17 Mac 2011

Jangan Gadaikan Nyawa Untuk Loji Nuklear



Gempa bumi dengan ukuran 8.9 pada skala Richter yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 bukan sahaja mencetuskan tsunami, malah letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi - krisis nuklear yang menyelubungi masyarakat global dengan kebimbangan.

Ribuan mangsa disahkan mati, puluhan ribu orang pula kehilangan berikutan bencana alam tersebut. Seandainya keadaan letupan loji nuklear Fukushima Daiichi semakin kritikal, maka kemudaratannya mungkin lebih ketara daripada malapetaka bencana alam. Impaknya bukan sahaja dirasai populasi Jepun, tetapi rantau ini.

Krisis nuklear di Jepun ini merupakan satu amaran kepada Malaysia, yang berkobar-kobar semangatnya untuk membina loji nuklear.

Tragedi letupan loji nuklear Chernobyl pada 26 April 1986 masih dalam ingatan. Letupan ini telah menyebabkan pencemaran radioaktif, yang mana parasnya bersamaan dengan 200 kali ganda ketika bom atom digugurkan di Hiroshima and Nagasaki.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, International Atomic Energy Agency, WHO, UNDP, Ukraine, kerajaan Belarus dan pertubuhan lain PBB telah melengkapkan satu laporan pada September 2006, bahawa tragedi Chernobyl mengakibatkan kematian 4,000 orang, termasuk 47 orang penyelamat daripada WHO, dan sembilan orang kanak-kanak yang dijangkiti kanser tiroid (Thyroid cancer). Laporan penyiasatan WHO yang diumumkan pada April 2006 pula menunjukkan, mungkin 5,000 orang lagi yang mati di kawasan pencemaran radioaktif (termasuk Ukraine, Belarus, Russia dsb). Dengan kata lain, jumlah kematian manusia mungkin melebihi 9,000 orang.

Pada tahun lalu, media asing melaporkan bahawa Tenaga Nasional Bhd berniat untuk membina sebuah loji nuklear pada tahun 2021. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan rancangan untuk membina sebuah loji yang boleh menghasilkan 1,000 megawatt kuasa nuklear, dengan anggaran kos antara RM 6.6 bilion hingga RM13.34 bilion.

Rancangan pembinaan loji nuklear bukan sahaja mengundang kritikan NGO yang berprihatin terhadap isu alam sekitar, malah pakar turut menganggap loji nuklear bukan pilihan Malaysia untuk menyelesaikan masalah bekalan tenaga. Ketua Pegawai Eksekutif The Red Solar Sdn Bhd, Rais Hussin pernah menulis dalam The Edge, memberi amaran bahawa dalam keadaan di mana persediaan yang tidak mencukupi, terutamanya dari segi sumber manusia, keterlibatan Malaysia untuk membina logi nuklear bakal mengundang kesan yang dahsyat.

Selepas krisis nuklear lantaran gempa bumi di Jepun, Presiden City University of Hong Kong, Guo Wei yang juga seorang pakar tenaga nuklear berkata, loji nuklear melibatkan pengurusan kejuruteraan, dan bukan soal fizik. Jadi, unsur "manusia" adalah paling penting. Sistem penyejukan, latihan manusia untuk berdepan dengan pelbagai keadaan, adalah penting dalam soal loji nuklear.

Pandangan kedua-dua pakar ini memperingatkan kita bahawa, seandainya loji nuklear dibina, maka kemampuan untuk menjaga keselamatan loji nuklear adalah perkara yang terpenting.

Sesungguhnya, jikalau lampu hijau diberikan kerajaan, malah Tenaga Nasional sanggup membelanjakan wang, maka secara semulajadinya akan ada kumpulan syarikat yang sudi melabur dalam pembinaan loji nuklear. Lebih-lebih lagi, laporan Kajian Impak Terperinci Alam Sekitar (DEIA) hanyalah rubber stamp untuk meluluskan projek mega. Justeru itu, pembinaan loji nuklear hanyalah soal masa.

Namun demikian, apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah, sejauh manakah kemampuan negara kita untuk mengekalkan keselamatan selepas loji nuklear dibina dan mula beroperasi? Ia bukan hanya melibatkan kepakaran yang boleh dikerah Tenaga Nasional, tetapi juga sama ada kerajaan mampu menyediakan persediaan, sumber dan kecekalan yang mencukupi, untuk memantau penjagaan keselamatan loji nuklear?

Mereka yang tinggal di Malaysia sememangnya mengeluh dengan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Misalnya, hampir setiap tahun kita akan berdepan dengan tragedi kemalangan bas yang meragut puluhan nyawa, dan tragedi ini berkait rapat dengan penguatkuasaan unit pengangkutan awam yang tidak ketat, pemantauan yang tidak berkesan dan sebagainya. Malah, walaupun diswastakan seperti Tenaga Nasional, POS dan Telekom, keberkesanan perkhidmatannya juga tidak begitu memuaskan.

