19 Mac 2011

Jepun Kesan Radioaktif Dalam Susu, Bayam

Osaka – Pihak berkuasa Jepun mengesan tahap luar biasa radioaktif dalam susu dan bayam di kawasan berhampiran loji nuklear yang terjejas tetapi menyatakan bahan makanan berkenaan tidak memberi ancaman segera kepada manusia.

Menurut Setiausaha Kabinet Yukio Edano, susu yang tercemar tersebut ditemukan di Fukushima, dimana loji reaktor berada. Sementara bayam yang terkena radiasi terdapat di wilayah Ibaraki.

“Radiasi yang dikesani telah melebihi batas yang ditetapkan di bawah undang-undang Jepun,” ujar Edano seperti dikutip AFP, hari ini.

Edano mengatakan, Kementerian Kesehatan telah memerintahkan pihak bertanggungjawab di kedua wilayah tersebut untuk melakukan siasatan dari mana produk tersebut berasal, bagaimana produk tersebut dibahagikan, dan berdasarkan hasil temuan, penjualan produk tersebut perlu dihentikan.

Edano meminta para pengguna untuk tetap tenang. Dia mencatat walaupun pengguna terlanjur meminum susu yang tercemar, tingkat radiasinya akan sebanding dengan satu kali CT scan.



ADUN Pembangkang Kesal Tidak Dibenarkan Berucap

Nusajaya – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr Boo Cheng Hau merangkap Presiden DAP Johor meminta Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Mohd Ali Hassan dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menyiasat dalam proses penyerahan ucapan penangguhan.

Menurutnya, kemungkinan berlaku penyelewengan di Pejabat Jurutulis sewaktu penghantaran ucapan penangguhan kerana tiada seorang daripada parti pembangkang diberikan peluang untuk berucap.

“Pihak kami rasa kecewa apabila terdapat kekurangan konsistensi bilangan ucapan daripada pihak kami sewaktu sesi penangguhan dewan yang dijalankan bagi Mesyuarat Persidangan Penggal ketiga dewan ke-12.

“Keadaan tersebut seolah-olah membiarkan pihak pembangkang terpinggir dengan secara sengaja dan ditolak hak walaupun isu yang mahu dibangkitkan melibatkan kebajikan rakyat,” katanya sewaktu menemui media, semalam.

Terdahulu, Cheng Hau berkata, pada 11 Mac lalu kira-kira jam 11.23 pagi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), pihaknya telah dimaklumkan Pejabat Jurutulis terdapat enam ahli undangan yang menghantar ucapan tangguhan termasuk tiga daripada DAP.

“Jumlah tersebut melebihi kuota yang ditetapkan iaitu lima orang seperti yang termaktub dalam Peratusan Tetap Fasal 119(4) untuk memberikan ucapan penangguhan tanpa dipilih melalui undi.

“Ini bermakna, sekurang-kurangnya dua orang ahli DAP akan dapat berucap pada sidang DUN semalam, namun pada jam 2.13 petang saya dimaklumkan, ada lapan orang ahli dewan yang menyerahkan ucapan tangguhan,” katanya.

Menurutnya, jumlah yang meningkat itu disebabkan terdapat peningkatan bilangan ahli dari Barisan Nasional (BN) dan keadaan itu membuatkan ahli pembangkang tidak terpilih memberikan ucapan tangguhan.

Cheng Hau berharap, isu itu diberikan perhatian dan disiasat sewajarnya dalam mempertahankan sistem demokrasi di negeri Johor. -SH

Seorang Warga Tua Dibunuh Dan Dibiarkan Rentung Dijilat Api

Ipoh: Seorang warga tua dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibiarkan dijilat api dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mangsa di Ampang Baru, di sini, semalam.

Mayat Ho Choong Fah, 84, yang turut mempunyai kesan kelar di leher, ditemui di atas katilnya jam 1.50 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata mayat mangsa ditemui selepas sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyela-mat Ipoh membuat pemeriksaan dan memadam kebakaran di rumah itu sebaik mendapat laporan jam 12 tengah malam.

“Sebaik kebakaran dipadamkan, anggota bomba menemui satu mayat di atas katil dengan kesan terbakar. Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan kelar pada leher mangsa,” katanya selepas menghadiri majlis suai kenal bersama Persatuan Peniaga dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Mes Pegawai Kanan Polis di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh berdasarkan kesan kelar di leher yang menggunakan senjata tajam dipercayai pisau sebelum suspek membakar rumah mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan tinggal sendirian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. -BH

UMNO Tersepit Lidah Pula Bercabang

Keputusan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO dengan lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam yang didakwa akan tercemar jika kalimah suci itu turut digunakan oleh masyarakat bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Hasutan dan adu domba yang mereka lakukan hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Beberapa gereja diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran. Beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan. Kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid; semuanya dikatakan akibat rasa tak puas hati isu penggunaan kalimah Allah.

