22 Okt 2011

Rektor UIAM Pendusta, Surat UIA Amat Jelas Aziz Bari Dihalang Masuk Kampus

Peguam: Surat UIA amat jelas Aziz Bari digantung, dilarang masuk kampus

Prof Dr Abdul Aziz Bari menafikan kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Zaleha Kamaruddin (gambar) bahawa pensyarah itu tidak pernah ditegah memasuki pusat pengajian tinggi tersebut sehingga siasatan ke atasnya selesai, demikian menurut peguam beliau hari ini.

Sebaliknya Dr Zulqarnain Lukman berkata, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, bertarikh 19 Oktober lalu, dengan jelas menunjukkan Aziz digantung perkhidmatan beliau berkuasa “serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari” sebagaimana dikatakan oleh Rektor UIA itu semalam.

“Berhubung kenyataan yang diberikan oleh Rektor UIA Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama (semalam), saya mendapat arahan anak guam bahawa kenyataan Rektor UIA berkaitan penggantungan perkhidmatan selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIA adalah tidak tepat,” kata Zulqarnain sambil menambah, beliau diarah membuat penjelasan berhubung perkembangan terbaru ini.

Kenyataan Zaleha itu keluar semalam ketika banyak pihak menggesa UIA menarik balik penggantungan perkhidmatan ke atas Aziz sehingga siasatan dijalankan.

Zulqarnain berkata, berdasarkan surat tunjuk sebab dikeluarkan, Aziz digantung perkhidmatan dengan gaji penuh, dengan serta-merta sehingga notis susulan.

Katanya, surat itu juga mengingatkan bahawa ketika tempoh penggantungan, Aziz tidak dibenarkan memasuki premis universiti tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang.

Selain itu kata beliau, surat tersebut juga menyebut bahawa Aziz tidak dibenar mengadakan sebarang transaksi bagi pihak universiti atau menghubungi staf universiti atau sekutu bisnes UIA tanpa kebenaran Dekan Kulliyah Undang-undang.

“Oleh itu, adalah jelas bahawa penggantungan perkhidmatannya adalah berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya tempoh tujuh hari.

“Tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIA,” kata beliau.

Aziz dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab sebelum 4 petang 25 Oktober ini.

Begitu juga bahawa adalah jelas, kata Zulqarnain, pelangganya tidak dibenarkan masuk ke premis universiti atau berhubung dengan mana-mana staf UIA melainkan terdapat kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang.

“Jika benar terdapat sebarang perubahan kepada notis yang diberikan kepada anak guam, seharusnya pihak universiti mengeluarkan notis baru membatalkan kandungan notis bertarikh 19/10/2011 ini,”
kata beliau lagi.

Zulqarnain menambah, anak guamnya juga memohon pengurusan UIA tidak mengeluarkan kenyataan yang berkonflik dan bercanggah satu sama lain yang membingungkan masyarakat awam.

Dalam satu kenyataan semalam, UIA menjelaskan tindakan menggantung tugas Aziz bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.

Zaleha turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan.


Beliau berkata UIA tetap membayar gaji Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.

Zaleha berkata Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lalu dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu. -TMI

11 ulasan:

  1. Menjadi mangsalah HANG NADIM yang cerdik itu, kerana memberikan pandangan/idea kepada raja.

    Sebaiknya biarlah todak bermaharajalela menyerang rakyat jelata yang mempertahankan peha dan betis mereka, akibat berpemimpinkan manusia tak cerdik.

    Wahai LUNCAI,PAK PANDIR, DAN LEBAI MALANG APA DAH JADI nasib orang yang memiliki kepandaian?

    BalasPadam
  2. Kalau tembereng sudah pecah, tak guna cuba nak nafikan.

    Mana akauntibiliti sebagai seorang Rektor? Baik letak jawatan sahaja ataupun beritahu rakyat siapa dalang di sebalik isu ini.

    BalasPadam
  3. benar kata Nabiku,perempuan itu akalnya 1 ,nafsunya 9,kesian lelaki dayus yang memilih perempuan sebagai ketua.

    BalasPadam
  4. bercakap atas lidah umno kalau tak menipu tak sah atau berani masok jawi sekali lagi.

    BalasPadam
  5. Apa sahaja...

    Jika terpalit dengan UMNGOK lazimnya akan rosak.

    Pensyarah digelar kangkong. Ahli politik macam tunggul mati. Baik buruk, benar salah kira Yes sahaja.

    Orang kampung jadi bengap. Anak muda jadi pendek akal haprak macam pekasam. Pecacainya bangga 'bermusuh' dengan Tuhan-nya Lain Tuhan dia kata lain pula yang dia jaja.

    Agama tak payah cerita. Nabi, Rasul dan Quran hanya ulam bicara bukan punca kata dan usaha.

