Kuala Lumpur: “Saya sarankan kepada rakan artis supaya tidak memberikan pandangan mengenai hukum hudud berbentuk peribadi, sebaliknya rujuk kepada pakar (ulama) terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” kata pengacara TV3, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.
Itu antara luahan hati Wardina berhubung laporan sebuah akhbar bertarikh 25 Oktober lalu, apabila beberapa selebriti tempatan memberikan pandangan peribadi mengenai hukum hudud sama ada wajar atau tidak dilaksanakan di negara ini.
Antara artis memberikan pandangan mereka adalah Datuk Aziz Sattar, Ayu Raudhah, Enot, Alif Satar, Cat Farish dan Heliza AF.
Menurut Wardina, hukum hudud satu perkara sensitif yang seharusnya dirujuk kepada ulama dan pengamal undang-undang bukannya boleh dikeluarkan pandangan sesuka hati saja.
“Kita (artis) perlu tahu bahawa analogi hudud adalah perkara yang sangat teknikal dan sensitif yang mana sekiranya pendapat yang dikeluarkan salah, maka ia boleh menyinggung hati banyak pihak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, artis dan selebriti sewajarnya memberikan fokus hanya pada bidang yang diceburi mereka seperti pengalaman, seni, filem, muzik dan lakonan. -hm
Ulasan GB
Terima kasih dan syabas Wardina kerana memberikan saranan baik untuk rakan artisnya di dalam isu hudud.
Itulah kebenarannya iaitu: jika tidak tahu seseuatu mengenai hukum Islam, maka rujuklah pakar (ulama) terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Jangan amalkan sikap memberi pandangan kepada sesuatu hal yang kita tidak tahu atau tidak mempunyai ilmu mengenainya.
Bukan tidak boleh memberi pandangan, tetapi hendaklah sekurang-kurangnya kita tahu tentang subjek yang hendak kita berikan pandangan itu kerana:
Firmanullah s.w.t.
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan. Surah : Al Israa : 36

Artis ni setakat mana sgt mentalitinya...nak glamour je la..
BalasPadamsyabas untuk Wardina. Wartawan pun satu...gi yanya benda2 mcm ni dengan artis apakejadahnya? Takkan editor tak peka? Atau saja berniat serong?? Hati2 jangan sampai Sinar Harian di boikot macm Utusan Meloya.
BalasPadamtanya artis umno... gitulah jwbnye..tgk artis pakatan rakyat tu... jawapan yang penuh dengan hikmah..
BalasPadamartis ni sama saja dengan kita.
BalasPadamkita nak juga keluar pendapat, contohnya kes anwar. sebagai umat islam kita dilarang membicarakan tentang siapa betul siapa salah. sebaliknya kita kena ambil sikap atas pagar. rasulullah bila orang menyampaikan kepada baginda tentang perlakuan abdullah bin ubay yg memang diketahui seorg munafik, rasulullah tidak terus bertindak menghukum abdullah bin ubay sebaliknya rasulullah pergi jumpa abdullah bin ubay tanya dia ada buat begitu tak?
tapi sayangnya kita tidak ikut rasulullah dalam semua hal
BILA NGOK PUNYA WARTAWAN TANYA PADA NGOK PUNYA ARTIS YANG CETEK ILMU INILAH PADAHNYA ! BERETIKALAH SIKIT PARA WARTAWAN JANGAN TANYA SOALAN YANG SEPERTI MEMPERLEKEHKAN HUKUM HUDUD SEPERTI UTUSAN MELOYA ATAU BERITA HARIAN PUNYA WARTAWAN YANG MEMANG DAH SIAP BONGGOK !
BalasPadamantara artis yang mempunyai akal dan fikiran..
BalasPadamtak tahan bila komen enot: hukuman sula untuk kesalahan zina??
BalasPadamMasa aku kecik2 >30 thn lalu (klu x silap), aku selalu tengok ayah wardina ni beri ceramah agama kat tv. Dia ikut ayahnya tu ..
BalasPadamAku doa semuga anak keturunanku juga cerdik ttg ilmu Islam, memahami & mengamal Quran & hadis/sunnah
biasa aa depa ni ..
BalasPadamdah wartawan p tanya resepi nak buat kek kat pomen kereta camtu la jadinya ..
banyak lagi orang yang lebih berkelayakan untuk menjawap soalan tu ..
benar sabda Nabi kita SAW, akhir zaman ulamak semakin sedikit dan diketepikan, org jahil menjadi rujukan apabila timbul isu ugama. memang artis patut NO KOMEN pasal hukum ugama sebab itu bukan bidang mereka.
BalasPadam