Dalam keadaan sedemikian, kekhuatiran terhadap keselamatan diri kita selepas loji dibina adalah berasas. Adalah menjadi tanda soal sama ada negara kita mampu dari segi kemahirannya untuk menguruskan krisis, seandainya kemalangan berlaku dalam loji nuklear?

Selepas "dasar penswastaan" dilaksanakan Perdana Menteri keempat Mahathir Mohamad sejak tahun 1980-an, tujuan asal penswastaan telah berubah menjadi "perniagaan", iaitu keuntungan dan longgakan kapital didahulukan, sebaliknya perkhidmatan awam dikemudiankan. Dengan kata lain, keuntungan diutamakan dengan menggadaikan kepentingan awam. Misalnya, Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Sungai Selangor - semuanya mencapai matlamat dengan mengorbankan hak kaum asal.

Seandainya kerajaan Barisan Nasional berpandangan jauh, atau masih berhati-perut (walaupun sukar ditemui) - mereka seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya projek pembinaan loji nuklear, jangan sehingga rakyat Malaysia dan negara jiran terkorban di bawah kapitalisme. Biar betapa bodohnya politikus sekalipun, mereka akan dapat memikirkan kesan pencemaran nuklear yang bakal memberi impak kepada generasi anak mereka, walaupun mereka mungkin telah terbaring di bawah natu nisan pada ketika itu. -MR

*Lidah Pengarang ini disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal, yang disiarkan pada 16 Mac 2011.

Isu Judi Kelantan: Kerajaan UMNO BN Yang Luluskan Judi

Kota Bharu, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.


”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. -HD


Judi: Kelantan dukacita Pusat lulus lesen

KOTA BHARU, 17 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno BN di peringkat Pusat adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

“Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Sebagaimana semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.

Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991.

Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga.

Perjudian melupakan ‘akal fikiran’ manusia, menyebabkan manusia hanya berserah kepada ‘nasib’. Apa kata kalau manusia menyerahkan kepada nasib semata-mata dalam semua aktiviti hidup? Pasti akan jahanam dan porak-peranda. Manakala perniagaan dihalalkan kerana berniaga mencetuskan aktiviti rasional manusia.


Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah diarah menggubal peraturan penguatkuasaan yang tidak membenarkan mana-mana premis menyediakan khidmat perjudian dan aktiviti berkaitan. Penguatkuasaan itu adalah selari dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri big sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada legal adviser untuk melihat dari sudut perundangan yang ada.

Apa pun, pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Sekian. Terima kasih.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Kota Darulnaim, Kota Bharu.

12 Rabiulakhir 1432
17 Mac 2011





Seorang Lagi Pelatih Pulapol Meninggal Dunia Akibat Adenovirus

Kuala Lumpur: Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.

Gambar: BAPA mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adenovirus, Ishak Daharin (tengah) kelihatan sedih ketika melawat jenazah anaknya, Mohd Redzuan Ishak (gambar kecil) pelatih inspektor dari PULAPOL di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan.Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lepas.

Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.

Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh. -BERNAMA

25 Termasuk Pelajar Perempuan Dicekup Di Pusat Karaoke

Kuala Kangsar – Niat 25 pelajar untuk berhibur di pusat karaoke sempena musim cuti sekolah ini terbantut apabila diserbu dalam satu operasi bersepadu di sini, Selasa lalu.

Operasi membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan Jabatan Agama Islam Perak itu dilakukan di dua pusat karaoke berasingan di sekitar Pekan Kuala Kangsar kira-kira jam 8 malam.

Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKF), KDN, Ngeh Kiet Fock berkata, dua buah karaoke diserbu ialah di Jalan Datuk Maharajalela dan Jalan Juragan Abdul Syukur membabitkan 80 pegawai dan anggota.

“Seramai 51 pengunjung termasuk 25 pelajar sekolah dari dua pusat karaoke berkenaan telah di tahan dan dibawa ke Pejabat AADK Cawangan Kuala Kangsar, di sini.

“Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 16 hingga 55 tahun menjalani ujian air kencing,” katanya kepada Sinar Harian.

Kiet Fock berkata, daripada jumlah yang ditahan. 42 daripadanya lelaki sementara sembilan pengunjung perempuan.

Menurutnya, kebanyakan mereka terdiri daripada remaja dan sebahagiannya masih di bawah umur.

“Selain ujian air kencing, kita juga menjalankan pemeriksaan ke atas kandungan telefon bimbit bagi mengesan kewujudan klip atau video lucah,” katanya.

Dalam ujian berkenaan, seorang remaja lelaki telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut kerana didapati positif dadah.

Kiet Fock berkata, hasil maklumat orang ramai, pihaknya telah menjalankan intipan hampir seminggu ke atas dua pusat karaoke berkenaan sebelum serbuan di buat.

