25 Dis 2011

Benarkah Hassan Ali Tidak Dapat Liputan Di Harakah?

Tiada ruang untuk saya bersuara dalam Harakah’

KUALA LUMPUR: Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali menegur lidah rasmi PAS Harakah yang didakwanya hanya membuat liputan berita terhadap golongan tertentu sahaja dan mengenepikan pihak lain.

Katanya, keadaan itu ketara lebih-lebih lagi isu membabitkan dirinya sejak dua minggu lepas, malah beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.

“Kalau buat analisis kajian kandungan dalam Harakah berhubung polemik ini sejak dua mniggu lepas berapa peratus ruang yang diberikan untuk Hasan Ali?

“Masa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun tak banyak peruntukan diberikan kepada saya berbanding orang lain, kadang-kadang ruang diberikan kepada parti komponen lain lebih besar berbanding golongan tertentu dalam PAS sendiri,” katanya dalam sidang media di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai temuramahnya dengan TV3 menerusi slot ‘Soal Jawab’ Rabu lalu.

Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang pernah memanggil media termasuk Harakah untuk menjelaskan pandangannya mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

`Mungkin perintah orang berkuasa’

“Biasanya kalau timbalan mursyidul nak keluar akhbar mereka ini didahulukan tapi kemungkinan atas perintah orang yang berkuasa dalam Harakah didapati artikel sampai sekarang tak tersiar.

“Bayangkan kalau berita timbalan mursyidul am pun tak keluar apatah lagi Hasan Ali,” katanya yangmendakwa turut mendapat aduan yang sama daripada anggota dan pimpinan PAS yang lain mengenai isu ini.

Walaupun tidak menafikan sumbangan besar Harakah dari zaman merdeka sehingga kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya, Dr Hasan berkata pimpinan tertinggi perlu melihat semula struktur organisasinya walaupun isu ini pernah dibincangkan dalam parti.

Sementara itu, Dr Hasan berkata beliau terbuka menerima mana-mana media yang mampu meletakkan berita itu ke pangkuan masyarakat seluas-luasnya dan tidak nampak kemudaratan yang diberikan kepada diberikan kepada dirinya dan parti sepanjang polemik ini timbul.

“Keterbukaan mereka untuk menerima orang seperti saya lebih besar daripada apa yang ada dalam media milik parti sendiri.

“Saya gunakan media yang dah sedia kukuh dengan tiada niat untuk mengambil keuntungan politik dan saya merasakan itu tindakan terbaik untuk saya setakat ini,” katanya. -FMT

Media pro-Umno lebih daripada Harakah, jelas Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

“Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

“Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini,” katanya pada sidang media di sini.

Hasan sebelum ini muncul di Utusan Malaysia dan program yang disiarkan TV3 iaitu Soal Jawab — sesuatu yang dianggap tidak biasa diberikan kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.

Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan terhadap lidah rasmi parti tersebut.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

“Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?” kata beliau.

Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.

“Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah),” katanya. -TMI


Ulasan GB

Begitulah jawapan Hassan Ali mengapa beliau masih meneruskan tindakan menggunakan media pro-UMNO.

Ia jelas satu penempelakan ke atas "arahan" Mursyidul Am PAS yang meminta pemimpin PAS supaya tidak menggunakan media musuh di dalam membuat kenyataan.

Beliau membidas Harakah kononnya tidak memberikan ruang secukupnya kepada beliau.

Maaf cakap, ketara sangat Hassan Ali ini seorang yang terlalu gila publisiti.

Pun hujjahnya itu, GB rasa kesasar kerana selama ini kita lihat harakah/harakahdaily yang memainkan peranan memberi ruang yang besar untuknya selama ini. Itu tidak termasuk tvsnews dan keadilandaily yang juga merupakan organ Pakatan Rakyat.

Apakah Hassan Ali ada membuat kenyataan atau menjalankan aktiviti parti pada setiap waktu sehingga perlu diberikan liputan yang kerap untuknya di harakah atau harakahdaily?

Ramai juga pemimpin PAS yang tidak menerima liputan dari organ rasmi PAS itu. Mereka tidak merajuk. Mereka tidak kecewa. Mereka tidak mengadu. Mereka tidak menggunakan media pro-UMNO untuk mencari publisiti.

Kalau terlalu inginkan suaranya didengar dan dinilai masyarakat, mengapa Hassan Ali sendiri tidak mempunyai blog dan twitter seperti pemimpin Pakatan Rakyat lain? Mengapa terlalu malas menulis? Mengapa terlalu malas menggunakan media baru dan mengapa perlu menghentam organ parti sendiri semata-mata kerana tiada liputan diberi?

Anda tidak pandai menggunakan media baru kerana anda malas belajar menggunakannya. Jika demikian mengapa anda tidak boleh mewujudkan satu unit IT sendiri, atau mengupah seorang dua penulis yang boleh menitipkan idea-ida kamu untuk diolah dan dipaparkan di blog? Kamu sudah kaya raya bukan? Mengapa sebab itulah kamu berlagak (meminjam istilah Presiden PAS) sekarang dengan membuat kenyataan "tak kisah jika tidak dicalonkan lagi"?