Hari ini, demi pilihan raya Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan depan tiba-tiba UMNO-BN membuat satu kejutan hingga pimpinan UMNO di peringkat akar umbi tercengang-cengang. Tidak kurang juga pakcik makcik di kampung yang ternganga kehairanan. Mana mungkin UMNO yang begitu garang mempertahankan kalimah Allah dari turut diguna agama lain tiba-tiba meloloskan pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Apakah sebenarnya pendirian UMNO? Berbagai persoalan timbul akibat keputusan cepu emas di ambang pilihan raya Sarawak ini.

Jawapan saya mudah. UMNO terdesak. Dalam keadaan terdesak manusia golongan ini akan tega menggadaikan apa sahaja walau maruah dan jati diri. Inikan pula satu pandangan dangkal yang hanya bermatlamatkan politik seperti penggunaan kalimah Allah secara eksklusif.

Justeru, kita tidak hairan apabila melihat sikap flip-flop pemimpin UMNO ini. Jelas menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi pilihan raya dan bukannya atas dasar dan kepercayaan tulus.

Ke mana hilangnya pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO yang sebelum ini begitu lancang membantah penggunaan kalimah ALLAH? Mengapa mereka tidak pula bangkit menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membenarkan kitab itu diedarkan di negara ini? GAPS dan PERKASA turut tersentap umpama tertelan biji salak.

Hari ini rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam sekali lagi dapat menilai wajah sebenar pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan diri dan politik; bukannya memperjuangkan hak rakyat secara keseluruhannya. Sebaliknya, pemimpin PAS dan KEADILAN telah menyatakan pendirian yang hampir sama dengan isu penggunaan kalimah ALLAH.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

Jumlah Mangsa Korban Dan Hilang Tsunami Jepun Cecah 18 Ribu Orang

Tokyo - Jumlah orang yang disahkan terkorban atau tercatat sebagai orang hilang oleh pihak Polis Nasional Jepang mencapai 18,000 hari ini, lapan hari setelah gempa dahsyat dan hentaman tsunami di negara berkenaan.

Gambar: DUA warga Jepun ini memeriksa senarai nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi yang ditampal pada papan kenyataan di Dewan Majlis Perbandaran Natori sebagai usaha mencari ahli keluarga yang hilang dalam kejadian gempa bumi dan tsunami, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis

Ada kekhuwatiran angka jumlah korban jauh lebih tinggi dari bencana yang menyapu daerah permukiman yang luas sepanjang pantai Pasifik utara pulau Honshu itu.

Pihak Polis Nasional Jepun mengatakan, 7,197 orang telah sahkan terkorban dan 10,905 rasmi terdaftar sebagai hilang - jumlahnya 18,102 - hingga pukul 09.00 waktu tempatan hari Sabtu, sebagai akibat dari bencana 11 Mac itu.

Harapan untuk menemukan lebih banyak korban di tengah puing-puing telah berkurang di tengah musim dingin yang melanda timur laut Jepun, meliputi sebahagian besar wilayah bencana dengan salji pada awal minggu ini.

Mangsa korban telah melampaui angka korban gempa 7.2 SR yang melanda kota pelabuhan Jepun barat Kobe pada tahun 1995, yang menewaskan 6,434 orang. Gempa 11 Mac adalah bencana alam paling buruk Jepun saat ini sejak gempa bumi besar Kanto pada 1923, yang mengorbankan lebih dari 142 ribu orang.

Angka-angka terbaru polis untuk orang hilang itu tidak mencakupi laporan tempatan dari sepanjang pantai yang terkena tsunami terbesar yang sebahagian besar orang belum ditemui.

[Bergambar & Video] Ajaib! Selamat Setelah 8 Hari Tertimbus

Lelaki Jepun ditemui selamat selepas 8 hari gempa, tsunami

TOKYO: Seorang lelaki dikeluarkan dari runtuhan bangunan selepas lapan hari gempa bumi kuat dan tsunami melanda Jepun.

Lelaki berusia 20an itu dalam keadaan terkejut dan tidak dapat bercakap apabila ditemui di Kesennuma, Miyagi, satu daripada wilayah yang teruk dilanda gempa bumi bermagnitud 9.0 itu.

Mangsa ditemui sehari selepas pihak berkuasa berkata mereka menamatkan fasa operasi selepas gempa bumi dan akan memberi tumpuan kepada pembersihan runtuhan.

Tidak diketahui bagaimana lelaki terbabit dapat terus hidup di kawasan yang mengalami penurunan suhu sehingga di bawah paras beku semalam.

