16 Jan 2011

Kenapa BERNAMA Kelam-Kabut Laporkan Kes Pramugari Malaysia Mati Di Amsterdam?

Polis Amsterdam Tolak Unsur Jenayah Dalam Kematian Pramugari MAS

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Polis Belanda menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam Jumaat lepas.

Jurucakap Wisma Putra berkata Ahad polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin, 34, ditemui kira-kira 9 pagi hari tersebut oleh tetamu hotel, tempat beliau menginap.

Chin dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Jan.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail.

Bercakap kepada pemberita semasa melancarkan kempen balik kampung rumah selamat di USJ Summit di sini, beliau berkata pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama dengan polis Amesterdam bagi menyelesaikan kes tersebut.

Sementara itu, Pengarah Operasi MAS Kapten Azharuddin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, MAS kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Amsterdam yang sedang menyiasat untuk menentukan sebab-sebab kematian Chin.

Azharuddin berkata pihak MAS sedih dengan berita kematian Chin secara mengejut itu.

Kehilangan beliau disedari bila beliau gagal melaporkan diri untuk taklimat pra-penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata Chin menyertai MAS pada 1997 dan rekod perkhidmatannya sepanjang masa adalah cemerlang.

"Chin disifatkan oleh rakan sebagai cukup berdisiplin, mesra dan peramah. Beliau meninggalkan suami dan seorang anak ," kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah menasihatkan pramugara dan pramugari semasa di luar negara, berjalan secara berkumpulan dan tidak bersendirian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Chin.-- BERNAMA


Berita sebelumnya:


Kematian pramugari MAS akibat perbuatan jenayah, kata polis Amsterdam

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Polis Belanda menyatakan kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam, pagi Jumaat lepas adalah akibat perbuatan jenayah.

Jurucakap Wisma Putra berkata hari ini polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin, 34, ditemui pada kira-kira 9 pagi hari tersebut, oleh tetamu hotel dan sebelum itu beliau dipercayai telah diserang dan dicampakkan keluar tingkap dari bilik di tingkat empat hotel tempat beliau menginap.

Biliknya dilaporkan telah dipecah masuk dan digeledah.

Beliau dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Jan.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail. — Bernama


Ulasan GB

Apa sudah jadi dengan agensi berita nasional BERNAMA ini.

Sudahlah berita-beritanya kebanyakannya tidak objektif dan tidak berkecuali, sehingga berita yang tak menyentuh politik pun lintang pukang.

GB ingat GB tersilap baca, rupanya wartawan TMI turut perasan...



Pakatan Rakyat Demo Kenaikan Tol LEKAS

Seremban – Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini menganjurkan demonstrasi bagi mendesak syarikat konsesi Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) Sdn Bhd agar tidak menaikkan kadar tol dalam masa terdekat, semalam.

Demonstrasi berkenaan diketuai Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook dan diadakan di lokasi berhampiran Plaza Tol Paroi, dekat sini.

Mereka berbuat demikian selepas mendapat tahu bahawa kadar tol di lebuh raya berkenaan akan dinaikkan daripada sumber yang tidak didedahkan mereka.

Kira-kira 100 pemimpin dan ahli parti-parti komponen PR menyertai demonstrasi yang bermula jam 11 pagi hingga 12 tengahari itu.

Antara barisan kepimpinan yang hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran; ADUN Mambau, Wong May May; ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin; ADUN Temiang, Ng Chin Tsai; ADUN Bahau, Teo Kok Seong; ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan ADUN Sikamat, Aminuddin Harun.

Menurut Siew Fook yang juga Ketua Pembangkang di negeri ini, ada sumber memberitahu beliau kadar tol Lekas mungkin dinaikkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti sumbernya itu kepada media.

“Saya juga akan membentangkan usul membantah kenaikan kadar tol Lekas di Parlimen kerana ia dikhuatiri membebankan pengguna lebuh raya ini,” katanya.

