Shah Alam: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.
Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur.
Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.
Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang. -BH
foto ehsan : jalanpulang
Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur.
Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.
Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang. -BH
Himpunan Sejuta Umat Gagal Capai Sasaran
SHAH ALAM: Jumlah peserta yang menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan pada Sabtu gagal mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 1 juta umat Islam.
Setelah hampir dua jam perhimpunan tersebut diadakan, stadium hanya dipenuhi kira-kira empat ribu peserta.
Namun demikian, tinjauan mStar Online mendapati terdapat beberapa orang bukan Islam yang hadir pada majlis yang berlangsung di Stadium Shah Alam, di sini.
Antara pemimpin yang turut serta dalam perhimpunan berkenaan, ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Himpun diadakan untuk memperkasakan suara umat Islam di Malaysia dalam mnenegakkan syiar Islam dan mencegah aktiviti memurtadkan umad Islam di negara ini. -mstar
Himpunan Sejuta Umat berlangsung dengan penyertaan ‘jauh lebih kecil’
SHAH ALAM, 22 Okt — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, yang penganjur menyasarkan lebih 100,000 penyertaan, terpaksa dimulakan lewat 90 minit dengan kehadiran hanya sekitar 5,000 orang.
Kempen yang mendapat liputan meluas bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan Muslim dimulakan pada pukul 3.40 petang — lewat satu setengah jam daripada masa dijadualkan ekoran sambutan dan penyertaan yang dingin.
Acara dimulakan dengan para hadirin dihiburkan lagu-lagu nasyid tetapi terganggu sebentar dengan satu pengumuman mengecam buku kecil bertajuk “Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?”
Sekretariat Himpun sebelum ini berkata mereka meletakkan sasaran kehadiran lebih 100,000 kerana mendapat sokongan sekitar 2,000 pertubuhan bukan kerajaan mewakili sekitar empat juta ahli dan pengikut. -TMI
Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam
Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat.
Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan nyanyian lagu-lagi nasyid.
Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.
Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"
Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."
"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.
"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.
Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.
Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.
3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.
3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim.
Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.
3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.
3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.
4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.
"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."
4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.
"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.
4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.
Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.
Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.
Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.
Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.
Beliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.
4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.
Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini.
Sementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana semuanya berjalan dengan aman.
5.02pm: Bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.
Memetik dari buku 'Armies of God' tulisan Iain Buchanan, beliau menambah buku itu menyatakan bahawa mereka itu berada di Indonesia, Malaysia dan Filipina.
Katanya murtad berlaku kerana umat Islam tidak bersatu dan bercakaran antara satu sama lain walaupun berdepan dengan ancaman.
Apa yang diminta adalah supaya umat Islam tidak diganggu, dan untuk semua mengikut undang-undang, katanya merujuk kepada kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama.
Beliau juga menyentuh dakwaan konspirasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan beberapa pemimpin Kristian, merancang untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.
5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam.
Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.
"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.
"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas memberi maklumat," katanya.
Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.
5.18pm: Pihak penganjur kemudian bertanya kepada para hadirin sama ada mereka bersetuju jika Himpun diadakan di seluruh negara. Para hadirin bersetuju.
Menurut pihak penganjur, tidak kira berapa ramai yang hadir hari ini tetapi apa yang penting ialah suara mereka sekuat seolah-olah terdapat satu juta orang yang hadir di situ.
Kelihatan ada orang yang beredar meninggalkan stadium.
5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamada yang mewakili Front Bertindak Anti Murtad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah.
Beliau berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia.
"Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.
Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.
5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.
5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin. Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergi lebih dekat kepada mufti untuk mengambar gambar.
Harussani berkata orang Melayu adalah bangsa yang paling istimewa di dunia kerana semua orang Melayu adalah beragama Islam.
Beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran kepada para hadirin bahawa Allah telah memberi amaran mengenai malapetaka jika manusia gagal melindungi iman mereka.
6.00pm: Exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa munajat.
