Nik Aziz tanding PRU-13
KOTA BARU, 5 Dis – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.
Menurut laporan Bernama Online, Nik Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.
Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu “hujung pangkal” perkara tersebut.
Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak yang menuduh penceramah itu sebagai kufur kerana menyamakan beliau sebagai nabi, umat Islam yang menolak agama Islam juga sebenarnya kufur.
“Cuma satu saya nak jawab kalau orang samakan saya sebagai nabi itu adalah kufur,” kata beliau. -TMI
Ulasan GB
Sebenarnya, UMNO mati kutu apabila TGNA meneruskan hasrat untuk terus bertanding. Kerana UMNO tahu bahawa selagi TGNA berada di dalam saf perjuangan PAS, tak mungkin UMNO berjaya merampas Kelantan daripada PAS.
Perlbagai cara, pelbagai sekatan dan perlbagai serangan dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan. Sehinggakan wang royalti milik Kelantan pun dinafikan oleh kerajaan Pusat lantaran hasad dengkinya terhadap TGNA dan PAS.
Dan sepertimana GB telah nyatakan sebelum ini, keraqjaan Pusat yang diterajui UMNO yang bakal tumbang. Kerana penyakit hasad dengki dan kkezaliman yang ada di dalam UMNO itu sebenarnya akan merosakkan diri mereka sendiri. Tanda-tanda keruntuhan itu sudah nyata dan hampir.
Sekalipun TGNA sudah agak berumur, namun di dalam Islam tiada istilah pencen di dalam perjuangan. Pemimpin-pemimpin Islam sepertinya tidak mungkin tunduk kepada tekanan dan serangan.
Kalau Najib ingin belajar mengenai wasatiyyah, maka dipersilakanlah menghadap TGNA di rumahnya yang merupakan sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan.
Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Berbanding dengan kediaman Najib yang menelan belanja RM49 juta setahun untuk membiayai kos penyelenggarannya.

‘Umno tidak berhak desak Nik Aziz berundur’
PETALING JAYA: Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan Umno tidak berhak untuk mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkan jawatan.
“Umno tiada hak mendesak kecuali jika Nik Aziz melakukan kesalahan besar seperti pemimpin Umno.”
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan wakil Umno Kelantan Mohd Afandi Yusoff yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan atas dasar usia beliau yang telah lanjut.
Desakan tersebut dibuat Afandi ketika sesi debat perhimpunan agung Umno ke-62 pada hari ini.
Faktor kesihatan
Nik Aziz yang juga ialah Mursyidul Am PAS sekarang berumur 80 tahun. Beliau memimpin negeri Serambi Mekah sejak 22 tahun lalu.
Gesaan agar Nik Aziz melepaskan jawatan bukanlah perkara baru dan telah dibuat acap kali.
“Nik Aziz tak melakukan kesalahan rasuah,” tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Mat Sabu menjelaskan keputusan sama ada untuk kekal berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan bergantung sepenuhnya dengan Nik Aziz sekiranya beliau tidak sihat. -FMT
Ulasan GB
Sebenarnya, UMNO mati kutu apabila TGNA meneruskan hasrat untuk terus bertanding. Kerana UMNO tahu bahawa selagi TGNA berada di dalam saf perjuangan PAS, tak mungkin UMNO berjaya merampas Kelantan daripada PAS.
Perlbagai cara, pelbagai sekatan dan perlbagai serangan dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan. Sehinggakan wang royalti milik Kelantan pun dinafikan oleh kerajaan Pusat lantaran hasad dengkinya terhadap TGNA dan PAS.
Dan sepertimana GB telah nyatakan sebelum ini, keraqjaan Pusat yang diterajui UMNO yang bakal tumbang. Kerana penyakit hasad dengki dan kkezaliman yang ada di dalam UMNO itu sebenarnya akan merosakkan diri mereka sendiri. Tanda-tanda keruntuhan itu sudah nyata dan hampir.
Sekalipun TGNA sudah agak berumur, namun di dalam Islam tiada istilah pencen di dalam perjuangan. Pemimpin-pemimpin Islam sepertinya tidak mungkin tunduk kepada tekanan dan serangan.
Kalau Najib ingin belajar mengenai wasatiyyah, maka dipersilakanlah menghadap TGNA di rumahnya yang merupakan sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan.
Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Berbanding dengan kediaman Najib yang menelan belanja RM49 juta setahun untuk membiayai kos penyelenggarannya.
tuan guru berjuang hingga akhir hayat
BalasPadamAlhamdulillah, syukur.
BalasPadamTiada pencen usia dalam memperjuangkan Allah Taala, Nabi dan Agama Islam.
"Rehat seorang bertaqwa ialah berjuang dan berjihad". Itu yang aku faham. Menetapkan had-had perkhidmatan seseorang berdasarkan usia bukan amalan Nabi saw dan para sahabatnya. Bukan amalan Islam. Itu amalan kerajaan Barisan Nasional.
Siapa yang nak hidup dalam amalan sesat, pilihannya dan sesiapa yang nak menyamakan kehidupannya sesama yang boleh dengan kehidupan Nabi dan para sahabat juga adalah pilihannya.
Pilihan aku macam MB Kelantan itu. Kalau tak sama, ada mirip-mirippun jadilah. Aamiin.
semoga ALLAH s.w.t panjangkan umur TOK GURU NIK AZIZ...murahkan rezeki beliau,sentiasa diberi kesihatan yg baik..semoga KELANTAN terus aman..amin..
BalasPadamsyg TGNA :)
Aku ahli Umno Parlimen Kubang Kerian.
BalasPadamTapi aku sangat sayang Tok Guru. Sesekali tidak ingin aku mengajak berbalah dengan "Orang Agama".Sebab ...
Hidup bermula dengan orang agama dan mati akan diurus oleh orang agama.
Bolehkah aku bertumpang tuah dengan Najib di akhirat kelak ...?
Tidak !
Aku amat yakin akhirat kelak aku boleh "Tumpang Tuah" orang-orang agama .
kalau tok guru masih gagah dan bersedia untuk mempertahankan parti yg menegakkan hukum allah, adakah kita yg masih gagah dan kuat ini boleh berdiam diri? ayuh kita sama2 berjuang di belakang tok guru utk sama2 bekerja bagi tujuan yg sama...
BalasPadampahtu tunggu gapo lagi anon 2:19PM,
BalasPadamtinggal la apo hok lepah2 tuh..