Demonstrasi aman itu bersurai tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku. -SH

Pencuri Kantoi Tersangkut Di dalam Lif Rosak

Terjebak di Lift, Pencuri Minta Bantuan Polis

COLOGNE - Sial sekali nasib kedua pencuri ini, ketika mereka mencuba untuk menerobos masuk ke dalam sebuah pebabat, mereka malah terjebak di lift.

Kedua pencuri ini akhirnya cuba menghubungi polis Jerman karena mereka tidak dapat lolos dari lift tersebut karena rosak.

"Hal ini kedengarannya sangat bodoh," ujar salah seorang pencuri kepada polis Cologne melalui telefon darurat di lift, "Tampaknya kami terjebak saat menerobos masuk pejabat di lift ini."

Ketika polis tiba mereka menemukan kedua pencuri tersebut terjebak dalam sebuah lift di sebuah bangunan pejabat.

"Pencuri tersebut vuba menerobos ke dalam bangunan tersebut dan tampaknya ingin naik ke lantai atas dan akhirnya mereka terjebak di dalam lift," ujar polis seperti dilaporkan Reuters, Jumaat (14/1/2011).

Keduanya memutuskan untuk menghubungi polis setelah salah satu dari mereka cedera kerana berusaha untuk memecahkan pintu lift.

Pemadam kebakaran pun akhirnya diturunkan untuk membantu keduanya. Kedua pencuri sial ini akhirnya digari dan dibawa ke balai polis.

Nenek Harap Cucunya Bertaubat

Jempol - Walaupun suaminya mati di tangan sekumpulan penjenayah remaja yang melibatkan cucu sendiri pada malam Khamis lalu, pertalian darah mendorong seorang nenek sanggup menjadi pemaaf dengan menganggap peristiwa hitam itu sebagai satu ujian tuhan.

Halimah Yasin, 57, berkata, dia reda dengan kematian suaminya, Mohtar Yusof, 71, yang diserang dan ditikam dengan pisau dari belakang dalam kejadian di Felda Palong Dua di sini.

"Peristiwa itu sudah berlaku. Walaupun dia (cucu) terlibat, saya sudah memaafkan serta ampun kesalahannya.

"Saya harap dia insaf dan bertaubat,'' kata Halimah ketika ditemui di rumahnya semalam.

Pasangan warga emas itu pulang daripada satu kenduri tahlil pada malam kejadian sebelum mendapati bilik tidur mereka sedang digeledah.

Mohtar yang bergelut dengan kumpulan penjenayah remaja berusia 15 hingga 18 tahun itu akhirnya ditikam dengan pisau dari belakang sebelum kesemua suspek lari bersama wang dan barang kemas bernilai RM10,000.

Halimah yang tidak berupaya menyelamatkan suaminya sempat melihat kelibat cucunya itu yang berusia 17 tahun dan menetap di Melaka. -kosmo

Berita Terkait

Cucu Bawa Kawan Rompak Dan Bunuh Datuknya

Peguam Ummi Hafilda Tak Tahu Undang-undang - Karpal

George Town: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pada Ahad menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu mehamami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.

Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.

"Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun...hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya... dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik," kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau mengulas tindakan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman berjumlah RM100 juta.

Karpal berkata, pada 1997 memang beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan kononnya terbabit dengan kegiatan salahlaku seks terhadap Azizan.

"Ketika itu, Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohktar Abdullah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor kesemuanya menolak desakan saya malahan menyatakan bahawa ia adalah tidak benar dan bermotif politik," katanya.

Beliau berkata, hanya selepas dipecat pada 1998, Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat melibatkan Azizan dan beliau kemudiannya membantu Anwar setelah diminta oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya, pada 2004 Anwar kemudiannya didapati tidak bersalah dan dibebaskandari tuduhan kes liwat itu setelah Mahkamah Persekutuan mendapati keterangan Azizan tidak boleh diterima.

"Jadi tiada sebarang asas dakwaan kononnya saya telah melanggar kepercayaan Ummi Hafilda mahupun melanggar sebarang etika seorang peguam," katanya.