-mk
foto ehsan : jalanpulang
Kalau tak mahu hudud kira murtad tak? Kalau yang tak mau hudud bukan takat di tanah Felda, di Mahligai Putrajaya tulah yang menjadi kepala.
BalasPadambro,sekarang ni, tolak fahaman politik, kita bercakap mengenai perhimpunan ni je.ak faham maksud kau and ape yang ko nak sampaikan..
BalasPadamtp ak ingin bincang pasal perkara ni je wat masa ni..
tidakkah korg berasa sedih lihat kegagalan umat islam di negara kita ni untuk hadir ke HIMPUN sedangkan ianya adalah seruan kepada semua, atas nama ISLAM. Tiada langsung perkara mengenai politik disuarakan dalam perhimpunan ini walaupun ada kehadiran2 NGO yang aktif dalam politik.
ak org di perantauan. ak sedih melihat org kita mengendahkan seruan untuk berhimpun atas agama kita..sepatutnya perhimpunan ini dihadiri oleh kesemua umat islam di negara kita tanpa mengira fahaman politik. apakah seruan politik lagi hebat seruannya di tanah malaya kita berbanding seruan agama?
ianya cukup menyedihkan..ak harap ramai yang buka mata lepas perhimpunan ni..insyallah..
anon 7:10
BalasPadamkalau dah gagal tu gagallah manknanya.
ia bererti juga rakyat Malaysia tidak suka cara begitu untuk mempertahankan aqidah.
Kena berilmu, bukan berdemo.
Kalau setakat buat program ada udang sebalik batu baik tak payah.. dunia sekarang orang dah pandai menilai la bodoh...
BalasPadamAnon
patut pun ramai org tak datang.. sbb HIMPUN racist..terbukti pd banner.. skrng rakyat makin bijak menilai..
BalasPadamNasruddin Hassan Tantawi hantar proxy iaiatu Kamaruzzaman ke HIMPUN suh baca sajak.
BalasPadamApa jenis Ketua Pemuda ni? Bersama-sama buat keputusan di dalam Biro Politik PAS Pusat untuk tidak terlibat, tetapi hatinya masih di HIMPUN. Maka hadirlah "sajaknya" itu.
Yang aneh pula Kamaruzzaman siap cakap.. "Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah". Apa ideologi kamu Kamaruzzaman? Orang PAS tak der ideologi - kami ada deen iaitu tatacara hidup - nizamul hayah.
Teruk betul barisan pemuda PAS kali ini. Semacam geng kepala lembu.
islam bukan satu ideologi mcm kamaruzaman tu ckp..tlg la sikit buka minda dn jgn ikut apa puak2 jahil di stadium tu ckp. islam tu way of life la..jgn la benakkan hati tu ..apa psl nk ketepikan apa yg tlh diperjuangkan pas selama ini utk mentauhidkan Allah dn ajaranNya melalui RasulNya SAW? pas perjuangkan agar hukum hudud yg di dlmnya termasuk pencegahan perbuatan murtad dilaksanakan di mesia ni..dh lama dh..himpun ni x lain hanya sandiwara umporngok je..yg dijemput berucap prof kangkung tu..sapa x kenal prof tu wahai sedaraku dlm jemaah pas? masa di u dulu smua org tau apa yg dh dibuatnya..!! tanyalah pensyarah2 kat sana.. ni tiba2 lak nk jd jagoan melayau konon..menentang anti murtad? ha3..klu ikhlas, ajak smua yg di stadium tu join apa yg dibawa dlm agenda pas tu cukup cantik dh..btul mcm sahabat ckp td, anti hudud tu x murtad ke..baca surah Al-Maidah ayt 44, 45dn 47..dn jg surah Al-Taubah ayt 63..clear sgt..terang lagi bersuluh..
BalasPadambingai lah pemuda pas kali ini... tok guru UG mereka yg disanjungnya - Hassan Ali. bebal bertongkol2.
