20 Nov 2011

Khuatir BN Tak Dapat Undi Dari Kaum Guru, Muhyiddin Batal Projek Rintis Guru

Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan.

Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.

Minggu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik.

Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru.

Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka.

“Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan di sebaliknya.

“Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru,” kata beliau di Labuan, Sabah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meneruskan kajian tersebut.

“Sebab itu, saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan,” katanya mengulas reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari diteruskan kerana menurut mereka ia amat membebankan kerja guru.

Beliau berkata tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran.

“Profesion perguruan ini ada keistimewaan... berlainan sedikit dengan perkhidmatan awam yang lain kerana dia guru, dia mengajar, dia mendidik dan membimbing dan masa sepenuhnya ditumpukan di bilik darjah, di luar darjah dan kawasan rumah kampung pun guru berperanan,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat dan juga guru tidak perlu risau kerana kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak terutama daripada kewajaran untuk meneruskan projek itu. -TMI

Ulasan GB

Pucat jugak Muhyiddin ya apabila menyedari dan mendapat makluman bahawa kaum guru akan menolak UMNO BN jika projek rintis guru bekerja 9 jam sehari diteruskan.


11 ulasan:

  1. kalau tak buat pun, cikgu dah tolak, inikan nak buat projek gila ni....tamatkan umngok............

    BalasPadam
  2. kalau cikgu masih percaya dgn manusia lidah bercabang macam ni letak jeee jawatan anda tu .cikgu kan org pintar tak kan mudah di tipu oleh manusia mcm ni tolak parti umporno pru akan dtg

    BalasPadam
  3. Cikgu dah fed up dengan UmnoBn.... diperlakukan macam guru2 ni tak boleh berfikir...

    BalasPadam
  4. Ampun maaf....

    Sekrang musim LEMBU jadi popular. UMNO/BN dah macam lembu tua. Mereka memang pernah ada jasa. Tapi dah berlalu. Tak ade apa nak diharap dan manfaat lagi memelihara lembu-lembu tua.

    Perihal guru...
    Aku tetap yakin bahawa kaum guru sebahagian besar macam lembu dicucuk hidung. UMNO/BN 'bantai dan balun' mereka samapai tak cukup masa rehat dan tido pun merek tetap melihat umno/bn satu-satunya pihak yang mampu tadbir negara.

    UMNO/BN umpama buat rumah lepas tu bongkar sebab salah. Lepas tuh bina yang lain, bongkar lagi sebab orang tak suka tengok. Lepas tu bina dan bongkar lagi. Guru tetap kata idea dan arkitektur UBN tetap terbaik.

    Aku heran jugak kepada golongan guru. BANGANG mereka sukar diubat. Fikiran mereka tertutup terkurung dibawah bangunan sekolah. Sama juga macam lembu. Dibalun oleh tuan dia lmbu tu tetap balik KANDANG tuan dia jugak, hanya kerana sebuntil dua rumput segar yang menunggu dalam kandang. Cukup masa tuan dia juallah lembu tuh atau disembelih untuk korban atau kenduri-kendara.

    Minta maaf.
    Belum ada bukti kukuh persepsi aku terhadap kaum guru akan berubah.. Murid makin lama makin jadi hampeh dalam masyarakat. Cerdik dalam akademik tapi hampeh dalam agama, akhlak dan hal-ehwal bernegara.

    Cukup dengan sebiji dua gula-gula yang ditabur BN (sama macam beri haiwan peliharaan makan), maka guru akan diam dan enggeh. Bodoh macam murid jugak. Bila aku sekolah tinggi dan menelusuri hidup bermasyarakat baru aku sedar kebanyakan guru memang BANGANG.

    Namun...
    Aku tabik kepada guru yang berjuang menyedarkan murid serta masyarakat akan berbezaan kebenaran dengan kepalsuan. Yang hak dan yang batil tetap berbeza. Lalu mengajak melakukan tranformasi bersama-sama mengubah yang tak betul kepada yang sepatutnya. Guru jenis ini yang patut dihormati dan disanjung.

