4 Jan 2011

Harga RON97 Naik, Akan Diikuti RON95 Dan Minyak Masak

Harga petrol RON97 naik 10 sen

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam ini.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah.

“Ya, benar harga RON97 naik 10 sen esok, bermakna mulai tengah malam ini, hanya membabitkan kenaikan RON97,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada 1 Disember lalu, harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter. -TMI


Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini

Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oilMinyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.

Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.

Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.

"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.

Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.

ementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu.

Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.

Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.

oil palm under threat 010306 dyingHarga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.

"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.

Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok. - Bernama


Ulasan GB

Berdasarkan kepada "precedent", kerajaan UMNO BN akan "melaraskan subsidi" sebaik saja kenaikan harga minyak RON97.

Kenaikan harga RON95 meyusulinya.

Ia diikuti juga dengan kenaikan harga minyak masak jika berdasarkan kenyataan Bernama di atas dimana harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011.

Kenaikan RON95 & minyak masak akan berlaku SELEPAS pilihanraya kecil DUN Tenang apabila UMNO BN memenangi kerusi itu. Ini berdasarkan juga pengalaman-pengalaman yang lalu dimana sebaik saja kemenangan UMNO BN diisytiharkan di mana-mana PRK, kenaikan harga barang sudah menjadi semacam sesuatu yang pasti.


Majlis Angkat Sumpah Diteruskan.. Bermulalah Sketsa Perak 2

Istana Selangor teruskan majlis angkat sumpah SUK Khamis ini

Majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi Khamis ini akan diteruskan sebagaimana telah ditetapkan sebelum ini, kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini.

Munir berkata, majlis itu diteruskan kerana sepengetahuan Sultan Selangor, Khusrin telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Katanya, pada majlis tersebut akan diadakan upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Sultan Selangor.

Selain itu kata beliau, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpah taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor, pelantikan Jaksa Pendamai Selangor, Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

“Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru,” kata beliau petang ini.

Majlis itu akan diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

“Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.

“Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor,” katanya.

Malah menurut Munir, berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Semalam, Khalid berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” katanya.

Ulasan GB

Jika masih ingat, demikian kisah bermulanya episod rampasan Perak apabila istana meneruskan perlantikan MB daripada UMNO-BN.

Cuma kini ia dimulai dengan SUK.

Lengahkan Perlantikan Canselor UNISEL, S'ngor Cari Penyakit Lagi

Kerajaan negeri belum buat keputusan pengganti Rosmah: MB Selangor

SHAH ALAM, 3 Jan – Kerajaan Selangor belum membuat keputusan mengenai calon Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) walaupun ada cadangan melantik pemimpin politik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelantikan canselor baru itu hanya akan dibuat selepas kerajaan negeri bermesyuarat dengan Unisel.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini sebagai mengulas kenyataan pelajar Pro-Mahasiswa Unisel yang tidak mahu ahli politik atau yang berlatar belakang politik dilantik sebagai canselor baru menggantikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebelum ini, dilaporkan ada pihak mencadangkan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dilantik ke jawatan tersebut.

Pada November lepas, Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 mengumumkan pengunduran diri daripada jawatan itu sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada Februari ini.

Terdahulu pada satu sidang media pagi tadi, Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa Unisel Muhammad Nasir Abu Bakar berkata mereka mahukan seorang ahli akademik sebagai canselor.

Mereka turut mencadangkan kepada kerajaan negeri dan pihak pentadbiran Unisel agar mempertimbangkan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai canselor baru berikutan pengalaman luas beliau dalam bidang akademik.

Muhammad Nasir berkata penuntut Unisel juga menolak campur tangan parti politik dalam pembangunan pendidikan negara.

“Mahasiswa-mahasiswi Unisel menggesa supaya pendidikan bebas daripada campur tangan politik yang jelas menunjukkan bertujuan untuk menjaga posisi dan kedudukan seseorang,” katanya. – Bernama

Ulasan GB

Prestasi Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor setakat ini wajar dipuji sekalipun menerima pelbagai tekanan dari kerajaan Pusat dan UMNO BN di Selangor.

Namun ada perkara yang perlu diperbaiki.

Di dalam mengurus dan mentadbir negeri, bukan saja perlukan komitmen terhadap professionalisme kerja yang efisyien dan effektif, tetapi perlukan ketajaman dan ketangkasan bertindak dengan mengecilkan seminima mungkin ruang untuk musuh mengambil kesempatan.

Sebelum ini GB pernah menegur kelembapan Kerajaan Selangor di dalam isu SYABAS. Petikan:

Kerajaan Negeri Selangor perlu tegas. SYBAS perlu dirampas dan distrukturkan semula. Tidak boleh dibiarkan pegawai-pegawai SYABAS bertindak lebih sudu dari kuah.

Rakyat di belakang kerajaan negeri di dalam isu air. Pegawai SYABAS yang degil, keras kepala, ego dan berkepentingan perlu digugurkan dan diambil tindakan undang-undang agar mereka dapat disumbat ke dalam penjara.

Mana-mana anak syarikat yang enggan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri tidak sepatutnya dibiarkan menjadi trojan kepada UMNO BN untuk menghancur PR.

Dewan Undangan Negeri perlu membahaskan isu SYABAS dengan lebih berkesan agar rakyat Selangor seluruhnya memperolehi menafaatnya.


Kelembapan itu terserlah lagi di dalam isu perlantikan SUK. Kerajaan Selangor berlengah-lengah (procrastinate) yang akhirnya ia menjadi alasan untuk istana memproklamirkan Khusrin sebagai SUK.

Dan kini UNISEL pula. Tan Sri Khalid berkata, pelantikan canselor baru itu hanya akan dibuat selepas kerajaan negeri bermesyuarat dengan Unisel.

