7 Jan 2011

Blogger AS Marah Batman Rekrut Muslim Sebagai Teman

Paris: Batman memang sering menentang ramai musuh tetapi kali ini wira komik itu juga terpaksa menghadapi kemarahan para blogger Amerika Syarikat berhaluan kanan yang marah kerana Batman telah merekrut seorang Muslim sebagai teman sampingan baru dalam usahanya melawan jenayah di Paris, Perancis.

Gambar: Bilal Asselah, 16 tahun, yang dahulunya dikenali Nightrunner

'Nama watak itu ialah Bilal Asselah, dan beliau adalah seorang Islam Sunni dari Algeria. Beliau juga adalah seorang pendatang yang cukup sihat dari segi fizikal dan pakar dalam bidang sukan parkour,' kata Encik Warner Todd Huston dalam tulisannya di laman web Publius Forum.

'Nampaknya Batman gagal mencari orang Perancis bagi menjadi 'penyelamat Perancisnya',' kata penulis berhaluan kanan yang kelihatannya mengetepikan warga Perancis berketurunan Afrika Utara itu berdasarkan istilah beliau tentang warga Perancis 'sebenar'.

Pada edisi Komik Tahunan Detektif dan Tahunan Batman yang dikeluarkan DC Comics bulan lalu, wira itu memutuskan untuk menubuhkan Batman Incorporated dan mewujudkan seorang superhero dalam setiap bandar di seluruh dunia untuk memerangi jenayah.

Wira yang dipilih Batman di Perancis ialah Nightrunner (yang sebenarnya Bilal yang memakai topeng), seorang pemuda berusia 22 tahun dari Clichy-sous-Bois, sebuah kawasan pinggir bandar di Paris.

Pergolakan di daerah pendatang itu pernah mencetuskan rusuhan di seluruh Perancis pada 2005. -- AFP.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.