Pelakon dan pelawak terkenal, Bob Lokman tetap dengan pendirian tidak bersalah walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya minggu lalu berhubung dakwaan mengadakan ceramah agama tanpa tauliah.
Bagaimanapun, Bob Lokman yang dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi memberitahu, beliau masih belum dimaklumkan atau dihubungi Jais mengenai perkembangan itu.
Katanya, dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya Jais tetap dengan pendirian mahu menangkapnya kerana jabatan agama itu berkuasa untuk berbuat demikian.
“Jais ada kuasa, mereka boleh ambil tindakan undang-undang, walaupun merasakan saya tidak bersalah. Tapi saya tidak akan membantah sekiranya mereka datang menangkap saya,” katanya.
“Saya masih belum tahu bagaimana proses tangkapan itu akan dibuat, tapi saya akan memberi kerjasama. Sekiranya melibatkan pihak polis, saya akan ikut prosedur mereka (polis),” kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.
Sehubungan itu tambah Bob Lokman, beliau juga rela dipenjarakan sekiranya dia didapati bersalah di mahkamah.
“Kalau mahkamah memutuskan saya bersalah, saya rela dipenjarakan, saya tidak mampu untuk membayar denda, nak penjara, saya terima,” katanya yang tidak bercadang untuk menggunakan khidmat peguam bagi membela diri jika kes itu dibawa ke mahkamah.
Jelasnya, beliau juga akan memberi keterangan di mahkamah untuk mempertahankan diri berhubung insiden penangkapannya di Hulu Langat tempoh hari.
“Saya tetap akan mempertahankan diri dengan memberikan keterangan yang benar (di mahkamah jika didakwa), saya tetap tidak akan mengaku bersalah,” tegas beliau yang menyertai PAS pada 19 Februari lalu.
Ujar Bob Lokman, beliau percaya tindakan Jais mahu menangkapannya sebagai satu usaha agensi itu mahu menjatuhkan golongan pendakwah sepertinya, seolah-olah mereka mendatangkan ancaman.
“Sepatutnya Jais memberi bantuan dan sokongan kepada golongan yang menyampaikan dakwah, bukannya menjatuhkan mereka,” katanya.
Namun begitu, pendakwah bebas ini juga yakin kebenaran untuk dirinya akan terbongkar dan percaya isu ini mempunyai hikmah tersendiri.
Laporan semalam menyebut Jais telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Bob Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan Jumaat lalu.
“Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya,” katanya.
Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.
Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.
Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -TMI
Laporan sebelum ini
Klik untuk baca

Encik Bob tak ada tauliah, so bagi tauliah. Apa masalhnya ? Mengapa dilayan seperti penjenayah ?
BalasPadamAdakah En Bob menyebar ajaran sesat ?
Tak ada dengar pihak gereja tangkap pendakwah kristian tak ada tauliah. Tak ada juga pihak kuil hindu tangkap pendakwah hindu tiada tauliah. Cuma selangor saja sebok dengan tauliah.
Kilang arak berdiri gagah tak ada pula diambil tindakan. Sebab kilang arak itu ada tauliah ?
Sepatutnya ketua agama islam selangor berfikir bahgaimana untuk menutup kilang syaitan itu.
jais berlakun dalam isu gereja cuba kritiankan orang islam sebaliknya bersungguh dalam kes bob lokman jais musang berbulu ayam kalau beginilah rupa jais sampai bila pun orang islam tak akan paham hukum islam.
BalasPadamuntuk Bob Lokman...berkata seorang ilmuan Islam " sekiranya sesuatu gerakan dakwah itu dipandang lunak oleh pemerintah (dlm kes ini kerajaan PR tiada kuasa, bukan di bawah bidang kuasa mereka)...maka pendakwah itu perlu menilai semula kerja buatnya...adakah selari dgn kehendak Islam".
BalasPadamAda gerakan dakwah yang berdakwah dan berceramah di serata mesjid tanpa menyebut walau sepotong ayat Al Quran atau hadis...hanya membaca terjemahannya saja....mereka hanya menyeru kpd maaruf tetapi membiarkn kemungkaran....maka mereka dilayan dengan lunak oleh pemerintah yg berugama islam/bkn islam, kerana mereka hanya menyeru kpd maaruf. Pendakwah sebenar menyeru kpd maaruf dan menentang mungkar.
Bob....apa yg sdg bob hadapi adalah sebahagian dr tribulasi perjalan seorang daie.
Bob Lokman boleh menang kes ini kalau hakim menerima pakai hujah ini:
BalasPadamOleh kerana di negara ini Islam hanya dihadkan kepada perkara-perkara tertentu, maka "Agama" yang dikatakan memerlukan tauliah untuk diajar itu juga sepatutnya terbatas kepada bab fiqah, muamalat, tafsir quran, hadith dan sebagainya. Adapun mengajak orang kepada kebaikan adalah hak semua orang yang dijamin oleh Perlembagaan sama ada yang Islam atau kafir, muda tua, baligh, di dalam ceramah atau di tepi jalan. Sekiranya hakim bersetuju dengan hujah ini, ia akan menjadi landmark decision, akan menjadi kes rujukan untuk kes-kes mengajar tanpa tauliah yang lain. GB banyak kabel kan, tolong lah sampaikan kepada peguam Bob..
tujuan tauliah adalah bagus tapi pelaksananya ada masalah
BalasPadambenda ni kena pikirkan
undang2 untuk memantau aktiviti dakwah(?)dari penyelewengan
sapa nak pantau pentafsir undang2 dan pelaksanaannya pulak dari menyeleweng?
SPR satu lagi cotoh pikir2 la sama2
JAIS Selangor ejen UMNO, kalau kita ajar mengucap dua kalimah shahadah tanpa pemit pun kena penjara...
BalasPadamSPR, SPRM DAN JAIS ADALAH BARUA UMNO
BalasPadamnak ceramah, nak berhimpun, nak berdemo motosikal jadi haram tanpa permit UMNO,kalau buat ikut arahan UMNO semua jadi halal termasuk video lucah
BalasPadamKalau Bob di dapati bersalah oleh JAIS yg pro umno,buka satu akaun bank untuk kita sama2 menolong abang Bob. Jangan biarkan Bob dipenjara, biarkan dia berdakwah walaupun sepotong ayat Allah.
BalasPadamAjak org buat baik salah ajar org baik buat jahat ok ajak org tonton video lucah lagi ok JAIS x mau keluar waran ke? JAIS x de teloq
BalasPadam