Seremban - Suasana malam di Taman Rasa Sayang di Senawang di sini yang lazimnya aman damai bertukar kecoh semalam apabila seorang budak lelaki bertindak mencuri dan memandu sebuah bas kilang sebelum melanggar enam buah kereta yang diletakkan di kawasan taman itu.
Bunyi dentuman kuat akibat bas tersebut merempuh kereta milik penduduk pada pukul 12 tengah malam menyebabkan ramai penghuni yang sudah tidur terjaga.
Mereka yang meninjau dari rumah masing-masing terkejut apabila ternampak bas tersebut dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang oleh seorang budak lelaki berusia 13 tahun.
Suasana mencemaskan selama kira-kira 10 minit itu hanya berakhir selepas bas itu dikejar beberapa penduduk yang menunggang motosikal sebelum ia berhenti di sebuah kawasan rumah kedai di taman tersebut.
Budak lelaki itu memandu bas tersebut sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi bas itu dicuri.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli berkata, ketika kejadian dia berada di sebuah masjid berhampiran sebelum terdengar bunyi satu dentuman kuat.
Ketika dia menjenguk keluar dari masjid, dia terkejut melihat sebuah bas dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sambil dikejar beberapa penduduk.
"Mereka lebih terkejut apabila melihat bas itu melanggar sebuah kereta penduduk yang diletakkan di bahu jalan.
"Bas itu terus bergerak sebelum ia melanggar lima buah kereta lagi yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di taman itu," kata Zulkifli ketika ditemui di sini semalam. -kosmo

Budak nekad curi bas kilang
SEREMBAN – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, nekad melarikan sebuah bas kilang di Taman Rasa Sayang, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek cuba melarikan bas berkenaan sejauh hampir satu kilometer tetapi disedari penduduk taman berkenaan, yang kemudiannya mengejar remaja terbabit.
Keadaan semakin tidak terkawal, apabila perbuatan suspek itu menyebabkan beberapa kenderaan penduduk taman berkenaan turut dirempuh bas yang dipandunya.
Bas berkenaan kemudiannya ditemui di kawasan lapang projek pembinaan rumah kedai berdekatan Balai Polis Senawang, di sini.
Sebelum kejadian, suspek yang bersendirian dipercayai melarikan diri selepas terlibat dalam pergaduhan dan bersembunyi di dalam bas yang tidak berkunci dan kebetulan, kuncinya pula ditinggalkan begitu sahaja.
Saksi kejadian, Zulkifli Muhamad, 44, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam masjid taman berkenaan.
Menurutnya, dia terkejut mendengar dentuman seperti perlanggaran di luar masjid dan bunyinya pula berselang-seli.
“Suasana menjadi kecoh dan panik apabila ramai penduduk mengejar bas yang dilarikan remaja terbabit.
“Suasana gelap menyukarkan kami melihat siapa yang memandu bas,” katanya.
Menurutnya, dia ke lokasi bas ditemui selepas dimaklumkan penduduk.
“Walaupun keadaan dalam bas gelap, kami akhirnya berjaya menangkap suspek yang cuba menyembunyikan diri di dalam bas berkenaan.
“Saya telah menyerahkan suspek ke Balai Polis Senawang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri.-SH
Aduhai... geramnya bila baca ni.. Ya Allah jauhkan anak keturanan ku/kami dari melanggar perintahMu & menyusahkan org lain/rakyat/masyarakat.
BalasPadamMasukkan dalam henry gurney mudah2an insaf & berubah. Sbb ada kenalan dulu dari sek tsb sekarang ni sangat sangat baik & bagus..dia bersyukur pi kat sana..