Karpal juga menyelar desakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mahukan Peguam Negara mengeluarkan sapina terhadap beliau sebagai saksi kes liwat kedua Anwar yang melibatkan pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, kes kedua Anwar yang melibatkan Saiful Bukhari pada 2008 itu tidak berkaitan langsung dengan kenyataannya pada 1997 kerana kes melibatkan Azizan itu telah selesai.

Beliau menyifatkan pihak yang membuat desakan itu sebagai tidak mempunyai asas dan tidak faham undang-undang. - BERNAMA

[Bergambar & Video] Kisah Benar: Ada Kambing Atas Pokok!

Kambing-kambing di atas pohon bisa ditemukan di Maghribi. Kambing-kambing ini memanjat pohon untuk memakan buah dari pohon Argan, yang serupa dengan buah zaitun.

Para petani tempatan biasa mengikuti kawanan-kawanan kambing ini saat mereka berpindah dari satu pohon ke pohon yang lainnya. Bukan kerana ingin melihat keanehan ini, melainkan berusaha mendapatkan biji-biji kacang dari sisa buah yang biasanya tidak dimakan oleh kambing-kambing itu.

Tiap kacang berisikan 1 hingga 3 biji yang bisa digunakan untuk membuat minyak Argan dan bahan kosmetik lainnya. Minyak ini telah digunakan orang selama ratusan tahun, tetapi perlahan-lahan pohon Argan semakin sulit ditemui akibat kayunya yang sering ditebang dan juga akibat kerosakan disebabkan kambing-kambing yang memanjatnya.

Untuk itulah sekelompok orang dan organisasi mencoba berusaha untuk menyelamatkan pohon ini dengan menjadikan lokasi utama dimana pohon ini tumbuh sebagai kawasan lindungan. Mereka juga ingin dunia memberi perhatian pada minyak Argan ini, rasanya yang lazat dan mengandung bahan anti-penuaan akan banyak dicari orang.

Bagaimanapun juga akan sulit untuk menjual minyak ini, jika orang yang akan menggunakannya untuk wajah atau memakannya menyedari dan terbayang minyak ini diperolehi dari sisa makanan kambing.

Untuk itulah satu kempen dirancang untuk mencegah kambing-kambing itu memanjat pohon-pohon Argan pada masa-masa tertentu dalam setahun untuk membiarkan buah-buahnya masak dan jatuh dengan sendirinya. Biji-bijinya lalu dikumpulkan dan diproses menjadi minyak.










[Bergambar] Brazil Berkabung 3 Hari, Dilanda Banjir Besar Sebaik Saja Wanita Dilantik Presiden

Brazil isytihar tiga hari berkabung tragedi bah terburuk

TERESOPOLIS: Brazil hari ini mengisytiharkan tiga hari berkabung di seluruh negara selepas lebih 560 penduduk terkorban akibat banjir dan tanah runtuh terburuk di Rio de Janeiro sejak seminggu lalu.

Pekerja kecemasan di zon bencana di Wilayah Serrana, di utara Rio kini bertungkus-lumus bagi mengira mayat dengan lori digunakan untuk mengangkut untuk pengkebumian.

Pekerja pengangkutan berkata, mereka bimbang jumlah mayat dijangka bertambah selepas pekerja penyelamat masih meneruskan kerja mencari mangsa di kawasan runtuhan.
President Brazil, Dilma Rousseff mengumumkan tiga hari berkabung.

Pihak berkuasa Rio de Janeiro berkata, negeri itu akan mengadakan seminggu penuh untuk berkabung bermula esok.

Sehingga lewat semalam, angka korban akibat banjir dan tanah runtuh mencecah 558 dengan kawasan teruk terjejas ialah Bandar Teresopolis, Nova Friburgo dan Petropolis. - AFP

Ulasan GB

Selepas banjir besar, tanah runtuh pula. Kedua-dua berlaku sebaik saja Brazil menaikkan seorang wanita sebagai Presidennya pada awal bulan ini. Ada hal yang perlu dierungkan!


