7 Jan 2011

Episod Rogol Hendak Ditutup Begitu Saja?

Pasukan Pembela Siber Rais Mula Bertindak & Robengah "Mengaku" Tidak Diperkosa Rais

Dalam kes membabitkan DS Rais Yatim, jurublog pro-UMCO yang bersimpati dengan Rais memulakan langkah untuk membela Rais. Mereka menuduh dua jurublog elit, iaitu Rocky dan BigDog yang mendedahkan hal ini mempunyai agenda tertentu terhadap Rais. Tulisan mereka turut "mengutuk" dan "menyindir" dua orang jurublog elit tersebut, malah sudah wujud "banner" yang mempermainkan kedua-dua jurublog itu. Ada sesetengah jurublog yang seolah-olah mengishytiharkan perang terhadap kedua-dua blog elit tersebut.

Walhal kedua-dua blog elit itu tidak menuduh atau menyiar nama Rais dalam kiriman mereka. Cuba baca kiriman pertama mereka tentang hal ini. Dalam kiriman tersebut, kedua-dua blog menimbulkan persoalan, dengan harapan persoalan itu akan disiasat oleh pihak polis. Kedua-dua blog itu menulis berdasarkan pendedahan Wikileaks dan dokumen yang dikatakan dikeluarkan oleh Migrant Care.

Blog-blog pro-PR juga menulis artikel di blog masing-masing berpandukan dokumen terbabit. Hal ini sekaligus menolak dakwaan bahawa blog-blog yang menyentuh isu ini mereka-reka cerita atau membuat tuduhan liar seperti yang terkandung dalam kenyataan media menteri tersebut. Malah setahu saya, blog yang mula-mula mengaitkan nama Rais secara jelas dengan kes ini ialah MT. Selepas itu, barulah blog-blog lain mengaitkan secara langsung nama Rais dengan kes tersebut.

Tiada siapa pun yang menuduh Rais merogol amahnya secara melulu. Jurublog dan pemimpin pembangkang mempersoalkan kesahihan kes itu dan meminta Rais menafikan tuduhan itu. Hasilnya, selepas dua minggu mendiamkan diri, Rais menafikan tuduhan itu dan menganggap pendedahan itu hanya bermotif politik, berniat jahat, berisi tuduhan liar, dan sebagainya. Penafian semata-mata tidak mencukupi kerana lazimnya orang yang bersalah pasti akan menafikan kesalahannya. Justeru semua pihak meminta pihak polis dan SKMM menyiasat kes ini dan sehingga kini tiada tindakan serius yang diambil.

Timbul persoalan di sini:

* Mengapa Rais tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Migrant Care yang dikatakan mengeluarkan dokumen yang mengaitkan Rais dengan kes merogol amah?
* Mengapa Rais tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Robengah
* Mengapa Rais mengambil masa dua minggu untuk menafikan tuduhan itu sedangkan beliau mengambil tindakan pantas untuk menyaman Rocky dalam satu tulisan yang mengaitkan anak lelakinya dengan geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara?
* Mengapa Pak Lah yang dikatakan mengetahui kes ini masih belum menafikan dakwaan bahawa beliau menyembunyikan hal ini?
* Mengapa pihak polis masih lagi belum menjalankan siasatan mendalam?
* Mengapa SKMM masih belum menyiasat kes ini seperti yang ditimbulkan oleh Rocky?

Antara persoalan yang dikemukakan oleh jurublog pro-UMCO termasuklah:

* Mengapa Robengah menunggu 5 bulan sebelum mendedahkan hal itu kepada Migrant Care? Dalam hal ini, Robengah mungkin masih dalam keadaan trauma dan merasa malu untuk mendedahkannya. Robengah mungkin tidak "setabah" Saiful Liwat. Hal ini turut didedahkan dalam dokumen tersebut yang menyatakan bahawa Robengah tidak mahu kes ini diperbesarkan kerana hal itu akan mendatangkan aib kepada keluarganya.
*Mengapa Husam yang mungkin mengetahui hal ini tidak mendedahkan hal ini? Yang ini, Datuk Husam perlu perjelaskan sendiri.

Hari ini sekumpulan jurublog pro-UMCO telah mengunjungi Rais di kediamannya. Misi mereka ialah membersihkan nama dan membela Rais. Macam tidak percaya, Rais kini menggunakan blog untuk membersihkan namanya. Adakah ini salah satu strategi yang difikirkan oleh Rais selama dua minggu mendiamkan diri? Saya petik sedikit:

Ikuti temubual ekslusif yang berjaya kami lakukan bersama Sumati di kediaman DS Dr Rais semalam. Temubual ekslusif ini disaksikan oleh beberapa bloggers termasuklah RBF, Parpu Kari, Gerakan Anti PKR (GAP), Papa Gomo, Darul Ehsan Today (DET), Megat Pisau, Medan Info Kita, Sanggah Tok Janggut, Gelombang Rakyat dan saya sendiri, Cucu Tok Selampit. Sahabat kami, Minaq Jinggo ditugaskan untuk merakamkan keterangan yang diambil dari rakan sebilik Robengah selama 10 tahun, Sumati.

Walaupun kami bloggers seperti nama di atas kerap berselisih pandangan mengenai sesuatu isu, sering bertelagah dan bertengkar sehinggakan pernah tidak bertegur sapa selama beberapa ketika, dalam isu DS Dr Rais Yatim difitnah dengan tuduhan mengaibkan iaitu memperkosa orang gajinya sendiri, kami membuang perbezaan di antara kami demi membersihkan nama seorang Menteri Kabinet yang cuba dijatuhkan oleh pihak-pihak tertantu.


Selain menyiarkan luahan hati Rais dan isteri, kumpulan jurublog itu juga menyiarkan berita yang menyiarkan kenyataan Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat dan pengakuan Robengah yang mendakwa dirinya tidak pernah diperkosa (bersumberkan DetikNews, malah Astro Awani turut memetik berita di portal tersebut). Saya petik perenggan berkenaan:

Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerjaya Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat menegaskan, kasus dugaan pemerkosaan terhadap Tenaga Kerja Indonesia Rubingah (48) oleh Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rais Yatim, tidak pernah ada.

