19 Okt 2011

Siapa Yang Hipokrit Sebenarnya, Khairy Atau Pengkritiknya?

Khairy pertahan serangan ke atas anak Guan Eng, dakwa pengkritik ‘hipokrit’

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Khairy Jamaluddin menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tidak salah dan pada masa yang sama beliau melabelkan pihak yang mengkritiknya sebagai hipokrit.

Tengah hari tadi, Lim berkata keluargannya kesal dengan “pembohongan biadab” dibawa terhadap anak lelakinya oleh “pihak-pihak kejam yang pro-Umno” sambil merujuk kepada Khairy dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik,” kata beliau dalam kenyataan.

Menjawab kritikan ke atas beliau menerusi Twitter petang ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) dan keluarga mereka telah berhadapan dengan situasi lebih buruk daripada pihak pembangkang.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN, mengecam ahli DAP bernama Satees Muniandy dari Pulau Pinang kerana begitu “hipokrit” apabila beliau menimbulkan perkara itu menerusi Twitter.

“Saudara, apa yang pemipin-pemimpin BN dan keluarga mereka dapat daripada pembangkang adalah lebih teruk. Jangan hipokrit,” kata Khairy lagi.

Satees menulis bahawa, “anda hanya perlu tunggu! Saya mahu melihat apa reaksi anda apabila Puma & Cougar anda membesar dan dilayan dengan pembohongan dan fitnah!

“Puma & Cougar” merupakan nama timbangan digunakan oleh Khairy untuk merujuk dua anak lelakinya.

“Adakah anda menjustifikasi dan mempertahankan tindakan murahan pemblog-pemblog pro-Umno? Saya tidak terkejut kerana anda juga bergandingan dengan mereka!” kata Satees.

Dia kemudian menyoal Khairy sama ada ahli-ahli DAP ada bertindak sehingga begitu buruk dalam menyerang tingkah laku ahli keluarga menteri-menteri Umno atau saudara mara wakil rakyat itu sendiri, kecuali bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas perdana menteri.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan tengah hari tadi mengecam Khairy kerana menulis komen sinis menerusi Twitter ketika membalas dakwaan ke atas anak lelaki pemimpin itu.

Semalam, Khairy menulis, “mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.

Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.

Khairy terus mempertahankan dirinya daripada kritikan pengguna Twitter termasuk komen Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Seorang lagi pengguna yang bernama “whackalibabas” mengingatkan Ahli Parlimen Rembau itu bahawa “Tuhan sedang memerhatikan anda.”

Kepada mereka yang mempertahankannya, Khairy menulis, “usah kisah. Jelas, standard yang berbeza bagi pemimpin-pemimpin pembangkang.”

Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang juga bapa kepada Guan Eng turut berbalas mesej Twitter dengan mengecam dakwaan ke atas cucunya.

“Bagaimana perasaan PM/TPM jika anak/cucu mereka menjadi mangsa serangan buruk berdasarkan pembohongan?

“Adakah Najib/M’ddin (Muhyiddin( akan mengecam serangan sedemikian ke atas kanak-kanak tidak bersalah oleh ‘cybertrooper’ Umno?

Adakah ini dimaksudkan pembaharuan politik Najib?

“Saya akui saya sangat sedih/kesal sejak dua hari lalu kerana tidak dapat melindungi cucu-cucu saya daripada serangan tidak berhati perut ini. Najib/Mddin (Muhyiddin) merestui mereka?” tulis beliau. -TMI

Ulasan GB

Siapa yang hipokrit sebenarnya ni?

Khairy, kamu jangan keterlaluan. Kerana kamu cuba dedahkan hal orang lain sedang hal kamu sendiri terlalu banyak compang-campingnya dan ia akan membalikkan tuduhan hipokrit itu kepada dirimu sendiri - in fact - hypocrisy of the highest degree.

Ini, sekeping gambar, pepetah Cina menyatakan sekeping gambar lebih baik dari seribu tulisan. Buah dada siapa yang melambak di depan kamu dan air apa pula yang ada di atas meja?