Presiden Wanita Pertama Brazil angkat sumpah.

BRASILIA : Dilma Rousseff mengangkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Brazil pada Sabtu (1/1/2011), menggantikan presiden yang sangat populer di Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Rousseff (63) yang merupakan bekas ketua kabinet Lula, mengangkat sumpah sebagai presiden di Parlimen Brazil setelah upucara perarakan ringkas sambil dia melambaikan tangan ke arah 70.000 rakyat yang berbaris di sepanjang jalan.

Ia bersumpah di depan para anggota parlimen sebelum menandatangani dokumen resmi yang menjadikannya ketua negara Brazil. Pemimpin baru itu kemudian memberi ucapan kenegaraan pertamanya sebagai presiden.

Ia juga menyampaikan rasa hormatnya kepada bekas Presiden Lula, seraya mengatakan ia telah merasa sangat dihargai semasa berada di bawah pemerintahan presiden Lula dan berjanji untuk meneruskan "masa kemenangan" pendahulunya itu.

Rousseff yang mengenakan pakaian putih dan terlihat ceria dan gembira , bergegas dari bangunan Parlimen menuju istana presiden, di sana bekas Presiden Lula menunggu untuk secara simbolik menyerahkan selendang presiden berwarna hijau dan kuning emas kepadanya, serta meraikan para presiden dari negara-negara Amerika Latin.

Lula, yang wajib mengundurkan diri setelah mencapai umur pencen menurut Perlembagaan Brazil iaitu setelah dua penggal memegang jawatan presiden, ia meninggalkan kegemilangan dan populariti serta karismanya untuk memberikan peluang bagi Rousseff agar terpilih menggantikannya.

Ia belum mengumumkan tentang rencananya di masa pencennya, namun beberapa bulan lalu ia pernah memaklumkan bahwa ia tidak akan mengabaikan peluang untuk kembali ke kursi presiden setelah mandat empat tahun Rousseff berakhir.













[Bergambar] Setahun Derita Seorang Anak Berkepala Besar

Baling - Semalam merupakan ulang tahun kelahirannya yang pertama namun Nur Umairah Mohd. Zaidi masih menanggung penderitaan apabila kepalanya terus membesar dan kini melebihi kepala orang dewasa.

Gambar: NORBAIZURA memangku anaknya, Nur Umairah yang menyambut ulang tahun pertama sambil diperhatikan Hasliza (kanan) di Baling semalam.

Secara kebetulan hari lahirnya jatuh pada hari Keputeraan Sultan Kedah menyebabkan Majlis Kebajikan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Baling di sini mengadakan majlis kesyukuran sebagai tanda prihatin kepada bayi berkenaan.

Naib Pengerusinya, Hasliza Harun bersama anggota Mayang Zon Kuala Ketil meluangkan masa melihat keadaan bayi tersebut dan mengadakan majlis doa selamat.

Walaupun sewaktu dilahirkan bayi ini mempunyai berat badan 3.9 kilogram namun penyakit dikenali sebagai Hidrosefalus menyukarkan dia bergerak.

Anak ketiga pasangan Norbaizura Dol, 30, dan Mohd. Zaidi Abdul Rahman, 35, yang dilahirkan tanpa rongga hidung itu juga terpaksa minum susu menggunakan tiub. -kosmo

Foto-foto sebelum




Polis Gelidah Pejabat ADUN Sri Muda Tanpa Waran

Pusat khidmat ADUN Sri Muda diserbu

SHAH ALAM – Polis menyerbu Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (gambar) dan merampas peralatan komputer milik beliau bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor melalui blognya.

Serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

Shuhaimi berkata, serbuan tersebut tidak disertakan waran, bagaimanapun beliau memberikan kerjasama penuh kerana merasakan pegawai polis yang ditugaskan juga bekerja di bawah tekanan dan arahan tertentu.

