Dakwaan atas anak Guan Eng tidak benar, kata pengetua Heng Ee
KUALA LUMPUR, 19 Okt ─ Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.
Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.
“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider.“Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini,” katanya lagi.
Malah kata Goh, gambar-gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.
Pengetua ini menjelaskan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan telah mengadakan siasatan berkenaan dakwaan kelmarin dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.
“Jika saya senyap, ia akan menyebabkan saya, sekolah berada dalam situasi memalukan. Sangat mudah, jika ia benar-benar, pastinya saya tahu, bukan begitu?
“Tiada pelajar yang membuat dakwaan sedemikian,” kata Goh.
Awal hari ini DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.
Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.
Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.
Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com-TMI
Laporan sebelum ini
Sila klik imej untuk baca

DAP: Blog guna gambar palsu fitnah anak Lim
Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.
Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.
Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.
"(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan,” katanya.
Pua menyifatkan tindakan keji penulis blog berkenaan yang mengheret anak Lim itu sebagai “memalukan bangsa, agama dan negara” mereka dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu.
"Malah, penulis blog cuba memberi kredibiliti pendustaan mereka dengan menyiarkan gambar gadis muda itu,” kata Pua merujuk blog yang turut memuat-naikkan gambar mangsa-mangsa berkenaan.
Menurut Pua, tembelang penulis blog itu berjaya dibongkar oleh pengurus IT DAP Goh Kheng Teong yang mengesan identiti gadis itu selepas gambarnya dimuat-naikkan di blog mereka.
“Tidak ada sesiapa di sekolah anak Lim yang mengenali siapa gadis itu, termasuk pengetua dan guru-guru.
“Tidak memeranjatkan kerana gadis itu tidak pernah belajar di Pulau Pinang dan bukan juga warga Malaysia,” katanya.
Corke, yang kini menuntut di Wellesley College, adalah pemain catur yang terhandal dan menjadi wanita pertama yang mewakili universitinya dalam Liga Catur Amerika Syarikat.-mk
Sila klik imej untuk baca
Salam GB
BalasPadamMilleage politik UMNO hanylah seks.. seks.. seks. Fitnah demi fitnah.. Tak ada cerita lain ke.. untuk menarik perhataian rakyat..?Sebenarnya mereka nak berdepan secara
"face to face" mereka tidak memiliki kebenaran berhujah dan idea politik yang menarik. Apa yang ada hanyalah menyebarkan seks dan fitnah. Begitu juga dengan blog-blog pro UMNO yang ketandusan modal politik untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat. Sepatutnya biarlah berpolitik secara sihat yang boleh memberi manfaat untuk semua golongan bukan sekadar menyebarkan berita-berita politik usang yang tak masuk akal dan palsu sebagaimana yang melibat remaja 16 tahun tanpa bukti yang sahih. Apa lagi pasangannya pulak tinggal di negara lain dan tidak pernah datang ke sini.
Apa yang mereka miliki hanya cerita dongeng dan rekaan tanpa fakta yang nyata. Nak buat posting pun carilah berita-berita yang boleh masuk akal berbentuk ilmiah. Rakyat hari ini bukanlah zaman jakun yang boleh dimanipulasi. Zaman sekarang adalah zaman penuh maklumat yang canggih.
Ketua pemuda pun boleh jadi bodoh meskipun lulusan oxford. Berfikir mengunakan akal Pak Pandir. Statement yang dibuat hanyalah emosi tanpa cukup bukti yang nyata. Begitulah pemimpin cerdik boleh jadi bodoh jika bersama UMNO dan yang bodoh boleh jadi pemimpin dan nampak cerdik kerana sekadar ampu sana.. ampu sini..
Umno hanya sekadar menambah kesakitan kepada luka kekalahan yang sedang mereka deritai di Pulau Pinang.
BalasPadamDedahlah keburukanmu wahai umno supaya lebih ramai lagi rakyat tahu wajah sebenar syaitan di sebalik topeng malaikat yang kamu pakai selama ini.
Lakarlah segala agenda jahat kamu, namun jangan mimpi Pulau Pinang kamu dapat rampas kembali.
gua orang atas pagar.
BalasPadamgua beragama islam.
bila kena kes macam ni.
pru13 nanti,
gua sokong lim guan eng.
gua pangkah pr.
pergi mampus, puakagomo.
pergi jahanam, kjberuk.
selamat jalan bn/umno.
siasat dulu altantuya... tapi siasatan yang telus
BalasPadam