"Sudah ada keterangan langsung dari Ibu Rubingah dan juga pernyataan tertulis bahwa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja pada keluarga majikan Datuk Rais Yatim di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak pantas," kata Jumhur dalam rilis ke detikcom, Jumat (7/1/2011).


Kumpulan jurublog ini turut menyiarkan temubual eksklusif dengan pembantu rumah yang dikatakan rakan sebilik Robengah semasa berkhidmat di rumah Rais:

Sumati



Adakah dengan menyiarkan video ini, tuduhan terhadap Rais boleh didiamkan begitu sahaja? Adakah petikan daripada DetikNews itu sudah memadai untuk membersihkan nama Rais dan membakulsampahkan laporan polis yang telah dibuat oleh beberapa pihak? Orang mungkin akan mempersoal bahawa Sumati mungkin sudah diminta bercakap bohong. Kenyataan Robengah di Detik News itu mungkin direkayasa dan sebagainya. Justeru, penyiaran video dan laporan berita di portal itu bukanlah jalan terbaik untuk membersihkan nama Rais.

Jika benar Robengah tidak pernah diperkosa oleh Rais, maka pihak media seharusnya menemubual bekas amah tersebut (tidak perlu malu jika tidak diperkosa) dan siarkan pengakuannya di media. Malah, pihak polis perlu menemu bual bekas amah itu untuk melengkapkan siasatan mereka. Selain itu, Robengah perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan dokumen yang mendakwa bahawa dia telah diperkosa oleh Rais kerana dokumen itu turut mengaibkan dirinya.

Akhirnya, semua pihak yang prihatin berharap pihak polis dan SKMM menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya dan memastikan pihak yang teraniaya terbela. Jika Rais tidak melakukannya, maka ambillah tindakan terhadap pihak yang menulis dokumen yang mengaitkan beliau dengan tuduhan ini. Orang tertanya-tanya tentang sebab Rais masih tidak bertindak balas terhadap Migrant Care yang didakwa mengeluarkan dokumen yang menjadi punca dakwaan rogol tersebut. Setidak-tidaknya, Rais perlu meminta Migrant Care meminta maaf secara terbuka atau menarik semula dokumen tersebut.

Tidak perlulah meluahkan isi hati dalam blog-blog tertentu atau memuat naik video pengakuan orang tertentu kerana tindakan itu bukanlah cara untuk membersihkan namanya. Sebagai menteri yang berlatarbelakangkan undang-undang Rais seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membersihkan namanya daripada tuduhan itu. -duniacacamarba


Migrant Care Benarkan Pemerkosaan TKW

JAKARTA, KOMPAS.com — Migrant Care membenarkan dokumen rahasia yang dibocorkan situs penyingkap aib, WikiLeaks, soal kasus pemerkosaan tenaga kerja Indonesia bernama Robingah (46) dari Banjarnegara, Jawa Tengah.

Namun, lembaga pembela hak TKI ini mengaku sama sekali tidak pernah memublikasikan dokumen tersebut kepada publik kecuali Mabes Polri dan KBRI Kuala Lumpur.

"Desember tahun lalu WikiLeaks ungkap data tentang kasus pemerkosaan TKW (tenaga kerja wanita) di Malaysia. Kami nyatakan bahwa itu memang benar data investigasi kami. Namun, kami tidak pernah mempublikasikannya ke siapa pun," ucap Direktur Eksekutif Migrant Care Anis Hidayah, Jumat (7/1/2011) dalam jumpa pers di Warung Daun, Cikini, Jakarta.

Lebih lanjut, ia juga membenarkan soal pelaku pemerkosaan yang merupakan mantan menteri di Malaysia. "Walaupun ada asas praduga tak bersalah, di dalam laporan kami memang pelakunya mantan menteri," ujar Anis.

Ketika ditanya apakah benar mantan Menteri Komunikasi, Informasi, dan Kebudayaan Malaysia Rais Yatim yang melakukannya, Anis enggan menjawab. "Kami tidak bisa ungkap siapa yang melakukan, tapi kalau memang menteri itu sudah membantahnya, ya bisa jadi," ujarnya.

Dokumen rahasia terkait kasus pemerkosaan Rubingah yang terjadi di tahun 2007, ungkap Anis, hanya ditujukan untuk pihak pemerintah terkait, seperti KBRI Kuala Lumpur dan Mabes Polri. Dokumen diberikan ke Mabes Polri dengan tujuan melindungi Rubingah sebagai korban karena ketika itu masih belum ada Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban.

"Yang jelas kami merahasiakan dokumen itu karena itulah kemauan korban. Ia tidak mau kasus ini di-blow up ke media dan kami menghargai haknya. Kami juga berada di luar panggung kepentingan politik kecuali kami hanya minta keadilan buruh migran," tuturnya.

Seperti diberitakan, kabar mengenai dugaan pemerkosaan mulai merebak stelah situs penyingkap dokumen rahasia, WikiLeaks, membeberkan sebuah dokumen yang menyebutkan bahwa mantan Menteri Informasi, Komunikasi, dan Kebudayaan Rais Yatim memerkosa TKW asal Banjarnegara, Rubingah.

WikiLeaks dikabarkan mengacu pada Rocky Bru, seorang blogger ternama di Malaysia dan juga mantan Pemimpin Redaksi The Malaysia Mail. Di blog tersebut Rocky memberikan tautan dokumen Migrant Care tersebut. Peristiwa ini pun sekarang menghebohkan publik Malaysia setelah salah satu surat kabarnya, Harakah Daily, mengutip bocoran data tentang pemerkosaan ini. -kompas.com




Mangsa rogol rayu identiti tidak didedah

NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”

“Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia,”
petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi ketika itu, pengarah Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Anis Hidayah memberitahu Malaysiakini mereka tidak boleh menghebahkan kes itu kerana mangsa dan keluarganya- meskipun telah menjalani sesi kaunseling - menolak untuk membuat kenyataan umum dan mengheret menteri berkenaan ke mahkamah.