Kira-kira 7,000 orang sudah disahkan terbunuh manakala 10,700 yang lain dilaporkan hilang dalam bencana itu. - Reuters





Dua Beradik Mati Saling Berpelukan Dalam Kebakaran

Kuching: Dua beradik ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan saling berpelukan, selepas bilik utama di tingkat dua kediaman mereka di Pangsapuri Tabuan Park dekat sini, musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Dua beradik terbabit, Natasja Harun, 6, serta adiknya, Mohd Nurrzwan Syah, 5, dipercayai lemas akibat terhidu asap, ditemui di belakang pintu bilik ibu bapa mereka oleh anggota bomba dan penyelamat, sebaik berjaya memadam kebakaran kira-kira jam 7 malam.

Ketika kejadian, dua beradik malang itu berada di rumah ketika bapa mereka berusia 28 tahun keluar bekerja, sementara ibunya berusia 20-an keluar membeli barang tidak jauh dari kediaman mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Ismail Awang Adin berkata, ketika operasi menyelamat, pihaknya menemui dua kanak-kanak berpelukan dalam bilik utama.

Siasatan awal menunjukkan kejadian mungkin bermula di bilik utama menyebabkan adik lelakinya terperangkap sebelum kakaknya berusaha menyelamatkan Mohd Nurrzwan.

“Bomba percaya, kakaknya cuba membalut adik lelakinya dengan sehelai kain bagi mengelakkan terkena percikan api ketika kebakaran berlaku.

“Ada kesan melecur pada leher kanak-kanak malang terbabit sebaik operasi memadamkan kebakaran dihentikan kira-kira empat minit,” katanya.

Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.01 malam sebelum mengerahkan sebuah jentera bersama 12 anggota ke tempat kejadian.

Setakat ini jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa dilakukan semalam, dengan polis akan merekod keterangan daripada kedua-dua ibu bapa mangsa secepat mungkin untuk membantu siasatan.

“Polis tidak dapat merekodkan keterangan pada hari kejadian berikutan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit masih trauma,” katanya. -BH

Radioaktif Akan Tersebar Ke Britain Dalam Masa 2 Minggu

Stockholm - Seorang pakar nuklear Sweden memberi amaran debu radioaktif dari loji nuklear Fukushima-Daiichi di Jepun yang bocor akan sampai ke Britain dalam masa dua minggu lagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar Institut Kajian Pertahanan Sweden, Lars-Erik De Geer berkata, ramalan debu radioaktif akan tersebar ke Britain dibuat berdasarkan data yang dikumpulkan oleh sekumpulan saintis yang memantau ujian nuklear di China.

Seterusnya, kata De Geer, debu radioaktif itu akan tersebar ke serata Eropah yang jaraknya lebih 14,000 kilometer dari Fukushima, Jepun.

"Namun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana debu itu tidak berbahaya kepada manusia," katanya.

Menurut pakar berkenaan, debu radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi telah mencemari Amerika Syarikat (AS) selepas ia dikesan melekat pada pesawat-pesawat komersial yang tiba di negara kuasa besar itu.

Menurutnya, asap radiasi pula diramal melanda bahagian perairan barat AS yang terletak lebih 10,000 kilometer dari Jepun, lewat semalam.

Buat masa ini usaha sedang dilakukan bagi menyejukkan nuklear tersebut selepas ia rosak akibat gegaran kuat gempa bumi.

Beberapa pegawai menyatakan, mereka mungkin meletakkan beberapa reaktor nuklear di bawah struktur konkrit bagi mengelak penyebaran debu radioaktif.

Sementara itu, jumlah mangsa korban rasmi dalam gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu meningkat kepada 6,539 orang sekali gus melebihi angka korban akibat gempa bumi di Kobe pada 1995.

Agensi Polis Kebangsaan Jepun menyatakan, jumlah mangsa yang hilang pula meningkat sedikit kepada 10,254 orang dengan angka keseluruhan mereka yang mati dan hilang setakat ini adalah 16,893 orang.

Sejumlah 2,513 yang lain cedera dalam bencana itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam menyatakan bahawa pihaknya akan mengatasi tragedi yang berlaku di negaranya.

"Kami akan sekali lagi membina semula Jepun," katanya.

Menurut Kan, kerajaan negaranya akan melaksanakan kawalan tegas di loji nuklear Fukushima Daiichi yang kini mengalami masalah selepas ia meletup sebanyak empat kali.

Dalam gempa bumi itu, hampir 400,000 orang hilang tempat tinggal. - Agensi

Ulasan GB

2 minggu untuk radioaktif sampai ke Britain.

Bagaimana dengan Malaysia? Ramai juga golongan pro-nuklear yang cuba membela langkah kerajaan membina loji nuklear di Malaysia.

Jepun yang mempunyai kepakaran dan teknologi pun tak dapat nak atasi masalah radioaktif yang menular ini inikan Malaysia terhegeh-hegeh nak bina logi nuklear.