Jwapan itulah yang tidak bagus kerana ia tidak menetapkan bila - seolah-olah sine die.

Dan ruang yang lompang itu akan digunakan oleh UMNO BN menghasut pelajar, pensyarah dan rakyat Selangor untuk mengemukakan calon Canselor mereka yang kemudiannya dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Malah mereka boleh bekerjasama dan memperalatkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengendorsekan perlantikan Canselor baru itu.

Masa itu sekali lagi PR Selangor melopong.

Common, Selangor! Be quick to act before we suffer the same catastrophic fate that has befallen all previous events because of that blady procrastination.

UG Siri Kedua? TGNA Tidak Dedahkan Apa-apa.

Ada perkara dibincang dengan PM

KOTA BHARU, 3 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 25 Disember lalu.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara telah dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Tuan Guru juga turut mengakuinya.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” ujarnya selepas meraikan Wira Negara di Kampung Cherang, dekat sini tengah hari tadi.(gambar)

Ketika ditanya adakah pertemuan itu turut mensentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.

“Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ianya tertutup,” ujarnya. -harakahdaily


Pemimpin PAS-Umno ‘bertemu’, cakap-cakap kerjasama perpaduan muncul lagi

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Pemimpin-pemimpin PAS didakwa berhadapan dengan satu lagi ‘perbalahan’ ekoran khabar angin bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka dari Umno di ibu negara baru-baru ini.
Khabar angin ini muncul ini hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunan Jun ini.

Malah dakwaan ini mengulangi ‘krisis’ yang pernah disaksikan sebelum ini.

Pertemuan majlis makan malam itu dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-dua Najib dan Muhyiddin berulang kali pernah melahirkan hasrat dan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin kanan PAS tahun lalu.

Masih belum pasti sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang sebelum ini didakwa memihak atau cenderung kepada kerjasama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan, hadir bersama.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof ketika dihubungi mengesahkan Nik Aziz hadir tetapi menegaskan, kehadiran beliau hanya atas jemputan menghadiri majlis santapan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

“Tok Guru hadir kerana diundang ke majlis santapan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dan, turut hadir ialah Datuk Seri Najib, tiada kaitan dengan soal politik, majlis santapan sahaja,” kata beliau.


“Bagi Tok Guru, majlis itu adalah nilai sentimental,” kata beliau secara berseloroh.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada pemimpin-pemimpin lain termasuk dari PAS turut hadir.

Pertemuan itu berlangsung pada 24 Disember lalu.

Dalam akhbar Siasah keluaran terbaru, Ketua Pengarangnya Sayuti Omar berkata, “apa yang saya dengar ini ialah perjumpaan ‘besar’ di antara tiga tokoh negara ini dari dua parti berlainan.”

“Pertemuan itu ialah antara Mursyidul Am PAs dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Pertemuan ini berlaku di istana negara pada malam Jumaat lalu (24 Disember). Turut sama hadir katanya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin,” katanya dalam laporan muka depan membawa gambar Nik Aziz dan Najib.

The Malaysian Insider difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan PAS pusat atau negeri Kelantan dalam sehari dua ini.

Akhbar itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut diundang sama tetapi beliau dikatakan berada di London ketika itu.

“Apakah beliau (Hadi) mewakilkan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa atau tidak, tidak dapat dipastikan,” katanya.

Akhbar itu menambah, “rasanya pertemuan itu memberi banyak input kepada semua pihak terutamanya kepada Yang di-Pertuan Agong sebaagai orang berkuasa di negara ini.

“Begitu juga pertemuan itu memberi peluang kepada Najib dan Nik Aziz serta Muhyiddin bukan saja bertanya keadaan diri masing-masing, tetapi hal-hal lain juga,” katanya.
Malah akhbar itu mempersoalkan sama ada pertemuan itu boleh dianggap sebagai rasmi memandangkan ada yang menganggap Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai bukan pemegang jawatan eksekutif dalam parti itu.

“Pertemuan itu disalah tafsir tetapi saya tidak tahu apa agendanya, kemungkinan Tuan Guru akan menjelaskan butiran pertemuan itu,” kata Wan Nik.

“Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin lain hadir sama,” kata Wan Nik lagi.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong Nik Aziz mendakwa Menteri Besar Kelantan diperangkap supaya menghadiri pertemuan bersama pemimpin-pemimpin Umno dan mereka juga mendakwa satu lagi pertemuan telah diadakan sehari sebelum majlis makan malam itu.

Beberapa pemimpin PAS terlibat dalam ‘debat’ mengenai isu itu menerusi laman sosial Facebook dengan mendakwa Hadi dan Nasharudin cuba memulihkan usaha untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Malah ada yang memertahankan kedua-dua Hadi dan Nasharudin masing-masing ahli Parlimen Marang dan Bachok.

Menerusi Facebook, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron membayangkan beberapa pemimpin kanan PAS masih cenderung untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno.

“OK, tak habis lagi bagi pendapat masing-masing. Habiskan dulu pandangan masing-masing baru boleh ambo (saya) buat kesimpulan. Ambo boleh bagi tahu habis sampai warna baju yang dipakai oleh orang tu... dalam perjumpaan itu. Ada yang hendak nafi lagi?” katanya.

“Aku kata dah berlawan dalam Facebook ni makin nampak Umno dan puak prokerajaan perpaduan makin nampak hujah puak penakut nak berjuang dan mahu jalan pintas hendak jadi kerajaan,” kata beliau.

Mesejnya juga berkata, “guano sampai ada orang nak menafikan fakta saya sangggup berbohong pula ni.”

“Kalau pun nak pertahan orang demo sayang jangan sampai peringkat berbohong dengan mengatakan pemimpin itu pergi London tarikh tersebut.

“Betullah tarikh tersebut dia pergi London tapi dia naik kapal terbang malam, perjumpaan tersebut siang hari tarikh yang sama,” katanya lagi.


