambah agensi berita berkenaan, kesahihan gambar mayat Osama dipertikaikan kerana raut muka dan janggut pada mayat Osama amat mirip semasa dia masih hidup.

AFP tidak menyatakan sumber gambar mayat itu diambil. – AFP


Pelajar UITM Dungun Murtad kembali Kepada Islam

Penuntut murtad kembali Islam

Seorang pelajar Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, bahawa dia sudah insaf dan kini kembali memeluk Islam.

Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuatkuasa hari ini.

Mohd Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Abu Bakar turut membatalkan perintah menempatkan Mohd Fariz Ilham di Pusat Bimbingan Akidah Kuala Kubu Baharu di Selangor selepas berpuas hati dia mampu membaca al-Fatihah dengan baik, selain mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar.

Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selepas mengaku keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.

Mahkamah Tinggi Syariah kemudian mengarahkan dia ditahan reman selama seminggu selepas menerima permohonan bagi mendapatkan perintah tegahan percubaan keluar dari Islam.

Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Dis 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara. - Bernama