Menurutnya, beliau diberitahu petugas pejabat, polis akan datang pada 11.30 pagi mencari komputer yang dikatakan digunakan untuk memuat naik bahan seperti mana yang dibuat dalam aduan polis ke atasnya.

“Polis merampas satu unit pemprosesan pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan beberapa kad nama. Mereka cadang hendak ambil semua, saya kata tidak boleh sebab aduan ke atas saya. Jadi ambil komputer sayalah. Saya tidak tahu apa yang diambil tetapi saya berharap mereka bertindak dengan profesional, fokus kepada isu yang berbangkit.

“Polis tidak hubungi saya tetapi hubungi pejabat saya. Inilah tindakan yang kita katakan tidak sepatutnya berlaku. Kalau saya yang disiasat, maklumkan kepada saya kita akan memberikan kerjasama penuh. Kita minta polis juga profesional,” katanya.

Beliau berkata, serbuan dilakukan oleh 13 anggota polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) termasuk anggota yang berkawal di pintu pejabat serta tiga CSI.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkan melainkan rampasan komputer milik beliau.

Beliau juga akan mempertimbangkan dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan Awang Selamat.

“Saya minta polis segera menyiasat Awang Selamat yang memfitnah dan memutarbelitkan kenyataan, mengambil separuh daripada artikel yang ada di Internet, menggunakan itu untuk menimbulkan keadaan seolah-olah saya menderhaka (kepada sultan)," katanya.

Walaupun akhbar tersebut lidah rasmi UMNO, katanya, ia seharusnya lebih beretika dalam mengeluarkan pandangan supaya apa yang disiarkan boleh menyedarkan masyarakat dan memberikan manfaat bukan memburukkan keadaan. -SH

[Bergambar & Video] Singa Lawan Buaya

Gaborne – Satu pertarungan ganas ‘Raja Rimba’ melawan ‘Sang Bedal’ dirakam oleh seorang lelaki, Tony Goldman ketika melawat kawasan safari di Botswana, dia Afrika bersama anak lelakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pertarungan rimba itu tercetus apabila seekor buaya cuba membaham anak singa tetapi ia diterkam, dicakar dan digigit tiga ekor singa betina yang berada berhampirannya baru-baru ini.

“Buaya itu sempat menggigit seekor singa betina tetapi pemangsa tersebut mati dibaham kawanan singa betina berkenaan dalam pertarungan yang berlangsung sekitar 15 minit,” kata Goldman. – Agensi














PAS Umum Calon PRK Tenang Hari Ini

SENAI- “Calon yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bakal beri kejutan,” kata Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar), ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau bagaimanapun meminta semua pihak bersabar dan menantikan calon yang digembar-gemburkan untuk bertanding di kerusi itu.

Ketika ditanya mengenai calon yang terpilih itu, beliau berkata calon berkenaan merupakan seseorang yang dikenali di media massa.

Beliau berkata, pengumuman yang akan dibuat di pekan Labis turut akan dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dr Mahfodz juga enggan mengulas lanjut sama ada calon tersebut adalah wanita atau Ketua Penerangan Pas, Mazlan Aliman yang dikaitkan bagi bertanding di Tenang.

Difahamkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan hadir pada hari penamaan calon itu nanti.

Sementara itu, seramai 2,500 jentera petugas Pas telah mula berkampung di Tenang dan mereka juga akan diletakkan di kawasan pembuangan undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Sejak 8 Januari lepas, petugas-petugas Pas telah berkampung di Tenang dan membantu menggerakkan jentera parti bagi meraih undi,” katanya.

Menurutnya, setiap cawangan daerah dan negeri akan menghantar wakil bagi membantu melaksanakan tugasan seperti mengedar risalah, mengadakan ceramah dan bertemu pengundi dari rumah ke rumah.

“Selain petugas dari negeri Johor, negeri-negeri lain turut membantu seperti Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya.