Tulisan Fatah itu menarik respons Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad yang turut meminta pemimpin dari Kelantan itu agar membuat aduan rasmi kepada ibu pejabat.

Kata Idris, beliau berharap untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pertemuan sulit yang disebutkan oleh Fatah agar setiap ahli dimaklumkan mengenai perkembangan isu tersebut.

“Parti (juga) boleh mengambil tindakan,” kata Idris dalam mesej Facebooknya.

“Secara rasmi, kami tiada sebarang maklumat. Kami berharap YB Fatah boleh membuat aduan rasmi kepada parti. Saya baru sahaja menghubungi Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali), beliau tidak tahu dan meminta YB Fatah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat,” kata beliau.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Fatah enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan beliau.

Bagaimanapun beliau berkata akan menyediakan lebih banyak maklumat “apabila tiba masa yang sesuai” kelak.

Beliau juga enggan menamakan pihak dari PAS yang mengusahakan pertemuan sedemikian.

Isu mengadakan kerjasama politik dengan Umno juga muncul pada 2008 dan kemudian tahun berikutnya ketika PAS mengadakan pemilihan.

Ketika itu didedahkan bahawa Nasharudin dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada masa tersebut merupakan perdana menteri dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo susulan keputusan pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Pemimpin-pemimpin yang memihak kepimpinan Nik Aziz kemudian menuduh Nasharudin berkonspirasi untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) tetapi beliau berjaya mempertahankan kerusi timbalan presiden dalam saingan tiga penjuru membabitkan Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Nik Aziz sejak 2008 berkeras menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dengan merujuk kepada insidern tahun 1970-an. -TMI
.
Ulasan GB

Maklumat masih samar. GB yakin ini adalah rangka usaha UMNO untuk membentuk UG. UMNO merasakan tidak ada masalah dengan TG Hadi Awang, Nasharuddin dan Mustapha. Tetapi, TG Nik Aziz dilihat sebagai penghalang utama. Dan justerunya, dijemputnya TG Nik Aziz bersama.

Apakah yang sebenarnya berlaku di pertemuan 24 Disember itu?

Kita yakin TGNA tegas dengan prinsipnya mengenai UG iaitu - NTBL - No time bo layan

Dan kenyataan TGNA hari ini tidak menyebut apa-apa mengenai pertemuan itu sebagai menghormati DYMM Yang Dipertuan Agong yang hadir bersama di dalam mesyuarat tertutup itu.

Berita terbaru:


Nik Aziz: Pak Lah bawa titah mengadap Agong

Menjelaskan kekeliruan berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Menteri Besar Kelantan, Datuk Aziz Nik Mat berkata beliau dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau diminta mengadap bersama-sama beberapa pemimpin, termasuk presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara.

Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.

Sangat tidak beretika

"Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap," tambahnya.

Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu.

Oleh itu, menteri besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Semalam, Nik Mat dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu. -mk


[Bergambar] Pemuda PR S'ngor Serah Memo Bantahan Lantik Khusrin - updated

Pemuda Pakatan Selangor serah KSN memo bantah lantik Khusrin

Gambar: PEMUDA Pakatan Rakyat Selangor menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi membantah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru di Putrajaya, hari ini. -BH

PUTRAJAYA, 4 Jan — Pemuda Pakatan Rakyat Selangor hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri — didakwa membelakangi peranan Menteri Besar.

Kira-kira 60 orang terdiri daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pemuda DAP (DAPSY) dan Pemuda PAS hadir menyerahkan memorandum kepada KSN.

Mereka terlebih dahulu berkumpul di hadapan Masjid Putra sebelum berarak ke Pejabat Perdana Menteri sambil melaungkan “Tolak-tolak, tolak Khusrin”, “Hormat-hormat, hormat rakyat” dan “Hormat-hormat, hormat di negeri”.

Kumpulan itu diketua tiga ketua sayap pemuda iaitu Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Ketua DAPSY Selangor Janice Lee dan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridwan.

Hanya ketua sayap Pemuda dibenarkan masuk ke pejabat KSN untuk menyerahkan memorandum tersebut, yang diterima wakil kepada Setiausaha Sulit Kanan KSN, Rosli Laji.

Selain menyerahkan memorandum kepada KSN, sayap Pemuda Pakatan Rakyat itu turut menyerahkan “hadiah” berupa senaskhah buku Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

“Kami Pemuda Pakatan Rakyat Selangor dengan ini membantah sekeras-kerasnya pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru seperti yang diumumkan KSN minggu lalu.

“Bantahan ini bukan sahaja merujuk kepada proses pelantikan yang telah dijalankan malahan juga kelayakan calon yang telah dipilih.

“Kami ingin tegaskan bahawa tindakan KSN yang membelakangi kerajaan negeri dalam proses pelantikan SUK ini jelas mencabuli semangat federalisme yang merupakan teras pembentukan negara kita,” kata Khairul Anuar pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada KSN.

Beliau berkata tindakan KSN membelakangkan kerajaan negeri seolah-olah menafikan hak rakyat dan bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Kami ingin tegaskan bahawa proses pelantikan yang dijalankan KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam seperti yang dijelaskan Menteri Besar.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa pemilihan calon SUK berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman adalah sangat penting bagi mempertingkatkan pentadbiran kerajaan,” kata Khairul Anuar sambil berkata ada ramai calon lain yang berkelayakan untuk memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Justeru, Khairul Anuar berharap supaya KSN akan mengambil kira pandangan pemuda Pakatan Rakyat berhubung pelantikan Khusrin dan meminta supaya KSN mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kita sudah serahkan memorandum dan kita harap pihak KSN segera menyelesaikan isu pelantikan ini dengan tidak menggadaikan prinsip-prinsip profesionalisma sebagai ketua penjawat awam,” katanya.