Isu yang tersorok selama tiga tahun itu muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia dikatakan didedah oleh laman WikiLeaks.

Ketua pengarang The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan juga menulis mengenai pendedahan WikiLeak dalam blog Rocky Bru kelolaannya. Menurut beliau Pejabat Perdana Menteri yang ketika itu di bawah Abdullah juga menerima laporan berkenaan.

Pada 27 Disember 2009, kumpulan pelindung pendatang asing, Tenaganita mendesak kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 19 Jun 2007 itu disiasat.

Pada laporan bertarikh Ogos 2007, Anis berkata perjumpaannya dengan mangsa berkenaan pada 24 Julai tahun yang sama di rumah mangsa di Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah untuk mendapatkan maklumat.

Setelah dipujuk, mangsa berkenaan yang telah bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu rumah kepada menteri berkenaan, akhirnya mengakui majikannya itu telah merogolnya.

Mangsa bagaimanapun merayu kepada Anis dan dua aktivis Migrant Care supaya kes perogolannya tidak dihebahkan kerana “bimbang malu ke atas dirinya, keluarga dan juga masyarakat di kampung mereka.”


Katanya, “beliau hanya orang kecil berbanding (menteri itu) adalah orang besar, jadi beliau amat takut dan meminta kes rogol itu ditutup,” petik laporan Anis. -malaysiakini


[Bergambar] Buaya Tembaga Ditangkap Di Kuantan

Buaya Tembaga ditangkap di Kuantan

Gambar: GEMPAR... Para anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Perhilitan Pahang berjaya menjerat lalu mengangkat seekor buaya Tembaga sesat di kampung Permatang Chengal di sini, hari. -fotoBernama

KUANTAN - Penduduk di kampung Sungai Soi dekat sini gempar apabila seekor buaya tembaga cuba melintas jalan di Lorong Permatang Chengal, Kampung Sungai Soi dekat sini.

Buaya terbabit ditemui pada jam 8.22 pagi di sebuah alur air, kira-kira 100 meter dari Sungai Kuantan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata sebaik menerima panggilan daripada orang awam pihaknya telah menghantar satu jentera bersama 13 anggota ke lokasi penemuan buaya berkenaan.

"Kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkap buaya berkenaan yang begitu agresif," katanya dekat sini, hari ini.

Buaya seberat 150 kilogram itu diserah kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya akan melepaskan buaya itu ke habitat asalnya hari ini yang jauh daripada kawasan penempatan.

"Ini bagi mengelak buaya berkenaan daripada mati," katanya.

Pada pertengahan bulan lepas pengunjung pantai peranginan Teluk Chempedak, digemparkan dengan penemuan seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram di kawasan pantai berkenaan.

Buaya berkenaan juga berjaya ditangkap dan dilepaskan semula ke habitat asal. -Bernama









"Imam Muda" Akan Berdakwah Kepada Orang Asli, Dibuka Kepada Warganegara Luar

Program realiti Imam Muda musim kedua akan melakukan perubahan besar di mana peserta akan masuk ke dalam hutan untuk menyampaikan dakwah kepada orang asli.

Program pencarian Imam Muda yang disiarkan oleh Astro Oasis yang telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia pada sesi pertamanya telah menguji para peserta dengan tugasan membaca Al-Quran, memandikan mayat dan juga menyembelih kambing.

Selain dari berdakwah kepada orang asli, di musim kedua ini ia akan menjadi lebih mencabar dengan tugas-tugas yang menyentuh hal-ehwal perubatan dan bahkan bagaimana menangani cabaran pelaburan dan pasaran saham.

"Program ini 'Imam Muda' memiliki nilai pendidikan yang sangat tinggi dalam hal menunjukkan bagaimana ajaran dan amalan Islam dilakukan," kata Zainir Aminullah, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

"Di negara umat Islam, kita menganggap bahawa Islam dipraktikkan oleh semua orang, tetapi tahap interpretasi dan pemahaman jelas berbeza-beza," katanya

Lebih istimewa ia bukan sahaja membuka peluang kepada peserta dalam negara malah kepada warganegara luar yang berminat.

"Penyertaan dibuka kepada warganegara luar berikutan permintaan mereka menerusi laman interaksi Imam Muda dan laman sosial Facebook," katanya.

“Ramai penonton dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei menyatakan hasrat untuk menyertai program ini. Oleh itu kami telah berbincang dengan pihak Jawi dan menganggap ia sebagai satu cabaran dan persaingan yang baik.

“Selain itu, ia juga terbuka kepada pelajar-pelajar luar negara yang sedang belajar di sini. Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap penguasaan Bahasa Malaysia juga sebab kita beri kelebihan kepada yang boleh berbahasa Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Imam Muda musim kedua di Restoran Al-Diafah, Seri Petaling di sini, Khamis.

Dalam pada itu, lokasi uji bakat turut ditambah berbanding musim lalu. Pertambahan lokasi iaitu di Kota Kinabalu, Sabah.

Bagi musim kedua, bakal imam-imam muda akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang imam, memimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Bagaimanapun mereka turut menerima cabaran baru bersesuaian dengan keadaan semasa seperti ekonomi, perdagangan dan perubatan Islam melalui ayat-ayat suci Al Quran.

“Modul dan pengisian lama masih dipraktikkan untuk musim ini, tetapi kita akan tambah modul terbaru mengikut cadangan yang bayak dikemukakan penonton pada musim lalu.

“Ia masih berteraskan kitaran kehidupan manusia seperti pendedahan kepada kes buang bayi, perkahwinan dan pengurusan jenazah di samping memperkenalkan beberapa topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam,” kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus-menerus memberi sokongan dan meneruskan kerjasamanya untuk memantapkan program Imam Muda.

