10 Nov 2011

Mengapa PERKASA Tak Berani Dajjalkan Sama Marina Mahathir?

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sama ada kumpulan pendesak Melayu, PERKASA akan juga melabelkan anak mantan perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai dajal kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini?

Menurut Mahfuz, beliau hairan Marina, yang bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penaung PERKASA tidak didajalkan oleh kumpulan itu atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam".

"Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini?

"Tak tahulah kalau-kalau Dr Mahathir yang dilaporkan sebagai penaung PERKASA atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini.

Hawa nafsu

"Maklumlah, sebelum ini PERKASA melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Mahfus yang dipetik oleh organ rasmi PAS, Harakahdaily.

Pada 2 November lalu, PERKASA menerusi Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris melabelkan pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai 'dajal' kerana bersetuju merasmikan program Seksualiti Merdeka yang dijadualkan pada 9 November.

Katanya, pejuang pejuang dan pendokong hak sivil itu sedang membawa "agama baru" yang bergabung sama dengan hak asasi dan menggalak homoseksual.

Bagi Mahfuz, tidak dapat disangkal lagi penentangan kumpulan rasis berkenaan terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih.

"Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka.

"Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" katanya lagi.

Kelab maksiat

Harakahdaily juga memetik pemimpin PAS itu berkata, pertubuhan-pertubuhan rasis seperti PERKASA, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral.

"Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman.

"Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau.

Akibat desakan kumpulan pelampau itu dan campurtangan pemimpin politik tertentu, polis juga mengharamkan semua acara anjuran Seksualiti Merdeka.

Meskipun sedih dan terkilan dengan keputusan itu, penganjurnya memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan tidak akan diteruskan demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir.

Program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008. -mk

10 ulasan:

  1. PERKASA PONDAN TUA MCM PRESIDEN UMNO JUGA. PERKASA MONOPOS DAAAAAAA. HAHAHA. PERKASA TADAK TELOQ DAAAAAA.
    PERKASA DAYUSSSSSSS FOREVER.

    BalasPadam
  2. presiden perkasa dah jadi putrikasa..presiden sakit mulut tak dapat bagi ulasan

    BalasPadam
  3. bos pekosa kuat tido dan 'telok' pun tak da!!!!!!hahaha

    BalasPadam
  4. Apa kisahnya..
    BRAHIM tu lebih DAJJAL dari MARINA..
    DULU2 orang RESPECT Brahim nie, TAPI le ni DAJJAL habis oh!!!

    BalasPadam
  5. betul apa yg dikomenkan atas perkosa tu..dah lama kita tahu siapa dia madir dan brahim katak tu..elok le kumpul2kan zul nordin..ezam bangang..nazri..keperkosa tu dan masukkan ke kandang lembu shahrizat kat gemas tu..

    BalasPadam
  6. aku sokong 100% kenyataan di atas. UMNO ke, perkasa ke, tak boleh dipecayai utk menegakkan & mengamalkan Islam. Tapi yg berdegar2 cakap depa le.. org kg percaya abis sbb tv2 meloya depa kontrol.

    Mereka tak leh fikir, org2 yg cakap pasal Islam, tapi isteri atau diri sendiri masih berjambul, agung2kan budaya dedah aurat . Budak2 lum matang bole le maafkan, ni dah tua.

    BalasPadam
  7. PERKASA BELAAN UMNO. KALAU MEREKA BUAT DEMO SIAPA BERANI DAKWA?

    BalasPadam
  8. SEMUA YANG ADA DALAM GAMBAR NI DAJJAL DUNIA...

    BalasPadam
  9. Mana Brahim Katak berani nak kata Marina sebab bapak Marina sudah dinobtkan oleh Pekasam sebagai khalifah Pekasam.Pekasam ni berani dengan pembangkang aje sebab dapat sokongan UMNO dan PRDM.Marina sudah cabar Pekasam,kerana Pekasam sudah hentam salah orang.

    BalasPadam
  10. ingat tak masa ceramah bang mat sabu kat ns ari tu?lintang pukang lari tak cukup tanah lembu-lembu perkasa ni kena hambat dengan pemuda pakatan rakyat.bodo & bangang betol....hahahah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.