Sementara itu, Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai berkata tindakan KSN melantik Khusrin adalah satu usaha Barisan Nasional (BN) untuk mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Ini satu lagi projek sabotaj BN terhadap kerajaan negeri (Selangor), niat untuk sabotaj sistem pentadbiran kerajaan negeri.

“Kalau nak lawan, lawanlah dalam pilihan raya bukan dengan sabotaj pentadbiran kita. Apa-apa pun kita akan tetap mempertahankan usaha yang kita lakukan selama ini,” katanya. -TMI


Pemuda Pakatan Rakyat Selangor serah memorandum bantahan kepada KSN

PUTRAJAYA: Pemuda Pakatan Rakyat Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi membantah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi, sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mohd Khairul Anuar Ahmad Zainudin, berkata, Pemuda pakatan membantah keras tindakan KSN melantik Mohd Khusrin yang didakwa bukan saja membelakangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, malah mencabul semangat faderalisme.

Beliau berkata, pelantikan Mohd Khusrin juga melanggar prinsip demokrasi kerana kerajaan negeri sekarang adalah kerajaan bermandat yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya.

"Kita kecewa dengan KSN yang mendakwa kerajaan negeri tidak mempunyai hak dalam isu perlantikan ini. Membelakangi hak kerajaan negeri samalah dengan mengabaikan hak rakyat Selangor.

"Proses pelantikan SUK Selangor oleh KSN mengabaikan dan bercanggah dengan prinsip amalah pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhirmatan Awam seperti dijelaskan oleh Menteri Besar Selangor, beberapa hari lalu," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada pejabat KSN bersama kira-kira 60 wakil parti pembangkang di sini. -BH







Gambar ehsan malaysiakini


[Bergambar] Perompak Tebuk Dinding Pasaraya, Bungkusan Wang Syiling Dilarikan

Kuantan: Seorang pengurus cawangan sebuah pasar raya dekat Air Putih, di sini, terkejut apabila mendapati premis berkenaan dipecah masuk penjenayah yang menggunakan taktik ala James Bond dalam kejadian awal pagi semalam.

Difahamkan, penjenayah licik itu bukan saja menebuk dinding konkrit serta dinding pejabat untuk menceroboh masuk, malah berjaya mengelak dikesan sistem penggera sebelum melarikan beberapa bungkusan berisi syiling.

Pengurus cawangan berkenaan, Gan Yoke Chow berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 pagi dan hanya disedari kira-kira jam 8.30 pagi ketika dia mahu memulakan operasi perniagaan.

“Saya datang ke pejabat seperti biasa, tetapi terkejut apabila mendapati dinding berhampiran pintu pejabat berlubang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan.

“Selepas diperiksa, kami menemui dua lagi lubang di dinding dalam pejabat selain satu lubang dalam tandas sebelum mendapati beberapa bungkusan berisi syiling hilang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya penjenayah menceroboh masuk melalui lubang yang ditebuk pada dinding tandas restoran bersebelahan yang bercantum dengan tandas pasar raya itu sebelum masuk pejabat.

“Penjenayah itu juga berjaya mengelak dikesan sistem penggera dengan tidak masuk ke dalam bilik tempat bungkusan syiling disimpan, sebaliknya menggunakan kayu bagi mengambil bungkusan berkenaan.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga gagal merakam penjenayah terbabit kecuali cahaya lampu suluh digunakan,” katanya yang belum dapat menilai jumlah kerugian akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -hm



ehsan Bernama


Ulasan GB

Menjelang Tahun Baru Cina, lazimnya kes rompakan akan meningkat. Justeru, kepada para peniaga dan mereka yang mengeluarkan wang di bank/ATM perlu berwaspada.

This is The Because, Mi No Spik Inglis

Khusrin akui lemah Bahasa Inggeris

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang ‘baru’ dilantik oleh kerajaan pusat Barisan Nasional, Datuk Mohd Khusrin Munawi memberitahu sidang media petang tadi bahawa permohonannya untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim belum lagi mendapat lampu hijau dari pejabat MB itu. Namun begitu, beliau menegaskan sebagai SUK yang baru, beliau tidak ada agenda politik.

Khusrin merupakan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang memasuki pejabat barunya itu sebelum jam 7 pagi lagi dan pada masa yang sama, MB pergi mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah untuk mendapatkan perkenan baginda tentang penyelesaian ke atas perlantikan dari pusat ini.

Di dalam sidang media Khusrin tadi, Khusin akur akan tanggungjawab dan peranan sebagai penjawat awam. Beliau berjanji akan setia kepada mana-mana kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat dan memastikan perhubungan antara pentadbir kerajaan dengan eksekutif negeri kekal baik.

Namun begitu, Khusrin yang menganggap perlantikannya sebagai sah dan akur selagi beliau tidak mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar, beliau tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri. Hari ini juga, MB Khalid sudah memberitahu sidang media bahawa Khusrin tidak dibenarkan hadir sama sekali dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi.

Beliau dijangkakan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada Khamis ini tetapi berdasarkan beberapa perkembangan petang tadi, majlis angkat sumpahnya itu mungkin ditunda ke tarikh lain.

Ini adalah kerana baginda Sultan menitahkan MB berhubung dengan pihak Ketua Setiausaha Negara untuk berbincang mekanisma menyelesaikan masalah ini.

Menurut Khusrin lagi, beliau menerima pelantikan itu sebagai satu arahan dan akan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dengan kerajaan yang sedia ada dengan penuh amanah.

Walaubagaimanapun, Khusrin ternyata kesal dengan fitnah ke atasnya sebelum ini sejak menjadi Pengarah JAIS yang mendakwanya beliau adalah agen kerajaan pusat Barisan Nasional yang akan membelakangkan kerajaan negeri dengan agenda politik tertentu.