Bagi yang berminat untuk menghadiri sesi uji bakat di jemput hadir ke lokasi-lokasi berikut.

22 –23 Januari 2011: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.
28 –29 Januari 2011: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.
11 –12 Februari 2011: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.
19 – 20 Februari 2011: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.
26 – 27 Februari 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
05- 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Kriteria masih lagi seperti musim lepas iaitu lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Bagi yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah serta surah-surah lazim dan mempunyai pengetahuan mendalam dalam agama Islam.

Siri pencarian Imam Muda musim kedua bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Oasis bermula 25 April 2011.

[Bergambar] Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat

Mangsa banjir di Kelantan meningkat 866 orang

KOTA BAHARU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kelantan semakin bertambah petang ini kepada 866 orang berbanding 376 mangsa yang dilaporkan pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sehingga kini sebanyak 13 pusat pemindahan telah dibuka di lima daerah iaitu Kota Baharu, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

"Meskipun keadaan cuaca di beberapa kawasan di negeri ini agak cerah hari ini tetapi faktor hujan yang masih turun secara renyai-renyai dan sederhana berterusan itu menyebabkan air yang menenggelami kawasan semakin naik.

"Seramai 866 mangsa membabitkan 298 keluarga kini ditempatkan di 13 buah pusat pemindahan di negeri ini iaitu enam pusat di Pasir Mas, tiga pusat di Kota Baharu, dua di Tanah Merah dan masing-masing satu di Bachok dan Pasir Puteh," katanya.

Jurucakap itu berkata, enam laluan ditutup kepada kenderaan ringan manakala satu ditutup kepada semua kenderaan.

"Penutupan laluan itu membabitkan daerah Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat. Laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah di KM 3 Jalan Pengkalan Rakit (Pasir Mas), KM 9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Pasir Mas), Jalan Pohon Tanjung-Meranti (Pasir Mas), KM 3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas (Pasir Mas), Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh (Tanah Merah) dan Jalan Cabang Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti (Tumpat).

"Satu laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah di Pasir Puteh iaitu KM2 Jalan Banir Belikong-Tasik Pauh," katanya.

Jurucakap itu berkata paras air di Sungai Golok kini masih bertahan di paras 9.9 meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai-sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. - BERNAMA







[Bergambar] Banjir Di Terengganu Semakin Buruk

Bah makin buruk di Terengganu 1,638 dipindahkan

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir yang melanda Terengganu sejak dua hari lalu bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,638 orang, berbanding 692 petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri berkata, sehingga 9 pagi ini, 935 orang daripada 283 keluarga di Hulu Terengganu dipindahkan berbanding 414 petang semalam manakala di Setiu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 403 orang berbanding 259 petang semalam.

Daerah Kemaman yang mula dilanda banjir petang semalam, semakin teruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 265 orang berbanding 19 petang semalam.

Di Dungun orang orang daripada dua keluarga dari Kampung Telaga Mas, Paka, dipindah ke Bangunan Umno Kuala Paka manakala di Marang, dua orang dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Temala semalam.

Jurucakap itu berkata semua jalan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu-Kelantan dan Pahang tidak terjejas dan masih boleh dilalui pagi ini.

Beliau berkata hampir semua sungai utama di Terengganu pagi ini mencatatkan paras air di tahap bahaya.

Sungai Besut di Jambatan Kruak kini setinggi 35 meter berbanding tahap bahaya 33 meter, di Kampung La setinggi 19.20 meter (bahaya 17.20 meter) dan Jambatan Jertih 8.90 meter (bahaya 7.30 meter).

Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja 37.50 meter (bahaya 35 meter), Kuala Jengai 19.80 meter (bahaya 18.30 meter), Jambatan Jerangau 12.50 meter (bahaya 10.90 meter).

Sungai Kemaman di Jambatan Tebak 21 meter (bahaya 19 meter), di Jambatan Ban Ho 19 meter (bahaya 17 meter), Jambatan Air Putih 15 meter (bahaya 13 meter).

Sungai Terengganu di Kampung Menerong 26 meter (bahaya 24.50 meter) dan di Kampung Dura 16.80 meter (bahaya 15.30 meter) dan Sungai Setiu di Kampung Besut 18.40 meter (bahaya 16.40 meter), Jambatan Chalok 10 meter (9 meter) dan Ibu Bekalan 8.10 meter (bahaya 7.30 meter). - BERNAMA





Rumah ADUN Sri Muda Disimbah Cat Merah

Pejabat Adun Sri Muda Disimbah Cat Merah

SHAH ALAM: Pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei di Kota Kemuning di sini disimbah dengan cat berwarna merah seperti amaran ala ejen pengutip hutang haram 'ah long'.

Shuhaimi dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata seorang petugas di pejabatnya yang tinggal di premis berkenaan terbau cat kira-kira pukul 6 pagi tadi dan sebaik memeriksa di bahagian bawah bangunan empat tingkat itu, mendapati pintu bawah dan kawasan sekitarnya dipenuhi percikan cat.

"Petugas terbabit juga mendapati ada kesan retakan pada cermin tingkap premis berkenaan," katanya yang kini berada di Indonesia.

Pembantu khas Shuhaimi Azmizam Zaman Huri berkata satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini berhubung kejadian itu.

Beliau berkata pihaknya menolak kejadian itu berpunca daripada ah long dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Premis ini juga dilengkapi dengan kamera litar tutup (CCTV) dan biarlah polis menjalankan siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Supritendan Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor 'beraja di mata, bersultan di hati' dalam blognya pada 30 Disember lepas.

Setiausaha sulit Sultan Sharafuddin Idris Shah Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan pada 4 Januari lepas, berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Kenyataan Shuhaimi itu boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci baginda.

