Penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman hari ini menegaskan beliau tidak akan “menyerah kalah” dengan hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan, sebaliknya “lebih rela ditangkap” selepas ditahan Isnin lalu kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah.
Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepada dasar pemerintahan Umno-BN.
“Kalau nak tangkap saya, tangkaplah, nak heret sekalipun, tapi saya tak kan pergi menyerah kepada mereka,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Laporan media hari ini menyebut Jais akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadapnya seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu.
Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, selebriti yang berusia 47 tahun itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.
“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.
“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya.
Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.
Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut “mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.”
Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
Bob Lokman menambah, dengan pergi ke pejabat Jais, perjuangan agama yang dipegangnya selama ini seakan hancur kerana jabatan itu sendiri tidak melaksanakan syiar Islam dengan telus.
“Ini soal akidah, prinsip dan kepercayaan, saya yakin dengan perjuangan saya, Bilal Bin Rabbah sendiri menerima tentangan hebat waktu diseksa kerana Islam,” kata beliau.
Beliau ditahan Jais selepas menceritakan pengalamannya menerima hidayah Islam di Hulu Langat awal minggu ini.
“Saya yakin kepada agama, kepada al-Quran, sekiranya saya tidak menentang, mereka tidak akan tahu wujudnya ketidakadilan dalam pentadbiran mereka, sekiranya orang PAS sendiri tidak tidak bersetuju, tak apa... saya yakin dengan kepercayaan saya,” tegasnya.
Menurut Bob Lokman lagi, dia yakin penguasa Jais dan kadi yang menahannya pada malam itu datang sebagai ‘wakil’ Umno, yang cuba menghalang usaha dakwah dilakukannya demi kepentingan politik.
“Saya bukan nak masuk politik, (atau) jadi wakil rakyat, saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja,” katanya lagi.
“Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan kehadiran saya di sana kerana menganggap saya menggugat mereka, tapi saya hanya bercerita soal akidah, berdakwah di jalan Allah, saya juga menolak sikap kadi Hulu Langat yang tidak profesional, yang lebih pentingkan diri daripada membantu mengembalikan akidah dan iman umat Islam di landasan yang betul,” katanya lagi. -TMI
Ulasan GB
Tahniah dan syabas Bob. Demi mempertahankan kebenaran, kita tempuh segala ujian dan cabaran.

Semoga anda dan kita semua yg mengaku islam dan memperjuangkan islam diberkati, dirahmati dan diredhai Allah swt, semoga kita semua sentiasa dibawah naunganNya. amin.
BalasPadamKEBANYAKAN YANG DIDALAM JAIS ADALAH BARUA-BARUA UMNO@APCO-BN ,JADI MACAM LEMBU PAWAH KENA CUCUK HIDUNG IKUT PERINTAH PEMIMPIN-PEMIMPIN PERASUAH DAN PENYELEWENG UNTUK MENYEKAT PENGARUH PARTI ISLAM,MEREKA LEBIH SUKA ACARA MACAM JOM HEBOH,KONSERT DAN TERBARU MANGKUK-MANGKUK ARTIS PELOPOR MAKSIAT MENYERTAI UMPORNO@APCO-BN,TAHNIAH !
BalasPadamTahniah bro Bob. Ingat, perjuangan untuk Islam mmg banyak rintangan. Contoh2 dahulu banyak, kat sebelah sini Dr Hamka pun pernah dipenjara, so dulu, kini & akan datang bersilih ganti.
BalasPadamOrang nak berdakwah kembangkan Agama Islam,apa salahnya.Dia bukan membawa ajaran sesat.Zaman Nabi dulu mana ada pakai tauliah.Satu tahun berapa ramai yang balik dari Al-Azhar,Syria,Jordan,Iraq,Yaman dan Indonesia - semua nak berdakwah meninggikan Syiar Islam.Nak pakai tauliah kepala hotak.Haprak punya JAIS.Dahlah dia sendiri tak buat apa-apa,makan gaji buta aje.Orang lain nak buat amal dan cari pahala disekat pulak.
BalasPadamRakyat semakin tidak faham apa fungsi JAIS sebenarnya. Apakah salah memberi ucapan mengenai keinsafan dan islam itu sendiri. Apakah ucapan Bob Lokman di sisi islam sesat? Mana lebih utama Tauliah atau dakwah secara sukarela? Dan mana patut diutamakan perintah Allah ataupun ******?
BalasPadamlawan bob loqman lawan.
BalasPadamberani kerana benar.
takut kerana salah.
kasi ajar itu (jais) barua bn/umno.
kerana merekalah, ramai anak muda meragui kesucian agama allah.
kita tengok nanti, kalau awie beri kuliah agama mereka tangkap atau tidak.
azmil.
wardina.
tolong bantu bob loqman.
- bob mustapha.
Saya terharu dengan perjuangan saudara.. Semoga saudara istiqamah. Kalaulah Rasullulah yang memberi ceramah kat Masjid Sungai Lui. Mungkin Baginda pun akan ditangkap, tiada tauliah JAIS. Moga JAIS segera bertaubat. Menangis Rasulullah ajaran yang dibawanya disekat bukan oleh puak kafir laknat tetapi orang islam jais.
BalasPadamMereka yang pakai songkok lalu meminta-minta / pungut wang dimerata pintu-pintu masuk Bank, kedai-kedai makan dan lain-lain, bersepah sekarang, jelas menghina Islam,JAIS tak tangkap pun, tapi yang berceramah pasal Islam di masjid mereka tangkap.