Sementara itu, Khalid terus menegaskan kerajaannya mempunyai kata putus dalam menentukan calon SUK.

Khusrin menyifatkan apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang sangat mencabar sejak beliau berkhidmat selama 24 tahun di negeri itu. Beliau juga mengetahui daripada media bahawa MB akan berbincang terlebih dahulu dengan pejabat SPA berhubung isu ini.

Khusrin pernah diserang secara peribadi oleh pelbagai pihak sejak bermulanya isu penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah di Selangor pada November 2009.

Namun begitu, Khusrin akui beliau mempunyai kekurangan di dalam berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris tetapi menganggapnya tidak menjadi masalah baginya untuk berkhidmat sebagai SUK.

Ulasan GB

GB berpendapat, jika UMNO BN memerintah Selangor sekalipun, mereka takkan lantik Wak Khusrin ni sebagai SUK. Sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia, yang banyak mengendalikan urusniaga dengan para pelabur dari luarnegara, janggal untuk melantik seorang SUK yang tak tahu berbahasa Inggeris.

GB lihat, cadangan KSN terhadap perlantikan Khusrin itu sebagai satu cubaan untuk mempermain dan mengkatunkan kerajaan PR di Selangor.

GB salin kata-kata dari Tukar-tiub yang agak mencuit hati ini:

nota:
adalah terbaik jika
malaon ini diberi
satu meja satu kerusi
dua kipas angin
satu rim kertas A4
tiga batang pen bic
langgankan maloan ini
setiap minggu dengan majalh urtv

arahkan malaon ini buat kajian
tentang sakit jiwa yang akan
melanda saekor kerang sumbang
yang tinggal di zoo negara
kah kah kah

nota:
juga sedia seorang guru
untuk mengajar bahasa inggeris
kerana whatsi the because
mi no spik inglis kah kah kah


53 Tahun Selepas Merdeka, Gagalnya BN Di Sabah

BN Gagal Tunai Janji PRU12 Di Sabah

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) terutama sekali para wakil rakyatnya digesa agar bertanggung jawab terhadap pelbagai janji pembangunan yang pernah mereka janjikan kepada rakyat di sesuatu kawasan ketika mereka berkempen dalam pilihanraya umum kali ke-12 lalu seterusnya mengambil langkah langkah serius untuk menunaikan janji mereka itu sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar untuk PRU13 sepertimana yang diwar-warkan ketika ini.

Gesaan tersebut dinyatakan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah ketika memberitahu Sabahkini.net sempena majlis rumah terbuka Krismas di kediamannya di Taman Tensan, Tenom, baru-baru ini.

“Kita juga gembira apabila jambatan Binaie sedang dalam pembinaan ketika ini walaupun kita hampir kecewa kerana janji pembinaan sudah tersasar lebih tiga tahun. Bagaimana pun kita berharap agar janji pembinaan pekan kecil Melalap dapat direalisasikan dalam tahun 2011 ini juga,” kata Jimmy.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa janji-janji pembangunan pesat Koridor Pembangunan Sabah (SDC) khususnya di wilayah tengah yang menfokuskan kawasan pedalaman meskipun perancangan dalam kertas SDC memang baik malah ia dilihat sebagai satu anjakan ekonomi kawasan pedalaman namun persoalannya bilakah ia mula dilaksanakan.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC Tenom turut menegaskan bahawa selain mereka (BN) pernah menjanjikan pembangunan bersaiz besar akan dilaksanakan namun pembangunan kecil-kecilan terutama sekali pembangunan infrastruktur yang dimusnahkan oleh bencana alam sekitar 2008, 2009 dan awal 2010 masih belum dibaiki lagi.

“Kita bersimpati bila rakyat meluahkan perasaan mereka kerana seolah-olah mereka dianaktirikan dari segi pembangunan. Sebagai contohnya, rumah kebudayaan yang ada di antaranya, atap bumbung diterbangkan oleh angin kencang dan tidak kurang juga ada yang hampir roboh tetapi terus terbiar walaupun JKKK di situ berulangkali meminta peruntukkan pembaikan,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Jimmy menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk memperkecil- kecilkan kewibawaan kerajaan BN dalam mentadbir negeri ini dan seterusnya kebertanggungjawaban pembangunan di seluruh kawasan, tetapi janji mereka mendahulukan rakyat sudah tidak bermakna lagi jika rakyat terus dikebelakangkan dalam serba-serbinya.

“Saya berani berkata semua itu kerana rakyat sering mengadu kepada saya sama ada secara lisan atau ‘SMS’ berhubung perkara perkara kepalsuan janji mereka sedangkan mereka adalah kerajaan yang bertanggung jawab soal pembangunan,” tambahnya lagi. -sabahkini.net

Ulasan GB

Setelah 53 tahun negara kita merdeka, semalam diberitakan ada murid-murid sekolah di Kampung Bongkud, Menggatal, Kota Kinabalu Sabah yang terpaksa berjalan sejauh lapan kilometer menempuh hutan belantara, jalan berlumpur dan melalui tiga batang sungai selama 2 jam untuk sampai ke sekolahnya, SK Tombongon.

Bagaimana situasi agaknya bila hari hujan? Tentulah lebih dasyat keadaan anak-anak ini. Tak sama dengan anak-anak di Semenanjung yang pergi balik ramai diantaranya di hantar kereta, malah ada yang siap dengan drivernya. Alangkah kasihannya kita lihat anak-anak kecil ini..

sabah mundur
Pictures by NST/ Datu Ruslan Sulai


Pesta Buih Di Singapura, Tiger Show Di Putrajaya, Free Hugs Di Jalanraya

Pasangan berkelakuan tidak senonoh semasa pesta buih Tahun Baru

Gambar: KETERLALUAN: Ada orang mahu pasangan ini dikenakan tindakan kerana berkelakuan tidak sopan di pesta buih menyambut Tahun Baru Sabtu lalu. -- Foto STOMP

Singapura - WARGA siber menyelar semalam perbuatan satu pasangan yang tanpa segan silu mempamerkan keintiman semasa pesta buih pada malam Tahun Baru Sabtu lalu.