Shuhaimi bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan bersedia menghadap Sultan Selangor untuk memohon maaf. - BERNAMA

Ulasan GB

Mujur juga ada rakaman CCTV. Mungkin ia akan banyak membantu mengesan "penjenayah" berkenaan dan motifnya.


Motif Penubuhan Suruhanjaya Diraja Oleh PM Dipersoalkan

Kes Teoh: S'jaya diraja tidak siasat punca kematian

Kerajaan akan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat sama ada wujud pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat mendiang Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Suruhanjaya yang akan diwujudkan dengan terma-terma khusus itu, akan "meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Najib berkata, panel suruhanjaya berkenaan akan diumumkan selepas mesyuarat kabinet pada Rabu depan.

Beliau berharap, siasatan oleh suruhanjaya itu akan dapat menyelesaikan kes tersebut.

Suruhanjaya berkenaan akan diwujudkan dalam tempoh tiga bulan selepas Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan tauliah pelantikan pesuruhjaya.

Najib juga berkata, suruhanjaya itu akan ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Peruntukan itu memberi kuasa kepada suruhanjaya berkenaan untuk menyiasat SPRM dan "kelakuan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."

Boleh dilanjut

"Tempoh suruhanjaya itu juga boleh dilanjutkan untuk tempoh masa sepertimana dibenarkan di bawah Seksyen 5 Akta 119," katanya.

Najib berkata peguam negara yang tidak berpuas hati dengan penghakiman terbuka itu akan memfailkan semakan di mahkamah tinggi Shah Alam bagi menyemak keputusan Mahkamah Koroner.

"Sudah tentulah peguam negara tidak gembira dengan penghakiman (inkues) dan mahu ia dirujuk ke mahkamah lebih tinggi untuk menyemak keputusan itu, katanya.

Oleh demikian, menurut Najib, punca kematian Teoh tidak akan dimasukkan dalam terma-terma khusus penubuhan suruhanjaya diraja berkenaan.

"Bagaimanapun, kerajaan akan meneruskan keputusan yang telah dibuat sepertimana yang saya nyatakan pada 17 Julai 2009 untuk wujudkan suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Perkara sebenar

Tambahnya, kerajaan bersimpati dengan apa yang telah dilalui oleh keluarga Teoh.

"Apa yang penting adalah untuk mengetahui perkara sebenar (yang berlaku terhadap Teoh).

"Kita harap mereka akan benarkan proses ini berlaku dan kita harap akan dapat pastikan (establish) apa yang sebenarnya berlaku," katanya lagi ketika ditanya.

Menurut perdana menteri lagi, beliau juga sedia menemui keluarga Teoh tetapi tidak pasti bila.

Pada Rabu lalu, mahkamah koroner membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh - iaitu beliau bukan bunuh diri mahupun dibunuh.

Pelbagai pihak kesal kerana setelah lebih setahun berlalu, punca kematian pegawai politik kepada seorang exco Selangor itu masih menjadi misteri.

Teoh, 30, dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima koridor Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoalsiasat oleh SPRM Selangor yang pejabatnya terletak di tingkat 14 bangunan yang sama. -mk

Ulasan GB

Ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan dari penubuhan Suruhanjaya Diraja yang hendak dibentuk oleh PM ini:-

1) Ia hanya untuk menyiasat sama ada wujud pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat mendiang Teoh, bukan meyiasat punca sebenar kematian Teoh. Sedangkan kematian Teoh itulah yang sepatutnya menjadi fokus utama.

2) Penubuhan Suruhanjaya Diraja tersebut hanya satu "lakonan" kerajaan kononnya bersimpati dengan keluarga mendiang Teoh. Untuk apa? Pilihanraya DUN Tenang?

3) Najib berkata peguam negara yang tidak berpuas hati dengan penghakiman terbuka oleh Koronen Azmil Muntapha, ini mendorong spekulasi mengenai "tidak berpuas hati itu". Apakah Peguam Negara hendak memastikan teori "Teoh membunuh dirinya" seperti yang pernah didakwa oleh seorang menteri BN dan pendakwa raya diterima oleh mahkamah?


Kes Teoh: Suruhanjaya Diraja Dibentuk, Penghakiman Koroner Azmil Muntapha Dipertikai

Kerajaan akan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat sama ada wujud pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat mendiang Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Suruhanjaya yang akan diwujudkan dengan terma-terma khusus itu, akan "meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Najib berkata, panel suruhanjaya berkenaan akan diumumkan selepas mesyuarat kabinet pada Rabu depan.

Beliau berharap, siasatan oleh suruhanjaya itu akan dapat menyelesaikan kes tersebut.

Suruhanjaya berkenaan akan diwujudkan dalam tempoh tiga bulan selepas Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan tauliah pelantikan pesuruhjaya.

Najib juga berkata, suruhanjaya itu akan ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Peruntukan itu memberi kuasa kepada suruhanjaya berkenaan untuk menyiasat SPRM dan "kelakuan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."

"Tempoh suruhanjaya itu juga boleh dilanjutkan untuk tempoh masa sepertimana dibenarkan di bawah Seksyen 5 Akta 119," katanya lagi.

Katanya, Peguam Negara juga akan memfailkan di Mahkamah Tinggi permohonan semakan keputusan inkues terhadap kematian Teoh.

Menurut perdana menteri lagi, beliau juga sedia menemui keluarga Teoh tetapi tidak pasti bila.

Pada Rabu lalu, mahkamah koroner membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh - iaitu beliau bukan bunuh diri mahupun dibunuh.

Pelbagai pihak kesal kerana setelah lebih setahun berlalu, punca kematian pegawai politik kepada seorang exco Selangor itu masih menjadi misteri.

Teoh, 30, dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima koridor Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoalsiasat oleh SPRM Selangor yang pejabatnya terletak di tingkat 14 bangunan yang sama. -mk

Ulasan GB

GB dah katakan sebelum ini. Inkues Benar-benar Buang Masa, Tubuhkan Segera Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Waspada : Sos Cili Pula Berperisa Cicak

Kali ni Sos Cili Berperisa Cicak Pula

Gambar: Nor Hayati Abu Bakar, 25, menunjukkan bangkai cicak yang ditemuinya dalam botol sos cili ketika menuagkan sos berkenaan ke dalam mangkuk di Pekan Langgar dekat sini hari, ini. -FotoBernama

ALOR SETAR, 7 Jan: Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas.