Masalah besar kini ialah bila negara penuh sarat dengan politikus bebal dan rasuah dengan mengutamakan projek mega untuk pungut habuan sendiri dengan menggadaikan nyawa rakyatnya sendiri.

Izinkan GB Jawab Amaran Karpal Terhadap PAS

DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.

Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.

“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS,” kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.

Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri.

Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu.

Kenyataan Karpal, yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS.

Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ‘big sweep’.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ‘big sweep’ yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” katanya yang turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.

Ulasan GB

Terima kasih Karpal, terima kasih DAP.

Pertama "amaran" Karpal Singh itu merugikan dirinya dan DAP sendiri kerana ia menghilangkan sokongan orang Melayu/Islam terhadapnya dan terhadap DAP.

DAP akan kehilangan banyak kerusi di dalam pilihanraya akan datang jika berkeras menentang dasar Islam yang dilaksanakan di Kelantan.

Mungkin DAP mengharapkan Kerajaan Pusat UMNO BN untuk intervensi menghalang tindakan kerajaan Kelantan, namun hal itu menyerlahkan dualisme DAP sendiri - dan sepastinya kesan pilihanraya umum nanti tidak akan berpihak kepada DAP kerana pengundi Melayu/Islam rata-rata adalah majoriti.

Kedua: Ia sekaligus menguji UMNO dan golongan songkok tinggi. Nah sekarang kamu-kamu sokong siapa? Menyokong tindakan kerajaan Kelantan yang mengharamkan judi atau menyokong Karpal yang menentang pengharaman itu? Jika anda menentang langkah Kerajaan Kelantan, anda munafik peringkat tertinggi kerana sanggup menentang apa yang diperintahkan Allah terhadap individu muslim.

Ketiga: Karpal jika jujur, sama seperti kes beliau menentang hukum hudud, beliau sepatutnya berpegang kata-katanya yang dahulu:

isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN

Tapi Karpal memilih untuk menentang secara terbuka. Salah siapa jika BN mengeksploikannya kali ini?

Karpal meminta PAS menghormati hak bukan Islam, kami akur dan telah banyak melakukannya. Namun di satu pihak lain, Karpal dan DAP juga perlu hormati hak dan undang-undang orang Islam.

Justeru yang utama ialah perbincangan untuk mengendurkan sebarang perbbezaan dan kesalah-fahaman, bukan bertempik untuk menunjukkan jaguh dan wira.

Jika anda bertempik, kami juga boleh melakukan demikian, tetapi apa gunanya sedangkan kita dalam sebuah kapal yang sama?

Anda peguam paling hebat, tapi kali ini nampaknya anda mendedahkan, anda ahli politik paling bodoh!

Isu Kos Tandas Bertaraf Banglo: Jawapan YDP MPHTJ Tidak Masuk Akal

MPHTJ pertahan kos tandas bertaraf 'banglo'

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mendakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong tersilap sangka mengenai isu projek menaik taraf dua unit tandas awam di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.

Menurut yang dipertuanya Sapiah Haron (gambar), kos sebenar bukanlah sebanyak RM199,800 - angka yang dianggap tidak masuk akal dan membazir.

Sapiah menjelaskan, kos berkenaan sebenarnya adalah RM196,000 dan ia adalah munasabah, malah 10 peratus lebih rendah daripada apa yang disasarkan.

Beliau turut menyangkal dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononnya tender yang dikeluarkan adalah secara terus tetapi sebaliknya ia dikeluarkan secara terbuka mengikut peruntukan Kementerian Kewangan.

"Lagi pun, peruntukan untuk projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka.

"Lebih 100 kontraktor telah membida untuk mendapat peluang itu dan kita telah bawa mereka semua untuk melakukan lawatan tapak dan meninjau kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan terhadap projek menaik taraf untuk dua unit tandas terbabit.

"Malah kontraktor yang terpilih pun adalah dari kalangan yang menawarkan harga terendah sekali," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononya kos projek berkenaan dua unit tandas terbabit sama nilainya dengan kos untuk membina sebuah banglow dua tingkat seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 16 Mac lalu.

Jelas Sapiah, dua unit tandas berkenaan terpaksa dinaik taraf berikutan ianya sudah tidak sesuai lagi digunakan berikutan hampir keseluruhan bahagian tandas terbabit sudah rosak termasuk saluran paip utama, pintu, lantai, lampu, bumbung dan pelbagai lagi.

"Kita terpaksa menukar sistem paip aliran terus dan aliran tangki simpanan pada kedua unit tandas ini manakala kita turut memasang jubin pada keseluruhan lantai dan dinding bangunan itu bagi memudahkan penjagaannya.