Lelaki itu dilihat meraba di dalam seluar wanita pasangannya di pesta tersebut.

Wanita tersebut, yang memakai bikini tidak membantah apabila lelaki itu menyentuhnya di khalayak ramai.

Lelaki itu juga dilihat gairah mencium wanita tersebut di lehernya.

Akhbar Cina Lianhe Wanbao melaporkan bahawa lelaki itu dipercayai berbangsa Serani.

Perbuatan mereka mencetus perdebatan hangat di kalangan warga siber.

Beberapa orang daripada mereka berkata keintiman yang ditonjolkan itu keterlaluan walaupun ia dilakukan di pesta buih.

Yang lain berkata pasangan itu sepatutnya didakwa kerana berkelakuan kurang sopan.

Para pembaca di laman Stomp berkata kejadian serupa itu sering berlaku di pesta buih dan bukanlah sesuatu yang ganjil.

Seorang pembaca Stomp yang memakai gelaran 'thomthumb' berkata kelakuan pasangan itu 'amat mengejutkan'.

Seorang lagi pembaca Stomp, 'HalfALoaf', pula berkata: 'Saya harap pasangan itu akan didakwa kerana berkelakuan lucah di tempat awam.'

Namun seorang lagi pembaca, 'christmasboi', menyatakan bahawa parti buih sememangnya mengundang kelakuan sedemikian.

'Sekiranya anda mahu menyertai parti buih, anda perlu jangka perkara seperti ini berlaku. Kesopanan tidak wujud lagi dalam era sekarang.

'Malah para penganjur menggunakannya sebagai tarikan untuk menarik pengunjung ke pesta-pesta buih seperti ini,' katanya lagi.

Ini bukan kali pertama pesta buih mencetuskan tengkarah.

Empat lelaki ditangkap mencabul seorang wanita berpakaian bikini sewaktu pesta menyambut Tahun Baru 2009 di Sentosa. -bhs

Ulasan GB

Itu di luarnegara. Di Malaysia, khabarnya ada "tiger show" berlansung di sebuah hotel terkemuka yang terletak di pusat pemerintahan negara, Putrajaya.


Dr Lo'Lo' dakwa 'tiger show' dibiar...

PAS mempersoal sikap 'tutup mulut' pemimpin Umno berhubung isu sebuah pertunjukkan yang didakwa berunsur maksiat ala-tarian 'tiger show', pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di Putrajaya pada 16 Disember lalu, lapor Harakahdaily.

Menurut ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, beliau pelik apabila Umno cepat menyelar cara pemakaian ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel ala-tarian 'tiger show', Umno seperti tidak peduli.

"Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-Umno," katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa.

Majlis makan malam berkenaan didakwa dianjurkan sebuah firma swasta dan sebahagian yang hadir adalah orang Melayu beragama Islam.

Mengulas lanjut, Lo'lo' berkata, beliau juga kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan tidak memperdulikan atau gagal bertindak ke atas penganjur majlis makan malam itu.

Katanya, majlis berkenaan dengan jelas telah menghina Islam namun seperti dihalalkan pula oleh kerajaan Umno BN.

"Pertunjukan ini yang bukan setakat 'free show', malah 'free touch' dihadiri sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu yang mungkin beragama Islam.

"Lebih malang lagi YB selaku Menteri Hal Ehwal Islam, (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) Jakim dan (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) JAWI sebagai berwajib terlalu 'mandom' dalam menangani isu ini," katanya lagi yang bercadang membuat surat terbuka kepada menteri.

Minggu lalu, akhbar rasmi PAS itu juga melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mahu pihak berwajib dalam hal ehwal agama bertindak segera.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel berkenaan.

Gambar-gambar pertunjukan pada majlis makan malam tersebut, kini tersebar dan hangat diperdebatkan di blog-blog dan laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, mereka mencabar menteri dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera ke atas firma itu sebagai penganjur dan pihak hotel berkenaan sebagai pengendali majlis. -mk


Malah, di tepi jalan sekalipun sudah ada pihak yang tampil membawa budaya hedonisma itu, bikin hati kita semua gementar, bala Allah entah bila turunnya:



Hikmah Perlantikan Khusrin Sebagai SUK - Satu Lagi Kes Terbongkar

Daripada semalam GB tertanya-tanya dan asyik mengumpulkan maklumat. Banyak yang telah melaporkannya tetapi blog GB belum tampil menyiarkannya sekalipun telah menyatakan secara tersirat dengan hanya pada tajuk: "Khusrin Lucut Songkok...." - gambar fail

Beberapa email meminta GB ulaskan tiga isu yang belum GB sentuh: 1) Kes UG2 2) Kes Mahfuz-Sato dan 3)Kes Kavita Kaur-Sultan

Memulai, GB mulakan dari bawah. Kes Kavita Kaur - Sultan.

Sekali imbas membaca tulisan-tulisan berkenaannya, kesan yang GB perolehi daripadanya ia amat meloyakan, menjijikkan - tetapi tidak memeranjatkan- bagaimana seorang Sultan, yang juga ketua agama Islam negeri boleh terlibat dengan satu skandal yang besar.

Tidak memeranjatkan kerana kita sudah tahu kisah istana sejak bermula institusi "kesultanan melayu", sultan-sultan mempunyai ramai 'isteri tidak rasmi' atau 'perempuan simpanan'.