Katanya, MPKK turut mengeluarkan dua kompaun ke atas pengusaha pusat karaoke atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa permit dan membiarkan tandas premis kotor.

“Operasi tamat kira-kira jam 10 malam, selepas ujian saringan air kencing dan pemeriksaan telefon bimbit dilakukan, kesemua pengunjung dibebaskan,” katanya. -SH

Rakan Baikku, Kekasih Isteriku

Alor Gajah - Seorang suami yang berpengaruh dan berjawatan tinggi di sebuah agensi kerajaan, dekat sini, kecewa selepas mendapat tahu isterinya menjalinkan hubungan intim dengan rakan baiknya sendiri.

Itulah pengakuan Abd Samad Mohd, 46, (bukan nama sebenar) yang pada mulanya hanya mendengar khabar angin daripada rakan sekerja, menyatakan isterinya itu menjalin hubungan intim dengan rakan sepejabatnya namun dinafikannya.

Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya berumur 33 tahun itu 17 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan, berumur antara 20 dan 12 tahun.

“Kami bekerja dalam agensi yang sama tetapi berlainan jabatan.

“Memang tidak terduga, isteri yang kerap menghadiri seminar dan rombongan keluar daerah, rupa-rupanya hanya helah untuknya memadu kasih bersama kekasih hati sebelum perlakuan sumbangnya terbongkar,” katanya.

Abu Bakar berkata, sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah marah, lemah-lembut dan penyayang.

“Apabila rakan sampaikan berita ini, saya tak percaya sebab tiada bukti cuma saya syak berlaku sesuatu apabila sikap isteri mula berubah sejak kebelakangan ini tetapi saya biarkan syak wasangka ini berlalu begitu sahaja.

“Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah berkelahi atau bertengkar. Jika adapun perselisihan faham, kami hanya tidak bertegur sapa untuk sementara sahaja dan selepas hilang perasaan marah, kami berbaik semula,” katanya.

Menurutnya, sehinggalah satu ketika, isterinya meminta izin mengikuti rombongan ke Langkawi bersama rakan sepejabat.

“Saya izinkan dia pergi dan menghantarnya ke tempat berkumpul.

“Biasanya, apabila kami berjauhan, dia akan hantar mesej bertanyakan pelbagai perkara tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian, malah menyepikan diri sehingga membuatkan hati saya berdetik dan mula memikirkan sebaliknya,” katanya.

Abd Samad berkata, selang dua bulan kemudian, jabatan isterinya mengadakan hari keluarga di sebuah pulau di selatan tanah air.

“Saya cuba halang tetapi tak sampai hati. Selama dua hari satu malam di sana, satu mesej pun dia tak kirim kepada saya.

“Hati saya mula tak sedap. Tambahan pula, rakan sepejabat banyak membantu saya memantau dan menjejak di mana isteri serta teman lelakinya itu sehingga ke selatan tanah air,” katanya.

Menurutnya, selepas diyakinkan oleh rakannya, dia nekad menjejaki isterinya dan terkejut apabila mendapati hanya isteri dan teman lelakinya sahaja berada di sana.

“Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit.

“Bagaimanapun, saya pasrah dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan nekad menceraikan dia di hadapan teman lelakinya,” katanya. -SH

IAEA Sudah Peringatkan Jepun Soal Nuklear Sejak 2009

London – Badan Tenaga Atom Antarbangsa(IAEA) telah memperingatkan Jepun dua tahun lalu bahawa gempa besar dapat menimbulkan masalah serius di loji nuklearnya.

Dikutip dari Britain’s Daily Telegraph, menurut kawat diplomatik Amerika Syarikat (AS) pada Disember 2008 yang diterima dari tapak WikiLeaks, ahli dari IAEA mengungkapkan kekhuwatiran bahawa reaktor nuklear di Jepun dirancang hanya tahan getaran gempa sampai kekuatan 7.0 skala richter saja.

Pejabat IAEA dalam pertemuan G8 untuk membahaskan Keamanan dan Keselamatan Nuklear di Tokyo pada 2008 mengatakan bahawa langkah keselamatan yang dimiliki Jepun sudah ketinggalan zaman.

“Pejabat IAEA menjelaskan langkah keselamatan gempa hanya disemak tiga kali dalam 35 tahun terakhir dan IAEA saat ini sedang mengkaji kembali langkah keselamatan tersebut.

“Selain itu, IAEA mencatat gempa baru-baru ini, dalam beberapa kes, melebihi rancangan dasar untuk loji nuklear. Ini merupakan masalah serius yang mendorong harus digunakannya langkah keselamatan gempa bumi,” demikian kenyataan dalam kabel diplomatik seperti dikutip AFP, semalam.

Kerajaan Jepun menerima peringatan tersebut dengan membangunkan pusat darurat di Fukushima, namun reaktor hanya dirancang untuk tahan gempa berkekuatan 7.0 skala richter.