"Kesemua singki tandas berkenaan ditukar baru dan dipasang granit. Manakala sistem saliran kumbahan kita tukar baru dan kita mengantikan tangki septik individu pada tandas terbabit.

"Selain itu, keseluruhan tingkap, pintu, termasuk jenang kita tukar. Kita juga membina struktur tambahan baru iaitu kaunter di sebelah hadapan yang sebelum ini memang tiada," katanya.

Menurut Sapiah, kerja-kerja berkenaan juga membabitkan pembinaan dinding penahan (rubber wall) dan membina laluan baru pejalan kaki. Longkang di sekeliling tandas yang sebelum ini tiada.

"Kesemua mangkuk tandas yang sudah rosak kita tukar baru termasuk aksesori lain manakala sistem pendawaian untuk kedua-dua unit tandas terbabit kita tukar.

"Secara kesimpulan kita menukarkan hampir keseluruhan tandas berkenaan yang sebelum nampak terlalu uzur sekaligus memberikan imej baru kepada pengunjung," katanya.

Sapiah berkata, pihaknya sudah pun mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat terbabit bagi menjelaskan perkara sebenar.

Ulasan GB

Pertama mengenai kos. Ternyata tidak jauh beza dari maklumat yang didedahkan. RM196 ribu kos sebenar dengan RM199 ribu kos yang didakwa.

Kedua: Apakah benar ianya tender terbuka dan kos RM196 ribu adalah yang terrendah? Jawapan itu mencurigakan.

Ketiga: Menurut YDP MPHTJ, projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka. Jika demikian apa pasal pula tindakan MHTJ mempertahankan secara terperinci projek berkenaan? Cukup sekadar menyatakan ia di bawah Kem Pembangunan Perumahan & Kerajaan Tempatan. Tak begitu?

Siasatan rapi perlu dilakukan. SPRM, PAC dan Jabatan Audit Negara perlu menyiasat ke akar umbi.

Sebarang ketirisan dan penyalahgunaan wang rakyat perlu diambil tindakan.


Tazkirah Pagi Sabtu: Membaca Bencana

Gejala-gejala alam seperti gempa bumi, banjir, dan tsunami diartikan sebagian besar oleh kita sebagai petaka. Musibah atau petaka diibaratkan sebagai tamu yang kehadirannya sama sekali tidak pernah diharapkan. Dalam Al-Quran kita temukan banyak ayat yang membicarakan fenomena alam seperti itu.

Di antaranya, ayat-ayat yang bercerita perihal hari kiamat. Seperti firman Allah dalam QS al-Zalzalah [99]: 1-2, "Apabila bumi itu diguncang dengan guncangan yang dahsyat, dan bumi juga pada waktu itu mengeluarkan segala apa yang ada di dalamnya."

Ayat tersebut secara umum menceritakan ada dan betapa dahsyatnya gempa bumi yang terjadi di penghujung hari akhir nanti, di samping juga mengkhabarkan kepada kita bahwa gempa itu terjadi kerana kuasa-Nya.

Bencana yang tidak kalah dahsyatnya selain gempa bumi adalah tsunami. Dalam Al-Quran telah diceritakan bahwa petaka ini telah menimpa kaum Nabi Nuh AS dengan bentuk banjir air bah yang sangat besar. Hal itu terjadi tatkala umatnya telah berperilaku melampaui batas dan tidak mau mengikuti apa yang telah Allah ajarkan melalui nabi-Nya.

Bila kita kembalikan kepada kehidupan kita sekarang ini, petaka atau musibah yang terjadi sering kali membuat kita takut dan menimbulkan kegelisahan yang berlebihan.

Bahkan, melahirkan suatu penyakit yang membuat kita lupa bahawa itu semua terjadi karena izin dan kehendak Allah SWT.

Musibah, apa pun bentuknya, itu adalah ujian bagi orang-orang beriman yang datang dari Allah. Sejauh mana seorang hamba mampu bersabar hidup pascaterjadinya bencana. Allah SWT berfirman dalam QS al-Baqarah [2]: 155, "Sungguh kami (Allah) akan benar-benar menguji kamu dengan sesuatu yang berupa ketakutan dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda, kehilangan jiwa (orang yang kamu sayang), dan buah-buahan dan kabar gembiralah bagi orang-orang yang sabar."

Namun, musibah ini tentunya berbeza bagi orang-orang yang ingkar dan kerap melakukan maksiat kepada Allah. Musibah bagi mereka adalah teguran sekaligus azab sebagai wujud kezaliman yang telah mereka lakukan. Karena kefasikan itulah Allah mengazab mereka. Hal ini dipertegas oleh firman Allah SWT dalam QS al-Isra [17]: 16, "Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar menaati Allah), tetapi bila merajalela dan melakukan kedurhakaan (di negeri itu), maka berlakulah perkataan (hukuman) kami, kemudian kami benar-benar binasakan negeri itu."