BalasPadamKot Hassan Ali sudah suap Pemuda ker?
kesalahan kegagalan himpunan ini 100% perlu dibebankan kepada penganjur yg nyata BODOH SOMBONG terutama sekali si Yusri tu.. (aku pun tak paham macam mana cikgu azmi boleh bersekongkol dgn dia tu)..
BalasPadamaku memang dah lama angin dengan Yusri tu, dah la awak tu orang tak kenal nak berlagak lak.. Ust MAZA yg tentunya lebih hebat ilmunya tu pun masih tau hormat kat orang lain..
dah tau awak takde pengaruh nak anjur program yg besar macam ni, pakat2 la dgn PAS.. ni tak, bukan main lagak lagi taknak campur tgn politik konon..
nah ambik ko, target 100 000 (tapi nama program nak sejuta), yg datang tak sampai 5000 pun.. BUAT MALU JE!!!
lepas ni kalu dia berbunyi nak salahkan PAS disebabkan kebodohan sombongnya tu, memang aku maki kaw2 punya!!
Anon 7.10,
BalasPadamOrang dah tau siapa"dalang" dibelakang perhimpunan tu.Dalang nilah yang menyekat hukum Hudud dilaksanakan,dalang ini juga yang menolak akta Murtad diluluskan diParlimen.Ada baiknya berhimpun diPutrajaya minta dalang ni luluskan akta Murtad kalau benar-benar khuatir ramai umat Islam yang sudah Murtad.Itulah sebabnya ramai yang tak mau buang masa dan tenaga berhimpun diShah Alam tu.Orang Melayu bukan senang lagi ditipu.
Kamaruzaman tu memang budak peliharaan dan suruhan Nasaruddin Tantawi.Perangai macam Hassan Ali - memikirkan dia seorang yang hebat dan tahu semua.Pendek pun macam Hassan Ali - tak salah pepatah Cina yang berbunyi "Three short man can conquer the sky".
BalasPadamKalau hassan Ali dan Pemuda PAS nak tahu, kadatangan yg ada hari ini itulah sahaja penyokong kamu...
BalasPadampadan muka...
termasuk mat-mat ganu yg menyokong kuat gagasan UG bersama kepala bapak UG kat sana Abu Bakar Chik namanya.
mcm sahabat kat atas cakap kamu semua boleh join geng kepala lembu...
Agenda himpun adalah jelas agenda UG kononnya mnyatupadukan umat islam ats dasar isu murtad.. Tp niat sbnrnya nk memecahbelahkan perpaduan PR n nk mnyelamatkn umno.. Mempergunakn NGO2.. Amat bodoh skali org2 yg mghadiri..tmasuk exco UG..
BalasPadamTak perlu nk berdemo tunjuk kekuatan n keberanian.. Cukup org yg betkuasa d putrajaya untuk mnyelamatkn umat islam dr d murtad..
Kita kena ingat bhwa negara kt berbilang bangsa n agama..sama2 jg sensitiviti..insyalah aman dunia..
Firman allah taala-serulah kpd jln tuhanmu dgn pnuh hikmah dan nasihat yg baik..dan berhujjahlah dgn mrk dgn dgn cara trbaik..
sahabat2....
BalasPadamjangan jadikan blog2 dan posting2 di dalamnya untuk mengkritik pimpinan.
di mana letaknya adab2 kita dalam berjemaah???kita ada banyak saluran,ijtima'....muktamar...bukan di tempat2 musuh kita boleh mengambil kesempatan cucuk jarum.
jemaah kita BERKAT, yang salah tak akan bertahan lama,yang pincang akan tempang, kebenaran juga yang akan menang.
maaf jikalau tersilap kata
anon 11:53
BalasPadamjemaah / harakah zaman kini perlu transparen, pimpinan jemaah perlu berwibawa dan akauntabiliti. Zaman menyembunyikan kelemahan tlh berlalu. Jemaah perlu ada kekuatan & daya tahan utk brdepan segala cabaran baru dari media baru. Muktamar pun x lagi rahsia. Justeru itu kita perlu terima perubahan baru ini dan sesuaikan prjalanan dakwah kita dgn persekitaran baru ini.