7 ulasan:

  1. Kebejatan akhlak melayu adalah dari kuasa yang dimiliki olih Umno bila mereka menguasai segala instutusi awam dan media proganda disamping blog2 yang dibayar dan mereka bebas mengkritik hingga diluar kotak akal yang waras waima akidah pun sering dipermainkan gulungan elit mereka yang berkuasa menyebabkan akhlak melayu yg selama ini disanjung olih warisan kita musnah berkecai disebabkan manusia Islam celupan umno demi kuasa mereka menggadai maruah bangsanya dihadapan bangsanya sendiri dan kaum2 yang berlainan agama ..lihatlah bangsa mana yang semakin hancur skrg siapa yg bunuh rogol fitnah lucah hinggalah melibatkan akidah seperti ajen memurtadkan melayu yang didedahkan disebalik serbuan JAIS baru2 ini..
    Nasihat kami musnahkanlah parti umno ini dan lucutkanlah kuasa mereka yang ada jika kita ingin melihat melayu dan Islam dihormati olih bangsa lain hanya pru 13 sahaja yang bolih menentukan segalanya samada melayu atau Islam itu terus dihurmati atau dihina sehinanya olih Allah nanti kerana nasib kita kita lah yang bolih mengubahkan..
    Kami mual dan loya dengan parti yg amat memalukan bangsa dan agamanya sendri ini..cukuplah pru13 buatlah perubahan.

    BalasPadam
  2. Jangan dilayan si Khairy. Ketua Pemuda yang tidak memegang apa2 jawatan dalam kabinet. Dulu gah dengan Team Tingkat 4. Sekarang melukut tepi longkang. Elok cermin muka dulu!

    BalasPadam
  3. Khairy bukannya "hipokrti" tapi "munafik". Munafik dalam segala-gala tindakannya.
    Nama-nama anaknya sendiri yang dberi dikaitkan dengan binatang (puma & cougar). Inilah manusia spesis "Melayu" yang mengaku "ISLAM" pada namanya tapi bukan pada TINDAKANNYA.
    AKU berdoa agar Allah swt melindungilah rakyat Malaysia dari dikuasai manusia munafikun ni. Haram jadah punya manusia atas tiadanya simpati atas pembohongan yang dilakukan pada kanak-kanak. Kasihan melihat cucu cicit Bapa Pak Lah yang diikenali alim.

    BalasPadam
  4. kesian dia, ini adalah tanda seseorang yg ingin mengakhiri detik2 kehidupan.....

    BalasPadam
  5. woi khairy, hg ngaji sj tinggi sampai harvard tapi mentaliti very2 low, standard ayam brand juga hg nie hasil tenuaan 1malaysia & malaysia bole. apa2 pun...budak2 ngaji kat sekolah pondok lebih berintegriti dan berakhlak dari hg khairy.

    BalasPadam
  6. KJ pakar putar belit. paklah mengantuk adahah orang pertama yang kj putar belit, cinta palsu kj terhadap anak paklah hanyalah mengejar kekayaan dan untuk jadi PM muda.
    Kalau KJ nak jadi menteri kena kawin dengan anak najibAltantuya.

    BalasPadam
  7. Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Haritsah ra. berkata : Saya mendengar Rasulullah bersabda : "Nanti pada hari kiamat ada seseorang yg di datangkan kemudian dilemparkan kedalam neraka maka keluarlah usus perutnya dan berputar-putar di dalam neraka sebagaimana berputarnya kaldai yg sedang berada dalam pengilinganya, lantas penghuni neraka berkumpul seraya berkata : "Wahai Fulan, kenapa kamu seperti itu? Bukankah kamu dulu menyuruh untuk berbuat baik dan melarang dari perbuatan mungkar?" Ia menjawab: "Benar, saya dulu menyuruh untuk berbuat baik tetapi saya sendiri tidak mengerjakanya dan saya melarang dari perbuatan mungkar tetapi saya sendiri melakukanya." (H>R> Bukhari dan Muslim)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.