Pakar-pakar di logi Fukushima hari ini berupaya untuk memulihkan sistem pendingin di Unit No 1 PLTN Fukushima yang rosak akibat gempa dan tsunami.

Kawat diplomatik lainnya yang dikirim pada Mac 2006 menyatakan Jepun telah menentang perintah pengadilan untuk menutup loji nuklear di barat Jepun kerana diragukan loji tersebut mampu bertahan terhadap gempa bumi. Menurut kawat diplomatik tersebut, Badan Keselamatan Industri dan Nuklear Jepun yakin reaktor dalam keadaan aman dan semua analisis keselamatan telah dilakukan dengan teliti.




[Video] Betapa Dasyatnya Tsunami Jepun 2011 - Lihatlah!

Menyaksikan video-video yang dilampirkan di bawah ini menjadikan hati-hati orang yang beriman semakin gementar dan semakin menebalkan iman dan taqwanya kepada Allah disamping membenarkan apa yang telah Allah s.w.t. sampaikan melalui ayat-ayatNya di dalam Al-Quran:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” Ar-Rum ayat 41














Khalwat Beramai-ramai, 8 Dicekup

Besut - Lapan individu termasuk tiga remaja perempuan dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Daerah dan polis kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah rumah di taman perumahan dekat Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut, di sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.06 pagi itu, lima lelaki berusia antara 17 dan 22 tahun dan tiga pelajar perempuan sebuah kolej swasta di Bachok, Kelantan, masing-masing berusia 19 tahun ditahan.

Pegawai Agama Daerah, Nik Zulhaiza Ismail berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota penguatkuasa agama dibantu pegawai dan anggota polis menyerbu sebuah rumah milik saudara seorang lelaki yang ditahan itu.

Menurutnya, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada tiga lelaki lain berada di ruang tamu rumah itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua remaja wanita berada dalam satu bilik manakala seorang lelaki dan remaja perempuan berdua-duanya dalam bilik lain,” katanya.

Nik Zulhaiza berkata, sudah empat kali rumah itu diserbu sebelum ini.

Kata Nik Zulhaiza lagi, pihaknya sudah kerap menerima aduan orang ramai mendakwa berlaku perbuatan tidak bermoral di rumah itu termasuk menemui botol minuman keras.

Dua daripada lelaki itu bekerja pemandu bot dan masing-masing seorang nelayan, penternak ikan serta seorang pengganggur.

Semua mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk diambil keterangan dan dibebas dengan jaminan.

Dalam kes berasingan sepasang kekasih warga Indonesia berusia 20-an merayu kepada anggota penguatkuasa agar menikahkan mereka serta merta di sebuah bilik hotel di Jertih tempat mereka ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan polis, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah dan Majlis Daerah Besut (MDB).

Lelaki bekerja buruh binaan sebuah sekolah di daerah ini memberitahu mereka merancang berkahwin tetapi belum berkemampuan. -SH

Ulasan GB

Lansung tak takut budak-budak ni dengan bala Allah seperti tusnami yang melanda Jepun sebagai peringatan kepada manusia.

Teori "Teoh Dicampak Keluar" Diuji. Pegawai SPRM Nafi Campak Teoh.

Pegawai SPRM nafi campak keluar Teoh

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan beliau telah mencampak keluar Teoh Beng Hock dari Plaza Masalam dua tahun lalu selepas dia disoal siasat semalaman.

Ketua unit siasatan SPRM Selangor Hairul Ilham Hamzah memberitahu Suruhanjaya Diraja Siasatan bahawa dia bukan pembunuh meskipun panik selepas mendengar kematian Teoh.

Adakah anda membuat apa-apa kesalahan seperti mencampak dia keluar dari tingkap?” soal pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong hari ini.

“Saya tidak melakukan itu,” kata Hairul dengan mengangguk kepalanya
.

“Kami panik... ini kali pertama saksi kami mati. Saya tidak tahu apa yang perlu lakukan,” tambahnya.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat satu malam di tingkat 14 premis itu.

Pejabat SPRM terletak di tingkat 14.

“Saya dihubungi (Pegawai Penyiasat SPRM Mohd) Anuar (Ismail) pada hari kejadian yang meminta saya turun ke bawah dengan segera tetapi belum sempat saya turun, Anuar datang ke bilik saya dalam keadaan cemas dan memaklumkan tentang kematian Teoh.

“Anuar memberitahu mayat Teoh berada di tepi bangunan di koridor 5, Plaza Masalam dan saya telah pergi ke arah tingkap di tingkat 14 bangunan itu dan lihat sesuatu yang ditutupi dengan plastik berwarna hitam,” kata Hairul dipetik Bernama.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.

Hairul Ilham berkata beliau terus menghubungi bekas Timbalan Pengarah SPRM negeri Selangor Hishamuddin Hashim untuk memaklumkan perkara itu dan diminta pergi ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Saya pergi ke Putrajaya bersama Anuar dan dalam perjalanan Anuar meminta saya untuk singgah di rumahnya di Puchong,” katanya.

