25 Dis 2011

Khir Toyo Dakwa Dia Jadi Kambinghitam Untuk UMNO Rampas Selangor

Khir mangsa sembelihan 'drama politik' Umno

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN.

Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi.

Lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah.

"Selepas Umno tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'sudah busuk sampai ke usus', maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun.

Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh Umno BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ.

Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan
.

"Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya.

"Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. -HD

Khir says made a scapegoat

SHAH ALAM, Dec 23 — Dr Mohamed Khir Toyo said today he was being made a political fall guy, following his conviction for abusing his influence to buy a luxury home and land at a discount of up to RM3 million.

The former Selangor mentri besar has maintained his innocence, insisting that the RM3.5 million deal was at market value and on a “willing buyer, willing seller” basis.

“Right from the start,” he said when asked by reporters after the guilty verdict if he was being made a political scapegoat.

After judge Datuk Mohtarudin Baki ordered the seizure of the property and sentenced the Sungai Panjang assemblyman to 12 months jail, Dr Khir told reporters that “this is not the final judgment and I will continue to fight to clear my name.”

“On the question of politics, I will answer after January 9,” he added in an apparent reference to the date of Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy verdict.

Dr Khir appeared to be referring to speculation that he would be given a hefty sentence to avoid allegations of injustice should PKR de facto leader Anwar be found guilty.

Earlier, Mohtarudin had ruled that the conviction under Section 165 of the Penal Code also invoked Section 36 of the Prevention of Corruption Act, which mandates that the court seize property that is the subject of a graft offence.

However, he granted Dr Khir a stay of execution pending an appeal that defence lawyer M. Athimulan said would be filed this afternoon.

Although Dr Khir remains Sungai Panjang assemblyman, the 12-month sentence means he will be unable to contest in elections unless the Court of Appeal reduces it to under six months.

Athimulan also told reporters that the defence was “baffled” by the heavy punishment.

“Market value is not important anymore and it will just be based on the seller’s price,” he said, before his smiling client left the court complex here.

Dr Khir was charged with illegally obtaining for himself and his wife two lots of land and a house at No. 8 and 10, Jalan Suasa 7/1L here from Ditamas Sdn Bhd through its director Datuk Shamsuddin Hayroni.

The property was purchased at RM3.5 million although Ditamas had bought it for RM6.5 million on December 23, 2004.

Dr Khir was alleged to have committed the offence at the official residence of the Selangor mentri besar at Jalan Permata 7/1, Section 7 here on May 29, 2007. -TMI



12. Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya.

Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.

13. Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

14. Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.

15. Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana.

16. Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

17. Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?

18. Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain. -petikan dari blog khirtoyo


8 ulasan:

  1. Kira beruntung dah tu Khir Toyo tidak dianugerah penyapu oleh UMNO.

    BalasPadam
  2. tanggunglah akibat daripada perbuatan sendiri...jangan menuding orang lain..kini giliran kita esok lusa siapa tauuuuuuuu

    BalasPadam
  3. Ini cerita kambing hitam, bagaimana pul
    a cerita lembu hitam

    BalasPadam
  4. Dengar khabar angin mengatakan seorang bekas Mentei kabinet terlibat dalam rasuah. Tapi sampai sekarang tidak didakwa.

    BalasPadam
  5. Anon 9.49 aku setuju kat komen hang.
    Satu jari telunjuk kat org lain, 4 jari mengadap diri sendiri. Same le kalau asyik salahkan anak sendiri, sebelum salahkan mereka, check diri kita sendiri masa kita muda2 dulu & bagaimana kita didik mereka.

    Semua kita perlu bermuhasabah & bertaubat & mana2 yg terambik hak org samada sengaja atau tak, pulangkan, pulangkan, pulangkan.

    BalasPadam
  6. Wahai Khir, tak kira la kambing hitam ke, kambing gurun ke ( Jamil ) dah mahkamah kata salah, salah la. Akal logik pun boleh fikir, mana ada tawar harga sampai begitu rendah. Mesti ada udang punyeeeee. Tak payah dok tuding jari kat DNO. Masing-masing ada laluan sendiri ke penjara.............. Tanya sikit, mana poie ahli kolab penyokong Khir hari tuu ?

    BalasPadam
  7. xpyah nk bg alasan budak darjah 1..cukup menyampah dgn prangai ko n sekutu2 ko tu..ko mmg leh lepas skrg..tp, ko xkan leh lepas dr penghakiman yg abadi,iaiatu mahkamah ALLAH...

    BalasPadam
  8. Bukan sekadar "drama" tapi "wayang tinggi".Ingat hakim jatuhkan hukum penjara mulai dari tarikh perbicaraan tu,bulan Disember 2011.Khir Toyo akan buat rayuan dan perbicaraan akan diadakan lebih kurang 10-11 bulan lagi.Gani Patail akan pastikan keadaan ini.Bicara rayuan,Khir Toyo menang,dia tak perlu lagi masuk penjara Sg.Buluh.Waktu itu PRU pun dah selesai.Selamatlah Khir Toyo.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.