Nor Hashima Mohd Noor, 29, berkata bangkai cicak itu ditemui pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.

"Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak.

"Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak," katanya.

Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal.

Beliau turut membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Negeri dan kini menunggu keputusan hasil siasatan kejadian itu.

Nor Hashima yang menjalankan perniagaan makanan menggunakan sos berkenaan hampir 10 tahun dan ini adalah kali pertama perkara seumpama itu berlaku.

"Kami bimbang perkara seumpama ini akan berlaku kepada peniaga lain dan sekaligus menjejaskan perniagaan apabila berlaku kes keracunan makanan," katanya. -Bernama-

Ulasan GB

Beberapa hari lepas, kicap berperisa cicak. Kali ini sos cili pula.

Dua Insiden Libatkan Dua Kes Besar Negara - Rockys Bru & YB Shuhaimi Jadi Sasaran

Kes 1 : Rumah Rocky dipecah masuk, kereta dilarikan

Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.

Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.

"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya.

Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.

Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar pukul 3 lebih," katanya.

Ahirudin berkata kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu.

Ketua Polis Dearah Serdang Supt Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes itu. - Bernama

Kes kedua

Pejabat ADUN Seri Muda disimbah cat merah

Selepas kontroversi tulisan di blog yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor, pejabat ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei di Kota Kemuning, dekat Kota Raja disimbah cat merah awal pagi ini.

Menurut pembantu khasnya Azmizam Zaman Huri, cat merah memenuhi pintu depannya dikesan kira-kira jam 6 pagi tadi oleh seorang kakitangan pejabat yang bermalam di situ.

"Bagaimanapun kita tidak nampak orang (yang disyaki) sekitar kawasan ini," katanya.

Azmizam yang juga naib ketua Pemuda PKR berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis.

"Kira-kira jam 8 pagi pihak polis tiba dan membuat garisan kuning di sini. Kita tunggulah hasil siasatan. Di sini pun ada CCTV (kamera litar tertutup)," kata Azmizam. -mk

Ulasan GB

Kes pertama berkaitan rapat dengan Menteri perogol, kes kedua meibatkan isu perlantikan SUK.

Yang nyata ia dilakukan oleh golongan yang tidak puas hati terhadap kedua-dua kes berkenaan.

Mereka kini meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.

Abus Nawi Jalan Kaki 120 Km Pulangkan Dompet Cicir

Gua Musang, Abus Nawi, 73, seorang Orang Asli berjalan kaki dari tempat tinggalnya di hutan Lojing sejauh 120 kilometer selama tujuh jam semata-mata kerana mahu memulangkan dompet cicir seorang peserta ekspedisi Gunung Camai, di sempadan Kelantan-Perak.

Kejujuran Abus mendapat penghargaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di mana dompet itu diserahkan.

IPD itu mengadakan majlis khas menghargai kejujuran Abus.

Ketua Polis Daerah Supt Saiful Bahri Abdullah berkata Abus yang tinggal di dalam hutan di Hulu Kelantan telah berjalan sendirian ke IPD Gua Musang.

“Polis amat menghargai sifat kejujuran Abus yang memulangkan dompet itu kepada pemiliknya biarpun jauh meredah hutan belantara, inilah sikap sebenar rakyat Malaysia.

“Jadi kita adakan satu majlis khas untuk menghargai kejujuran Abus,” kata Saiful Bahri pada majlis penyerahan dompet Audi Hani Abdullah, 27, daripada Abus di IPD itu hari ini.

Katanya peserta ekspedisi Gunung Camai itu memulakan ekspedisi melalui Pos Brooke di Lojing pada 17 Dis lepas, dan mereka hadapi pelbagai rintangan sehingga tiga daripada 11 peserta itu terkandas selama dua hari di hutan di Hulu Kelantan.

Bagaimanapun, kata beliau, ketika pihaknya mengatur gerakan mencari selepas dua hari terkandas di hutan, ketiga-tiga mereka berjaya keluar semula dari hutan itu pada 23 Dis.

“Berikutan musim tengkujuh, Polis menasihatkan peserta ekspedisi mendaki gunung di kawasan Hulu Kelantan supaya melaporkan dahulu program perjalanan mereka di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Saiful Bahri berkata langkah itu bagi memudahkan anggota polis melancarkan gerakan mencari sekiranya berlaku kejadian kehilangan atau sesat.

“Perkara penting yang perlu dirujuk kepada balai polis – senarai nama peserta, gunung yang akan didaki, bila masa ekspedisi, berapa hari, jalan masuk dan jalan keluar,” katanya. – Bernama

Ulasan GB

Berupayakah kita menuruti kejujuran manusia bernama Abus ini?

Minyak Masak Kurang Bukan Kerana Belian Panik

CAP bimbang minyak masak tidak cukup

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap pengeluar minyak masak bagi menangani masalah kekurangan bekalan itu yang semakin menular ke seluruh negara.

“Tindakan tegas terhadap pengeluar perlu diambil memandangkan terdapat mereka yang mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak masak ke luar negara kerana ia lebih menguntungkan.

“Sikap pengeluar yang lebih mementingkan keuntungan ini telah membebankan rakyat biasa yang terpaksa berdepan dengan ketiadaan bekalan minyak masak terutama sekali minyak masak yang dijual dalam bentuk paket kecil,” kata presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris.

Katanya, kerajaan perlu bertindak tegas dengan membatalkan dengan segera lesen pihak pengeluar yang melakukan kegiatan ini demi untuk memastikan jaminan keselamatan makanan negara terjamin.