Hairul juga disoal Foong mengenai tujuan Anuar berhenti di rumahnya.

“Saya tidak tanya kenapa beliau (Anuar) singgah di rumahnya dan saya berpendapat mungkin dia ingin memaklumkan perkara yang terjadi kepada keluarganya.

“Saya tidak masuk ke dalam rumahnya kerana Anuar hanya singgah dalam masa lima hingga 10 minit sahaja,” katanya.

Hairul juga disoal pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud sama ada beliau dan Anuar berbincang mengenai kematian Teoh sepanjang perjalanan ke Putrajaya.

“Kami panik, buntu dan tidak tahu apa tindakan yang perlu dibuat, mungkin saya ada berbincang tentang perkara itu tetapi tidak ingat kerana ini kali pertama saya berhadapan dengan situasi sedemikian”, katanya.

Ketika disoal Foong kenapa mereka sempat singgah di tempat lain sedangkan Hishamuddin meminta supaya pergi ke Putrajaya dengan cepat, Hairul memberitahu pada masa itu beliau panik dan tidak tahu hendak berbuat apa.

Jawapan “panik” yang diberikan oleh Hairul mendapat reaksi daripada Foong yang mempersoalkan sama ada beliau pernah membuat perkara yang salah terhadap Teoh.

Foong: “Kamu panik kerana ada buat salah terhadap Teoh seperti membunuh dan membuang mayatnya?.

Hairul: “Saya panik kerana ini kali pertama saksi saya mati.

Foong: “Adakah kamu panik kerana kamu telah meminta orang bawahan kamu menggunakan kekerasan ketika soal siasat Teoh?.

Hairul: “Tidak”.


Hairul yang merupakan ketua bagi dua pegawai yang menyoal Teoh pada Julai 2009 turut berkata bahawa pada malam 15 Julai 2009, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah datang ke pejabat SPRM bersama seorang wanita yang merupakan peguam kepada seorang kontraktor, Lee Wai Weng.

Beliau juga disoal Awang Armadajaya mengapa Lee Wai Weng tidak dibenarkan berjumpa dengan peguamnya sedangkan di bawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beliau berhak berjumpa dengan peguamnya.

Hairul berkata: “Dalam kes ini tiada tangkapan dibuat dan Perkara 5(3) Perlembagaan hanya boleh diguna pakai sekiranya ada tangkapan.

“Saksi (Lee Wai Weng) boleh berjumpa dengan peguamnya tetapi pada masa itu Lee tidak ada di pejabat,” katanya.

Selain itu, Hairul turut berkata beliau dan Hishamuddin ada menerima maklumat berkaitan Adun-Adun dari parti pakatan pembangkang Selangor yang didakwa melakukan penyelewengan dan membuat tuntutan palsu.

“Mereka (Adun-adun) didakwa membuat tuntutan palsu, walhal kerja-kerja tidak dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata dalam nota maklumat yang diterima daripada sumber ada juga beberapa nama khusus yang disebut berkaitan Adun-Adun pakatan pembangkang yang didakwa menyalahguna peruntukan dan antara nama yang dinyatakan adalah Teresa Kok dan Ronnie Liu.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Prosiding bersambung hari ini.

Ulasan GB

SPRM dan Menteri di JPM, Mohd Nazri Aziz menyatakan samada Teoh terjatuh atau terjun daripada tingkap.

Berdasarkan keadaan mayat Teoh yang tidak mengalami apa-apa kecederaan serius, maka ramai persoalkan teori Teoh "terjatuh" atau "terjun".

Justeru itu, Teoh tidak membunuh diri sebaliknya, lebih ramai mempercayai Teoh dibunuh.

Krisis Nuklear: Kebimbangan Meningkat, Warga Asing Mula Keluar Jepun

Tokyo — Negara asing menasihatkan rakyatnya agar meninggalkan Jepun, yang dilanda bencana berganda, ketika pihak berkuasa negara sebelah timur itu bertungkus-lumus untuk mengelakkan krisis nuklear yang dilihat semakin meruncing.

Ketua Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika Syarikat berkata salah satu reaktor, yang terjejas teruk, kelihatan merisaukan kerana tiada bekalan air untuk menghentikan rod bahan api daripada terus panas dan kemudian cair kelak.

Semalam, pekerja-pekerja menjauhi loji Fukushima Daiichi buat sementara kerana bimbang peningkatan radiasi tetapi kembali selepas keadaan dilaporkan selamat.

Rasa bimbang dan khuatir muncul kembali selepas pegawai-pegawai berkata reaktor kedua di kompleks itu, yang menempatkan enam reaktor, kemungkinan sudah rosak dan mengeluarkan stim radioaktif.

Laporan msnbc melaporkan, ketua tenaga Kesatuan Eropah Guenther Oettinger memberitahu Parlimen Eropah bahawa loji itu “secara efektif sudah tidak terkawal lagi” selepas kerosakan pada kemudahan sistem pendinginan.