    Apa pun ada guru yang pernah berjasa dalam hidup aku. Terima kasih cikgu.

    BalasPadam
  5. Tuan BLOG...
    Setuju guru kerja 9 jam dari 7.30-4.30 dengan syarat
    1, Sekolah satu sesi 100 peratus. Tak ada duit nak buat bangunan hentikanlah idea gila ni.

    2.Setiap kelas dipasang penghawa dingin...supaya lambat letih dan kondusif ruang kerja.

    3.Kemudahan bilik mandi untuk pelajar.

    4.Setiap guru dibantu oleh Pembantu guru seperti yg dibuat di United Kingdom.

    Semua diatas dipenuhi kira idea itu boleh la dipertimbangkan.CUMANYA bagaimana dgn kelas sekolah agama Rakyat pd waktu petang,,,,,,,fikir2 kan

    TAK adil la hentam guru saja. Kena ingat ada guru sokong BN dan ada yg PR. Semua kerjaya ada yg pro dan kontra. Komen biar la berakal bro kalu nak hentam guru dengar arahan kerajaan.
    Manusia berbagai-bagai contoh dulu-dulu dlm perang Jamal ada muslim yg terkorban dibelakan Saidina Aishah dan ada yg terkorban dibelakan saidina ALI. Kemudian diikuti Perang Siffin...

    Oleh
    Kabin si Utuh urang Banjar.

    BalasPadam
  6. laksana atau tidak kerja 9 jam kami guru tetap tak sokong BN sebab kerajaan yg ada hari ini dipimpin oleh orang yg tak amanah dan rasuah.
    Insyaallah kami akan tukar.......

    BalasPadam
  7. GB,
    Aku setuju dengan Anon 6:38 PM tuh.

    Goodbu UMNO. Goodby BN.
    Harapan baharu rakyat jelata akan digalas oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang telah membuktikan upaya kepimpinan yang cemerlang di negeri-negeri yang rakyat serahkan pengurusannya kepada mereka.

    Tahniah kepada pengundi-pengundi di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat kerana telah membuat pilihan yang betul dan tepat. jika ada kekurangan dan kelemahan taklah SETERUK apa yang dilakukan oleh kerajaan UBN.

    Tak sabar menunggu najib bubabrkan parlimen.

    BalasPadam
  8. Guru-guru di Kelantan kebanyakannya diperlembu oleh UMNO. Dan yang ada jawatan penting di sekolah berlagak macam samseng UMNO.

    BalasPadam
  9. Haram Jadah punya kerja. . ada ke patut urusan guru di suruhnya JPA wat kajian memang er JPA kerja 8 sampai 5 . . suruhlah suruhanjaya pendidikan buat kajian ker KPM buat kajian ker. . memang ler nak perlingkup kerja pendidikan. nak tahu satu aje TAHUKER JPA KERJA CIKGU. . JPA TAK MACAM CIKGU LAH . .dia berurusan dengan fail kul 12 mlm pun takpe balik fail tak bergerak.

    BalasPadam
  10. JPA tak buat kerja bodoh macam tuh jika tak de perkenan MENTERI. Jadi pada aku yang bangang tuh menteri. Pegawai JPA itu hanya 'Yang menurut perintah'.

    Kah... kah... kah...

    Apa khabar pengundi di Pagoh. Adakah anda tersalah undi tempoh hari atau memang anda same brand...?

    Peluang merubah kesilapan terbuka luas pada PRU-13 nanti. Jika tidak maka terbuktilah memang angda brand yang sama.

    BalasPadam
  11. Guru tak mau undi BN, kalau undi Pakatan Rakyat dapat kenaikan RM500, kalau undi BN lepas PRU13 kena kerja macam nak mampus

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.