Kajian pensyarah UiTM: Belia kini lebih dekat dengan k'jaan
Dapatan awal satu kajian oleh seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan 70 peratus responden daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendekati golongan itu.
Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010, berpendapat mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan ini menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.
"Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program-program yang dirangka.
"Itu adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia," kata pensyarah Sains politik di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Dungun (Terengganu), Che Hamdan Mohamed Razali kepada Bernama baru-baru ini.
Selain pendekatan melalui media sosial, katanya responden yang terdiri daripada golongan berusia antara 18 dan 40 tahun serta daripada pelbagai bidang pekerjaan termasuk pelajar, profesional hingga nelayan dan petani, berpendapat kerajaan pimpinan Najib juga kini lebih terbuka.
Rata-rata responden mengakui sedar akan inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin banyak melibatkan belia dan kepentingan mereka dalam merangka sesuatu program seperti rumah mampu milik untuk belia baru bekerja, bantuan kepada usahawan muda dan kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Mereka menghargai sekecil-kecil usaha seperti Perdana Menteri duduk bersila bersama belia di jalan raya untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak, menganjurkan banyak kegiatan seperti futsal dan rancangan membina satu gelanggan futsal bagi setiap mukim.
Jadi adalah tidak benar jika dikatakan golongan belia suka menentang kerajaan dan 'anti-kerajaan' seperti yang cuba ditonjolkan pembangkang yang membawa belia ke jalan raya untuk berdemonstrasi dan bertindak tidak hormat terhadap pemimpin?
"Adalah menjadi sifat segelintir belia suka memberontak. Dapatan awal saya ialah belia ini bukanlah 'anti-kerajaan' seperti didakwa banyak pihak. Mereka cuma berjauh hati jika berasa dipinggirkan. Jika kerajaan memberi perhatian, mereka ini akan menyokong kerajaan," katanya.
Beliau berpendapat kerajaan perlu agresif memberikan penjelasan mengenai sesuatu perkara sekiranya tidak mahu golongan belia terus diracuni dengan maklumat dan fakta yang salah oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik yang cuba menonjolkan golongan belia menyokong mereka.
Che Hamdan bagaimanapun belum bersedia memberikan perincian lanjut dapatan kajian itu atas alasan bahawa ia masih terus dijalankan dan akan hanya diumumkan sepenuhnya setelah selesai.
Rumusan awal beliau ialah belia tidak akan menggadai masa depan mereka semata-mata kerana janji-janji manis, sebaliknya mereka lebih bersedia bersama-sama bergelumang dan berusaha dengan kerajaan yang sudah terbukti mempunyai perancangan yang baik untuk masa depan mereka, malah mempunyai rekod yang terbukti.
Sementara itu, naib pesiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Datuk Irmohizam Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan belia dalam apa jua aspek termasuk Belanjawan 2012, malah menghargai dan terbuka menerima sebarang pandangan serta kritikan belia kepada kerajaan.
"Kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan merancang pelbagai usaha untuk mendekatkan golongan belia dengan kerajaan. Jadi dakwaan mengatakan golongan belia anti kerajaan adalah tidak benar, cuma segelintir sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain mengiktiraf golongan belia dalam Belanjawan 2012, kerajaan juga sedia melakukan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Mengenai penglibatan mahasiswa dalam politik negara, dan terbaru Perdana Menteri mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti.
Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib pada 12 Dis lepas berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya dengan penglibatan mereka.
Irmohizam yang juga pensyarah di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam berkata hasil pemerhatiannya juga, ramai belia atas pagar kini menyukai kerajaan BN dan berterima kasih atas usaha-usaha kerajaan untuk melibatkan mereka dalam banyak isu dan projek.
Dalam pada itu, beliau mengakui memang terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menghasut golongan belia di universiti supaya membenci kerajaan hanya untuk kepentingan politik dan keghairahan merebut kuasa pemerintahan.
"Namun, belia yang terdedah kepada pelbagai maklumat tidak mudah menerima semuanya bulat-bulat tanpa memeriksa kebenarannya.
Begitu juga dengan janji-janji pembangkang, yang kami sedari sepenuhnya hanya gimik untuk meraih undi tanpa sebarang langkah konkrit diatur untuk belia seperti yang sudah dilaksanakan kerajaan BN sekarang," katanya. - Bernama
Ulasan GB
Demikian laporan BERNAMA yang melaporkan seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat kajian menunjukkan 70 peratus responden daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan.
