6 Dis 2011

[Menakjubkan] Singa Rampas Kamera Pelancong Untuk Ambil Gambar Anaknya

Singa pamer kemahiran ambil gambar, jadi model

NAIROBI: Ia situasi yang luar biasa apabila dua ekor singa tiba-tiba ‘merampas’ kamera seorang pelancong yang terjatuh dan akhirnya mengambil gambar sesama mereka.

Anak singa dan seekor singa jantan berusia tiga tahun, mendekati peralatan kamera kepunyaan seorang pelancong Belgium.

Kamera itu terjatuh daripada kenderaan Land Cruiser yang dinaiki sekumpulan pelancong yang dalam ekspedisi awal pagi.

Kedua haiwan itu terus menerkam sebaik saja kamera itu jatuh ke tanah.

Bukan saja haiwan pemangsa itu berjaya menekan punat kamera, malah anak singa yang kecil itu pula seolah-olah bijak berlagak menjadi model.

Kejadian itu dirakam oleh jurugambar Paul Goldstein di Taman Hidupan Liar di Masai Mara. -dailymail/hm






2 ulasan:

  1. ha..ha.. tu pasal le.. aku dok tengok ko berjam2 amik gambo binatang sana, binatang sini.. tak solat ke? huhu...

    BalasPadam
  2. bagus le . Kucing aku dah lama pandai ....pandai minta makan kalau lapor hehe

    Kalau aku amik gambor depa posing abis..

    (sori GB, aku gelask abis pagi2 buta ni.. pandai, pandai.. subhanaullah)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.