Tidak dapat diperolehi

Menurut SM Mohamed, tinjauan CAP di beberapa kedai runcit dan pasar raya di Pulau Pinang juga mendapati bekalan minyak masak terutama sekali di dalam bungkusan paket kecil tidak dapat diperolehi oleh pengguna.

Beliau berkata walaupun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah pada waktu ini dan jaminan bekalan yang mencukupi tetapi ia tidak mengambarkan keadaan sebenar.

“Jika bekalan minyak masak mencukupi di pasaran sudah tentu pengguna tidak akan melakukan pembelian panik akibat dicetuskan oleh kekurangan bekalan di pasaran dan kebimbangan akan berlakunya kenaikan harga.

“Oleh itu kerajaan perlu memastikan keadaan bekalan sentiasa terkawal dan terjamin terutama sekali bekalan minyak masak dalam paket yang mampu dibeli dan menjadi keperluan utama golongan bawahan,” katanya.


Mohamedjuga mahu kerajaan bertindakan terhadap kegiatan orang tengah yang sering memanipulasi keadaan dan mengambil kesempatan terutama sekali di peringkat ladang sehinggalah kepada pihak pengilang.

“Ini semua melibatkan masalah sistem pemasaran sedia ada yang perlu disemak semula oleh kerajaan terutama sekali dalam masalah yang melibatkan sistem pengedaran daripada peringkat pengeluar sehinggalah kepada pengguna,” katanya.

Menurut beliau, kekurangan bekalan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara kita kerana Malaysia merupakan negara pengeluar dan pengeksport utama produk minyak sawit dunia. -mk


2 lagi syarikat seleweng minyak masak dikesan

Produk bersubsidi dibotolkan untuk harga tinggi

KUALA LUMPUR: Dua lagi syarikat pembungkus dan pemborong minyak masak dikesan melakukan penyelewengan minyak masak subsidi kerajaan, menjadikan keseluruhannya enam syarikat disiasat atas kesalahan sama sejak awal bulan ini yang menyumbang kepada krisis bekalan minyak masak di pasaran.

Dua syarikat yang mula disiasat sejak semalam itu disyaki melakukan penyelewengan dengan membungkus semula minyak masak subsidi ke dalam botol dan menjualnya kepada industri kecil sederhana atau menyeludup keluar minyak masak subsidi ke luar negara untuk dijual pada harga lebih tinggi.

Kerajaan memperuntukkan 70,323 tan minyak masak subsidi setiap bulan yang dijual pada harga kawalan RM2.50 bagi setiap kampit satu kilogram (kg).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata syarikat terbabit akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dikenakan denda maksimum RM250,000, jika sabit kesalahan.

Katanya, siasatan akan dilakukan jawatankuasa bertindak dianggotai wakil KPDNKK, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Saya juga cadang kepada MPOB supaya batal lesen dan tarik balik kuota minyak masak subsidi yang diberikan kepada syarikat terbabit, jika terbukti mereka melakukan penyelewengan,” katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat pembungkusan minyak masak, Golden Palm Oil Industries di Bandar Tun Razak, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa negeri mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak sejak akhir bulan lalu dipercayai berkaitan pembelian panik di kalangan orang ramai. -BH


Ulasan GB

Apabila minyak masak tidak diperolehi di pasaran, kerajaan pada awalnya begitu cepat menuding jari kepada rakyat kononnya "belian panik" yang menyebabkan kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak tersebut.

Kini terbukti ia BUKAN disebabkan oleh belian panik, tetapi kegagalan kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sendiri di dalam mengawal dan memantau bekalan terutama syarikat syarikat pembungkus dan pemborong minyak masak yang melakukan penyelewengan disamping pengeluar yang mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak masak ke luar negara kerana ia lebih menguntungkan.

Jika bekalan minyak masak mencukupi di pasaran sudah tentu pengguna tidak akan melakukan pembelian panik akibat dicetuskan oleh kekurangan bekalan di pasaran dan kebimbangan akan berlakunya kenaikan harga.

Blogger AS Marah Batman Rekrut Muslim Sebagai Teman

Paris: Batman memang sering menentang ramai musuh tetapi kali ini wira komik itu juga terpaksa menghadapi kemarahan para blogger Amerika Syarikat berhaluan kanan yang marah kerana Batman telah merekrut seorang Muslim sebagai teman sampingan baru dalam usahanya melawan jenayah di Paris, Perancis.

Gambar: Bilal Asselah, 16 tahun, yang dahulunya dikenali Nightrunner

'Nama watak itu ialah Bilal Asselah, dan beliau adalah seorang Islam Sunni dari Algeria. Beliau juga adalah seorang pendatang yang cukup sihat dari segi fizikal dan pakar dalam bidang sukan parkour,' kata Encik Warner Todd Huston dalam tulisannya di laman web Publius Forum.

'Nampaknya Batman gagal mencari orang Perancis bagi menjadi 'penyelamat Perancisnya',' kata penulis berhaluan kanan yang kelihatannya mengetepikan warga Perancis berketurunan Afrika Utara itu berdasarkan istilah beliau tentang warga Perancis 'sebenar'.

Pada edisi Komik Tahunan Detektif dan Tahunan Batman yang dikeluarkan DC Comics bulan lalu, wira itu memutuskan untuk menubuhkan Batman Incorporated dan mewujudkan seorang superhero dalam setiap bandar di seluruh dunia untuk memerangi jenayah.

Wira yang dipilih Batman di Perancis ialah Nightrunner (yang sebenarnya Bilal yang memakai topeng), seorang pemuda berusia 22 tahun dari Clichy-sous-Bois, sebuah kawasan pinggir bandar di Paris.

Pergolakan di daerah pendatang itu pernah mencetuskan rusuhan di seluruh Perancis pada 2005. -- AFP.