Namun itu dulu, dan pendedahan yang berlaku mutakhir ini mejelaskan bahawa rupa-rupanya ia masih wujud masakini. Dan ia semua bermula dengan isu perlantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor, yang di luar dari kaedah biasa.

Untuk memendekkan bicara, GB petik dari Blog Pulak Dah yang menterjemahkan satu tulisan dari steadyaku

Ia sesuatu yang salah apabila melantik seorang duta yang moralnya boleh dipersoalkan. Salah untuk melantik seorang ahli politik yang rasuah menjadi Pengerusi FELDA – sebuah kuasa yang diamanahkan berbilion-bilion amanah untuk manfaat orang Melayu yang bergantung kepada Felda untuk masa depan mereka. Ianya salah membenarkan mana-mana Menteri untuk duduk sehari lagi di pejabatnya jika terdapat kemungkinan dia mungkin terlibat dalam perkosaan seorang warga asing – dalam kes ini seorang pembantu rumah Indonesia.

Ya, kami tahu dia tidak didapati bersalah atas sebarang jenayah tetapi ini menjadi tumpuan integriti kita sebagai sebuah negara. Sehingga dia menjawab sepenuhnya tuduhan dan kesangsian dia tidak boleh memegang amanah rakyat di pejabatnya. Apa yang lebih membimbangkan Perdana Menteri kita tidak ambil kisah – duta liar, ahli politik yang rasuah dan perogol (kemungkinan) seolah-olah standard piawai untuk mereka tidak sama seperti rakyat biasa di Malaysia. Seolah-olah mereka yang berjawatan tinggi tidak tertakluk bagi piawaian tingkah laku yang tertakluk kepada kami dan rakyat yang lain. Perdana Menteri kita bersalah kerana membiarkan dan menerima kesalahan-kesalahan ini dan menggambarkan juga sensitivitinya kepada tatasusila.

Dan sekarang seperti Perak, mereka menggunakan seorang Sultan utnuk melakukan perbuatan jijik mereka. Mereka gunakan Sultan Selangor untuk 'sahkan' pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Kita semua tahu bahawa Sultan Selangor terikat dengan kerajaan Barisan Nasional demi makanan hariannya. Dia telah membuat banyak wang daripada banyak urus niaga perniagaan di mana, kebanyakannya, kerajaan BN telah seolah-olah terlepas pandang penglibatannya. Dan sekarang mereka telah menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka telah memegang Sultan Selangor ini. Jika kuasa Sultan digunakan Barisan Nasional atas pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri ini, saya rasa dia sendiri akan mendedahkan dirinya sendiri atas beberapa isu.

Salah satunya berkenaan kehidupan peribadinya. Biar saya jelaskan dengan lebih tepat – Sultan, yang juga ketua agama Islam negeri - selalu 'main' dengan perempuan di dalam dan di sekitar Kuala Lumpur. Anda 'main' dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, kami 'main' dengan persekitaran anda. Kami boleh memulakan dengan seorang teman wanita bukan Melayu milik anda yang pernah anda langgan sebagai teman 'main' selama beberapa tahun.

Anda mungkin sangka ianya keseronokan yang bagus dan indah sekali sehingga anda lupa bahawa Internet akan mendedahkan apa yang surat khabar tidak beritahu! Jadi berjalan dengan berhati-hati dan fikir apa yang anda lakukan. Teruskan hidup tidak berguna anda yang dibayar oleh duit rakyat dan tinggalkan politik sendirian. Ganggulah politik sekiranya anda dan saudara lelaki anda ingin melihat berakhirnya pemerintahan anda seperti Maharajah di India yang telah lihat berakhirnya kuasa mereka lebih awal daripada yang mereka fikirkan.


Dan sebelumnya dari bedukcanang

Kusrin - Kavita Kaur: Selangor KKKGates?

Marhaen.info: Mengapalah beriya-iya Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan melantik seorang kusrin bertaraf JUSA C ke jawatan JUSA A? Dah habiskan penjawat JUSA B yang layak dinaikkan pangkat ke JUSA A - kelayakan bagi seseorang dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha (KSU) di kementerian-kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Apa istimewa sangatnya seorang kusrin JUSA C di negeri Selangor Kota Darul Ehsan ini. (JUSA: Jawatan Utama Sektor Awam) hinggakan isu pelatikannya mencatat capaian yang tinggi di dunia siber pada awal tahun 2011?

Setelah digoogle ke sana ke mari, satu artikel yang diterbitkan dalam blog Beduk Canang menarik perhatian. Ada sesuatu yang menarik. Satu persoalan yang masih belum menemui jawapan pasti tetapi bayang-bayang terdapat di mana-mana. Tunggulah dalam sehari dua lagi, dunia Internet 1Malaysia akan meriah dengan nama seorang kusrin, kavita kaur dan .....

Beduk Canang: Ada apa di sebalik nama Kavita Kaur? (7 Disember 2010)

Apakah sangkut paut pelakon Kavita Kaur dengan dunia politik tanah air mahupun kepada golongan istana di negara ini?

Persoalan ini tentunya kerap bermain-main di minda para pembaca blog terkenal, Tukar Tiub (TT) apabila pengendali blog tersebut dilihat kerap menimbulkan nama pelakon jelita yang juga bekas ratu cantik itu tatkala melaporkan sesuatu isu politik yang melibatkan golongan diraja atau kerabat-kerabatnya.

Blog yang terkenal dengan penyampaian berita dengan gaya bersahaja ini juga kerap menyampaikan berita-berita denga cara tersirat yang memerlukan pembacanya menganalisa atau mencari kebenaran terhadap apa yang cuba disampaikan.

Menurut seorang pengikut setia blog tersebut yang enggan disebutkan namanya, beliau percaya ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh TT apabila sering menimbulkan nama Kavita Kaur disamping entri yang membabitkan seseorang raja.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum mendapat jawapan yang jelas berhubung perkara ini kecuali beberapa andaian rakan-rakan lain yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.