BalasPadamApakah Exco Agama Selangor, Hassan Ali merestui tindakan JAIS untuk menangkap Bob Lokman?
BalasPadamJika benar, maka sahihlah Hassan Ali adalah juga barua UMNO!
Salam
BalasPadamSepatutnya JAIS berterima kasih kpd Bob Lokman kerana membantu menunaikan tanggungjawab Jabatan Agama Islam Selangor. Nama pun jabatan agama, apa tugas agama? X lain dan x bukan ialah berdakwah. Walaupun ini dr sudut agama ialah tanggungjawab semua org Islam tp kalau dah bekerja dgn jabatan agama lagi lah berganda tanggungjawab itu.
Pasal undang2 berkenaan tauliah. Ianya bagus tujuannya ialah nak mengelakkan ajaran sesat. Sesuatu undang2 itu pelaksanaan MESTI dgn budi bicara. Sepatutnya siasat dulu, kalau bukan ajaran sesat x payah tauliah pun x mengapa. Kalau setelah diselediki ada unsur ajaran sesat, barulah guna undang2 ni. Tp kalau dah sememangnya tindakan itu atas dasar kepentingan sesebuah organisasi, buang masa je la kita cerita psl budi bicara ni. Ayah Pin sampai sekarang x tangkap pun.
Pasal tanggungjawab. Ingatlah kita (bukan kpd JAIS shj) bila sebut tanggungjawab, maksudnya ialah tanggung di dunia, jawab di akhirat. Segalanya baik yang kecil sehingga yang besar, akan disoal. Sebab tu dalam konteks Sdr Bob Lokman ni saya menyokong penuh beliau. Lebih baik takutkan Allah (taqwa) drpd takut kpd dunia. Waallahua'lam
Allah duga bos2 yg duduk kat JAIS tu sekarang ni banding k/tangan jabatan lain di Selangor. So bos-bos, apa lagi?
BalasPadamBerganda pahala klu kamu berani menyokong sapa2 yg tegakkan agama Islam. Apa susah, beri tauliah pada sdr Bob mcm diberi tauliah/izin kpd bekas2 penagih yg dah sedar utk beri ceramah2 kat sekolah2, atau artis2 utk beri ceramah.
Kecian kat staf2 jais yg ikhlas bekerja tepaksa mnerima tempias kejian n makian serta kutukan bukan hanya dr manusia bahkan dr yg dlangit juga akibat kehaprakan pemimpin mrk..
BalasPadamUmno oh umno..kejahatanmu bukan stakat menyebarkan maksiat malah lbih truk lg menghalang dakwah..
Tahniah buat abg bob..ini adalah salh satu ujian n adat perjuangan..rasulullah sendiri lbih truk lg menghadapi ujian..jgn lg berulang 'memali 2' krn puak2 umporno ni.
Teruskan perjuangan mu abg bob..kami brd dibelakangmu..
Diharap ada pihak kita yg bersiap sedia membantu abg bob dr segi penyaluran dana kewangan sekiranya apa2 berlaku pd beliau utk berhdpn dgn puak gila ni..kita akan sama2 tolong bg sumbangan..jgn biarkan beliau berseorangan menghadapi mehnah ini..Syabas abg bob..syurga ALLAH menanti mu..
tauliah kepada penceramah ni maksudnya MEMPERBODOHKAN RAKYAT kerana menganggap rakyat tak boleh pikir mana isi kandungan yang baik dan salah...
BalasPadamkalau bob lokman ajar perkara sesat dah tentu org komplen...
apa punya BANGANG JAIS ni
Bob berdakwah memang patut dipuji. Nak tanya sikit Bob belajar agama takat mana. Kerana memberi ceramah kepada orang ramai patut berhati-hati takut disalah faham kpd pendengar. Setiap ceramah patut ada kebenaran kerana kalau tanpa kebenaran semua orang akan ceramah termasuk mat rempit atau ustaz palsu. Lagi jadi bahaya. Selamat maju jaya kpd Bob cucu cicit Tok Kenali.
BalasPadampersonally .. aku sangat sedih dengan keadaan sekarang .. aku sedih dan pilu bila mengenangkan anak-anak aku yang masih kecil. Jika ini berterusan akan ada satu generasi kemudian hari yang tak boleh ditegur lagi kerana kita rakyat marhaen tidak mempunyai "tauliah". Esok2 bila kita tegur generasi dibawah kita.. akan ditanya balik pada kita.. "pakcik /abang ada tauliah ke nak tegur kita orang, kalau tak ada tauliah diamlah!". Dan aku amat pasti orang orang di JAIS juga mempunyai anak2 dan cucu2 dan apabila terjadi pada anda, baru ketika itu anda terfikir apa yang anda telah lakukan.
BalasPadamanon 9:55am,
BalasPadamhati-hati sikit! x payah tanya orang belajar banyak mana... yang penting sampaikan ilmu walaupun sepatah perkataan.. jgn sangka buruk terhadap sesama kita..
Akan sampai waktunya tentang hari kiamat nanti ....tiada lagi orang2 beriman pada Allah S.W.T di muka bumi ini...
BalasPadamjusteru itu persiapan segala ilmu2 Allah pada cucu2 dan generasi akan datang agar tidak suatu hari nanti islam hanya tinggal pada nama sahaja..
Ya Allah...takut nya dengan dunia zaman sekarang....takut fikirkan masa depan anak2 yang akan datang...,kesian dendan staff JAIS yang ikhlas mencari rezeki kena maki hamun..
BalasPadambravo bob!
BalasPadammacam tu lah anak jantan!