30 Nov 2011

Kenyataan Rasis Ahmad Maslan Bakal Jatuhkan Najib & BN

Politik meracau' Umno bakal jatuhkan Najib

Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa.

"Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa.

"Mereka (Umno) masih belum jumpa strategi jelas, maka mereka meneruskan strategi lama dengan mencetuskan rasa takut (politic of fear) di kalangan rakyat dengan isu kuasa orang Melayu, agama dan sultan" katanya kepada Harakahdaily.

Dalam kenyataan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly juga menyifatkan kenyataan Ahmad itu sebagai kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa transformasi politiknya kepada pemimpin Umno lain termasuk Ahmad.

Najib juga ujarnya masih tindak menentu dalam mencari strategi dan pendekatan untuk mempertahankan kuasanya.

"Mungkin juga ketua penerangan Umno ini mewakili suara majoriti ahli Umno dan suara Najib (yang mahu transformasi) hanya minoriti.

"Ini juga bukti 'banyak kepala' dalam Umno yang semakin bersimpang-siur dan bercelaru. Umno tetap Umno yakni parti berteraskan perjuangan perkauman Melayu sempit, Melayu Umno, masih ramai Melayu yang terpinggir, jurang miskin-kaya paling lebar dalam etnik Melayu di negara ini" kata Dr. Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Sementara itu juga, beliau menjangkakan perhimpunan agung Umno yang akan dirasmikan malam ini menjadi medan anggota parti itu membangkitkan isu perkauman.

Ianya memandangkan parti itu kini berada dalam keadaan terdesak selepas hilang sokongan bukan Melayu sejak tsunami politik 2008 lalu. -hd

Berita sebelum ini
klik untuk baca



5 ulasan:

  1. itulah Umno, time menang bergaya x ingat nak sebut pasal melayu ni, tp bila dah nak mampos, Melayu yg diutamakan..piiiraaahhhh konpem gua pangkah bulan!!

    BalasPadam
  2. melayu umno pengkhianat bangsa melayu. umno melayu paria.

    BalasPadam
  3. haram undi umno forever30 November 2011 pada 1:35 PTG

    merapu dan meracau...PAS bukan 100% melayu ke?PKR majoritinya bukan melayu ke?DAP pun dh ada org melayu la..hanya melayu umno lembu yg akan hilang kuasa bhai...lu jgn pikir suma org caya ckp lu?kecuali lembu2 umno je yg mati2 prcaya sbb otak pun otak lembu...

    BalasPadam
  4. Eloklah disembelih lembu ni untuk buat lauk.

    BalasPadam
  5. Cakap pasal Melayu tapi cekek orang Melayu.DiKelantan tu bukan majoriti orang Melayu? Berapa banyak sudah tanah Malay Reserve dah kena sapu?Dalam Perlembagaan dicatatkan biasiswa untuk anak Melayu,apa sudah jadi? Bahasa Melayu sudah diketepikan,siapa punya angkara?Masa buat persempadanan semula kawasan pilihanraya dulu,kawasan Melayu(Malay Belts) diketepikan,diperbanyakkan kerusi untuk Sabah dan Sarawak,siapa punya kerja?Ahmad Maslan,Jawa Bangang ni betul-betul lupa sejarah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.