Cepat tanggap dalam menghadapi berbagai macam persoalan kehidupan adalah penting, apalagi jika itu berkaitan dengan musibah atau bencana yang menelan banyak korban.

Pada saat itulah nurani kita sebagai manusia dipanggil untuk berbagi dan ikut merasakan penderitaan saudara kita yang sedang dalam kesulitan. Tidak sekadar menonton pilunya tangisan mereka, tetapi kita mesti mampu membaca pesanan yang tersirat di balik bencana.

Membaca bencana bagi rakyat adalah persiapan untuk saling berkongsi mengurangi penderitaan yang ada. Membaca bencana oleh para pemuka agama adalah menghibur mereka dari kesedihan. Sedangkan membaca bencana bagi seorang pemimpin adalah sejauh mana ia mampu membangun dan menyediakan tempat yang layak bagi mangsa terkorban, mencegah terjadinya banyak korban dengan pemidahan secepat mungkin. Wallahu a'lam. -Arsyad Abrar

Jepun Kaji Timbus Loji Reaktor, Malaysia Kaji Nak Bina Loji

Jepun kaji timbus loji nuklear

TOKYO: Jurutera Jepun mungkin menimbus loji nuklear yang musnah menggunakan pasir dan simen konkrit sebagai cara untuk mengelakkan pelepasan radiasi besar-besaran, kaedah yang digunakan untuk menutup kebocoran besar di Chernobyl, Ukraine, pada 1986.

Ini adalah kali pertama mereka menyarankan langkah menimbus kompleks itu selepas tindakan seperti menjirus air menggunakan helikopter tidak banyak menampakkan kejayaan.

Tidak mustahil untuk menyaluti rektor dengan konkrit. Tetapi, perkara utama kami ketika ini ialah untuk menyejukkan reaktor itu dulu,” kata pegawai dari pengendali loji nuklear, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) dalam sidang akhbar.

Jepun memasuki minggu kedua selepas dilanda gempa bumi berukuran 9 skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter di bandar timur laut negara itu dan meragut ribuan nyawa, serta menghadapi krisis nuklear paling teruk sejak Chernobyl.

Jutaan penduduk Jepun masih berada di rumah dan bangunan sejak Jumaat berikutan kebimbangan penyebaran bahan radioaktif dari kompleks yang terletak 240 kilometer di utara Tokyo, walaupun angin membawa asap tercemar itu jauh dari kawasan penduduk di bandar ke Lautan Pasifik.

Radiasi tidak memberikan risiko segera kepada kesihatan manusia di luar lingkungan loji itu, kata wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia di China, Michael O’Leary.

“Pada masa ini, masih belum ada bukti yang penyebaran radiasi melepasi zon di kawasan rektor itu sendiri,” kata O’Leary kepada wartawan di Beijing.

Malapetaka nuklear di Jepun turut mencetuskan amaran global dan penilaian terhadap keselamatan loji tenaga atom di seluruh dunia.

Presiden Amerika Barack Obama berkata beliau sudah mengarahkan penilaian menyeluruh terhadap loji nuklear negara itu dan merayu Washington menyokong Jepun.

Pengendali nuklear utama Amerika berkata ia akan mengambil masa berminggu untuk menyejukkan batang bahan bakar di loji Fukushima.

“Ini adalah sesuatu yang mengambil masa untuk menyelesaikannya, mungkin berminggu untuk mengakhiri kepanasan ini daripada reaktor dan kolam kegunaan bahan bakar,” kata Pengerusi Pengendali Suruhanjaya Nuklear, Gregory Jaczko di Rumah Putih. – Reuters


Kajian penilaian tenaga nuklear akan diteruskan

Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia akan terus menerima tender daripada syarikat-syarikat untuk kajian penilaian terhadap loji tenaga nuklear yang dicadangkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Johnity Ongkili berkata kabinet akan membuat keputusan muktamad selepas menerima kajian penilaian tersebut.

Katanya, kerajaan akan memanggil untuk tender tidak lama lagi bagi menilai projek tersebut berhubung saiz, lokasi dan teknologi yang bakal digunakan.

“Jadi, sehingga kabinet memutuskan (sebaliknya), pada pandangan kami, ia menjadi hasrat untuk (meneruskan) tenaga nuklear,” kata Maximus.

Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

Namun, kata Maximus, jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya hari ini tidak membincangkan perkara berkenaan.

Awal minggu ini, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklear selepas apa yang terjadi di Jepun.

