5 Nov 2011

Anggota Polis Dituduh Merogol Pelajar Tkn 5 Dalam Balai Polis

Petaling Jaya - Seorang anggota polis berpangkat konstabel diarah membela diri di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap dua tuduhan merogol dan memaksa seorang gadis berusia 17 tahun melakukan seks oral di Balai Polis Putra Height, Subang Jaya tiga tahun lalu.

Gambar: Jamil diarah membela diri atas tuduh merogol gadis di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.

Hakim Hayatul Akmal Abd. Aziz memutuskan demikian terhadap tertuduh Jamil Abdul Sah, 30, selepas mahkamah dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Sehubungan itu, beliau menetapkan 20 Disember depan untuk tertuduh membela diri terhadap tuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, anggota polis itu didakwa merogol pelajar tingkatan lima itu di antara pukul 6 pagi dan 7 pagi, 18 Jun 2008 di Bilik Maklumat, Balai Polis Putra Height di sini.

Bapa kepada dua orang anak itu turut dituduh memaksa pelajar berkenaan melakukan seks oral di bilik sama dan pada waktu tersebut.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377B kanun yang sama, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 20 tahun juga sebatan jika sabit kesalahan. -kosmo

Ulasan GB

Apabila hudud dipinggir dan dihinakan, maka Tuhan buktikan pelaksana undang-undang pun bisa merogol...

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?

8 ulasan:

  1. ADAKAH MEREKA INI AMBIL TELADAN RAHIM TAMBI BESAR ?

    BalasPadam
  2. Tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional yang cukup lucah dan kejam.

    BalasPadam
  3. LU FIKIRLAH SENDIRI.........

    mengikut laporan 'indeks jenayah telah menurun'.....ada betul ka?

    BalasPadam
  4. Mengikut jejak langkah bekas Menteri Besar Melaka dan Menteri dari UMNO? Itu lah akibatnya menokong parti yang angkuh. Jangan-jangan negara pun digadai UMNO nanti.

    BalasPadam
  5. imej polis mmg dah hancur laaa...harap anak2 kita nanti jgn ada yg fkr nak jadi polis lak..hampaih

    BalasPadam
  6. Apa lagi yang PRDM tak buat? Semua dah buat - merogol,menembak kanak-kanak,rasuah(kerja wajib),pukul dan hentam rakyat biasa,bunuh orang dalam tahanan,rompak,jual dadah,tipu rakyat - cukup lengkap.Apa lagi yang nak diharapkan dari PRDM ni?

    BalasPadam
  7. jangan meletaktan kemanusiaan ke tahap kebinatangan

    BalasPadam
  8. Bagus la.. org mesia bayau tax utk defend org koje gomen camni.... elok bebenar la... max kene 20 thn min kene 5 thn, ada whipping... ape ler sgt...kene buang keje? takpe la pas defend case nye takdenye gomen nak anto fees gomen's counsel defend case dia nya... buat pulak atas capacity gomen serben...sah2 ler pree ea tak... kalau org biasa masak le... jenuh buat appoinmen bagai ngn karpal sing pe jadah.. mesia mmg bule.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.