Jerantut: “Tiada siapa menjangka pokok kelapa itu akan tumbang kerana ketika itu cuaca elok. Lebih memilukan, kejadian disaksikan ramai ahli keluarga,” kata Azman Zainuddin, 41, bapa Nurshuhada yang maut dihempap pokok kelapa di depan rumahnya di Kampung Bukit Lada, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Selasa lalu, kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun itu disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut (HJ) di sini.
“Sehari sebelum kejadian anak saya begitu ceria dan banyak bercakap sambil menunggang basikal dalam rumah. Walaupun masih kecil, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mahu menjaga saya bila tua nanti,” kata Azman mengimbas kenangan terakhir bersama anaknya.
Azman berkata, ketika kejadian Nurshuhada bermain di halaman kira-kira dua meter dari tangga depan rumah apabila sebatang pokok kelapa setinggi 15 meter tiba-tiba tumbang dan menghempapnya, dipercayai kerana akar pokok itu reput.
“Sebelum turun ke halaman, Nurshuhada duduk di tangga bersama lima lagi adik-beradiknya manakala isteri saya berurusan dengan pembekal makanan ikan untuk projek ternakan ikan sangkar yang saya usahakan. -hm
DI SINI...Azman menunjukkan lokasi kejadian meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Nurshuhada maut.

Ajal dihempap pokok
JERANTUT - Seorang ibu tergamam dan terkejut apabila menyaksikan anak bongsunya yang berusia empat tahun menemui ajal dalam keadaan tidak diduga selepas kanak-kanak tersebut dihempap sebatang pokok kelapa yang tiba-tiba tumbang di halaman rumahnya di Kampung Lada dekat sini kelmarin.
Kejadian menyayat hati yang berlaku pukul 10.30 pagi itu menyebabkan Nurshuhada Azman meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut.
Difahamkan, sebelum kejadian Nurshuhada sedang bermain di halaman rumah. Selain ibunya, turut berada dekat laman tersebut ialah lima adik-beradiknya.
Bapa mangsa, Azman Zainuddin, 41, berkata, dia bergegas ke hospital sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jirannya. Ketika itu dia berada di Pekan Jerantut Feri kira-kira empat kilometer dari rumahnya.
Mengimbau semula kejadian itu, Azman memberitahu, dia dimaklumkan, sebelum dihempap mangsa duduk di tangga rumah bersama adik-beradik lain sebelum dia turun ke laman untuk bermain-main.
Katanya, ketika itulah, pokok kelapa setinggi 15 meter itu tiba-tiba tumbang lalu menghempap Nurshuhada. -kosmo
Y Allah,semoga,keluarganya kuat menerima ujian Allah ini.
BalasPadam