21 Dis 2011

Gadis IPTA Dicekup Dalam Serbuan Di Hotel Bajet Dungun

Sewa bilik RM50 untuk maksiat

DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara bersama pasangannya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu pihak berkuasa, awal pagi kelmarin.

Menyedari bilik mereka didatangi tetamu tidak diundang kira-kira jam 1.50 pagi itu, teman lelakinya yang juga seorang rakan sekolej dikatakan nekad terjun melalui tingkap lalu terjatuh di atas bumbung sebuah kenderaan yang di letakkan di ruang letak kereta di bangunan terbabit sebelum berjaya melarikan diri.

Siasatan awal ke atas gadis terbabit mendapati, dia mendaftar masuk ke bilik hotel yang disewa dengan kadar RM50 itu kira-kira jam 5 petang selepas turun dari bas ekspres di tempat hentian bas berdekatan.

Ketika ditemui, gadis berasal dari Klang, Selangor itu memberitahu, dia menyewa bilik hotel murah itu untuk bertemu teman lelakinya.

Gadis berusia 19 itu turut mengakui dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya yang melarikan diri dari bilik hotel itu sejak dua tahun lalu dan sempat melakukan adegan panas bersama pasangannya sebelum bilik mereka diserbu pihak berkuasa.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka kali pertama menginap di hotel terbabit akhirnya memerangkap dirinya setelah dicekup pihak berkuasa jabatan agama.

“Saya terkejut apabila bilik saya tiba-tiba diketuk pada waktu awal pagi, tak sangka pula diserbu pencegah maksiat, saya ingat hotel itu selamat,

“Bagaimanapun ketika berada di bilik itu, saya sempat melakukan beberapa adegan panas, dan nyaris melakukan hubungan seks dengannya, nasib baik saya sempat menolak keinginannya untuk menodai saya,” katanya yang merupakan penuntut semester empat Diploma Perakaunan di sebuah IPTA.

Ketika ditanya mengenai nasibnya selepas pihak pengurusan IPTA mendapat tahu kes membabitkan dirinya, remaja terbabit memberitahu dia kini buntu memikirkan perkara itu, apatah lagi dia hanya menunggu dua semester lagi untuk memastikannya mendapatkan segulung diploma seperti yang dicita-citakan.

“Saya tidak berniat untuk melakukan perkara sumbang.

“Saya benar-benar menyesal, jika diberi peluang, saya bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi, berilah saya peluang terakhir,” katanya.

Dia dibawa ke pejabat Unit Penguat kuasa Syariah untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas dijamin oleh ibu bapanya.

Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan khalwat mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 manakala teman lelakinya yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti identitinya dan kini sedang diburu pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan selanjutnya. -SH

Ulasan GB

begitu mudah dan begitu murah anak gadis Islam sekarang.

Inilah hasil "tarbiyah" daripada sistem pendidikan yang tidak mempunyai nilai-nilai moral dan keagamaan.

GB dimaklumkan bahawa sebuah IPTA di Dungun kini sedang giat mempromosikan kehidupan pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan di dalam kampus yang "diilhamkan" sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi IPTA berkenaan.

Mungkin kejadian yang dilaporkan di atas adalah hasil dan impak daripada promosi kehidupan neo-jahiliyah berkenaan.

5 ulasan:

  1. apa nk diherankan sgt GB pasal anak2 gadis melayu yang beragama islam pakai tudung tp buat maksiat...dia org pakai tudung pun sebab dah terbiasa dari kecik pakai tudung...ibarat kata..pakai tudung bagi mereka seperti pakai baju jer..dan ada gak yang pakai tudung sebagai pesen...pakai tudung...tp t-shirt ketat..nampap pusat..jean ketat...

    BalasPadam
  2. ada hotel yg selamat dan x selamat ke skang ??

    BalasPadam
  3. BAJET SIKIT BUAT MAKSIAT DI HOTEL MURAH... KALAU BAJET BESAR BUAT MAKSIAT DI HOTEL LIMA BINTANG...
    BAJET KECIL DAPATLAH PIHAK BERKUASA SERBU... TAPI KALAU DAH BERTARAF LIMA BINTANG... PIHAK BERKUASA DUDUK DIAM.. NAK MASUK PUN TAK DAPAT

    BalasPadam
  4. Buat malu kampus je budak macam nie.. tu la orang da kata jangan dedah aurat.. jangan makan ayat2 lelaki.. degil.. ekot tren la ape la.. ha sekarang sape na jawab.. laki tu pun entah kemana .. ha da kantoi mula lah na menyesal..
    tape taubatlah .. pintu taubat tu terbuka luas :)

    BalasPadam
  5. budak bukit cari simpang...

    Assalamualaikum...

    hahahahahahaharamjadah....

    artikel ni bace 2 lapis...

    Agaknya kalau wat maksiat hotel bajet, dosanya pun bajet a...

    Akal udang...

    Malu o orang buang anak luar nikah kat dalam malaysia ni sangat3 ramai... bangsa yang menyumbang pada ketinggian angka ni adalah melayu, yang majoriti Islam...

    mmmm...

    Sekarang tiba masanya kita ikut sunatullah...
    iaitu hukum hudud dilaksanakan...

    jalan ini sahaja yang mampu ubah peel melayu moden (bajet moden a tinggalkan agama)...

    Islam itu hak... setiap makhluk.
    Islam itu berhak... pada setiap makhluk.

    so letakkan hak pada yang hak, maka kita akan diganjari Ridhokawal Jannah...

    baca 2 lapis...

    coretan dari:
    budak bukit cari simpang...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.