Chin pada Disember tahu lalu mengumumkan Malaysia akan membina dua loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa bagi mengurangkan penggantungannya kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik. -mk



Suami Pelakon Terima Ugutan Dari Wakil Produksi

Jumpa aku kalau berani’

KUALA LUMPUR: “Saya kecewa dengan sikap pihak produksi yang dilihat seolah-olah cuba memperbodohkan saya dan anak. Lebih biadab, suami turut diugut seorang daripada wakil pihak berkenaan hanya kerana meminta penjelasan terhadap tindakan mereka,” tegas pelakon baru meningkat naik, Siti Norhanani Samawi, 31, atau lebih dikenali sebagai Ct Hanani.

DIUGUT...Ct Hanani dan Ryl Zafwan menunjukkan laporan polis dan gambar ketika mengikuti program.

Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang lelaki yang juga wakil produksi bagi sebuah rancangan permainan kanak-kanak terbitan stesen televisyen swasta yang mengugut suaminya pada Selasa lalu kira-kira jam 10 malam selepas menuntut penjelasan membatalkan kemenangan Ct Hanani dan anaknya, Muhammad Nadzryl Zafwan, 11, atau lebih dikenali sebagai Ryl Zafwan selepas menjuarai program berkenaan.

Ct Hanani, suami dan tiga anak mereka mula serius dalam bidang lakonan sejak hujung tahun lalu. Malah, keluarga terbabit pernah membintangi beberapa drama serta filem seperti Gemilang, Awan Dania 3, Bini-biniku Gengstar, Diari Suami 9 bulan dan Kurma Ajwa untuk Najwa yang masih dalam penggambaran mendakwa terkejut dan kecewa dengan perbuatan berkenaan.

Menurut Ct Hanani, selepas berusaha keras dalam tiga pusingan, akhirnya dia dan Ryl Zafwan berjaya menjuarai program berkenaan.

“Bagaimanapun, pada Selasa lalu, seorang wakil produksi bertindak menghubungi saya mengatakan perlu melakukan semula rakaman disebabkan masalah teknikal selain turut membatalkan kemenangan kami sebelum ini.

“Terkejut dengan itu, saya mula meminta penjelasan mengenai insiden berkenaan, namun disebabkan sibuk dengan aktiviti penggambaran, saya memberitahu akan menghubunginya semula,” katanya.

Ct Hanani berkata, selepas habis penggambaran, dia meminta suaminya untuk bercakap dengan pihak berkenaan, namun keadaan mula bertukar tegang apabila wakil produksi itu mula meninggikan suara dan memarahi suaminya.

“Belumpun selesai masalah itu, wakil produksi berkenaan kemudian menyerahkan telefon bimbitnya kononnya kepada pengurus produksi yang dikatakan akan memberikan penjelasan kepada kami.

“Sebaliknya, lelaki terbabit bertindak biadab dengan mengugut suami dengan mengatakan tidak takut kepadanya selain mengarahkannya supaya datang berjumpa sekiranya berani.

“Kami tidak tahu apa motifnya dan kenapa perlu dia bercakap demikian,” katanya.

Bimbang mengenai keselamatannya, keluarga terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan. -hm

[Video] Kisah Penyanyi Rap Dari Kumpulan Bad Boy, Loon Peluk Islam

Los Angeles - Di Amerika Syarikat, nama Bad Boy Records amatlah terkenal sebagai label rakaman yang mengusung aliran muzik rap. Salah seorang penyanyi yang pernah bernaung di bawah payung label ini adalah Loon. Loon sendiri merupakan nama panggung yang digunakan oleh penyanyi yang memiliki nama asli Chauncey Lamont Hawkins ini.

Bersama dengan pemilik Bad Boy Records yang juga rapper Amerika, Sean John "Diddy" Combs, dan penyanyi Usher, Loon berkolaborasi membawakan single berjudul I Need a Girl di tahun 2002. Dan, dalam waktu singkat single yang menjadi lagu pertama dalam album bertajuk We Invited The Remix itu langsung menduduki tempat keempat tangga lagu Billboard Hot 100.

Sejak saat itu kerjaya Loon sebagai seorang pemuzik rap mulai berkibar. Populariti dan pundi-pundi wang pun diraih dengan mudah. Namun, ungkap Loon, dirinya tidak pernah merasakan kepuasaan peribadi meskipun menikmati puncak kehidupan material, kesejahteraan, sukses dan kepopularan. Seberapa keras ia berusaha, ia mengaku tak merasakan kedamaian di dalam dirinya.

Hal ini pula yang pada akhirnya mendorong rapper kelahiran Harlem, New York, 20 Jun 1975 ini untuk menemukan kebahagiaan dalam Islam. Mengutip laman voa-Islam, Loon memutuskan untuk masuk Islam setelah kumpulan lagu terakhirnya terjual 7 juta salinan. Sepanjang kareer bermuziknya Loon telah menerbitkan tiga album, masing-masing bertajuk Loon (diterbitkan Oktober 2003), No Friends (Ogos 2006), dan Wizard of Harlem (Oktober 2006).