“Dalam beberapa jam akan datang, akan ada malapetaka lebih buruk lagi, yang akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya,” katanya.

“Belum kelihatan panik lagi, tetapi Tokyo dengan penduduk seramai 35 juta orang, adalah metropolis paling besar di dunia,” katanya.

Bagaimanapun ketua pemantau nuklear PBB melihat pandangan itu dari sudut isu yang lain.

“Bukan masa untuk mengatakan keadaan sudah tidak terkawal,” kata Yukiya Amano, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa pada sidang media semalam.

“Operator-operator melakukan yang terbaik untuk memulihkan keselamatan reaktor,” katanya.

Beliau bercadang untuk terbang ke Jepun hari ini, lapor Reuters lewat semalam.

Beliau menggambarkan keadaan “sangat serius” dan telah meminta kerajaan Jepun menyediakan maklumat lebih baik kepada agensi itu.

Sindiket Ugut Sebar Aksi Seks Di Internet

Kuala Lumpur: Bermodalkan kamera mini berharga tidak sampai RM50, satu sindiket peras ugut di ibu negara dikesan memperoleh keuntungan jutaan ringgit dengan hanya merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa mereka sebelum mengugut menyebarkannya ke internet.

Gambar: KAMERA mini yang dipasang pada kunci kereta digunakan sindiket merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa sebelum mengugut menyebarkannya di internet.

Sindiket itu yang didalangi warga asing, dipercayai dari China dan Afrika, menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan yang berpendapatan tinggi sebagai sasaran utama.

Difahamkan, anggota sindiket dan mangsa mereka, yang sebahagian besar-
nya sudah berkahwin dan berkeluarga, mula berkenalan atas urusan perniagaan sebelum memperdayakan mangsa untuk jatuh cinta sehingga mengadakan hubungan seks di hotel mewah di bandar raya ini.

Mangsa yang ghairah menikmati ‘keseronokan baru’ tidak menyedari adegan seks itu dirakamkan menggunakan kamera mini, yang biasanya disembunyikan dalam rantai kunci kereta, sebelum mengugut mangsa membayar wang dan jika enggan, gambar berkenaan akan disebarkan ke internet.

Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong ketika mendedahkan perkara itu, berkata dalam beberapa kes yang dilaporkan kepadanya, anggota sindiket turut mengugut akan mende-dahkan kecurangan mangsa kepada suami atau isteri masing-masing jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Kita menerima lima aduan berhubung kes ini sejak tahun lalu, masing-masing membabitkan tiga mangsa lelaki dan dua wanita berkerjaya. Kesemua mangsa sudah berkahwin dan berkeluarga ini diugut supaya membayar antara RM100,000 hingga RM300,000 jika tidak mahu gambar serta video (seks) mereka disebarkan ke internet.

“Malah, kesemua mangsa berada dalam keadaan trauma apabila anggota sindiket mengugut mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka jika permintaan itu tidak dipenuhi,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau juga percaya terdapat banyak kes seumpamanya berlaku, namun mangsa tidak berani mendedahkannya atau melaporkan kegiatan itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang rumah tangga mereka musnah sekiranya hubungan terlarang itu terbongkar.

“Kebanyakan pengadu amat bimbang rumah tangga dan keluarga mereka musnah sekiranya kecurangan mereka terbongkar, namun kita berjaya menyelesaikan sebahagian kes dengan melakukan perbincangan dengan pasangan masingmasing,” katanya.

“Kita tidak mahu mangsa memberi muka kepada anggota sindiket dengan membayar wang yang diminta sebaliknya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap penjenayah terbabit,” katanya.

Michael turut memohon pihak berkuasa memantau penjualan kamera mini tersembunyi yang direka dalam bentuk rantai kunci kereta, pen, cermin mata, jam tangan yang kini banyak dijual di pasaran agar ia tidak mudah disalah gunakan untuk melakukan jenayah. -Bh

Pengusaha Barangan Lusuh Terbeli Bom Lama

Te;uk Intan: Seorang pengusaha kedai barangan lusuh menemui sebutir bom mortar dipercayai masih aktif di dalam timbunan barangan lusuh di kedainya di Jalan Maharaja Lela di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata pengusaha kedai terbabit menemui bom tersebut pada pukul 9.30 pagi lalu menghubungi polis.

Satu skuad unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dipanggil untuk memusnahkan bom berkenaan pada 4 petang ini, katanya kepada pemberita hari ini.

Goh berkata bom berukuran 56sm panjang dan mempunyai lilitan 23sm itu dipercayai peninggalan zaman perang.

Pengusaha kedai barangan lusuh, Borhan Alias, 50, berkata seorang pekerjanya menyedari tentang bom itu ketika sedang mengasingkan barangan lusuh di kedai.