Najib, PM sendiri, ada blog dan twitternya, walaupun kita tahu bukan beliau yang menulis di situ. Najib sendiri kosong ilmunya di bidang IT. Tetapi beliau appresiatif terhadap media baru dan tahu mustahaknya menggunakan media baru itu untuk menjejaki para pengundi. Beliau mengupah beberapa orang yang berkemahiran IT untuk mempastikan beliau tidak tercicir di dalam arus penggunaan mdia alternatif. Itu sebab mengapa kadang-kala berlaku kesilapan di dalam twitter contohnya di dalam pengerjaan haji dimana dikatakan di dalam twitter Najib sudah selesai mengerjakan haji sekalipun hakikatnya beliau masih melakukan ibadah tersebut. Sebabnya? Penulis twitter yang beliau upah itu jahil tentang rukun haji.

Ramai juga pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS lain yang lebih banyak dan lama jasanya kepada parti yang tidak mendapat keistimewaan diberikan ruang di organ PAS itu. Sepertimana GB katakan tadi, mereka tidak mengadu. Tidak komplen. Kerana itulah "keikhlasan" namanya.

Jadi dimana kedudukan kamu yang baru menyertai PAS? Sedangkan Allah telah mengangkat kamu begitu tinggi ke darjat yang tidak dan belum pernah dirasai oleh ramai pemimpin PAS lain, tetapi kamu tidak mensyukurinya malah bertindak mengkhianati perjuangan parti dan para pengundi kamu selama ini! Lantaran dan lantas itu kamu dicampak keluar dari kedudukan kamu ke lembah kehinaan.

PAS bukan sekadar parti politik, ini jemaah dan harakah Islamiah. Allah sendiri yang menjaga parti ini dan memilih dan menyaring sesiapa yang dikehendakiNya untuk memegang amanahNya, mengurus dan memimpin jemaah ini berjuang untuk menegakkan kalimahNya demi mendapatkan keredhaanNya, bukan untuk publisiti murahan sepertimana yang kamu tagihkan.

9 ulasan:

  1. Alasan tak masuk akal...
    Anak aku dah ada akaun facebook sejak umurnya 7 thn. Skrg umurnya dah 10thn. Rakan facebooknya sdh 1,563 org. Aku sendiri minta anak aku buka akaun facebook utk aku setahun lepas.

    Rakyat dah tak baca akhbar skrg.
    Tak lama lg bnyk syrkt akhbar yg tutup.

    BalasPadam
  2. Harakah tak suka benda2 yang bercanggah dgn kepentingannya........tidak seperti utusan. Utusan pernah mewawancara TG Hj Hadi. Allahyarham Ust. Fadhil Nor dsb. Pernahkah Harakah mewawancara Datuk Najib, Dolah Badawi?

    BalasPadam
  3. Sindrom Penafian telah menular dalam sanubari "PAKARA MOTIVASI" ni. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Biarkanlah siluncai terjun dengan labunya. Tak usah diambil tahu sangat si anak Ali ni. Lama-lama berhentilah dia. Lagi kita layan dia, lagi dia meroyan. Biarkah dia jadi seperti "Hidup segan mati tak mahu".

    BalasPadam
  4. Sy paling hormat pemimpin seperti Bang Mat Sabu, walau tewas PRU, pimpinan pusat atau apa jua jawatan...tidak pernah lagi dengar bang Mat merajuk atau hentam PAS ...sayang kamu Hassan Ali ilmu tinggi tapi perangai macam pompuan monapaus.

    BalasPadam
  5. setuju sgt2 dgn GB!

    Ramai juga pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS lain yang lebih banyak dan lama jasanya kepada parti yang tidak mendapat keistimewaan diberikan ruang di organ PAS itu. Sepertimana GB katakan tadi, mereka tidak mengadu. Tidak komplen. Kerana itulah "keikhlasan" namanya.

    ha'a buat lah blog sendiri.. bila timbul isu2 panas macam ni, kami dpt jugak dengar/baca drp pihak hassan ali sendiri.

    tapi apa2 pun dia ni memang besar kepala, perasan bagus, baru masuk pas, sekejap aja dah jadi pemimpin tinggi, tak sedar diuntung, macam zaid ibrahim yg masuk pkr kutuk2 pkr keluar tubuh KITA.. parti hidup segan mati x mau. cuna tengok bang mat sabu dan lain2 yg seangkatan.. ada pernah mereka tembak parti sendiri? kecuali uztaz nasha, hasan tantawi, nik abduh etc tulah.

    BalasPadam
  6. buat jer surat khabar sendiri...

    BalasPadam
  7. hambat dia pi cepat lg cepat lg bagus

    BalasPadam
  8. Apa2pun matlamat hassan ali dah tercapai.. pastu mintak maaf tersalah cakap..hebat lakonan dia

    BalasPadam
  9. tabik pada Tok Guru Nik Aziz dan Mat Sabu yg teguh pada perjuangan

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.