Enggan Minta Maaf, Dr Mahathir Anggap Dr Aziz Bari Kurang Ajar
SERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'.
Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.
"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11, Ahad.
Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.
Abdul Aziz dilaporkan berkata sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.
Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada graduan Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Awam Lai Chin Leong, 23, ekoran kecemerlangannya meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89.
Muhammad Aiman Jamaludin, 22, T. Kuhanesapathy, 23, pula menerima Anugerah Canselor Perak dan Gangsa. - BERNAMA

Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja
Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk.
Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja.
Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.
Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat.
Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.
Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.
Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.
Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."
Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu. -ahmadtajdid
mamak kutyy di pun nak bersuara,,boleh berambus si mamak kutty,,,dia ni lebih kuah dari sudu,,ckp tak serupa bikin,,,baik diam ambil seluar dalam serkup kat kepala si 'negara olong'...bapak segala penderhaka..
BalasPadamIngat tak dulu TDM buat kenyataan tentang menzalimi Anwar. Ada rakamannya dalam utube. Pakcik ni mudah lupa.
BalasPadamInilah jenis manusia tua yg tak sedar diri....asyik nampak salah org lain.....rumah dah kata pergi kubur dah kata mari....tapi masih tak mau menginsafi diri.....taubatlah wahai che det....
BalasPadamTDM adalah bapak jurang ajar yang sebenarnya.
BalasPadamAssalammualaikum, nampaknya issue 'menegur sultan' sudah menjadi satu topic yang laris dikalangan ahli-ahli politik mahupun yang sudah besara dari jawatan.
BalasPadamTun Mahathir tidak sepatutnya melemparkan kata-kata biadap kepada Dr Aziz Bari kerana Tun Mahathir telah menyatakannya terlebih awal lagi (banyak tahun yang lalu) dan masih belum memohon maaf kepada Raja-Raja tetapi masih mempertahankan yang beliau memperjuangkan demi Agama, Negara dan Bangsa.
Dr Aziz Bari sepatutnya mendapat pujian kerana menyuarakan satu perkara yang benar dan DYMM Sultan Selangor patut berterima kasih kerana masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sayang kepada Raja-Raja walaupun kadang-kadangnya ia tidak berpehak kepada rakyat.
Inilah contoh pemimpin yang akan mati dalam keadaan hina.
BalasPadamSalam GB..
BalasPadamMelayu mudah lupa. Itulah kata-kata Mahathir yang masih saya ingat. Tapi bagi saya melayu tak lupa apa yang Mahathir buat.
Dalam Krisis perlembagaan tahun 1983 dan 1993, siapa yang meminda perlembagaan persekutuan sehingga banyak kuasa raja-raja melayu dikurang dan terhakis serta ditarik balik? Tangan-tangan gaib dan kotor beliaulah yang menyebabkan raja-raja melayu tidak dihormati. Sepatutnya beliau harus sedari bahawa beliaulah petualang yang mengkhianati bukan setakat raja-raja melayu bahkan bangsa melayu sendiri. Beliau adalah lebih dari "kurang ajar" dari Saudara Aziz Bari.
Dasar manusia munafikun. Mahathir tu bukan Melayu tapi India yang mengaku Melayu.
BalasPadamTahi dia saja bau wangi. Kasihan melihat Che Det ni. Jangan sampai kau dihina rakyat jelata dan disumpah laknat dek rakyat Malaysia. Tak selamat di dunia maupun di akhirat. Sebab tu dia tak membenarkan DS Anwar menjadi PM. Dia tau dia akan mampuih dek ditenyeh nanti.