"Saya tidak menyedari bom tersebut turut dibeli ketika melakukan urus niaga dengan penjual besi dan barangan lusuh secara lambakan," katanya.

[Bergambar] Pasca Tsunami: Ancaman Radiasi Meningkat

Tokyo: Jepun belum dapat menyelesaikan masalah loji nuklearnya di Fukushima selepas pekerja diarahkan meninggalkan seketika tempat itu semalam kerana tahap radiasi meningkat.

Gambar: PENDUDUK Fukushima diperiksa radiasi sebaik tiba di bandar Nihonmatsu.

Pihak berkuasa berkata, tahap radiasi di ibu negara itu 10 kali tinggi daripada normal tetapi tidak membahayakan kesihatan manusia di bandar yang mempunyai 13 juta penduduk.

Pencemaran radiasi dilaporkan melanda Tokyo sejak 24 jam lalu meskipun pada tahap rendah dan kebakaran di loji nuklear berkenaan awal daripada itu meningkatkan lagi kebimbangan, lapor agensi berita Kyodo.

Pakar nuklear dan ahli akademik berkata, penyelesaian sedang dicari untuk mengawal kebocoran radiasi di loji Daiichi, wilayah Fukushima bagi mengelakkannya menjadi bencana nuklear paling teruk dalam sejarah.

“Ini adalah mimpi buruk yang berlaku perlahan-lahan,” kata pakar penyelidik di Pusat Pengajian Antarabangsa, Institut Teknologi Massachusetts, Dr Thomas Neff.

Pekerja loji itu cuba membina laluan bagi membolehkan jentera bomba masuk ke rektor nombor 4 yang terbakar. Stesen televisyen NHK menunjukkan asap atau wap kelihatan naik di kemudahan itu kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan).

Bimbang dengan krisis yang dihadapi pekerja loji yang bekerja termasuk keletihan selepas bekerja berhari-hari sejak gempa bumi melanda, pihak berkuasa mengarahkan 750 pekerja untuk pulang dan hanya tinggal 50.

Mereka yang tinggal diarahkan keluar sejam selepas itu kerana tahap radiasi terlalu tinggi tetapi kemudian dibenarkan kembali, kata pegawai rasmi.

Pihak berkuasa menghabiskan beberapa hari terdesak untuk mengelakkan air yang digunakan untuk menyejukkan radioaktif daripada mendidih yang boleh menyebabkan kepanasan dan membebaskan bahan radiasi berbahaya di atmosfera.

Tahap 400 millisievert sejam direkodkan berdekatan rektor nombor 4, kata kerajaan. Pendedahan kepada lebih 100 millisieverts setahun boleh membawa kepada kanser, kata Persatuan Nuklear Dunia.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan meminta 140,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah.

Jepun bimbang kebocoran serius bermakna ia akan sama dengan insiden nuklear paling teruk sejak Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Sejak gempa bumi dan tsunami melanda Jumaat lalu, empat letupan berlaku di loji nuklear yang rosak itu, terbaru letupan di reaktor nombor 2 dan 4.

Angka kematian rasmi kerana gempa dan tsunami mencecah 4,000 manakala lebih 7,000 lagi senaraikan sebagai hilang.

Salji menjejaskan lagi keadaan ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa dan tsunami kerana terpaksa bermalam dengan kesejukan akibat bekalan elektrik terputus.

Kebimbangan terus menyelubungi kerana radiasi dikhuatiri sampai kepada penduduk di barat laut Amerika Syarikat dan Kanada.

Pihak berkuasa memberi amaran orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil pottasium iodin bagi melindungi daripada kanser.

Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945. – Reuters








[Bergambar] Ribut Landa Ibukota, Lebih 20 Kenderaan Dihempap Pokok

SShah Alam: Lebih 20 kenderaan rosak, enam daripadanya rosak teruk apabila dihempap pokok dalam kejadian ribut lebih sejam di Seksyen 31, Kota Kemuning, dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

ANTARA kenderaan dihempap pokok dalam kejadian ribut di Seksyen 13, Shah Alam petang semalam.

Kejadian itu juga mengakibatkan lebih 100 pokok yang ditanam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bahu jalan beberapa kawasan taman perumahan dan zon industri, turut tumbang.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Shah Alam, bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memotong dan membersihkan beberapa batang pokok yang tumbang di beberapa jalan yang turut mengakibatkan kesesakan.

Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata petugas Bilik Gerakan Bencana MBSA turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu penduduk yang terbabit sebaik menerima maklumat.

Seorang pemilik kereta yang rosak dihempap pokok, Farish Effendy, berkata sebelum kejadian, beliau meletakkan kenderaannya di depan sebuah restoran di Jalan Anggerik Mokara di sini, untuk bertemu seorang rakannya.

Katanya, kejadian itu berlaku sekelip mata dan beliau terkejut apabila sebatang pokok di depan restoran berkenaan tumbang dan menghempap kenderaannya.

