13 Nov 2011

Terperangkap Dengan Isteri Orang Mengaku Anak Dara

Hidup bagai buruan

KUALA LUMPUR: Melihatkan rupa cantik menawan, badan melentuk dan kulit gebu melepak, dia tanpa berfikir panjang menerima pelawaan cinta seorang wanita.

Lebih meyakinkan, wanita berusia 20-an itu mengaku masih anak dara dan baginya, itu ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

Namun, kerana terlalu taksub dengan kesempurnaan fizikal seorang wanita, hidup Hashim Musthoda, 40, (bukan nama sebenar) umpama buruan kerana ‘anak dara’ itu rupa-rupanya isteri orang, malah memiliki seorang cahaya mata.

“Saya mengaku melakukan hubungan terlarang tetapi tidak menyangka dia yang mengaku anak dara rupa-rupanya isteri orang.

“Akibatnya, hingga ke hari ini hidup saya tidak keruan kerana sering diugut dan difitnah kononnya cuba menyimbah asid dan melarikan wanita itu, selain kerugian ribuan ringgit.

“Lebih memburukkan keadaan, dia mendakwa mengandung hasil hubungan dengan saya dan pada masa sama suaminya enggan bersemuka, namun mereka membuat laporan konon saya mengancam keselamatan keluarga itu, menyebabkan saya hidup umpama buruan,” kata Hashim. -hm

BUKTI... Hashim menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.



Hubungan wanita, lelaki perlu ada batasan

KUALA LUMPUR: “Dia harus berfikiran positif dan menganggap segala dugaan ini sebagai balasan dunia daripada Allah atas kesilapan mengadakan hubungan luar nikah bersama isteri orang.

“Islam menegaskan kepentingan ikatan perkahwinan sebelum melakukan hubungan intim. Tidak kira sama ada anak dara mahupun isteri orang yang kononnya mempunyai masalah dengan suami,” kata pendakwah bebas, Zawiyah Hassan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas masalah dialami seorang lelaki yang mendakwa dirinya diperbodohkan teman wanita yang sebenarnya isteri orang, selain menghadapi tuduhan melakukan gangguan seksual, simbahan asid dan berniat melarikan wanita terbabit.

“Perkenalan bermula sebagai kawan perlu mempunyai batasnya. Tambahan pula, lelaki yang dikatakan pemimpin harus berperanan membantu wanita terbabit menyelesaikan masalah, bukan mengadakan hubungan sulit.

“Daripada permasalahan ini, kita sememangnya tidak harus menuding jari ke arah satu pihak. Wanita berkenaan juga bersalah apabila gagal menjaga maruah sebagai isteri,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, sememangnya ada segelintir wanita berstatus isteri orang masih mencari keseronokan di luar menggunakan alasan diabaikan suami atau gagal mendapat kemewahan diingini.

Beliau tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan menyedari kesalahan terhadap suami apabila kini mengandungkan anak teman lelakinya, lantas membuat keputusan kembali ke pangkal jalan.

“Memutuskan hubungan adalah langkah paling bijak yang perlu diambil daripada terus hanyut dengan keseronokan duniawi, selain mengelakkan tohmahan masyarakat terhadap hubungan terlarang,” katanya.

Mengenai tindakan keluarga mentua wanita berkenaan yang didakwa membuat laporan polis terhadap lelaki itu, Zawiyah berkata, lelaki berkenaan perlu yakin kepada kebenaran dan menyerahkan segala siasatan kepada pihak berkuasa. -hm


Ulasan GB

Katakanlah kalau ya pun dia anak dara, kenapa kau berzina? So, kan dah susah sendiri.

Setiap sesuatu yang menyalahi hukum kebenaran dan hukum Allah, akan terima bahananya, jika tak di "sini", di "sana" pun akan kena juga.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiak berguna.

4 ulasan:

  1. Waktu kau ngerjakan aweok tu takkan kau tak perasan dan terasa betapa si binawe tuah bukan dara lagi. Mungkin kau tak de pengalaman agaknye.

    Jika kau bujang sebat seratus rotan. Jika sebenarnya lahabau betina tuh bini some body maka rejam hingga 'qooluu Inna lilLaaaah...'-lah jawabnye.

    Taubatlah. Berjuang lah untuk bantu merialisasikan hukum tuhan dipraktikkan agar golongan seperti engkau dapat menebus kesilapan. Dalam masa sama bantuan engkau itu memadamkan kuasa pihak yang memerintah tapi tak peduli bahkan menyuburkan unsur-unsur maksiat yang engkau sendiri telah terpalit olehnya.

    Semoga penyertaan dan perjuangan engkau bersama orang yang memperjuangkan kebenaran itu sebagai hujjah dan bukti kepada Allah Taala bahawa memang engkau sedang mengusahakan taubat an-nasuha. Bertaubatlah segera saudara.

    BalasPadam
  2. pokok pangkalnya gejala sosial dlm malaysia makin tercemar dan sukar utk dibendung lg. sex bebas sudah dianggap biasa. mana dia pemimpin yg mengaku dan mengishtiharkan negara islam. berani ke dorang tampil menyelesaikkan isu2 sebegini. setidak2nya tampil utk mengambil tindakan. ini tidak ada ulama' jadi ulama' bisu dan buta. umno durjana punca segala2nya......

    BalasPadam
  3. Kat malaysia ni...berlambak orang berzina...Mcm makan nasik jer...jd biasa...Anak luar nikah pun berlambak...Benteng iman memang lansung tak de...Hukuman ringan saja...Kalau bunting boleh "cuci" kat Private...Semudah itu jer...Aku selalu tgk drama budak2 betina menangis kat luar KLINIK PAKAR WANITA. Bila dah check Positif,,nangis dulu...Balaks dia pujuk dulu...itu yang bernasib baik kalau balak tu stay...Hancuss lah rakyat Malaysia....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.