3 Mei 2011

225 Ahli PAS Kedah Masuk UMNO? Karut!

Pas Nafi Anggota Bahagian Kuala Kedah Keluar Parti

Gambar: Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah Nasir Mustafa (dua kanan) ketika menafikan sekumpulan 225 orang menyerahkan borang menyertai Umno bahagian Kuala Kedah semalam pada sidang akhbar di sini hari ini.

ALOR SETAR: PAS Kedah pada Isnin menafikan sekumpulan 225 orang yang menyerahkan borang menyertai Umno bahagian Kuala Kedah semalam, adalah anggota parti itu.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah Nasir Mustafa berkata PAS bercadang mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat pihak tertentu daripada mengaku sebagai anggota parti itu apabila mengisytiharkan keluar parti.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, Nasir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kubang Rotan, berkata laporan mengenai 225 anggota PAS Kuala Kedah menyerahkan borang untuk menyertai Umno bahagian Kuala Kedah itu adalah kurang tepat.

Sementara itu, Naib Ketua Umno bahagian Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Haron, ketika dihubungi Bernama berkata kumpulan tersebut adalah penyokong PAS dan sebahagian daripadanya merupakan anggota PAS berdaftar.

"Kita turut menyelidik mereka yang memohon menyertai Umno, bukan menerima dan membuat kenyataan tanpa usul periksa," katanya.

Pada Ahad, 225 anggota PAS Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Umno.

Ahmad Marzuki, Ketua PAS cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Datuk Latt Shariman Abdullah. -Bernama

3 ulasan:

  1. Memang Karut, buat apa nak masuk UMNO??Kan lebih baik masuk DAP terus...kalau mati nanti depa mai ramai ramai tolong mandi dan kapankan...Kalau join PKR pun lagi baik dapat tengok video free..

    BalasPadam
  2. mungkin 225 juta orang?

    BalasPadam
  3. Salam bro GB..

    Hari hari orang keluaq Pas,kalu di Kelantan laa ni tinggai TGNA saja.

    di Kedah sampai ada cawangan Umno tak boleh buat mesyuarat agong pasai tak cukup korum depa tak mau habaq pulak.

    Wassalam

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.