Penduduk, Mohd Salleh Rosman, pula berkata kejadian bermula dengan hujan air batu kira-kira jam 5.30 petang, selama kira-kira 10 minit, diikuti hujan lebat dan angin kencang.

"Selain kenderaan, khemah surau dan pasar malam turut diterbangkan angin kencang," katanya.

Seorang lagi mangsa, Manaf Ismail, 47, pula kerugian apabila van yang diletakkan bersebelahan kenderaan Farish turut dihempap pokok berkenaan.

Beberapa kenderaan turut menjadi mangsa ribut tidak jauh dari Pondok Polis Kota Kemuning dan di depan pangsapuri berdekatan.

Pemilik restoran, Zaidi Abas, 48, berkata beberapa pelanggannya kelam-kabut menyelamatkan kenderaan sebaik ribut berlaku.

"Syukur semua pelanggan saya berjaya menyelamatkan kenderaan mereka walaupun beberapa kenderaan lain yang ditinggalkan pemilik berdekatan restoran menjadi mangsa pokok tumbang," katanya. -BH










Wanita Dibunuh Anak Perempuan Ditikam

Johor Bharu - Seorang penjenayah sempat meminta izin untuk menggunakan air seorang penduduk bagi membersihkan darah yang memenuhi muka dan bajunya selepas menyamun dan membunuh seorang tukang urut wanita semalam.

Gambar: BEBERAPA jiran melihat mayat Demah (kiri) yang mati ditikam dua lelaki di Johor Bahru semalam.

Kejadian pukul 3 petang di sebuah rumah di Jalan Seniman, Kampung Sri Serdang di sini itu menyebabkan Demah Cinak, 43, mati di tempat kejadian. Anak angkatnya, Mahmudah, 35, yang turut berada di rumah ketika kejadian pula parah ditikam.

Demah yang ditikam di perut mempunyai status penduduk tetap manakala Mahmudah warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci.

Seorang jiran, Norfarhana Zamir, 16, memberitahu, ketika kejadian dia sedang membasuh pakaian sebelum terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh.

Katanya, sebaik keluar dia ternampak seorang lelaki bermandikan darah di muka dan bajunya sebelum penjenayah itu meminta izin seorang jiran lain menggunakan air untuk membasuhnya. -kosmo


'Aku tikam jika kau urut lelaki'




JOHOR BAHRU: Tidak tergambar kesengsaraan dialami seorang wanita yang hamil empat bulan apabila dia bukan saja ditikam bapa kandung di rumahnya di Kampung Sri Serdang, di sini, petang semalam, malah pisau berkenaan terpacak di belakang badannya kira-kira empat jam sebelum berjaya ditarik keluar.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Dewi, 43, maut ditikam di perut, manakala mangsa yang hanya dikenali sebagai Idah, 28, parah apabila pisau itu ditusuk sehingga hampir mengenai tulang belakangnya.

Difahamkan, pasukan perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan imbasan X-ray sebelum mengeluarkan pisau berkenaan bagi mengelak kecederaan lebih parah sekiranya senjata itu terkena tulang belakang mangsa.

Selain itu, pasukan perubatan perlu berhati-hati bagi memastikan bayi dalam kandungan mangsa selamat berikutan dia kehilangan banyak darah. -hm


Inilah Top 7 Keajaiban Dalam Islam

Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramida di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, karena di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin para pembaca bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?

Memang tujuh keajaiban lain yang kami akan sajikan di hadapan pembaca sekalian belum pernah ditayangkan di TV, tidak pernah disiarkan di radio-radio dan belum pernah dimuat di media cetak. Tujuh keajaiban dunia itu adalah:

1 Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul hewan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,

“Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, “Haiwan ini akan keluar diakhir zaman ketika rusaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Khabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,

“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, hewan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”. [HR. Muslim dalam Sohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

2 Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- , mengapa sampai pohon ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- bertutur,

“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu- berkata: “Adalah dahulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut” .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Dulu Nabi -Solallahu ‘alaihi wa sallam- berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang korma itu pun merintih. Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang korma itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Sohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

3 Untaian Salam Batu Aneh

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam? Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya, Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Sohih-nya (1782)].

4 Pengaduan Seekor Unta

Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh karena itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk kedalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi -Sollallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Sollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke belakangnya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata, “Unta itu milikku, wahai Rasulullah”.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, “Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, karena ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”.
[HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

5 Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup boleg berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadits berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- menerima hadiah, dan tak mau makan sodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah dicampur racun. Lalu Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa ia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur Al-Ansoriy. Maka Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan membawa surat), “Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab, “Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”. Kemudian Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,”Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khaibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus”. [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

6 Batu yang Berbicara

Setelah kita mengetahu adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi -Soallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara mengikut hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, “Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara secara hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)]

7 Semut Memberi Arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita rekaan tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiktion belaka alias omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,

“Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata: “Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”.Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari. Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kokoh di hati kaum para muslimin