Selain itu ia juga telah menerbitkan tiga belas single yang merupakan hasil kolaborasi dengan sejumlah penyanyi di negeri Paman Sam. Di antara singlenya tersebut adalah: I Need A Girl yang dinyanyikannya bersama Sean John "Diddy" Combs dan Usher; Hit The Freeway yang dinyanyikan bersama dengan Toni Braxton; dan Show Me Your Soul yang dibawakannya bersama dengan Sean "Diddy" Combs, Lenny Kravitz dan Pharrell.

Setelah memeluk Islam, ia pun merubah namanya menjadi Amir Junaid Muhadith. "Loon bekerja di luar sistem diri saya," ujarnya mengenang sosoknya saat menyandang nama Loon ketika bergabung dengan Bad Boy Records. "Kini saya bahagia menerima Islam dan menemukan kedamaian dalam hati, sesuatu yang selalui saya cari dalam bidang muzik. Terima kasih kepada Islam, sehingga saya mampu melengkapi pencarian dan kini saya sangat merasa damai. Bad Boys sudah selesai. Saya kini dapat anda panggil "good boy"," paparnya dalam suatu kesempatan wawancara dengan stesyen TV Al Jazeera.

Amir menemukan cahaya Islam dua tahun lalu, tepatnya pada Desember 2008 silam ketika melakukan jelajah di Dubai, Uni Emirat Arab. Selama berada di Dubai, ia dibuat terkagum-kagum dengan budaya kaum Muslimin di sana. Ketika di Dubai, menurut Amir, dia mendengar lantunan azan dan melihat orang-orang bergerak menuju masjid-masjid yang terdekat untuk menunaikan solat. "Mereka terlihat berakhlak mulia dan berinteraksi dengan baik dengan siapa saja," ujarnya.

Saat itu, sambung Amir, timbul pertanyaan dalam benaknya tentang hakikat agama mereka (Islam). Apakah Islam itu hanya khusus diperuntukkan untuk bangsa Arab, atau untuk semua manusia? Sampai akhirnya ia mendapat jawapan yang konprehensif bahawa Islam itu adalah agama untuk semua manusia, tanpa membezakan keturunan, suku dan bangsa.

Setelah berfikir mendalam, Loon pun memutuskaan untuk menerima Islam sebagai keyakinan barunya. Sejak saat itu ia berubah total. "Saya tinggalkan dunia muzik secara total. Saya keluar total dari komuniti di mana saya habiskan hidup saya sebelumnya selama 17 tahun. Sekarang saya merasakan ketenangan batin yang sejak lama saya rindukan. Saya merasa bertambah tenang lagi setelah isteri dan anak saya juga masuk Islam," paparnya.

Mengajak orang masuk Islam

Sebelum memeluk Islam, Loon adalah seorang penganut Kristian. Kisah hidupnya dimulai dari tumbuh besar di lingkungan terasing khusus kulit hitam di Harlem, New York. Ia kemudian menjadi anggota geng jalanan hingga membentuk grup muzik bergenre rap dan hip hop, dan akhirnya menemukan cahaya Islam.

Berita bahawa ia memeluk Islam pun mendapat slot khusus dalam tayangan Al Jazeera, satu-satunya stesyen jaringan berita independen di Timur Tengah. Dalam pernyataan publiknya, Loon mengatakan kedamaian dari dalam hanya dapat diperoleh dengan menyerahkan diri kepada satu tuhan. "Hidup untuk sesudah mati, bukan untuk kehidupan saat ini, adalah kepuasan dalam meyakini, memuja dan memohon kepada Allah," ujarnya. "Itulah mengapa saya mempraktikkan agama Islam yang indah."

Ketika akhirnya memeluk Islam, sempat muncul pertanyaan apakah Loon masih akan mengejar kareer sebagai penyanyi rap? "Saat ini saya fokus mempelajari Islam dan memperluas pengetahuan tentang cara hidup Islam," ujarnya. "Berada di posisi yang mempengaruhi, saya pertama-tama harus mampu melindungi diri sendiri," ujarnya.

Setelah menjadi mualaf, semangat Loon untuk belajar dan mengenal Islam lebih mendalam semakin bertambah, kerana dalam dirinya tertanam niat dan tekad untuk mengajak orang lain kembali kepada Islam. Untuk merealisasikan tekadnya ini, Loon kemudian memilih untuk bergabung dengan lembaga dakwah Islam Kanada, bidang penyebaran Islam. "Saya memiliki program khusus terkait masalah tersebut, yakni mengajak para penyanyi dan seniman top dunia untuk mengenal Islam dan prinsip-prinsipnya."