2 Nov 2011

AWAS: Kenyataan Idris Jala Untuk Naikkan Harga Minyak Dan Barang Keperluan.

Idris Jala: Malaysia masih ada risiko jadi muflis

KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan.

“Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku,” kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi.

Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu.

Meskipun ekonomi mengalami pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu, defisit fiskal tahun lalu mengekalkan hutang awam lebih 50 peratus berbanding kadar KDNK bagi tahun kedua berturut-turut.

Pakar ekonomi juga berkara bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh perlahan ke paras 3.6 peratus tahun depan daripada kadar 4.3 peratus yang dijangkakan tahun ini ekoran risiko kemelesetan berganda global.

Bagaimanapun kata beliau, Malaysia tidak akan melalui kemelesetan tetapi akan melalui perkembangan ekonomi yang perlahan ekoran merebaknya krisis kewangan di Eropah.

Katanya, jangkaan beliau tidak bermakna Putrajaya akan berhenti daripada membuat pinjaman.

“Kita harus membuat pinjaman dengan syarat wang itu digunakan untuk pelaburan berbanding untuk perbelanjaan operasi,” kata beliau lagi.

“Kita harus memastikan pinjaman kita sepadan dengan pelaburan,” katanya lagi.

Ulasan GB

Sebenarnya kita sudah dapat membaca... kenyataan Idris Jala tersebut adalah justifikasi kerajaan Najib untuk melakukan "penyelarasan subsidi" sekali lagi - dalam erti kata menarik subsidi daripada beberapa barang keperluan dan sekali gus bererti kenaikan harga bagi barangan tersebut.

Beliau menggunakan alasan bahawa negara mungkin bankrap jika negara terus memberikan subsidi... ke atas barangan keperluan.

GB ingan tegaskan kepada Idris Jala yang telah membutakan matanya mengenai Laporan Audit 2010 bahawa: kebankrapan negara BUKAN disebabkan oleh subsidi tetapi adalah disebakan oleh ketirisan, rasuah, pembaziran, ketidak-cekapan, ketidak-berkesanan yang menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib kini.

Justeru itu jangan jadikan alasan pemberian subsidi sebagai sebab negara jadi bankrap. Tetapi adalah diakibat dari faktor-faktor kerajaan BN sendiri yang projek NKRAnya hanya mitos dan gimik yang sedap didengar tetapi hampas belaka.

Buka lembaran Laporan Audit 2010 itu dan perbaiki segala kepincangan yang didedahkan. Ambil tindakan segera ke atas pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan yang inefficient dan uneffective terutama yang melakukan korupsi.

Sekiranya itu tidak dilakukan, tunggu sehingga hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya: BN should get out from Putrajaya!



10 ulasan:

  1. seolah-olah bn ingin ingin buat neraga berhutang, kerana bn tau parti dia akan kalah PRU13,

    seperti bn buat kat penang, opposition yang bayar dan selesaaikan hutang negeri penanag kemudian menyalahkan DAP tak buat pembangunan

    takkan BN berak, oppotion yg bersihkan.. pikirkanlah !!

    BalasPadam
  2. Pelaburan means tumbuhnya syarikat2 baru kroni untuk habiskan duit tak tentu hala... tak gitu?

    BalasPadam
  3. insyaallah, jika diizankan pakatan rakyat menang pru 13 nanti...harap dapat gunakan semua media seperti tv1 tv2 dan lain lain bagi membongkarkan apa apa saja ketirisan dan penyelewengan oleh pemimpin yg ada skrg supaya rakyat sedar yg mereka selama ni di tipu hidup2 oleh pemimpin yg mereka pilih.

    BalasPadam
  4. negara muflis pemumpin dan kroni kaya raya rakyat biasa tanggong beban harga padi tak naik harga getah menurun pegawai kerajaan selesa.

    BalasPadam
  5. kepada Dris Jala,
    kalau nak bagi kenyataan tentang ekonomi jangan asyik ungkit subsidi sahaja...banyak lagi sebab2 besar lain yg membawa negara jadi muflis.. ingat2 juga org kampung sendiri kat Bario/ulu Merudi dll...bila subsidi kena potong,cukai makin naik..yg mula2 susah org kampong termasuk saudara Dris jala sendiri...pada masa tu sia2 rasanya bersaudara dan berkampong dgn Dris Jala...tak guna jadi manteri dan ahli koprat kalau tak dapat membela org kampong dan org susah yg masih bertimbun kat SARAWAK

    BalasPadam
  6. duit abis buat beli cincin, gelang, beg tangan dsb...

    BalasPadam
  7. Lagi wayang dan drama pemerintah untuk tipu rakyat.Menteri Kewangan kata: Rakyat didahulukan.Seorang menteri lain kata:Wang yang dipinjam tak boleh digunakan untuk pembangunan.Yang mana satu rakyat nak dengar.

    BalasPadam
  8. Hutang RM407 bilion tiada masalah.
    Marilah 28 juta rakyat bersama-sama fotokopi RM15 ribu setiap orang untuk bantu kerajaan Bangsat Najis langsai hutang.

    http://selangormydreamstate.blogspot.com/2011/09/smart-govt-stupid-people.html ~

    BalasPadam
  9. Nak tau macam mana negara boleh jadi bankrap - minta Idris Jala buka balik Laporan Odit 2011 dan juga yang sudah-sudah,sebaik-baiknya sejak Mahathir Kutty jadi PM.

    BalasPadam
  10. Malaysia akan muflis jika Najib dan Rosmah kekal berkuasa.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.