Sura Gate (Dungun): Impian seorang gadis sunti untuk memiliki badan langsing lebur apabila sebahagian daripada kulitnya hampir melecur dipercayai kesan penggunaan alat kosmetik selepas melalui beberapa siri rawatan di sebuah pusat kecantikan di sini.
Lebih mendukacitakan, wang untuk membiayai kos rawatan terbabit berjumlah RM1,030 turut hangus, biarpun dia dikatakan gagal mendapat faedah daripada rawatan diterima.
Menceritakan pengalaman pahit itu, mangsa, Noor Aishah Azmi, 22, berkata, dia terpedaya dengan iklan yang ditawarkan di pusat kecantikan itu, yang mendakwa dapat melangsingkan badan, sebelum mendaftar untuk mendapatkan rawatan di pusat kecantikan yang beroperasi di Pusat Niaga Sura Gate itu.
Aishah berkata, dia membuat pembayaran secara beransur-ansur dan selepas lima kali menerima rawatan, dia sudah menjelaskan wang RM1,030 seperti yang dipersetujui.
Namun selepas kali terakhir mengikuti rawatan itu, kulitnya menggelupas dan terasa pedih, sebelum melecur serta melekat pada seluar.
Aishah berkata, dia juga turut mengalami muntah-muntah, sengal badan selain bengkak pada paha.
“Apabila saya memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan pusat kecantikan tersebut dan memohon wang saya dikembalikan, mereka tidak mahu bertanggung jawab dengan pelbagai alasan tidak munasabah.
“Akhirnya saya membuat satu laporan polis di Balai Polis Dungun pada 17 Oktober lalu agar kes saya ini mendapat pembelaan daripada pihak berwajib,” katanya.
Menurut Aishah, dia juga sudah melantik peguam dan bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas pusat kecantikan itu, selain membuat tuntutan ganti rugi pelbagai. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.