10 Okt 2011

Seorang Jemaah Haji Wanita Malaysia Maut Jatuh Tingkat 9

Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.

Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pejabat Tabung Haji ditempatkan di hotel ini - GB

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.

Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

7 ulasan:

  1. Malang memang tidak berbau

    [Klik Sini] Diana Amir Pakai Tudung

    BalasPadam
  2. A'kum
    Macamana boleh terjadi, semasa saya menginap disana dulu (2005 dan 2006), tingkap hotel ini telah di seal supaya tidak boleh dibuka. Ini ialah pusat operasi tabung haji.
    Diharap tabung haji dapat membuat post mortem terhadap kes ini.
    Tkasih

    BalasPadam
  3. ye betul tu, tak dapat bayangkan situasi yang sebenar?

    BalasPadam
  4. Mungkin ajalnya telah smpai, cuma cara kematian itu amat tragis.. apapun, Al Fatihah, moga ditempatkan di kalangan org yg beriman dan soleh

    BalasPadam
  5. ADAKAH KAKITANGAN SPRM ADA DISANA????

    BalasPadam
  6. ANON 10.14 :

    NGKO MEMANG PANDAI WAT LAWAK LER....TAPI KAN....MASUK AKAL GAK....

    BalasPadam
  7. Ini mungkin bala yg Tuhan turunkan kerana harga menunaikan haji yg terlalu tunggi sejak kebelakangan ini. Kerajaan seharusnya mengambil serius tentang perkara itu kerana mungkin tanda kemurkaan Tuhan terhadap pihak yg tidak bertanggungjawab mengambil keuntungan atas kesusahan org lain sehingga ramai jemaah yg telah mendaftar terpaksa menunggu giliran bertahun2 lamanya. Ibadah ke Tanah Suci jangan dicampurkan sumber duit haram (riba') atau bersama doa mereka2 yg dianiaya!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.