Sebanyak 12 Unit Peti Undi (UPU) terdapat di DUN Tenang dengan 200 orang akan di letakkan untuk menjaga setiap kawasan dari segi pengiraan dan keselamatan.

“Jumlah berkenaan kemungkinan besar akan meningkat pada penamaan calon dan tempoh meraih undi selepas itu,” katanya.

Beliau berkata, dengan bilangan petugas yang ramai, jentera parti dapat digerakkan lebih cepat dan setiap kawasan seperti Felda dapat ditembusi.

“Banyak kerja yang perlu dibuat dan bukannya asyik sibuk berceramah sahaja. Justeru lebih ramai petugas diperlukan bagi mendekati pengundi dengan cara ukhuwah,” katanya.

Beliau turut yakin monopoli Barisan Nasional atau UMNO di Felda dapat dipecahkan memandangkan pengundi terutamanya generasi kedua di situ lebih cenderung kepada Pas.

“Berdasarkan kepada pemerhatian dan setiap kali turun ke kawasan Felda seperti di Felda Cemplak, pengundi terutamanya generasi kedua Felda, memberikan respons baik kepada Pas,” katanya. -SH

"Mahathir Pernah Ugut Kelantan" - TGNA Bersama Blogger

Bimbang K'tan dirampas halang PAS laksana hudud'

Gambar: Pertemuan TG Nik Aziz bersama blogger Pakatan Rakyat malam tadi. Gambar harakahdaily

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1969 dahulu.

"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran... dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, malam semalam.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.

"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Katanya hal demikian berlaku kerana berkat doa dan dakwah yang dilakukan membuatkan bukan Islam berasa selesa dan tidak takut dengan ajaran Islam.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata demikian ketika menjawab soalan penulis blog Azizi Abdullah yang mengutarakan soalan mendakwa semangat PAS untuk menegak undang-undang jenayah Islam itu dilihat "mengendur" selepas bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi respon terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada tahun 1993 dan belum dimansuhkan.

Bahkan ia juga telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana "ada halangan dan cabaran".

Katanya, pendirian kerajaan negeri pada ketika itu adalah memikirkan kemudaratan yang akan dihadapi kerajaan negeri itu sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

"Kalau laksana hukum hudud apakah, halangan dan cabarannya.(Oleh sebab itu) kita tak laksana (hukum hudud).

"Tetapi ia tetap dilaksanakan dalam bentuk yang lain," katanya yang juga seorang peguam.

Takiyuddin berkata walaupun tidak dilaksanakan, tetapi undang-undang kecil yang lain dapat diimplimentasikan.

Sementara, exco kanan Datuk Husam Musa pula menafikan tanggapan penulis blog yang bahawa tiada perkembangan berhubung isu tuntutan royalti minyak.

Katanya, tuntutan tersebut didokong oleh semua pihak, dan kerajaan negeri memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan permohonan tuntutan berkenaan.

"Ia bukan isu politik tetapi untuk menjaga amanah. Seperti mana yang disebut oleh Tok Guru, isu royalti adalah isu amanah, dan beliau adalah pemegang amanah, maka kita menuntut amanah itu bagi rakyat negeri Kelantan," katanya.

Sehubungan itu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan mengajak semua penulis blog dan Facebook hadir ke Mahkamah Tinggi Perdagangan Kuala Lumpur berhubung permohonan kerajaan pusat untuk mencelah menjadi defendan bagi isu tuntutan royalti minyak.

"Kita bantah permohonan itu," katanya sambil menambah permohonan itu berlangsung pada 27 Januari ini.

"Kerajaan pusat mungkin rasa Petronas berseorangan atau rasa mereka memerlukan bapa kerana tak sanggup menghadapi (kerajaan negeri) Kelantan," katanya sinis.

Tambahnya, pendekatan lain oleh kerajaan negeri berhubung isu berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sebelum majlis dialog itu dimulakan, Nik Aziz menyampaikan sedikit ucapan ringkas yang mana beliau menasihatkan penulis blog dan Facebook supaya tidak menulis sesuatu "sesuka hati".