"Saya masih kabur apa yang cuba disampaikan tetapi saya yakin memang ada sesuatu yang mengejutkan. Lebih-lebih lagi TT tidak akan memasukan nama Kavita Kaur tanpa bersebab.

"Mungkin sengaja ia disampaikan dalam bentuk tersirat begini bertujuan mengelak daripada serangan pihak-pihak tertentu atau pun berhadapan kekangan tertentu yang mungkin berkaitan kebebasan bermaklumat.

"Oleh itu, jika perkara ini menyentuh soal keadilan, kenteraman mahupun moral pemimpin, sebagai rakyat sebuah negara yang cintakan kebenaran, maka menjadi tanggungjawab kita untuk mencari jawapannya kerana kita tentunya tidak mahukan pemimpin yang hipokrit," katanya.

Sebelum ini blog ini beberapa kali berjaya memecah berita baik secara langsung atau tidak langsung berhubung salah laku beberapa pemimpin-pemimpin dalam negara ini.

.... jadi jangan ke mana-mana dalam sehari dua ni... kusrin - kavita kaur (KKKGates) dan dot dot dot bakal mengambil alih kedudukan carta daripada RobengahLeaks, kta marhaen.info


Dicekup Khalwat Kali Kedua

Cekup khalwat sekali lagi

ALOR SETAR: Sepasang kekasih yang pernah dicekup berkhalwat di hotel murah di bandar raya ini November lalu, dicekup buat kali kedua di bilik sewa sebuah bangunan di Jalan Langgar di sini, malam kelmarin. Gambar fail.

Pasangan masing-masing berusia 19 tahun itu dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), yang menerima aduan berhubung kegiatan itu kira-kira jam 4 pagi ketika mereka nyenyak tidur.

Sumber Jaik berkata, pada mulanya lelaki itu cuba terjun melalui tingkap belakang balkoni setinggi empat meter untuk melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pegawai agama, namun gagal apabila diarahkan masuk semula ke dalam bilik di tingkat dua bangunan itu oleh anggota penguat kuasa.

“Lelaki yang berpakaian lengkap jeans dan baju-T itu akur dengan arahan anggota kami sebelum membuka pintu bilik berkenaan untuk membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Hasil siasatan menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap berada dalam bilik itu dan mereka mengaku tiada sebarang ikatan suami isteri atau hubungan mahram,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit berasal dari Titi Gajah di sini, manakala teman wanitanya dari Pumpong, yang terletak berhampiran dan bilik itu dipercayai disewa kakak angkat wanita berkenaan yang ketika itu tiada di bilik.

Difahamkan, wanita yang bekerja sebagai pembantu di kedai emas, di bandar raya ini dikatakan menghubungi teman lelakinya itu ketika kakak angkatnya keluar membeli makanan sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Berdasarkan siasatan, pasangan terbabit pernah ditahan di sebuah hotel di Jalan Kampung Perak, di sini, November lalu dan kes masih dalam proses siasatan lanjut dan belum dibicarakan di mahkamah.

“Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.

Dalam kes berasingan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki Myanmar dalam sebuah rumah di Jalan Alor Mengkudu di sini, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Sumber Jaik berkata, pasangan terbabit dicekup berkhalwat oleh jemaah masjid di kawasan berkenaan apabila mengesyaki kegiatan maksiat di rumah itu sebelum menahan dan menyerahkan mereka ke IPD Kota Setar.

“Anggota kami mengambil keterangan daripada seorang jemaah masjid terbabit dan membuat laporan semula sebelum mengambil keterangan remaja perempuan itu dan pasangannya.

“Remaja itu mengaku sudah berhenti sekolah dan berkenalan dengan lelaki Myanmar yang bekerja sebagai buruh binaan sejak beberapa bulan lalu,” katanya. -hm

Bagaimana Mengenali Jika Seseorang Itu Berdusta?

DR. Paul Ekman spesialis tentang ekspresi muka, emosi dan kebohongan mengatakan bahwa cara paling mudah mengenali pembohong adalah lewat bahasa tubuhnya.

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.


Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Tersangkut-sangkut

Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba tersangkut-sangkut merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia teragak-agak untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.


Detecting Lies

Liars often fidget. This occurs because the person's nervous system reacts to the lie, producing excess energy. This excess energy can manifest itself in a number of ways:

  • Covering one's mouth or face. This often occurs when the liar feels bad or guilty for telling the lie.

  • Touching the nose. When we lie, the tissues in our nose engorge with blood and cause them to tingle or itch.

  • Nervous hand movements. This includes wringing the hands together and rubbing, picking or playing with the fingers.

  • Defensive behaviors such as leaning backward and crossing the arms or legs. These act as a "barrier"for the person and reduces their anxiety levels.

  • Holding an object in front of the body as a sort of invisible barrier.
    Rubbing the neck.

  • Rubbing the eyes. This indicates that the person doesn't believe or disagrees with a statement.

  • Shuffling the feet.

  • Clenched jaw.

  • Licking the lips.





Ulasan GB

Untuk orang yang berilmu, yang belajar mengenai "human communication" terutama yang mengkhususkan di bidang "body language", mudah baginya untuk mengesan samada seseorang itu berkata benar atau berdusta.

Sebagai umat Islam, kita juga percaya roh yang ada di dalam tubuh kita adalah suci dan tidak berdusta. Setiap kali seseorang itu berdusta atau berbohong, roh kita akan menggerakkan anggota tubuh badan untuk menunjukkan jasadnya itu sedang bedusta. Hanya yang makrifat dapat membaca yang tersirat setiap apa yang tersurat.

Justeru itu, kemana si pendusta mahu lari?