Alor Setar: PAS hanya akan melaksanakan hukum hudud sekiranya mendapat majoriti sokongan dua pertiga di dalam Parlimen.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan hukum hudud di Malaysia mestilah menerusi pindaan perlembagaan iaitu amalan biasa bagi negara demokrasi.
“Keputusan itu diterima semua parti (pakatan pembangkang) dan DAP menghormati apa yang diluluskan di Kelantan pada tahun 1993 dan Terengganu pada 2003, cuma proses pelaksanaannya itu mesti melalui perlembagaan.
“Perlembagaan ertinya menerusi pindaan ke arah perkara yang boleh untuk melaksanakan hudud, iaitu mestilah mendapat dua pertiga sokongan (Parlimen) dan ia proses biasa dalam negara demokrasi.
“Kecualilah PAS mengambil pendekatan revolusi angkat senjata dan tidak berpakat dengan orang langsung. Itu lain lah... kita memilih jalan pilihan raya dan demokrasi mesti melalui proses perlembagaan yang ada,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kubang Rotan di sini, malam kelmarin.
Mohamad Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan pakatan pembangkang Rabu lalu yang sepakat tidak melaksanakan hudud seperti dicadangkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana pelaksanaannya tidak menepati dasar bersama pakatan itu, Perlembagaan Persekutuan dan kandungan Buku Jingga.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya menghormati pendirian PAS berhubung undang-undang berkenaan tetapi pada masa sama menerima perbezaan pendirian DAP yang membantah pelaksanaannya.
Ditanya adakah keputusan mesyuarat itu diterima sebulat suara oleh ketiga-tiga parti termasuk Kerajaan Kelantan, beliau berkata, mesyuarat berkenaan mencapai kata sepakat dan semua pihak berpuas hati.
“Kita akan memberi penerangan berterusan kepada orang ramai sebab bagi orang Islam syariat Islam termasuk hudud adalah perkara yang perlu dan wajib yakin. Tetapi cara dan kaedah pelaksanaan itu perlu menerusi Perlembagaan.
“Pinda Perlembagaan di Malaysia bukan perkara baru, kita sudah melalui 53 kali pindaan Perlembagaan sejak Merdeka,” katanya.
Sementara itu, dalam ceramahnya, Mohamad Sabu berkata, isu pelaksanaan hukum hudud ini sengaja dimainkan UMNO untuk menarik sokongan pengundi Melayu pada pilihan raya nanti. -bh

hudud sepatutnya tidak dijadikan isu politik oleh setiap orang islam yg mukallaf kerana ianya menjadi kewajiban kepada semua umat islam untok menuntut perlaksanaanya oleh pemerintah khususnya pemerintah islam, kita tidak hairan sekiranya nunmuslim tidak menyokong hukum hudud kerana tidak menjadi kewajiban kepada mereka yg menjadi persoalan orang yg mengaku islam solat lima waktu,puasa bulan ranadhun, pergi menunaikan fardhu haji dan melakukan umrah bebelaskali tiba2 menentang hukum hudud yg mempunyai nas qatie sepertimana hukum wajib solat dan juga puasa memang aneh orang seperti ini.
BalasPadamMana-mana hukum hudud yang boleh dilaksanakan, maka laksankanlah dulu. Mana yang mampu di buat dulu, buatlah dulu. Takkanlah semua unsur hudud tak dapat dilaksanakan. Nak dapatkan 2/3 tak payahlah tunggu PAS dapat memerintah. Bukankah lebih dari 2/3 ahli parlimen adalah muslim. Tak kan mereka tak sokong. Pokoknya, PAS mengada-ngada. Belum cuba dah mengaku kalah. Cubalah bawak dulu cadangan ini di parlimen. Terangkan habis-habisan kebaikan hudud supaya orang faham. Gunakan media seluas-luasnya untuk memberi didikan pada orang ramai dan ahli parlimen bahawa hudud itu bagus. Lihat saja bagaimana terpesongnya anggapan Karpal tentang hudud, tapi adakah pemimpin PAS berjuang untuk membetulkan tanggapan Karpal ? Tidak. Akhir sekali pada PAS, jangan mempergunakan isu hukum hudud untuk main tarik-tali. Ini namanya mempermainkan hukum Allah juga.
BalasPadaminsyaAllah kita sama2 buat solat hajat supaya terbuka pintu hati ahli2 parlimen utk undi 4 hudud..kondem sana sini xguna..ptt pikr ape sumbangan kita boleh bagi...nk kondem ckp la depan2 keluar paper ke...ckp kt radio ke
BalasPadamPelaksanaan hukum hudud di negara ini atau di Kelantan memerlukan penjelasan terperinci berhubung prosedur dan kaedah hukumannya kepada rakyat supaya tidak menimbul kekeliruan.semua orang Islam perlu bersatu..sekarang ni kalau tanya DAP dan MCA memang mereka tak setuju kalau tanya UMNO pun sama juga.tapi kita perlu ingat kebanyakan orang UMNO ni Islam.kalau diberikan penjelasan dan pujukan secara berhemah..InsyaAllah..tapi sekarang ni tidak, PAS kata mereka saja memperjuangkan Islam..yang lain tu tidak. ..tapi berkawan DAP..DAP ni boleh dianggap seperti yahudi,,mana da yahudi setuju dengan Islam..ada juga yang kata DAP lebih faham Islam setelah berkawan dengan PAS berbanding MCA yang telah lama berkawan dengan UMNO..kalau DAP dah faham kenapa masih tolak hudud.Moralnya..jangan harapkan sokongan orang lain untuk menegak Islam..UMNO dan PAS perlu bersatu..teruskan perjuangkan kerajaan perpaduan.
BalasPadam