"Tulis baik, balasannya syurga. Tulis jahat, balasannya neraka," katanya sambil merujuk tulisan dalam blog yang mendakwa beliau dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU, beberapa bulan lalu. -mk


Husam: Putrajaya mahu celah kes royalti minyak, didengar 27 Jan

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Putrajaya telah memfailkan permohonan mahu campur tangan dengan dibenarkan menjadi defendan kedua dalam kes royalti minyak dibawa kerajaan negeri Kelantan Ogos lalu.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata permohonan itu akan didengar pada 27 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan itu menambah, pentadbiran Najib seolah-olah mahu “membantu” Petronas agar tidak “keseorangan” menghadapi kes itu.

“Kita tidak akan berdiam diri, permohonan ini akan didengar pada 27 Januari ini... kerajaan pusat mahu mencelah untuk dijadikan defendan kedua,” kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

“Kita hanya namakan Petronas sebagai defendan tunggal yang mana Petronas telah menandatangani kontrak tapi kemudian pecah kontrak.

“Kerajaan pusat rasa Petronas keseorangan dalam kes ini dan telah pohon (untuk) mencelah. Betul-betul nampak mahu beri pertolongan kepada Petronas,” kata beliau ketika bercakap pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar Bersama Blogger di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sebahagian Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan.

Sebelum ini, Husam berkata dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah untuk menentukannya.

Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia. -TMI


Wartawan Buat Liputan Lawatan Najib Ditimpa Kemalangan

Bintulu -- Tiga wartawan akhbar tempatan cedera setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk membuat liputan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke projek hidroelektrik Bakun, kira-kira 233 kilometer dari sini Sabtu.

Gambar: Sebuah helikopter yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dapat membuat pendaratan kerana kabus tebal akibat cuaca buruk di ruang udara sekitar Empangan Hidro ElektriK Bakun di sini, hari ini. Rombongan beliau terpaksa membatalkan pogram lawatan ke empangan tersebut. - Foto BERNAMA

Wartawan Patrick Joseph dan jurufoto Ramidi Subari, kedua-duanya dari akhbar New Sarawak Tribune dan Ambrose Rirang dari Utusan Sarawak masih dirawat di Hospital Bintulu selepas kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi di Jalan Bintulu-Bakun.

Ketua Editor Kumpulan New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak, William Chan semasa dihubungi Bernama berkata keadaan ketiga-tiga petugas akhbar itu stabil dan kecederaan mereka tidak serius.

Patrick memberitahu Bernama ketiga-tiga mereka menggunakan sebuah kereta pelbagai guna untuk memulakan perjalanan dari sini ke Bakun kira-kira pukul 6 pagi.

Ketika mendekati persimpangan ke Skim Penempatan Semula Sungai Asap, kira-kira 50 kilometer dari tapak projek empangan Bakun, sebuah kenderaan pacuan empat roda dikatakan tiba-tiba muncul dari arah yang berlawanan dan bertembung dengan kenderaan mereka, katanya.

Sehingga kini, belum ada maklumat lanjut mengenai keadaan pemandu dan jumlah penumpang dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

Sementara itu, Najib yang dijadualkan tiba ke tapak projek hidroelektrik Bakun menggunakan helikopter terpaksa membatalkan hasrat beliau berikutan keadaan cuaca buruk.

Bagaimanapun, beliau meneruskan program lawatan ke Pekan Belaga untuk meninjau projek Klinik 1Malaysia dan menghadiri taklimat pembangunan infrastruktur di bawah program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan di sana.

Pada sebelah petang, Najib yang diiringi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan beberapa anggota kabinet Persekutuan dan negeri menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah panjang Uma Belor di Sungai Asap. -- BERNAMA

Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda

Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu

Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA (gambar kiri)

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI. Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.


"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agama menulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang 'liat'. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan," Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula 'ditugaskan' kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis 'surat Azizan' kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?"