Bila mereka semua solat Asar ?
BalasPadamsokong anon 11:53 & betul juga ape yg di katakan anon 12:10. boleh untuk mengkritik pimpinan, tetapi mesti menjaga adab dan tutur kata ketika mengkritik. apa sahaja yang dituturkan, pasti ALLAH akan mengira itu semua. kerana dari kata-kata juga dapat mempengaruhi orang yang membacanya. kata-kata melambangkan akhlak dan peribadi seseorang. dan akhlak yang terbaik adlah akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Mari mencontohi akhlak rasulullah dari segenap sudut, tingkah laku dan tutur kata. kritiklah secara berhikmah, Insya Allah, orang yang membacanya pun dapat manfaat. Semoga Allah merahmati jemaah yang kita cintai. Amin...
BalasPadambodoh dan bangang....luluskan jer lah hukuman murtad... abes cerita...dapatlah halang org islam dari murtad... bodoh nak mampus....
BalasPadamini kalau murtad denda ribu ringgit, siapa nak takut? pastu kes x abes2 kat mahkamah...
Ada upah tak? Kalau ada, pergi. Kalau tak ada sorry. Mungkin begitulah sikap orang kita.
BalasPadamTak payah berdemo dan melalak pun kalaulah 'Melayu yang mengaku Islam' yang sedang berkuasa tu, yang berkeupayaan melakukan perubahan, berani mengubal undang-undang murtad yang disarankan oleh PAS.
BalasPadamIngat, akidah kita harus dibina dan diperkukuhkan dalam situasi yang mesra Islam. Kalaulah situasi mesra Islam tu tak ada, kita tak boleh salahkan orang lain kecuali diri kita sendiri.
Nak salah paderi Kristian???? Yang AKU tahu, 'Melayu' murtad bukan takat ke Kristian saja tetapi ke Buddha pun ada, Hindu pun ada, ... Jangan berfikiran sempit.
Dengan kuasa yang diberi Allah swt kepada kita untuk memerintah, apa yang kita buat? Kenapa kita masih menaruh pada kerajaan yang tidak mesra Islam ni? Awat dengan membina masjid sudah menunjukkan kita ni mesra Islam? LU FIKIRLAH SENDIRI.
ISLAM TU NAMPAK BANGANG, BODOH DAN TOLOL BILA PENGANUTNYA BANGANG, BODOH DAN TOLOL. SEDANGKAN ISLAM BUKAN SEDEMIKIAN. ALLAH SWT TU HEBAT, CERDIK, MAHA BERKUASA, MAHA MENGASIHI, ... DAN YANG MUNAFIK TU MANUSIA YANG BERTOPENGKAN ISLAM.
Pemuda-pemuda dalam PAS yang bingai. Entah apelah kriteria mereka hingga memilih si bingai tu jadi ketua mereka. Kesihan PAS umpama seekor burung. PAS badan dan kepalanya. Pemuda sayak kanannya. Wanita sayap kirinya. Sayap kanan tak berkepak ikut kepala. Hilang kawalan. Alamat PAS berputar tak tentu arah dan jika tak terkawal jugak maka MENJUNAM-lah PAS ke TANAH... Bergelak sakanlah UMNO kerana pemuda PAS masih terliur dengan umpan UG UMNO. Sekian.
BalasPadamBILA PULA NAK BUAT PERHIMPUNAN BERSIH
BalasPadampenduduk mengaku beragama islam kat malaysia kira-kira 15 juta. Dari 15 juta tu yang tak pernah 2 kalimah syahadat berapa ratus ribu agaknya. Yang tak pernahsembahyang walau sekali pun berapa ratus ribu agaknya. jelasnya ramai Melayu dah jadi kafir. Majlis Islam tak pernah berkokok. Jadi ayam pondan semuanya.
BalasPadam