6 Dis 2011

Najib Bimbang Dikutuk Ahli UMNO Jika Putrajaya Terlepas Ke Tangan Pakatan Rakyat

Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan

Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan melainkan menegakkan pemerintahan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.

“Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur," katanya.

Pada ucapannya kepada kira-kira 10,000 anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini, Najib mengakui rakyat mempunyai pilihan.

Namun, katanya soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang.

"Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis?

“Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?” soalnya dan menambah, rakyat sebenarnya tidak ada pilihan melainkan menegakkan pemerintahan sedia ada.

Walaupun Najib tidak menamakan alternatif itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada Pakatan Rakyat.

"Belum lagi mereka berkuasa mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu?

“Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Pada ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

"Oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu.

"Perkara-perkara ini kita akan pertahankan," katanya.

Katanya orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan.

"Kita percaya dalam kerangka Perlembagaan kita, sama ada tersurat atau tersirat, sudah boleh kita membina sebuah negara yang adil dan saksama untuk semua kaum," katanya.

Najib berkata pilihan raya akan datang milik BN kerana telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.

Selaku Perdana Menteri, Najib juga berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berharap rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk melakarkan masa depan yang baik.

Katanya masa depan yang baik adalah berdasarkan paksi realiti yang sebenar dan tidak seperti setengah pihak yang menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.

Turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Pengerusi Pekida, Jamaludin Yusof dan Timbalannya, Datuk Ramli Norani.

Menyentuh mengenai perjuangan Pekida dalam mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam, Najib berkata beliau berasa bangga dengan pencapaiannya selama ini.

"Pekida adalah sebuah pertubuhan yang tidak pernah malap jauh sekali berkubur sebaliknya tetap menjadi pertubuhan yang ada kekuatan dan tidak dapat kita sangsi dan nafikan dari segi semangat, roh untuk berjuang habis-habisan mempertahankan apa yang difikirkan mulia dan suci.

"Saya yakin Pekida akan terus menegakkan pemerintahan yang mempertahankan maruah dan martabat umat Islam di Tanah Melayu," katanya. -mk

UMNO YANG BAKAL HILANG KUASA, BUKAN ORANG MELAYU




Ulasan GB

Pokoknya, Najib sedang diambang ketakutan jika UMNO terhalau keluar dari Putrajaya semasa beliau menjadi presiden UMNO.

Ia bererti Najib bakal dikutuk dan dimaki habis-habis oleh ahli-ahli UMNO jika hal sedemikian berlaku.

Maka dengan sebab itu, Najib kini berhempas pulas mencari jalan menpertahankan Putrajaya at all costs.

Najib tidak insaf bahawa pentadbiran Putrajaya dibawahnya menjadi penyebab kepada keruntuhan UMNO/BN nanti.

Bukti paling nyata terhadap kelemahan pentadbiran Najib terkandung dengan jelas di dalam laporan jabatan Audit Negara dimana telah berlaku ketirisan lebih RM30 billion wang rakyat di bawah pentadbirannya.

Diperburukkan dengan indeks persepsi rasuah negara yang merudum.

Najib yang angkuh dan boros dengan kekayaannya kini akan terus berdepan dan berlawan dengan kekuasaan dan kekayaan Allah s.w.t.

Sebelum ini GB menyatakan bahawa:

Demikian sebenarnya kaedah yang digunakan Najib melalui agen-agennya untuk membeli beberapa Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Betapa dasyatnya manusia bernama Najib ini yang mana kita telah tahu kejatuhan kerajaan PR negeri Perak adalah akibat dari pembelian wakil-wakil rakyat PR entah berapa juta nilainya. Dikuti dengan beberapa siri lompatan ahli parlimen dan ADUN PR samada menjadi wakil bebas atau pun menyertai BN pun dengan habuan wang ringgit.

Namun, Allah tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur. Segala kejahatan dan kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO bersama-sama sekutu-sekutunya seperti polis, SPR, SPRM, Peguam Negara, Pendakwa Raya, Hakim-hakim, agensi-agensi kerajaan seperti ROS yang melengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat, akan pasti mendapat hukuman daripada Allah s.w.t.

Allah akan tetap membantu pihak yang dizalimi oleh mereka sekalipun mereka tidak pernah mahu mengakui kezaliman yang mereka lakukan.

Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.

Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.

Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.

Firman Allah:

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al Lahab: 1-5)

“Dan (juga) Qarun, Fir’aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang akan lepas (dari kehancuran itu).

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.”
(al-`Ankabut: 39-40)

Mereka boleh terus cuba untuk pertahan lagi kebatilan yang mereka bawa dengan kekayaan yang mereka ada, namun kita akan tetap berjuang dan berdoa semuga Allah memberikan balasan yang setimpal di atas segala dosa mereka terhadap kita.

Dengan tegas kita tegak berdiri menyatakan: Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, agar Allah mencabut kekuasaan dan menghukum kamu-kamu semua, dan menyerahkan hak kekuasaan kepada mereka yang beriman dan berlaku adil.




4 ulasan:

  1. Duly masa ameno gagah, pekida dok mana? Ada orang ameno pandang? Atau pekida ni nenek moyang mat rempit dari segi masalah pada masyarakat?
    Bila tenat, baru nampak penting.
    Boleh caya ke ameno ni?

    BalasPadam
  2. biasa la UMNO ni kan pemenang oscar time pilihanraya... memperjudikan harta dan duit rakyat utk kepentingan periuk nasinya sendiri. bila dah menang PRU naik harga itu harga ini nk tampung balik kos yg terbuang. aku dah masak dah dgn sandiwara UMNO ni sejak kali pertama aku layak mengundi 20 tahun dulu mcm ni la lakunan dorang. yg penting pegangan kita tetap utuh. tetap tidak berubah membela dan memperjuangkan agama ALLAH bersama tok2 guru....

    BalasPadam
  3. kah kah kah kah....lepas satyu...satu NGO yg bersekongkol dgn parti haramjadah kat mesia nie. ha elok laaa...yg dok jaga cikaro...yg dok jaga club2 malam...yg burok2 elok sgt amik kat hgpa umno oiiiiiiii. kesian aku tgk pukida nie dok carik duit...asyik dok buat tarik keta tk abih2.

    BalasPadam
  4. pru 13 ini digunakan utk mengagalkan segala KEBIASAAAN DURJANA DRP B arua
    N egara serta mereka yg bodoh spt di cucuk seperti LEMBU=LEMBU.Bagi mereka
    yg berakal dn beriman hapuskn dendgan
    KHURAFAT MEREKA...negara akan hancur jika mereka hilang kuasa...persoalany
    siapa sebenarnya yg telah menggadaikn
    negara dn memusnahkn sistem perlembgn
    raja-raja dn pendidikn negara.RASUAAH
    TERUS MENJADI pegangan mereka

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.