Ngeri: Janda Dihumban Kekasih Dari Tingkat 10

Ampang: Seorang janda maut disyaki dihumban dari tingkat 10 Kondominium Bukit Pandan, Pandan Perdana, di sini, selepas bertengkar dengan kekasihnya, awal pagi semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu mati di tempat kejadian akibat parah pada seluruh badan. Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tempat letak kereta kondominium berkenaan, jam 3.10 pagi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan sebelum melaporkan kepada polis.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa bekerja sebagai kerani dan tinggal di Setapak Jaya, Sentul.

Difahamkan, mangsa, Lai Puai Sern, 28, yang bercerai tiga tahun lalu mempunyai dua anak perempuan berusia enam dan lapan tahun. Bagaimanapun, kedua-dua anak mangsa kini dijaga bekas suami.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Lai menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun selepas bercerai.

Dia yang ditemui di luar perkarangan Bilik Mayat Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) berkata, mangsa pergi ke kondominium berkenaan untuk bertemu kekasihnya itu, awal pagi semalam.

“Mangsa yang ditemani seorang rakan naik ke tingkat atas kondominium itu bersendirian, manakala rakannya hanya menunggu di dalam kereta. Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa ditemui jatuh berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah mengadu menghadapi masalah dengan kekasihnya berikutan hubungan cinta itu dihalang keluarga teman lelakinya.

“Malah, mangsa sebelum ini turut memadamkan semua SMS dihantar kekasihnya berikutan kecewa dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, kami terkejut kerana mangsa ditemui mati dalam keadaan tragis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita itu yang ditemui terjatuh dari kondominium berkenaan.

Menurutnya, polis tidak menolak andaian mangsa dicampak dari kondominium itu berpunca daripada pertengkaran dengan individu yang dikenali.

“Berdasarkan siasatan, ada penduduk mendakwa mendengar bunyi pertengkaran dari tingkat atas kondominium berkenaan. Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang mempunyai hubungan dengan mangsa dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Ditanya sama ada kematian mangsa berunsurkan kes pembunuhan, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu sehingga siasatan lengkap dilakukan. -hm


Surat Diplomasi Rasulullah Kepada Raja Dan Penguasa Dunia

Rasulullah sering berdakwah menggunakan utusan surat kepada raja raja dan penguasa penguasa dunia setelah Islam mulai kuat di Madinah dan mulai berkembang luas ke seluruh penjuru.

Surat-surat berkenaan mengajak raja-raja dan penguasa penguasa dunia menerima agama Islam. Salah seorang sahabat mengatakan ada diantara mereka yang enggan menerima surat-surat tanpa dicop mohor terlebih dahulu, maka Nabi saw memerintahkan para sahabat untuk membuatkan baginya cop mohor. Kemudian dibuatlah cop mohor berupa cincin yang berukiran kalimat “Muhammad Rasulullah“. Cop mohor ini dikenakan Nabi saw di tangan kanan beliau sehingga beliau wafat.


Cop Mohornya:



Semua surat surat Nabi saw yang dikirim kepada raja dan penguasa dunia disambut dengan baik dan sangat dihargai sekali oleh mereka kecuali surat beliau yang dikirim kepada Kaisar atau Khosrau II (Penguasa Persia). Setibanya surat beliau dan sehabis dibaca surat beliau dirobek robek oleh Khosrau. Rasulullah berdoa: “Ya Allah robek robeklah kerajaannya”.

Kalau kita membaca isi surat surat Nabi saw yang dikirim untuk penguasa penguasa dunia kita dapat lihat dengan jelas bahwa Rasulallah saw adalah seseorang yang ahli berdiplomasi dan sangat bijak berpolitik. Kita dapat melihat bahawa beliau sangat menghargai dan memuliakan kedudukan mereka sebagai penguasa dunia.

Di bawah ini terlampir 4 surat Nabi saw:

Surat Nabi saw untuk Raja Negus (Penguasa Ethiopia):



Isi surat:

Dari Muhammad utusan Islam untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia). Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahwa Isa putra Maryam adalah ruh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan ruh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk

Surat Nabi saw untuk Raja Heraclius (Kaisar Romawi):



Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dari Muhammad utusan Allah untuk Heraclius Kaisar Romawi yang agung.
Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Salain dari pada itu, sesungguhnya aku mengajak kamu untuk memeluk Islam. Masuklah kamu ke agama Islam maka kamu akan selamat dan peluklah agama Islam maka Allah memberikan pahala bagimu dua kali dan jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa orang orang Romawi.

“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. Al-Imran 64

Surat Nabi saw untuk Raja Khosrau II (Penguasa Persia):



Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Khosrau, penguasa Persia yang agung. Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan RasulNya, dan bagi orang yang bersaksi bahwa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi bawha Muhammad itu hamba Nya dan utusan Nya. Aku mengajakmu kepada panggilan Allah sesungguhnya aku adalah utusan Allah bagi seluruh manusia supaya aku memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat. Jika kamu menolak maka kamu akan menanggung dosa orang orang Majusi.

Surat Nabi saw untuk Al-Muqawqis (Penguasa Mesir):


Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad bin Abdullah utusan Allah, untuk al-Muqawqis penguasa Mesir yang agung. Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Selain dari pada itu, aku mengajakmu kepada panggilan Allah. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat dan Allah akan memberikan bagimu pahala dua kali. Jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa penduduk Mesir.“.

Setelah al-Muqawqis membaca surat Nabi saw, ia membalas surat baginda dan memberikan kepada baginda dua hadiah. Hadiah pertama berupa dua budak beliau bernama Maria binti Syamu’n al-Qibthiyyah yang dimerdekakan Nabi saw dan menjadi isteri baginda, darinya Rasulullah saw mendapatkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim (wafat semasih kecil), nama ini diambil dari nama datuk beliau Nabi Ibrahim as. Dan budak kedua adiknya sendiri Sirin binti Syamu’n Al-Qibthiyyah yang dijodohkan dengan Hassan bin Tsabit ra, sasterawan unggul pada zaman Nabi saw. Hadiah kedua berupa kuda untuk tunggangan baginda.