Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada pengerusi eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail.
Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta gaji pengarah-pengarah yang lain didedahkan.
“AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya.
“Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai,” katanya dipetik Keadilandaily.com hari ini.
Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.
Manakala ketiga tiga anaknya iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif) dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.
Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.
Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara. -HD
Ulasan GB
Kenyang betul "lembu-lembu" NFC mentekedarah wang rakyat.
Betul-betul binatang.

Kaya, kaya, kaya ... aku pun nak merasa tinggal kat kondo mewah. Kalau kak Jat ajak nak sangat aku pi tidor seminggu dua ke, dgn member2 tabligh. Siang hari kami buat dakwah jalanan, malam kami tumpang tido kat kondo kak Jat.
BalasPadamBole kak Jat? Tentang makan kami tak cerewet.Kesian kak Jat kena kutuk2, apa le dia org ni.
Ini anak2 Mohd Sallehkah? Salleh bukan Wan, Sharizat bukan Wan tiba tiba anak jadi Wan.
BalasPadamKeluarga Shahrizat ni jolly sakan,maklumlah duit terpijak.RM 250 juta kalau masuk penjara 2-3 tahun pun tak apa,bila keluar boleh hidup senang hingga 7 keturunan.Mereka lupa duit tu duit rakyat,dan rakyat berhak nak tau kemana pinjaman RM250 juta disalorkan.
BalasPadamSalam GB dan semua,
BalasPadamGaji mesti beribu ratusnya, potongan EPF mahu juga tinggi, dan cuti-cuti juga perlu dibayar. Syarikat bankrup itu cerita lain !. Yang mustahak bahagian AKU mesti membukit. Enjoy sampai ke tua, dan bila mampus pun banyak lagi bakinya hingga ke 7 keturunan.
Wahai mereka yang diamanahkan memberi dan mengutip hutang !, pastikan setiap sen pinjaman mereka berbayar dan dikutip, kerana ini adalah duit rakyat yang diamanahkan kepada PM untuk mentadbirkannya. Pastikan pemilik syarikat ini membayar setiap sen pinjamannya, dan jika gagal pastikan juga Pengerusi dan pengarah lainnya bankrup kering.
Kalau hutang PTTN yang kecil boleh dihebah seluruh kampung. Kalau pemegang kad-kredit yang RM2000 boleh dipaksa naik-turun mahkamah, dan kerana bunganya boleh dijadikan ia bankrup, mustahil yang ini tidak dapat dicungkil di mana peminjamnya.
Mustahil pinjaman sebanyak ini tidak ada penjamin atas hutang-hutang. Kalau tidak, ini benar-benar penipuan di siang hari oleh penyangak harta rakyat.
Peguam Negara di mana kamu?. Mufti yang banyak-banyak di Malaysia ini juga di mana kamu ?. Halal ke haram transaksi hutang-hutang ini ?.
dulu lembu, kini lembu dan selama-lamanya lembu?
BalasPadam