Dakwaan Mydin bahawa sos cili 1Malaysia yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah selamat, bercanggah dengan kepentingan sendiri kerana ujian makmal dilakukan sendiri oleh pembekalnya, kata ketua pegawai eksekutif, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users), DN Ratna.
Sebelum ini, Standards Users mendakwa sos cili berkenaan dikesan mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Bagaimanapun, pengendali KR1M dalam satu kenyataan berkata: “Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan.”
"Ini antara kata-kata awak dan saya. Ia (ujian itu) harus dilakukan oleh pihak berkuasa yang mempunyai autoriti yang kompeten.
"Autoriti itu bukan saya, bukan (ahli parlimen Petaling Jaya) Tony Pua, dan juga bukan Mydin - ia sepatutnya Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti di bawah Kementerian Kesihatan,” kata Ratna ketika dihubungi semalam.
Beliau merujuk kenyataan KR1M Rabu lalu bahawa syarikat itu tidak akan menarik balik sos cilinya kerana didakwa mematuhi peratutran yang ditetapkan.
Ujian makmal Standards Users ke atas sos cili berkenaan mendapati terdapat 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri, sedangkan, tahap yang dibenarkan adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.
Ratna berkata sos cili 1Malaysia itu sepatutnya ditarik balik dari pasaran sehingga disahkan oleh Kementerian Kesihatan.
"Apabila berurusan dengan barangan pengguna, kita patut ambil langkap berjaga-jaga. Jika terdapat tanda-tanda bahawa ia tidak selamat, ia harus ditarik balik sehingga ada bukti yang mengatakan ia selamat,” katanya. -mk
Ulasan GB
Dengan laporan makmal yang telah dilakukan, tindakan Mydin yang terus mempertahankan dan menjual sos cili 1Malaysia sepatutnya boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Semata-mata peruntukan oleh kerajaan Malaysia dengan kedai KR1M diberikan kepada Mydin, Mydin terus pertahankan tindakan menjual barangan tersebut pengguna kini diancam dengan barangan berjenama 1Malaysia yang tidak bermutu malah merbahaya.
Golongan kaya tidak berbelanja di kedai-kedai KR1M dan Mydin kerana mereka tahu kedai-kedai tersebut menjual produk-produk yang tidak berkualiti.
Yang menjadi mangsa ialah rakyat miskin, rakyat marhaen.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

KR1M kan Kedai Rayakan 1 Mydin. Jadi depa bolih buat apa aja. Perangai mamak ni bukan tak tahu bila di jadi orang bawahan, sikit punya taat dan sanjung boss, tapi bila dah jadi boss, jaga kau. Tengokla perangai Che Det, Zambri Perak dll
BalasPadamkalau betul sos tu ada plumbum dan raksa keluarkan lah result ujian makmal tu
BalasPadamkami pun nak tahu.
Salam buat Tuan greenboc.
BalasPadamPakcu tertarik dengaN post tuan kali ini. Cepat dan panas. Pakcu tak kira sapa .Yang benar tetap benar yang salah tetap salah.
Cuma lagi kalau kita kurang arif dengan bidang kajian kita tu...terima sajalah apa yang diputuskan jangan pula cuba sembunyi ekor.... kecuali kita ada nas dan dapat diterima.
Sos cili KR iM ke, E-coli dalam air Kelantan ke, Lembu ke, pasir ke bla,bla...yang penting perbetulkan dan atasi permasalahan ini untuk rakyat.
YB yang dilantik bukan untuk "gusti mulut" cari kata sepakat selesai masalah....habis cerita....yang tak bagus asyik cucuh api punggung rakyat....?? entahlah...LABU
Wow...KR1M akan dibuka di bangunan Local Agenda Parit Buntar, alamat lingkup lakalau macam ni...projek UMNO mana pernah untung.para pengguna harus bijak memilih barangan keperluan untuk keluarga.
BalasPadam