Tetapi itu "dapatan awal" - bererti kajian itu belum sempurna dan belum siap, sudah pun dilaporkan oleh Bernama - bertujuan untuk menjulang dan mengampu Najib.
Najib telah banyak kali dikencingkan dengan laporan-laporan palsu sehingga di satu ketika Najib sendiri menyedarinya. Kata beliau:
Kini Bernama dan pensyarah-pensyarah pula cuba untuk kencingkan Najib dalam rangka mengampu dan membodeknya yang didalam istilah najib sendiri: "menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar".
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegur sikap pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) berhubung pemberian 'laporan tipu' kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar.
Malah tegas beliau, penganjuran program 'syok sendiri' juga turut menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
"Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 dalam sesuatu kawasan.
"Tapi siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu apa yang anda semua buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu (tipu laporan).
"Saya tak pakai laporan macam ini. Himpunkan 300 orang lepas itu kata kita dah berjaya. Tak mungkin...itu menipu diri sendiri," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Sabtu.
Kini Bernama dan pensyarah-pensyarah pula cuba untuk kencingkan Najib dalam rangka mengampu dan membodeknya yang didalam istilah najib sendiri: "menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar".
klik untuk baca
Kencinglah kamu dulu, kini dan selamanya. Mmg dasar mereka selama 54 tahun mengencingkan org melayu...
BalasPadamBiasala..Pensyarah kaki bodek ni nak naik pangkat. Cuba gi kawan dengan pensyarah. Ada yang tak layak dapat 'Professor' pun boleh dapat gak sebab kaki bodek sangattt. Terutama UITM. Check pula ranking universiti malaysia...
BalasPadamKajian strt tahun 2010 baru nak umum hujung 2011. Boleh guna lagi ke? Manusia boleh berubah dalam 1 saat je beb...
DEMI TEMBOLOK,PANGKAT DAN NAK CARI MAKAN MANA BERANI KATA BENAR TAMBAHAN PULAK KERJA DENGAN KERAJAAN ARUS JAHILIAH,MEDIA CETAK & ELEKTRONIK TAK PAYAH CAKAP AMPU HABIS SAMBIL KEPROFESIONALSIME MEREKA DALAM HAL TOKOK TAMBAH,FITNAH DAN SELEWENG FAKTA BOLEH DIBERI ANUGERAH TERBAIK DALAM MENYAMBUNG KERJA DAJJAL-DAJJAL DI DUNIA , ALLAHU AKHBAR !
BalasPadamHa ha ha ha....UMNgOK ramai yg menghidap kencing manis banyak sangat makan/makan rasuah tulah sebab kerap kencing jadi keje dia orang kencing je le.....sian pok jib terpaksa kumpulkanlah kencing2 tu.....
BalasPadamBukan golongan cerdik pandai saja yang kecing PM atau TPM. Sewaktu banjir di Kedah dulu ahli politik UMNO yang hanya ada SRP, Mat Bashah juga kencing PM melalui TPM. Mamat tu sekarang nak kencing DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dan Jemaah Pemangku Raja Kedah mengenai surau di kawasan Tambang Badak, Alor Setar yang telah mendapat kelulusan Dato' Mufti Kedah untuk dirobohkan. Saya percaya baginda YDP Agong dan JPRK tidak mudah diperbodohkan oleh mamat mangkuk tu.
BalasPadamCara mudah nak naik pangkat di universiti di Malaysia.
BalasPadamSemoga tiada kangkong dan kongkang.
dalam umno banyak kucing2 yg berkeliaran menunggu masa untok kencing bosnya.
BalasPadamPilih lah Pemimpin kerana Allah, bukan kerana pemimpin itu memberi kita dengan pelbagai pemberian...
BalasPadamJangan terlalu mudah menghina pensyarah universiti. Kajian yg dibuat berdasarkan kepada maklum balas coresponden dlm kes di atas. Kalau tuan-tuan tak percaya hasil kajian itu, tuan-tuan boleh buat kajian semula dengan menggunakan borang soal selidik yang sama. Kalau terbukti data yg diperolehi tipu dan kencing barulah dakwaan/tuduhan boleh dibuat, kalau tak tuduhan tu menjadi fitnah yg sangat besar kepada pensyarah.
BalasPadamanon 1:31
BalasPadamkajian pensyarah bertaraf phd pun boleh dibantah inikan pula pensyarah cap ayam dari uitm yg kajiannya itu pun belum siap.
hanya bernama yang menonjol-nonjolkan kajia belum siap itu untu membodek.