    Harta negara macam harta dia. Duit lingkup hutang berjela. Ada tanah tergadai. Hutan belantara gondol dan rata lalu bencana melata. Negeri diperintah hutang memanjang dan tak mustahil muflis.

    Medianya hanya tepat dan betul pada angka nombor toto dan jumlah gol dalam sukan sahaja.

    Mahkamah, masing-masing bacalah. Aku malas cerita. Belum sanggup sengsara.

    Warga asing tidak lagi diasingkan. Sebaliknya si warga pula berasa terasing.

    Negara....
    Kah.. kah... kah... bila sebut negara lima dekat perintahan umngok, Kuan Yew ketawa hingga tercabut gigi.... Dia berasa isteri pemimpin lebih bijak daripada si suami. Kah.. kah.. kah... Dia terus ketawa. Win-win situation kata menteri-menteri kita.

    Demikianlah secebis coretan betapa parah dan hinanya seiapa yang terpalit dek penyakit umporno.

    Tiada ubat tapi boleh dicegah. Bijaksanalah memangkah semasa PRU ke13 nanti.
    Aduhai...
    Sungguh malu dan memilukan.

    BalasPadam
  6. berbelit lebih pada Samy Vellu wanita UmnO nie....

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum GB dan semua,

    Terdapat ramai antara Ketua Jabatan kerajaan yang menanda-tangani sesuatu dokumen waima sekeping surat dengan mata tertutup. Mereka tidak baca, tidak berfikir dan tidak mengubah fakta yang mungkin kurang tepat. Dengan sebab itu ada yang selalunya akan mengatakan lain dari apa yang telah dihebahkan dengan megah sekali. Mereka juga tetap mempertahankan bahawa idea itu adalah dari jari dan pemikirannya sendiri. Tiada ugutan, tiada suapan, dan bukan juga kerana iri-hati dengan insan seangkatan yang lebih pandai dan berani.

    Perlu diingat wahai mereka yang bergelar Prof dan apa jua sambungan gelarannya ... Dalam perjuangan PANDAI saja tidak mencukupi. Contohilah panglima tentera kita, mereka bukan sahaja pandai tetapi berani, cekap, sentiasa berwaspada dan menyedari sesuatu kesilapan sebelum menjadi korban. Nak tahu Menterinya sahaja yang main politik. Tabik Tuan saya tetap taat. Wassalam.

    BalasPadam
  8. Anon 5:03,
    Panglima yang mana satu... Yang baru ribut dengan isu dulu tu ke... Kalau yang tuh tak yah ikut pun tak pe.

    BalasPadam
  9. Aku masih tak setuju memburuk2kan Rektor tu kerana semata2 dia perempuan. Sebab ibu kita juga perempuan, isteri2 Nabi juga cerdik2 dgn ilmu masing2. Cuma dia ni (sama seperti ketua2 jabatan yg kebanyakan LELAKI), sedang diuji.. seperti lah Mufti2 dll.

    Imbas balik mereka2 yg terkenal yg telah/sedang diuji, antaranya almarhum Dato Ishak Baharom, Tun Suffian, TS Ghani Patail, Dato Musa Hassan, Dato Hamid Osman dll ...

    Manakala kpd anon 5.03, cer citer kasi jelas sikit, tak faham le.

    BalasPadam
  10. memberi pandangan berkaitan raja dihukum gantung kerja serta merta...yang Najis Rakyat tu bagi pandangan kata hukum hudud x sesuai tu....disanjung2...?

    bodoh punya UIA....... Lau Kana Bainana (Pasti Baginda Akan Menangis Melihat Umat Dia Yang Boleh DiCop Penderhaka Allah ni)

    BalasPadam
  11. Jangan pening pening pasal isu ini, kita serahkan saja pada yang pakar untuk atasi masalah mereka sendiri, mana salah mana betul akan diputuskan tak lama lagi, Soalnya kenapa perlu sanggah sesuatu titah Sultan yang memartabatkan agama dalam isu MURTAD INI, Sepatutunya beliau perlulah bijak kalau nak beri pendapat, Prof la katakan, tapi nampaknya penggunaan kata kata beliau telah menimbulkan keributan kerana penggunaan bahasanya, meragukan, tak jelas dan sempit maknanya. Hasilnya rakyat tak faham, sebab mesej tak jelas, kabur, orang media tak faham bahasa berbunga bung Perundangan , Jangan orang kata Prof Kangkong sudahla, malu sebab berpunca dari kesilapan penggungaan bahasa, bukankah kita bangsa yang indah bahasanya? Jadi betulkan bahasa selaras dengan apa maksud yang nak disampaikan dengan jelas, tepat dan menarik. Itu je!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.